Rabu, 31 Mac 2004

Nak Cepat Kaya

Marah betul dapat email banyak-banyak pasal main kutu kat internet la, cari downline la, nak duit banyak la. Itu la. Ini la. Hii.. Nyemak inbox aje..

Bukan nak boycott atau pun apa. Aku pun join mlm gak. Tapi tak de lah sampai desperate nak cari downline sampai macam tu sekali. Tak kisah sebenarnya. Suka hati la. Tapi sampai hantar email sampai dua-tiga kali sehari. Sakit juga hati tengok. Delete tu memang kerja senang. Tapi kalau dah berkali-kali kena delete email-email macam ni sampai 5 kali sehari. Haii.. Macam takde kerja lain ke, amyz?? Mendelete email aje??

Jangan terlalu taksub tentang duit. Nak senang bukannya senang. Aku tahu yg korang buat itu part of berusaha juga. Lepas tu tawakal. Jangan send lagi email tu kat orang yang sama. Naik menyampah adalah. Bukannya berminat. Aku tengok² balik, kelakar pun ada. Memacam orang sekarang buat semata-mata kerana duit.

Duit tu memang penting. Tapi jangan jadi hamba duit. Memang tak kan cukup, walau berapa juta pon gaji ko. Pepandai lah cari duit lebih dengan jalan yang halal. Buat kerja part-time pun okey ape. Asalkan tak mintak duit kat orang lain. Itu bagi pendapat aku lah.

Bagi aku, kegiatan macam ni, meminta duit kat orang, masuk dalam akaun kita, orang down line kita, minta duit kat orang lain masuk dalam akaun dia - berisiko. Sebab pasal duit lah, adik beradik boleh gaduh. Kawan-kawan boleh berbunuh. Saudara - mara boleh bermusuh. Walaupun sikit, tapi duit juga kan?

Tak berani aku nak risk kan diri aku dengan benda-benda macam ni. Baik aku pi saving kat asb ke, insurans ke, ape ke, asalkan duit aku selamat disitu. Tak ape lah tak kaya pun. Bersyukur saja dengan apa yang ada. Kalau ada rezeki lebih mcm dapat durian runtuh ke, bonus ke, gaji naik ke, alhamdulillah.. :-) kalau takde duit sok², pepandailah cari jalan nak hidup.. Banyak peluang dalam bumi tuhan ini, cuma pandailah kita mencari.

Selamat berjaya kepada semua orang yang nak kaya, termasuk aku juga.. :-)

Sabtu, 27 Mac 2004

Kerja Si Programmer.

Tukar layout lagi. Archieve tak letak lagi. Kena kumpulkan semua file-file lama yang berada di folder yang bersepah-sepah dalam hard disk ni. Kena kumpulkan dalam satu folder lain. Lepas tu kena edit sikit. Nak buang mana-mana entri yang 'terlampau', including gambar-gambar yang boleh bagi dosa free kat orang lain. Ehehe.. :"> lepas tu baru boleh upload.

Banyak kerja. Tahun ini ada 3-4 sistem kena bangunkan dan 2 daripadanya kena buat peningkatan (upgrade da..). Kena memperkenalkan kebaikan sistem berasakan web kepada semua user termasuk pengurusan peringkat tertinggi di sini.

Kalau boleh, boss nak upgrade semua sistem di sini kepada web-base system. Tidak ada lagi installation di pc user, di mana bagi kami menyusahkan. Kakitangan btm bukannya ramai. Nak serve berapa ramai user kat sini. Entahlah. Ada baik dan ada buruknya. Tapi baik ambil yang terbaik kan? Tapi tak boleh gak nak upgrade semua sistem ke web-base tambah-tambah sistem lotus notes yang berzaman digunakan. Tapi tunggulah apa kata ksu.

Bulan ni dengan sibuk berkursus. Siapkan spesifikasi. Laporan untuk boss dan lawatan ke tempat-tempat pengguna sistem. Bila bangunkan sistem nanti lagi banyak kerja. Agaknya sampai tak tersempat-sempat nak update agaknya. Sekarang pun rasa macam malas nak update sangat.

It's ok. Aku rasa seronok buat kerja macam ni. Tak kisahlah banyak mana pun. Tapi aku still boleh buat, siap bergelak-tawa dengan kawan-kawan lagi tu. Walaupun ada rasa tak puas hati dengan kerenah dan kehendak pengguna. Tapi semua tu cuma minor problem je. Bagi aku masalah besar adalah bila database corrupt which is pernah berlaku. Dan alhamdulillah ada backup data. Kalau tak, mau kena marah dengan user, boss, big boss dan semua orang. Huhuhu..

