Jumaat, 30 Julai 2004

Got The Fever?

Demam juga lah family saya dengan AF 2. Hari-hari adik-adik ulang tengok konsert ulangan kat channel 15. Bila dah adik-adik tengok, maknanya, tak dapatlah saya nak tengok CSI ke, Alias ke, Jake 2.0 ke, Ah-Ha ke.. Layan Konsert AF aje. Daripada bosan-bosan tengok, sampailah 'terminat' tengok si Zahid yang selamba tu. Impressed juga bila tengok dia boleh bawak lagu Teratai - Ramli Sarip. Susah lagu tu.. Tapi dia rilex aje nyanyi. Seronok pula tengok telatah dia yang macam budak nakal tu. Teringat masa jadi student dulu.

Kakak-kakak saya pun dah addicted dengan AF ni, including my brother-in-law. Saya demam juga. Tapi bukan demam AF, saya kena demam selsema dan batuk. Sungguhpun begitu, faktor utama saya tonton juga AF 2 ni, kerana suka dengar celoteh si Aznil yang laser tu. Lawak yang dia buat semuanya nak pekena orang, tapi kelakar la juga. Ada juga penyeri majlis. :-D

Walau addicted manapun family saya dengan AF ni, tapi tak seorang pun keluarkan duit nak vote. Jadinya, bila sesiapa keluar, family saya gelak-gelak saja. Tidaklah menangis-nangis macam Kudsia Kahar walaupun dia cuma pengkritik tetap. Saya pelik, apa kriteria yang membuatkan Kudsia Kahar ni jadi pengkritik tetap? Entah! Bosan la dengan dia tu. Bagi komen pun tak betul. Isk, apalah saya ni. Since ada Malaysian Idol, saya asyik nak kritik orang saja. Tak baik kan?

Saya malas nak kritik budak-budak AF 2 ni lebih-lebih. Nanti ada peminat mereka marah. Bagi saya, mereka semua boleh nyanyi. Tapi banyak kena belajar. Terutama macam mana nak interact/communicate dengan penonton. Kebanyakan mereka kaku dan tak tahu nak cakap macam mana dengan penonton. Masa perkenalkan diri pun nervous semacam. Tak mahu cakap siapalah. Anda semua boleh tahu sendiri. Nak jadi penghibur bukan senang. Setakat tahu nyanyi, saya pun boleh nyanyi kat karoke. Pitching lari ke ape ke, tak ada cikgu yang nak tegur. Kecuali kawan-kawan yang tolong gelakkan takpun jadi background-singer.

Oh ya, bercerita pasal sms, Fatwa yang baru-baru ni dikeluarkan mengharamkan peraduan SMS ini, bukan tertuju kepada AF, Malaysian Idol, Audition, Who Will Win. So, peminat-peminat bolehlah membazir duit sesuka hati mereka bagi membolehkan bintang pujaan mereka menang sebuah kereta atau wang tunai. Fatwa itu sebenarnya untuk peraduan-peraduan yang di anjurkan oleh mana-mana syarikat yang menawarkan hadiah-hadiah berupa Kereta Mercs ke, BMW ke, dan lain-lain.

Mengapa peraduan SMS diharamkan? Ini kerana kita akan ber'sms' beribu-ribu kali untuk menjadi pemenang. Dah la sekali SMS dah kena Caj RM2. Paling sikit pun 50¢. Samalah sepertimana anda membazir duit membeli tiket-tiket loteri untuk mendapatkan nombor yang anda tikam tu menang 1st Prize. Sama kan? Ke, tak sama tapi serupa? Ehehe.. Semua terpulang pada kebijaksanaan masing-masing.. ;-)

Khamis, 29 Julai 2004

Anne Murray - You Needed Me

I cried a tear, you wiped it dry
I was confused, you cleared my mind
I sold my soul, you bought it back for me
And held me up and gave me dignity
Somehow you needed me

You gave me strength to stand alone again
To face the world out on my own again
You put me high upon a pedestal
So high that I could almost see eternity
You needed me, you needed me

And I can't believe it's you,
I can't believe it's true
I needed you and you were there
And I'll never leave
why should I leave, I'd be a fool
'Cause I've finally found someone who really cares

You held my hand when it was cold
When I was lost you took me home
You gave me hope when I was at the end
And turned my lies back into truth again
You even called me friend

