Isnin, 30 Ogos 2004

Saya Budak Jahat..

Ramai yang bertanya kepada saya, ke mana saya akan pergi malam 31 nanti. Sebenarnya saya jarang sekali meraikan malam Merdeka di KLCC atau Dataran Merdeka ataupun mana-mana. Okelah, saya buat pengakuan di sini, saya pernah sekali sahaja meraikan malam merdeka di Bukit Bintang pada tahun 2002. Sebelum-sebelum itu, saya cuma meraikannya di rumah, kerana dari rumah saja, saya dapat menyaksikan pancaran bunga api dari 3 tempat yang menjadi tumpuan warga KL iaitu di KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka. So, what for saya ke sana dan terpaksa mendongak untuk melihat bunga api? Saya dah rasakan masa malam merdeka tahun 2002, dan ianya menyeksakan. Sudahlah orang ramai dan sesak. Saya sukar bernafas. Cuma sekali itu sajalah saya keluar pada malam merdeka. Enough! Saya dah serik!

Sebentar tadi, seorang lagi kawan saya bertanya ke mana malam ini, dan saya katakan saya mahu duduk di rumah saja. Dan kata-kata yang saya terima? Ek Elehhh.. Nak jadi baik konon!! Tergamam sebentar. Oh, rupanya selama ini, orang pandang saya jahat agaknya ya? :o) Tak mengapalah jika itu yang mereka fikirkan tentang saya. Mereka tidak salah. Banyak sebab orang berkata saya jahat. Terutama dari segi perangai dan pakaian. Saya bukan baik sangat pun. Kan, kawan-kawan?

Memang benar saya suka dengan hiburan. Saya menonton Akademi Fantasia 2. Saya pernah pergi Sure Heboh. Saya selalu menonton wayang. Saya pergi karaoke. Saya pernah menyaksikan live band di Hard Rock Cafe. Saya pernah pergi jemputan Hitz Fm Birthday Bash di kelab Hotel Mutiara. Pun begitu, saya tetapkan pendirian saya, semua itu sekadar hiburan. Yang paling penting, apa jua yang saya lakukan, mak dan ayah dah izinkan, baru saya rasa selamat untuk berhibur. :o) *Hahaha.. dah buat jahat lagi mau minta doa dari mak. Minta doa selamat.. Hahaha..*

Satu soalan yang bermain di benak saya kini. Jahatkah saya yang ingin berhibur? Adakah saya dipandang jahat sekiranya saya pergi berkaraoke bersama kawan-kawan yang suka berkaraoke? Jahatkan saya di pandangan mata kalian, sekiranya saya balik rumah lewat-lewat 12 malam, walaupun hanya keluar makan di Kg Baru? Jahatkah saya di mata kalian saya menyaksikan live band di Hard Rock Cafe? Kalaupun saya pergi menyambut merdeka di KLCC malam ini, adakah ianya menjadi satu kesalahan? Bukan saya tak boleh pergi. Saya boleh pergi. Tapi saya memilih untuk tidak mahu pergi. Tetapi saya di tuduh nak jadi baik.

Inilah kawan-kawan saya dan sekeliling saya yang sewaktu dengannya. Nak jadi baik dicebik. Jadi jahat lagi dikutuk hebat. Belum kahwin dikata asyik buat maksiat. Bila keluar lewat, dikatanya macam-macam. Dan inilah yang saya hadapi selama ini. Saya tak buat, orang kata saya buat. :o) Belum lagi saya buat. Kalau saya dah buat, lagi teruk kena.

Iyalah. Saya bukan budak baik pun. Jadi saya biarkan mereka berkata-kata @ mengata tanpa perlu saya jelaskan apa-apa kerana mereka dah set kan dalam mind mereka, saya bukan baik sangat. Hmm.. tak adalah teruk sangat kan? :-)

Isnin, 23 Ogos 2004

MRR2 - Dalam Ingatan.

Bila kecoh-kecoh tentang Jejambat MRR2 di Kepong mengalami keretakan dan isu berkaitan, saya akan terkenangkan zaman saya bekerja di LGTT dulu. Sejak saya mendapat kebenaran ayah untuk menggunakan kereta ke tempat kerja, saya menggunakan MRR2 sebagai jalan utama saya ke tempat kerja setiap hari. Walaupun jauh, tapi selesa dan tiada tol. Ahaks! :o)

Seawal jam 7:00am atau selewat-lewat 7:30am, saya keluar dari rumah, melalui sepanjang jalan Taman Kencana dan menyusur masuk ke MRR2 dari Taman Kencana. Melalui Pandan Indah - selalu sesak di situ. Susur keluar dari Pandan Indah dan susur masuk ke Pandan Jaya terlalu dekat yang menyebabkan kesesakan berlaku pagi dan petang setiap hari. Janganlah hairan mengapa sesak samada bermula di Pandan Safari atau Ampang Point setiap hari. Itu sebab saya ambil keputusan untuk bekerja lebih masa setiap hari.

