Rabu, 30 Jun 2004

Tengok Preview SpiderMan2

Spider-Man 2.
29hb June 2004 - 08:45pm - Hall 5 - TGV - KLCC.

Dapat 2 pass free dari Hotlink. Sampai kat TGV punyalah ramai orang beratur. Hmm.. nak tengok movie free punya pasal satu hal. Satu sebab lain dapat tengok dulu sebelum ditayangkan secara rasmi.

Kawalan ketat agar tidak ada gangguan dan rakaman haram berlaku. Setiap orang diperiksa menggunakan satu alat pengimbas macam Polis guna untuk memeriksa orang yang menyembunyikan senjata. Beg juga diperiksa. Mereka terjumpa telefon bimbit dalam beg dan aku terpaksa menyerahkan telefon bimbit yang ketinggalan zaman itu di satu kaunter. Mereka menyimpan telefon bimbit aku dalam satu sampul dan memberi aku sekeping kertas bertulis nombor di mana nombor itu ada tercatat pada sampul itu.

Kami masuk ke dewan 5 untuk menyaksikan Spider-Man 2. Dapat tempat duduk barisan kedua dari atas, bukan dari depan skrin ye?

Aduh.. mengantuknya hari ni..

Jumaat, 25 Jun 2004

Sepi Dalam Keriuhan.

Masa-masa seperti ini, di dalam keriuhan mereka, tiba-tiba saya teringatkan tempat kerja lama saya. Biarpun saya berhujan emas disini, saya rasakan hujan batu disitu lebih seronok. Kenapa? Di situlah saya kenal erti dewasa dan segalanya mengajar saya. Dan tiba-tiba saya rasa sangat terasing di sini, biarpun sebenarnya keadaan amat riuh disini. Saya terasa sepi.

Saya teringat kawan-kawan saya di tempat kerja lama, di ITC. Setiap kali saya teringatkan mereka, setiap kali itulah saya akan tersenyum sendiri. Kerana kerenah mereka yang saya tahan setiap hari biarpun ada yang menyakitkan tetapi merekalah yang menghiburkan hati saya. Kerana merekalah saya ada untuk menguatkan semangat saya menghadapi hari-hari.

Mereka kesemuanya hero saya, kerana di ITC itu saya sorang sajalah 'girl' mereka. Sayalah yang membancuh nescafe atau milo hampir setiap pagi untuk mereka. Menyambut telefon untuk mereka. Erm.. mengapa saya bekerja seperti setiausaha mereka sedangkan tugas saya merupakan pengaturcara di sana? Semua itu kerja sampingan di waktu-waktu saya tiada kerja, sedangkan mereka bekerja seluruh hari untuk membaiki komputer dan memeriksa rangkaian serta mengawal-selia lab-lab yang banyak itu. Saya ada membantu mereka ketika waktu-waktu kritikal terutama sewaktu kerja-kerja membaik-pulih lab.

Mereka cuma ada 3 orang, Din, Abad dan Jas. Abang Fairuz di Wisma Ilmu. Tolak juga encik Boss IT. Kemudian ditambah dengan kehadiran 2 orang lecture yang sangat rajin melepak di ITC iaitu Shukri dan Ipin. Kalau dah berjumpa, bergegar-gegar ITC tu dengan gelak tawa mereka. Belum campur merah padam muka saya bila tak henti-henti disakat mereka. Pantang betul mereka dengar silap cakap atau salah sebut. Boleh jadi ejekan 7 keturunan. Selama 2 tahun 3 bulan bekerja disitu, berbagai-bagai lawak-jenaka mereka bagaikan terngiang-ngiang di telinga saya kini. Yang paling menggelikan hati saya, si Shukri yang kerap menggunakan dialog-dialog filem P.Ramlee sehingga di kertas soalan ujian untuk pelajarnya juga diselitkan nama Pak Mat Tempe.

Hmm.. rupanya saya rindukan kenangan-kenangan itu dan rindukan mereka juga. Well, life goes on..

Isnin, 21 Jun 2004

Boring

Mood : Happy & Boring.
Song : Everytime - Britney Spears.

Malas nak berfikir. Boss tak datang. Demam katanya. Seorang lagi kawan gi kursus kat Shah Alam. Duduk la aku seorang dan kebosanan. Ada sorang lagi boss, tapi dia sangat busy sebab kena back-up boss aku yang tak datang tu.

Kebelakangan ini aku seharusnya tidak perlu lagi memikirkan sesuatu yang membuatkan aku tidak gembira lagi. Aku mahu gembira dan terus gembira. Tetapi aku tak mahu kelak ditimpa duka seperti dulu. Cukuplah, serik rasanya.

Akan tetapi, bekerja di sini di persekitaran ini, aku cepat rasa tension yang bukan sedikit. Entahlah, aku tak perlu mengeluh kerana masing-masing disini dibebani kerja yang tertanggung di bahu masing-masing. Aku tak tahu berapa lama masa aku perlukan untuk aku suaikan diri disini. Sedangkan aku dah pun 8 bulan berada di sini. Nak kata lama tak juga, kira baru lagi la.