You needed me, you needed me

Jumaat, 23 Julai 2004

Terkenang-Kenang

Waktu naik lif ke tingkat 7 pagi tadi, aku tersenyum sendiri apabila teringatkan kenakalan pelajar-pelajar LGTT . Masa bekerja di LGTT, budak-budak tu sangat suka buat dajal kat lif situ. Macam tak pernah naik lif pun ada juga. Waktu tu aku cukup marah bila aku nak turun dengan lif, aku tengok butang lif tu semuanya dah di tekan. Apalagi, di setiap tingkatlah lif itu berhenti macam Star LRT, walaupun tak ada orang turun atau naik. Oleh kerana ITC di tingkat 4, lif itu akan berhenti di tingkat 3,2 dan G. Itu membuatkan aku 'hangin satu badan', apatah lagi waktu itu aku hendak cepat. Aku pun pernah jadi pelajar juga, aku pun nakal juga waktu belajar dulu, tapi tak adalah nak menyusahkan orang lain. Marah tu memang membara, cuma marah-marah dalam hati saja lah. Nak pergi cari budak-budak tu, pukul ke, tak adalah.

Kalau hendak naik atas pun begitu juga. Aku tunggu lif di G untuk masuk office di tingkat 4. Budak-budak yang baru habis kelas ini akan keluar beramai-ramai dari lif tanpa lupa meninggalkan 'tanda' di setiap butang lif. Aku nak marah tak boleh, jadi aku jeling budak-budak tu sampai semuanya tunduk dan berlalu dari situ dengan cepat-cepat. Budak-budak ni, mak-ayah hantar pergi belajar, dia main-main pula di sini. Marah betul aku waktu tu. Pun begitu, hendak atau tidak, aku terpaksa juga naik lif itu, biarpun ia akan berhenti di setiap tingkat dan aku seperti orang bodoh melihat pintu lif terbuka dan tertutup tetapi tiada orang yang turun di setiap tingkat di mana lif itu berhenti. Apabila sampai di ITC, muka 'empat-belas' aku di sedari oleh kawan sekerja, lantas mengusik aku tanpa henti, di mana akhirnya aku akan tertawa dan segala marah yang berkumpul bagai hilang begitu saja. Kawan-kawan aku pun nakal juga. Sehari tak usik aku, memang tak sah!

Bila mengenang semua itu, buat aku tersenyum sendiri. Biarpun waktu menghadapi situasi itu membuat aku marah, tetapi aku gembira ianya berlaku kerana itu menjadi tanda dalam ingatan aku betapa nakalnya pelajar LGTT dan juga betapa nakalnya kawan-kawan aku. Dan tadi, waktu keluar dari lif itu, terlintas di fikiran nakal aku untuk menekan semua butang lif itu dari tingkat 6 sehingga 1. Tetapi, aku tidak mahu berbuat begitu. Nampak sangat aku 2x5 dengan budak-budak nakal itu. Tidak, aku tidak senakal itu. Tambahan aku tak mahu orang lain jadi bodoh macam aku, tunggu dalam lif yang berhenti di setiap tingkat tetapi tiada orang keluar atau masuk. Kasihan kan?

Isnin, 19 Julai 2004

Cuba Berdiet

Seminggu dua ini, aku kurangkan pengambilan makanan pada waktu tengahari. Dua-tiga orang kawan membantah tindakan aku mengawal pemakananku. Entah mengapa, perkataan "chubby" membuatkan aku trauma. Tiap kali orang menegur aku tembam, tiap kali itulah aku menafikannya dan aku cuba untuk kurangkan makan. Isk.. seriau dibuatnya.

Tembam sebab bahagia? Bahagia juga dengan hidup sejak akhir tahun lalu. Alhamdulillah, Allah memurahkan rezeki aku dengan perpindahan kerja ini. Bahagia juga dengan hidup bila tahu masih ada orang menyayangi. Bahagia juga dengan hidup dalam lingkungan keluarga yang bahagia ini.

Makan banyak? Juga merupakan antara faktor yang menaikkan berat badan aku. Bukan makan banyak sangat pun kat sini tapi entahlah selera meningkat. Senang hati kot. Dulu di IUCTT tak makan sangat pun. Breakfast escape, lunch kadang tak makan. Di sini, tak pernah miss soru orang cakap. Padanlah tembam!

Mesti orang akan cakap, tak payahlah nak berdiet dah kurus pun. Aduh. Setengah orang kata kurus, setengah orang kata tembam. Mana satu ni? Pening gue..

Okey, aku tak diet sangat. Aku kawal pemakanan untuk mengambil makanan yang berkhasiat. Orang cakap diet seimbang. Ok kan begitu?

Khamis, 15 Julai 2004

Bateri si Nokia

Si Nokia menyanyi lagu Sailormoon. hello.. ha.. apehal? oh.. bilanye? ha? oh.. sat.. sat.. - tritt.. tritt.. tritt.. *bunyi amaran bateri habis* si Nokia terus padam setelah amaran. Aduh! Cepatnye dia mematikan diri. Taulah dah berusia. Tapi bagilah peluang saya caj baterinya dulu.