Itu baru sampai di Pandan Indah. Pagi-pagi lagi mood dah rosak sebab sesak. Lepas dari seksa yang pertama, saya akan memandu dengan selesa. Tetapi perlu berhati-hati apabila kereta menuruni flyover di Ampang Point, kerana di situ ada selekoh termasuklah kereta bodoh keluar dari susur Flaminggo yang selalu terus cross ke line tengah atau kanan sekali, memaksa kereta yang turun dari flyover menekan brek. Hmm.. memang kena maki saja.

Lepas Ampang, saya akan menyusuri MRR2 melalui Keramat, Melawati, Wangsa Maju, Gombak. Sepanjang jalan ini, biasanya tidak terlalu bermasalah melainkan kereta-kereta yang laju dan selekoh-sekoh serta flyover yang boleh membahayakan pengguna jalan-raya. Setiap 2 hari sekali, saya selalunya berhenti di stesen minyak Petronas Wangsa Maju untuk mengisi minyak kereta.

Sesampai di Sri Gombak & Batu Caves, ada berlaku kesesakan di sini. Ini kerana ada 2 traffic light untuk memudahkan kereta keluar masuk ke Taman Samudera dan kawasan perkilangan. Selalunya, polis trafik akan mengawal dan meredakan kesesakan. Kini di situ ada pembinaan flyover untuk mencegah kesesakan dan menyusahkan polis trafik di mana keadaan sekarang menyebabkan kesesakan berlaku lagi.

Selepas Batu Caves, saya melalui satu tempat di mana orang bermain layang-layang yang kini di tutup untuk pemuliharaan. Melalui Frim dan Kepong. Jejambat MRR2 di Kepong itu sebenarnya masih baru. Sebelum di tutup baru-baru ini, saya melalui Jejambat sepanjang 1.5km itu terus sehingga Manjalara dan menempuh kesesakan di depan SMAKL. Saya juga pernah terperangkap dalam kesesakan sewaktu masih berada di atas jejambat itu lagi. Kesesakan di situ berpunca dari perumahan di Damansara Damai. Pada mula pembukaan Damansara Damai, penduduk di situ akan membuat pusingan U di traffic light depan komuter Sg Buluh. Kemudian pihak pemaju mengambil keputusan untuk mewujudkan simpang dan traffic light di situ. Ia sebenarnya memburukkan lagi keadaan. Akhirnya, mereka menutup traffic light tersebut dan membiarkan penduduk dari Damansara Damai membuat pusingan U di traffic light komuter Sg. Buluh.

Saya membuang masa antara 10-30 minit berada di dalam kesesakan Manjalara ke Sg. Buluh setiap hari. Nasib saya baik, kerana saya akan membelok ke Sri Damansara di simpang 4 antara LDP, Sri Damansara dan Sg. Buluh untuk ke LGTT. Adakalanya saya tidak menggunakan jejambat itu kerana sesak dengan menggunakan laluan alternatif dengan melalui taman-taman perumahan terletak di Frim dan Kepong Ulu, terus sehingga tempat kerja. Walaupun tidak sesak, tetapi banyak kenderaan melalui jalan tersebut untuk keluar dari taman-taman perumahan ke tempat kerja.

Bila Menteri mengumumkan penutupan MRR2 di Jejambat Kepong baru-baru ini, saya rasa bersyukur juga kerana saya tidak lagi menggunakan MRR2 untuk ke tempat kerja. Saya tahu betapa seksanya terperangkap dalam kesesakan di kawasan itu. Malah sebelum pembinaan jejambat, semasa pembinaan jejambat dan siapnya jejambat tersebut! Pun begitu, saya masih lagi menjadi pengguna MRR2 untuk ke One Utama, Ikea dan kawasan damansara itu setiap minggu.. :o)

Rabu, 18 Ogos 2004

Masih Demam?