Sepatutnya, aku tak perlu ambil masa begitu lama untuk mempelajari segalanya ilmu yang ada di sini. Tetapi, ketidak-profesional-an mereka menjadikan aku seolah-olah pendatang haram. Belum lagi pandangan jelik pengguna-pengguna sistem dan selainnya. Itu semua membuatkan aku di dalam serba salah sepanjang masa sehinggakan kerja aku tidak dapat siapkan sempurna dan tidak menepati masa. Aduh, sedih betul rasanya.

Bagaimana harus aku bantu mereka untuk maju? Sedarkah mereka apa yang kami lakukan untuk membantu mereka melancarkan serta memudahkan perjalanan kerja mereka? Tidak tahukah mereka betapa susahnya kami mendapatkan maklum balas dari mereka, selain dipandang seperti entah-apa-apa? Rasa maruah aku ditapak kaki mereka aje.

Entahlah, aku tak tahu berapa lama aku boleh bertahan di sini. Atau perlu saja aku pergi?

Isnin, 14 Jun 2004

Berhenti Berharap

aku tak percaya lagi . dengan apa yang kau beri . aku terdampar di sini . tersudut menunggu mati . aku tak percaya lagi . . akan guna matahari . yang dulu mampu terangi . sudut gelap hati ini .

aku berhenti berharap . dan menunggu datang gelap . sampai nanti suatu saat . tak ada cinta kudapat . mengapa ada derita . bila bahagia tercipta . mengapa ada sang hitam . bila putih menyenangkan .

aku pulang... . tanpa dendam . kuterima.. kekalahanku . aku pulang... . tanpa dendam . kusalurkan.. . kemenanganku .

kau ajarkan aku bahagia . kau ajarkan aku derita . kau tunjukkan aku bahagia . kau tunjukkan aku derita . kau berikan aku bahagia . kau berikan aku derita .

Lagu Tema Siri Identiti Sephia.

Jumaat, 11 Jun 2004

Tukar Layout Lagi dan lagi dan lagi dan lagi..

Tadaaa... :-) :-) :-)
Entah ke-berapa kali sejak aku tahu design web. Dari bodoh-bodoh punya design, sampai la ke simple mungkin. Cantik? tak pernah ada.. Sorry bebeh, aku bukan budak design macam Mukeh, Mie atau Nettbiru yang cukup terkenal dengan ke-kreatif-an. Siapa la aku nih??

Tak tahu la kenapa dengan aku ni. Asyik tukar layout aje. Entah kenapa senang sangat bosan dengan web sendiri. Cepat sangat bosan dengan web aku ni. Rasa macam nak campak-campak dalam sungai Klang aje.

Bila tukar layout, kena la tukar kat semua file yang ada tu. Kan dah kena susahkan diri meng-upload semua file ke server. Halloo.. amyz.. gunalah latest technology. Diorang semua pakai diaryland, danchan, blogspot, blogdrive bla.. bla.. bla.. Ko still nak upload file ke server lagi ke? Kan senang, pakai template aje. Kalo rajin bleh edit kat html kod aje. Buhsan la Amyz..!!

Aku rasa gunakan blogspot, danchan etc.. etc.. etc.. melimitasikan aku untuk berkreatif dan menguji sejauh mana aku boleh berexprementasi dalam kerja-kerja design web. Sekali lagi, aku katakan, aku bukan budak Multimedia. Aku cuma tahu guna frontpage dan dreamweaver untuk merealisasikan web aku ini. Aku masih belajar dan terus belajar kerana minat yang dalam.

Archieve? inilah masalah. Aku tak tahu aku nak buat macam mana dengan arkib aku tu. Aku terpaksa peramkan dulu arkib tu untuk aku fikirkan design yang sesuai untuk paparan. Lagipun sibuk dengan sistem-sistem yang menunggu-nunggu untuk dibangunkan.

Last but not least,

Selamat Pengantin Baru Buat Rudy & Insyirah.
semoga kekal bahagia ke akhirnya..

Rabu, 9 Jun 2004

Jauh di sudut hati

Musim Raja Sehari kawan-kawan ini meresahkan fikiran. Entah. Biarpun tergambar gembira dan bahagia di majlis yang gemilang itu, jauh di sudut hati ini terselit rasa sayu yang bukan sedikit.

Tidak.. bukannya sebab aku belum kahwin lagi or what so ever. Cuma terasa satu kehilangan yang tak wujud. Bagaimana hendak hadapi kenyataan kawan telahpun mendirikan rumahtangga sepertimana menghadapi kakak dan adik mendirikan rumahtangga. Di bahu manakah air mata ini hendak ditumpahkan setiap kali berduka? Kepada siapa hendak berkongsi segala gelak tawa?

