Selasa, 28 September 2004

Hujan.

Beberapa petang ini sentiasa hujan. Perlu bersedia dengan payung. Tetapi aku ini selalu terlupa. Akibatnya, semalam aku sampai rumah dengan keadaan basah kuyup. Aduu.. Takpelah. Hujan tu air, bukannya api. Rasa-rasa macam nak demam, makan saja panadol. Tapi kepala ada rasa pening-pening sikit.

Isk, hari ni terlupa lagi nak bawa payung. Kalau hujan petang ni, manalah aku nak berteduh? Terpaksa berteduh kat mana-mana nanti. Takpun, terpaksalah aku meredah hujan. Hujan renyai-renyai boleh lah redah. Hujan lebat? Tak berapa nak sanggup. Isk. Isk. Isk.

Hujan di luar itu, semua orang pun tahu. Hujan di hati siapa mengerti?

Rabu, 22 September 2004

I'm In The Classroom.

Dah lama betul tak masuk kelas. Dah lama betul tak rasa suasana classroom. Seronok. Bukan tak seronok. Tapi satu aje lah. Tak tahan sejuk! Blezer tertinggal kat opis pulak tu. Sambil belajar, sambil menggigil-gigil satu badan. Ah, padanlah otak pun beku

Baru sedar, otak dah separuh berkarat. Nak terima ilmu masuk dalam otak bukan main payah lagi. Lepas ni kena cari kismis banyak-banyak. Biar ilmu senang masuk dalam otak. Bukan tak boleh masuk langsung. Boleh la. Tapi kena perlahan-lahan.

Seronok belajar sesuatu yang kita suka dan minat. Cikgu pun baik-hati. Menyampaikan pelajaran dengan penuh dedikasi. Mana yang tak faham, dia terus ulang keterangan dan beri contoh sampai faham. Nasib baik otak ni walaupun berkarat, tapi cergas - dapatlah tangkap apa cikgu ajar dengan mudah, masuk dalam otak. :o)

Banyak perkara belum belajar dan aku mahu terus belajar. Buat masa ini, aku tumpukan untuk mempelajari pembangunan sistem, terutama sistem yang berasaskan web. Insya Allah. Aku akan cuba..

Isnin, 20 September 2004

'Cause I'm Leaving...

Aku tiada di pejabat buat beberapa hari. Rasa tidak punya semangat untuk ke situ lagi. Tapi apakan daya? Tugas dan tanggungjawab sudah terbeban di bahu. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan ku. Niat aku satu, menunaikan segala amanah yang diberi padaku.

Aku pergi bukan lari dari tugas dan tanggungjawab, walaupun aku berharap aku dapat lari dari pejabat. Tetapi tujuan aku ke sini untuk menunaikan tanggungjawab - menuntut ilmu. Aku harap aku dapat gunakan ilmu ini untuk mempermudahkan segala perjalanan kerja aku nanti. Insya Allah.

While I'm not in here, please leave your messages after the beep..
BEEEEPPP...

Khamis, 16 September 2004

Bagai Sakti

Lagu: M. Nasir
Penyanyi: Siti Nurhaliza (S) & M. Nasir (M)

S: Cinta datang, tanpa diundang, seumur masa tercipta

M: Dia datang bagai sakti, bagai menyaksi mekar, kembang pagi

S: Cinta datang, dengan senyuman, panasnya membakar mentari

S&M: Wajah yang tergambar, tak akan terpudar
S: Dari hati insan yang fana ini
S&M: Fana ini...

M: Tak mungkin mentari, akan terus sembunyi
S: Tiada sempadan, tak bisa ku lewati

S&M: Jika ini hakikatnya, aku serahkan jiwa dan ragaku
S: Menantimu walau sengsara
S&M: Jika ini ketentuan-Nya

S&M: Jika ini hakikatnya, aku serahkan jiwa dan raga,
Jika ini ketentuan-Nya, kau 'kan jadi milikku... jua

Khamis, 9 September 2004

Si Comel Atiya.

Anak buah saya yang sulung ni dah pandai senyum pada orang yang bercakap dengannya. Mata dia bulat-bulat bila namanya dipanggil. Apatah lagi bila bercerita dengannya, tersenyum hingga nampak gusi. Dia pun pandai bercerita. Keluarlah suara Aaa.. Uuu.. nya, dengan tangan rewang sana-sini. Kemudian tersenyum-senyum, membuatkan kami sekeluarga terhibur dengan telatahnya.