Saya ingatkan selesai saja konsert terakhir AF 2 yang berakhir malam minggu yang lepas dan menyaksikan Zahid membawa pulang Citroen C3 itu, maknanya demam AF 2 berakhir di situ. Tetapi saya silap taksiran apabila saya melangkah masuk ke tempat kerja Isnin lalu, rata-rata kakitangan di sini masih bersemangat membincangkan konsert terakhir AF 2. Bukan itu sahaja, malah ada antara mereka sanggup memuat-turun video-video konsert yang lepas-lepas dari internet. Aduh! masih demam rupanya.

2 hari berturut-turut Konsert Akhir AF 2 menjadi tajuk utama akhbar-akhbar tempatan. Muka depan lagi oke.. Angka RM7.5 juta yang dibelanjakan oleh peminat-peminat AF 2 untuk AFUNDI peserta-peserta AF bisa buat mulut saya ternganga. 7.5 juta bukan angka yang sedikit. Hebat juga penangan demam AF ni eh? Sanggup betul diorang berhabis untuk peserta AF 2. Pemurahnya rakyat Malaysia ni kan? Membazir ke tak? Dahlah kos sebanyak RM20 juta nak baiki MRR2 nanti ditanggung Kerajaan, yakni duit rakyat juga. Tapi rakyat dah pakai duit sebanyak RM7.5 juta sebab nak AFUNDI budak-budak AF pula.. Dari mana nak korek duit nak baiki MRR2 tu ye? *rolling eyes*

Belum campur dan tengok lagi undian-undian pada program realiti yang lain seperti Malaysian Idol, WWW, Audition, Bintang RTM.. erk, Bintang RTM pun pakai sistem AFUNDI juga ke? Betul ke salah? Maaf, saya tak berapa nak pasti. Sebab tak begitu mengikuti perkembangan program realiti yang lainnya.

Lihatlah betapa senangnya mereka mengeksploitasi penonton. Cakap sedih-sedih. Buat muka sedih, berpeluk-peluk masa terkeluar, menangis dalam kelas dan lain-lain, asalkan dapat menyentuh emosi dan simpati penonton. Sudah cukup untuk menarik undi. Cuma kita sahaja tidak menyedari. Kenapa kita terlalu taksub dan fanatik terhadap program-program realiti seperti ini. Berapa banyak faedah yang kita dapat? Erm.. rasanya si Zahid yang dapat Citroen C3 tu, bukan siapa AFUNDI lagi banyak, kan?

Saya bukan nak sangat jadi batu api. Atau nak jadi seperti antiAF. Dan bukan saja AF, bahkan Malaysian Idol, WWW dan Audition juga. Tapi saya mahu semua orang berpijak di bumi yang nyata bukannya duduk dalam fantasi. Nak tengok tak salah. Nak berhibur pun tak salah. Saya juga menonton AF, tapi berpada-padalah. Semua perkara ada limitasi dan hadnya. Fikirkan dengan akal yang dianugerahkan Allah sebaiknya secara rasional. Itu saja.

Kalau ada antara anda yang sering memicit punat remote control ke channel 15 yang sedang menayangkan siaran ulangan diari dan konsert AF 2 tu maknanya anda masih demam AF 2 la tu. Hahaha.. Sudah-sudah lah demam AF 2 ni. Gi makan ubat..

Sabtu, 14 Ogos 2004

New Boss. New Rules.

Awal Jun yang lepas, pengarah BTM yang baru telah ditukarkan ke sini menggantikan pengarah lama yang melanjutkan pelajaran di UK. Sejak kemasukan pengarah baru ini, dia banyak membawa perubahan pada kami di sini. Antaranya disiplin kedatangan semakin di ketatkan. Sekiranya punch-card kami bertanda merah lebih dari 3 kali tanpa tandatangan supervisor, kad kami akan ditukar kepada kad hijau. Dalam tempoh kad hijau iaitu tempoh pemerhatian, sekiranya disiplin kedatangan masih tidak lagi berubah, maka kad akan bertukar merah, seterusnya di kenakan tindakan tata-tertib. Oh ya, kad saya dah bertukar warna hijau sebab sepanjang julai, saya ada 6 tanda merah. Ala.. lambat 2-3 minit pun nak berkira ke? :-(