Dan aku tidak lagi dapat menenangkan mereka. Tidak lagi dapat menghulurkan bahuku untuk mereka menangis diatasnya. Tidak lagi dapat berkongsi suka dan duka mereka kerana mereka telahpun dipunyai. Berjauh hatikah aku? Cemburukah aku? Tidak.. aku tidak merasakan sedemikian. Cuma aku rasakan kehilangan yang tak wujud.

Menghadiri majlis mereka, menyaksikan akad nikah mereka, selain itu mereka juga jadi saksi berapa banyak air mata yang tumpah waktu itu.

Bukannya tidak gembira. Alangkah gembiranya mendapat berita mereka akan melangsungkan perkahwinan. Alangkah bahagianya mereka dapat hidup bersama orang yang mereka cintai. Pastinya hidup mereka lebih sempurna kerana suami dan isteri saling melengkapi. Alangkah besarnya rahmat perkahwinan. Betapa Allah sayangkan hambaNya dan mengurniakan perkahwinan kepada kita sebagai rahmat dari Nya.

Seharusnya aku sedar, masa berlalu begitu cepat ibarat seperti bilah-bilah pedang memotongku, tanpa aku sedia untuk menghadapi.

Tahniah kawan. Walaupun kita tak dapat mengulangi tengok wayang atau membeli belah bersama, berkongsi lipstik atau bedak dan minyak wangi lagi. Tak apalah kawan, asalkan kau bahagia. Asalkan kau bahagia..

Tukar Layout.
Suram betul web ni. nak tukar layout entah keberapa ribu kali. Dalam proses. Nantikan saja lah ok? ;-)

Jiwang?
Tak adalah. Cuma hati kebelakangan ini sering diusik sendiri. Senang melayan perasaan sendiri mencari bahagia yang entah dimana. Sekiranya kalian terganggu, maafkanlah aku.

Jumaat, 4 Jun 2004

Hoobastank - The Reason

I'm not a perfect person. As many things I wish I didn't do. But I continue learning. I never meant to do those things to you. And so I have to say before I go. That I just want you to know

I've found a reason for me. To change who I used to be. A reason to start over new. and the reason is you

I'm sorry that I hurt you. It's something I must live with everyday. And all the pain I put you through. I wish that I could take it all away. And be the one who catches all your tears. Thats why i need you to hear

I've found a resaon for me. To change who I used to be. A reason to start over new. and the reason is You

I'm not a perfect person. I never meant to do those things to you. And so I have to say before I go. That I just want you to know.

I've found a reason for me. To change who I used to be. A reason to start over new. and the reason is you

I've found a reason to show. A side of me you didn't know. A reason for all that I do. And the reason is you.

Khamis, 3 Jun 2004

Break-Up To Make-Up.

Sepertimana nyanyian Chigago dalam lagu 'Hard To Say I'm Sorry' baitnya pertamanya menyebut, "Every lover need a holiday, far away from each other", Mungkin betul kata mereka, adakalanya a lover perlukan "rehat" untuk memberi peluang pada diri masing-masing menilai diri masing-masing dengan fikiran yang waras.

Selalunya kita sentiasa tak mahu kalah bila berbalah. Kita mahu dia yang mengalah dan meminta maaf pada kita. Walau benar dia bersalah, tetapi selalunya kita tidak memberi peluang padanya untuk menjelaskan keadaan sebenar. Pabila kita tahu kita salah, kita tidak juga beralah, dan menyatakan salah kita berpunca dari dia. Adilkah kita?

Jika hubungan anda dilanda perbalahan tanpa henti, aku nasihatkan anda berdua mengambil "cuti" jauh dari pasangan anda. Atau "bercuti" dari berjumpa buat sementara waktu. Berikan masa pada diri masing-masing agar kalian dapat menilai segalanya yang baik dan buruk, betul dan salah diri masing-masing dengan fikiran yang waras dan tidak emosional.

Bagi aku, ruang sementara waktu untuk bersendirian amat perlu untuk diri sendiri. Bagi memikirkan yang terbaik untuk diri sendiri. Dan memilih yang terbaik untuk kebahagiaan kita, kebaikan bersama juga kebahagiaannya.

Sesetengah orang, bila kita cakap kita perlukan ruang waktu berfikir, dia akan berfikir kita akan meninggalkan dia lantas menjadi orang yang agresif dan emosi. Kita perlu jelaskan pada dia, yang kita perlukan waktu break-up to make-up. Bukan untuk berpisah selamanya, cuma untuk tenangkan segala ribut taufan yang melanda hubungan anda berdua.

Fikirkanlah terbaik untuk hubungan anda berdua. Tiada siapa meminta untuk jatuh cinta, apatah lagi untuk putus cinta. Kerana cinta datang tanpa kita jemput dan pergi tanpa kita rela.

Cerita Lama Amyz