Si Nokia ni memang dah lama. Versi pertama tanpa antena. Bak kata orang tua-tua, dah sezen dah pun. Bak kata orang sekarang. Out Dated. Ketinggalan zaman. Bagi saya, selagi boleh pakai, saya pakai la. Tapi sekarang ni, nampak gayanya macam kena tukar. Apa tidaknya? Belum tiga puluh saat bercakap, amarannya dah berbunyi-bunyi. Tapi saya sayang pada Nokia ni. Satu-satunya barang yang simpan banyak rahsia hidup saya.

Saya patut beli baru sebenarnya. Adik lelaki saya dah hampir sepuluh kali menukar telefon bimbitnya seperti membeli baju di jualan murah. Adik perempuan saya pula bertukar-tukar telefon bimbitnya dengan kawan-kawannya. Kakak-kakak dan abang-abang ipar saya pun dah tukar telefon bimbit nada polifonik. Adik saya yang baru lepas SPM pun memiliki telefon bimbit yang kecil yang ada fungsi radio. Ke sana-ke sinilah dia dengan telinga bersumbat earphone mendengar lagu Eminem kegemarannya.

Ayah pula tidak ghairah bertukar telefon bimbitnya. Baginya selagi boleh bercakap, menghantar mesej dan sebagainya, dia akan terus menggunakannya walau saya tahu, dia boleh menukar telefon bimbitnya kepada yang lebih canggih bila-bila masa dia mahu.

Saya beli si Nokia dari kawan baik saya, menggantikan Siemen yang juga mengalami masalah bateri yang kronik. Sudah pun bersama saya 3 tahun. Siemen itu juga berusia 3 tahun waktu saya menjualnya. Mungkin kini tibalah masa untuk saya menukar kepada yang baru. Saya ingin mencuba telefon bimbit bernama Samsung pula. Fungsi-fungsi seperti kamera dan sebagainya itu tak penting bagi saya. Asalkan saya boleh menghubungi kawan-kawan dan menghantar mesej sudah mencukupi.

Selasa, 13 Julai 2004

Cerita Mak & Ayah

Mak dan ayah dapat tawaran untuk menunaikan haji di musim haji depan tahun 2005. Alhamdulillah. Dah lama mak dan ayah tunggu peluang untuk menunaikan haji, tetapi ditangguhkan demi kami adik beradik yang tak berapa pandai menguruskan diri masing-masing.

Kini peluang itu muncul di depan mata. Mereka gembira kerana penantian mereka tidak sia-sia. Aku turut bersyukur dan kami adik beradik tidak akan menghalang mereka menunaikan rukun Islam ke5 ini dengan sempurna.

Lagipun kami adik beradik sudahpun dewasa. Yang paling kecil pun adik bongsu aku yang berada di tingkatan satu. Insya Allah, kami dapat menguruskan diri dan rumah biarpun tidak sesempurna Mak menguruskan hal rumah tangga.

Kami tidak mahu lagi ayah dan mak menangguhkan hasrat mereka ini lagi. Sudah lama mereka menanti. Biarlah mereka menunaikan ibadat dalam keadaan yang sihat. Mak pun bukan sihat sangat. Banyak berfikir boleh menyebabkan dia mendapat sakit.

Aku bukan mahu menyusahkan mak sangat. Cuma mak saja yang terlalu risaukan anak-anaknya terutama aku dan kak teh. Aku tak mahu mak berfikir bukan-bukan. Kerana bagi aku, di mana aku berada, aku sentiasa tahu aku di lindungi doa mak. Insya Allah, aku tahu dan sentiasa menjaga diri aku.

Aku harap sangat mak dan ayah dapat menunaikan ibadat haji di musim haji depan. Insya Allah. Aku cuba membantu mereka agar mereka dapat menunaikan ibadah dengan sempurna. Insya Allah. Semoga Allah memperkenankan doa mereka. Amin..

Khamis, 8 Julai 2004

Ruang

Bolehkah aku diberi sedikit ruang untuk aku simpan segala yang aku rasakan peribadi? Kenapa harus semua luar sehingga dalam kau mahu ambil tahu? Apa gunanya kau ketahui segalanya mengenai aku? Kau bukan ahli keluarga aku mahupun seseorang yang rapat dengan aku, buat apa kau nak tahu?

Mahu aku katakan berapa kali pada kau yang aku tak suka orang "mengambil-berat" tentang aku. Sering bertanya tentang sesuatu yang aku tak suka. Jika kau mahu berkawan dengan ikhlas, aku minta tak banyak, hormat. Itu saja.