Waktu bulan-bulan awal kelahirannya, Kakak saya tinggal bersama mak di Cheras. Mak menjaga Atiya waktu mereka ke pejabat. Masuk bulan September ini, Kakak saya membawa Atiya balik ke Puchong dan menghantar Atiya ke Nurseri di situ. Ini kerana, mak dan ayah akan menunaikan haji tak lama lagi. Mereka perlu menyiapkan diri sebelum berangkat ke sana.

Ibunya, kakak saya yang sulong turun 5kg menjaganya yang suka jaga malam. Atiya budak baik. Dia tidak menangis malam. Bila dia mahu susu, dia cuma menggerakkan tangan, menendang-nendang kaki dan bersuara seperti mengadu kehausan. Bila mahu tidur, baru dia menangis. Bukan menangis pun, cuma mencebik-cebik bibir saja.

Ayah saya suka melayan kerenahnya. Bila dia mahukan susu, ayah akan memangku Atiya dan memberinya susu botol. Begitu juga waktu tidur. Ayah saya sanggup memangku Atiya dan menidurkan hingga Atiya lena. Satu kelebihan menjaga Atiya, bila dia tidur, dia akan tidur pada tempoh yang lama. Ini memudahkan mak saya melakukan kerja rumah waktu budak kecil ini tidur. Bila dia terjaga dan mendapati tiada orang di sekelilingnya, Atiya akan membebel seorang diri seolah memanggil orang menemankannya. Comelnya Atiya!

Saya suka menguruskan Atiya waktu selepas mandi. Saya tidak berani memandikan Atiya. Biar mak saja yang memandikannya. Saya memakaikannya baju yang cantik. Membedakkan badannya. Memakaikan stokin dan sarung tangan yang comel. Kemudian, membawa dia berjalan melihat-lihat sekeliling rumah sambil menunggu Ibu dan Papa Atiya balik kerja.

Minggu lepas, dia belajar meniarap. Belum pandai lagi. Bila meniarap, badannya akan menimpa tangan dan menyebabkan dia tidak dapat bergerak. Ini menyebabkan dia marah dan menangis. Ibunya akan mengangkat dan membaringkan Atiya semula. Hari isnin lepas, Atiya demam. Nak besarlah katakan. Ibu dan Papanya kalut hingga mengambil cuti menjaga Atiya. Kelmarin, Ibu dan Papanya menghantar Atiya ke rumah Mak, kerana kak Long tidak begitu mempercayai penjaga di Nurseri itu menjaga Atiya yang demam. Suhu badannya naik. Atiya asyik merengek-rengek. Semua orang melayan saja segala kerenahnya. Kasihan Atiya. Mesti badannya tidak selesa. Dia diam waktu Ayah menidurkannya. Kami semua berbual-bual waktu Atiya tidur. Bila dia terjaga, mak mengagahnya. Tidak disangka, Atiya tertawa. Sebelum ini, dia cuma tersenyum saja. Tetapi kelmarin dia ketawa. Kami sekeluarga seronok melihat dia ketawa hingga bergegar badannya. Melihatkan dia sudah nampak sihat, Ibu dan Papanya membawa dia balik Puchong sebelum malam bertambah lewat.

Semalam pulang rumah, melihat katil bayi yang kosong. Buaian yang kosong. Tanpa ada Atiya di situ. Saya dihambat sunyi. Sayang kat Atiya yang comel! :o)

Rabu, 1 September 2004

Selamat Datang September.

Saya hendak menulis. Tetapi tidak berkesempatan lantaran kekangan kerja. Jadi saya mahu kongsi lagu yang sedang saya nyanyi dan bergema di winamp saya hari ini, sempena bulan September. Ehehehe.. Tetapi sebenarnya kenangan manis saya adalah di bulan ogos. :-)

Sharifah Aini - Ingatan Manis Di Bulan September

Ku masih ingat
Perkenalan ku di bulan
September, September

Kau merenungku
Dan mengukir senyum mesra
Padaku, padaku

Perkenalanku kini semakin erat
Saling bertemu
Melepas rasa rindu

Dibelai-belai
Dikucup-kucup mesra
Rambutku, pipiku

Aku terlena
Terbuai dalam pelukan
Mesramu, mesramu
Hati riang gembira
Tiada terkira
Terasa dunia ini kita yang punya

Kau kan jadi teman hidupku
Sayangku selalu ku nantikan
Takkan hilang
Kenangan manis bagiku
Kau tunjukkan
Kasih sayangmu selalu

Ku gembira
Berdamping denganmu
September selalu kunantikan
Ku nanti-nanti
Selaluku nanti-nanti
September denganmu

*Abaikan lirik-lirik yang "terlampau". Saya cuma sukakan suara lunak milik penyanyi lagu ini.

Cerita Lama Amyz