Bagi saya, itu tidaklah menjadi satu persoalan yang besar kerana disiplin memang patut ada pada semua kakitangan ke****an. Akan tetapi, yang menjadi isu tidak puas hati staff btm ini kepada pengarah kerana sifat cerewet, berkira dan tidak mempercayai kakitangannya sendiri. Sehinggakan hendak meminta tanda-tangan pengesahan majikan pun dia tidak mahu dan berkira sangat. Saya sendiri dah terkena sewaktu saya mahu meminta dia menandatangani surat pengesahan majikan saya sebagai penjamin kakak saya yang hendak buat pinjaman bank. Ada ke patut dia katakan saya mahu dia jadi penjamin saya? Bila masa pula saya nak dia jadi penjamin saya? Saya nak minta dia sahkan saya ni pekerja dia. Macamlah saya nak sangat dia jadi penjamin saya? What the heck? Marah betul saya masa tu. Ye lah.. dia tak baca ke kat form tu saya nak pengesahan dia. Bukan nak dia jadi penjamin saya! Nampak sangat tak baca betul-betul. Hii.. sabar aje lah!

Banyak sangat suara-suara tak puas hati yang kedengaran di belakang pengarah baru ni. Satu demi satu setiap hari, ada saja kedengaran di telinga saya. Jadinya, saya pun rasa tak selesa dan tak bersemangat nak buat kerja. Tambahan pula, dia rombak carta organisasi kami dan menukarkan saya di bawah penyelia yang baru masuk btm tak sampai sebulan lagi. Di bawah penyelia baru ini, sehingga kini, dia belum lagi memberi apa-apa kerja pada saya. Tak mengapalah. Lagipun, sekarang saya masih menyelesaikan kerja-kerja saya dari penyelia lama saya. Mungkin dia belum sedia lagi kot? Hmm.. Wait and see.

Sistem di bawah penyelia baru yang perlu saya pelajari, fahami dan pantau ialah SPT, NILAMS, GIS dan JKT. Sistem yang memerlukan komitmen yang tinggi kerana ia akan diguna-pakai di seluruh negara. Bolehkah saya melakukannya? Insya Allah. I'll try the best.

Saya malas nak ambil tahu sangat tentang yang lain macam mana. Asalkan saya buat kerja yang di amanahkan sebaiknya. Asalkan saya tidak di gelar pekerja yang makan gaji buta. Itu sajalah. Lagipun segala tidak puas hati kami ni bukan di ambil kira sangat. Siapalah yang mahu mendengar suara-suara hati kuli seperti kami ini? Saya harap satu hari nanti, ada orang lain yang sedarkan dia. Nak jadi boss, tolonglah jangan berkira dan sombong sangat dengan staff sendiri. Tak kan pergi ke mana pun.. selagi menjadi kakitangan ke****an di Malaysia ni. Ong Ka Ting pun tak sombong macam tu. Lagipun setahun saja dia jadi boss kat sini, nanti dia pencen. Patutlah cerewet semacam. Nak monopause rupanya..

Rabu, 4 Ogos 2004

Amyz Loves Chocolate Very Much!!

Ayah baru balik dari outstation di Langkawi dan bawa pulang banyak chocolate. Ayah ingat kegemaran saya! Saya sayang Ayah! Saya suka sangat makan chocolate. Kalau saya tension, saya akan makan chocolate dengan banyak. Ini boleh menyebabkan kegemukan. Tapi saya tak peduli, gemuk atau tidak, saya tetap menjadi penggemar chocolate yang setia.

Tidak kisah apa brand pun chocolate itu, setiap chocolate kegemaran saya punya taste yang tersendiri. Chocolate yang paling saya gemar ialah Forrero Rocher dan Cadbury. Tetapi saya suka makan M&M waktu menunggu bas atau membaca kerana ia tidak mengotorkan tangan dan mulut. Chocolate Kiss Hershey juga merupakan antara chocolate kegemaran saya. Wah.. wah.. banyak sungguh kegemaran saya. Asalkan chocolate, saya akan makan. Nyam.. nyam.. nyam..

Bagi saya chocolate boleh menenangkan emosi dan tekanan yang sedang saya hadapi. Chocolate boleh buat saya yang adakalanya kelam-kabut dan menggelabah buat kerja ni, jadi cool sebentar kerana bila makan chocolate saya akan nikmati rasa chocolate sepenuhnya. Hmm.. sedapnya..

Sebenarnya sekarang saya sedang menikmati chocolate yang di beli oleh boss saya. Saya terlupa nak bawa chocolate yang Ayah beli di Langkawi pagi tadi. Nasib baik boss saya ada beli chocolate, kalau tidak mesti saya kempunan..

Cerita Lama Amyz