Jika kau kenal aku di pejabat, seperti mana aku di situ, itulah aku. Tak perlu tanya apa yang aku buat di hujung minggu. Kita sebagai pekerja, kita buatlah kerja kita sebaiknya. Tak perlu campur urusan hidup aku di luar waktu kerja. Oh ye, aku tak pernah suka dan tidak setuju untuk keluar bersama kawan pejabat di luar waktu pejabat, apatah lagi nak ber"skandal" dengan kawan pejabat.

Jika kau kenal aku di internet, kau cuma akan tahu melalui jurnal ini. Maaf, pertanyaan "bila nak kahwin?, siapa calon?" or what so ever tidak akan di layan. Aku bukannya suka memaparkan kisah peribadi aku di sini. Di sini aku cuma bercerita tentang kerja, lagu dan semuanya secara umum. Aku minta tak banyak. Hormatkan privacy aku. Selagi aku tidak umumkan secara "live" di sini, janganlah ada pertanyaan seperti itu lagi. Aku dah bosan. Aku dah bosan!!

Sebenarnya aku tidak selesa membicarakan soal-soal peribadi di mana-mana. Di jurnal mahupun di pejabat. Cuma beberapa orang yang rapat saja yang tahu dan itu sudahpun memadai kerana aku tahu mereka kawan ku yang sejati. :-)

Isnin, 5 Julai 2004

I want To Know What Love Is

No words can describe except this song.. :'-(

I gotta take a little time, a little time to think things over
I better read between the lines, in case I need it when I'm older

Now this mountain I must climb, feels like the world upon my shoulders
Through the clouds I see love shine, it keeps me warm as life grows colder

In my life there's been heartache and pain
I don't know if I can face it again
Can't stop now, I've travelled so far, to change this lonely life

I want to know what love is, I want you to show me
I want to feel what love is, I know you can show me

I'm gonna take a little time, a little time to look around me
I've got nowhere left to hide, it looks like love has finally found me

In my life there's been heartache and pain
I don't know if I can face it again
Can't stop now, I've travelled so far, to change this lonely life

I want to know what love is, I want you to show me
I want to feel what love is, I know you can show me
I want to know what love is, I want you to show me
(And I wanna feel) I want to feel what love is
(And I know) I know you can show me

Let's talk about love - I want to know what love is
The love that you feel inside - I want you to show me
And I'm feeling so much love - I want to feel what love is
No, you just can't hide - I know you can show me

I want to know what love is (let's talk about love), I know you can show me
I wanna feel it too - I want to feel what love is
I wanna feel it too, and I know and I know - I know you can show me
Show me love is real, yeah - I want to know what love is...

Jumaat, 2 Julai 2004

Tibanya Julai

Sudahpun masuk hari kedua di bulan Julai. Semalam aku dapat sms dari kawan aku yang nun jauh di utara dengan ucapan selamat buatku. Aku rasa terharu atas ingatan beliau. Semoga dia turut berbahagia di sana. :-) Terima Kasih.

Alhamdulillah, aku masih punya kawan-kawan yang baik. Terutama kawan-kawan di Geng Jurnal ini. Mereka terlalu baik untuk aku. Terima kasih, kawan! Cuma aku saja bukan seorang kawan yang baik.

Sepertimana aku pernah katakan dulu, aku bukan seorang kawan yang baik. Lagakku seperti 'haiwan' yang melindungi diri sendiri. Jika orang @ musuh menghampiri, aku sentiasa dalam keadaan yang berwaspada. Pertanyaan dan ragu-ragu sering bermain diminda aku, buatkan aku sukar untuk difahami atau dihampiri, walaupun orang itu pernah rapat dengan aku satu ketika dulu. Bertambah-tambah sukar bagi mereka untuk menghampiri semula sekiranya mereka pernah mencalarkan kepercayaanku.

Mungkin aku mementingkan diri sendiri. Tetapi aku perlu melindungi diri aku sendiri. Itu saja yang aku lakukan untuk diri aku. Aku tidak lagi mahu orang melukakan @ mempergunakan aku dengan sewenang-wenangnya. Dah serik rasanya.

Aku juga dah jemu mereka menghampiri kerana simpati. Tak perlu. Aku tak perlu simpati dari orang lain. Aku dah boleh berdiri atas kaki sendiri. Kasihkan diri sendiri, sebelum mengasihani aku. Aku bukan insan malang tepi jalan. Tak perlu simpati, kerana ramai lagi orang yang perlu simpati. Aku bukan anak kecil lagi. Aku dewasa dan aku tahu mana batil mana benar. Yang aku perlukan cuma bimbingan dan ingatan agar aku tidak lagi menyonsang arah. :-) Maafkan aku ye?

Cerita Lama Amyz