Jumaat, 26 Mac 2004

Things I Hate About KL

1 - traffic jammed.

2 - rude drivers. Macam dia seorang yang ada kereta. (maybe kereta dia bmw, mercs dll)

3 - bas intrakota, cityliner, putraline even triton yg sepatutnya ada aircon tapi jangan kata aircon, angin pun tak keluar. Dlm erti kata lain, ketuhar bergerak. Waktu orang pergi dan balik pejabat pulak tu. Kalau time lain, sejuk pulak. Isk.. Isk.. Isk..

4 - org² yg berebut² naik bas/lrt, sampai tolak² org lain. Sabar tak reti? Org lain pun nak balik rumah jugak!

5 - parking yang mahal. Lepas tu asyik full aje.

6 - public transport yang susah sgt nak dapat time-time kita in emergency.

7 - taxi driver yg tak mahu ambil penumpang & rude.

8 - jalan yang bertampal-tampal. Kes gali, lepas tu timbus balik tapi tak properly. Budus la..

9 - drive slow di lane tengah. Halloo.. Ini bukan jalan² cari makan keyy..!

10 - take over without signal.

11 - turn right @ left without signal.

12 - bas/lori @ kenderaan besar yang suka himpit-himpit kereta² lain. Ecspecially kancil.

13 - cucuk angin belakang kereta yang slow sikit dari dia.

14 - sengsiang, kalau tak jammed, itu bukan kl - kalau siang tak jammed maknanya hari tu hari raya.

15 -ramai sangat orang kat shopping complex. Nak parking pun susah. Nak shopping lagi susah!

16 - q panjang masa nak bayar bil, kat supermarket apatah lagi kat hypermarket macam carrefour, giant atau makro.

17 - motor slow. Lepas tu bawak kat tengah² lane. Halloo.. Ketepi la sikit bleh tak??

Dan macam-macam lagi. Kalau aku list semua, memang panjang lagi la korang kena scroll down. Pening kepala kalau keluar pergi dan balik kerja. Dulu aman sikit kerja di luar bandar - yang dapat elak melalui jalan ke pusat bandar. Sekarang pergi kerja, kena melalui jalan ke arah pusat bandar, bayangkan betapa seksanya. Ingat duduk kat kl ni best ke? Aku lagi nak pindah dari sini kl ni. Cukuplah 24 tahun duduk di kl nih.

Rabu, 24 Mac 2004

Nak Jugak! Nak Jugak!

Aku nak paste lagu jugak. Aku tak kira. Walaupun ada orang marah, aku nak paste gak lagu nih. Aku tak kira.. Aku tak kiraa... Aku nak gak paste lagu nih!!

Tapi oleh sebab aku dah janji ngan dia. Dan dia dah 'cop' dulu lagu tu untuk dia paste dalam jenel dia. Terpaksalah aku cari lagu lain untuk aku paste kat sini.

Sebab aku tak de idea lagi nih. Hari ni aku asyik dengar lagu je. Lagu lama sampai la lagu baru. Semuanya aku dengar. Sambil aku buat kerja sikit-sikit nih.

Tapi ni la lagu yang aku asyik dok ulang-ulang dari pagi tadik sampai la sekarang ni, yang dekat balik nih.

Perhaps - doris day.

You won't admit you love me. - and so how am i ever to know? - you only tell me - perhaps, perhaps, perhaps.

A million times i ask you, - and then i ask you over again. - but then you only answer - perhaps, perhaps, perhaps.

If you can't make your mind up, - we'll never get started. - and i don't wanna wind up - being parted, broken - hearted.

So if you really love me, - say yes. - but if you don't, dear, confess. - and please don't tell me - perhaps, perhaps, perhaps.

If you can't make your mind up, - we'll never get started. - and i don't wanna wind up - being parted, broken - hearted.

So if you really love me, - say yes. - but if you don't, dear, confess. - and please don't tell me - perhaps, perhaps, perhaps, - perhaps, perhaps, perhaps, - perhaps, perhaps, perhaps.

Isnin, 22 Mac 2004

Lemparkan Jauh-Jauh.

Entah bagaimana harus aku terangkan pada mereka agar memahami. Terlalu sukar nak luahkan segalanya. :-(

Bagi aku, segalanya telah aku lakukan demi menjaga hati mereka. Cuma mereka gagal untuk memahami apa yang aku alami, walau sekadar untuk mengerti. Bukan aku nak menagih simpati.

Ingat nak lari dari sini. Pergi jauh-jauh, biar tak seorang pun mencari. Biar duduk sendiri. Membina keyakinan diri. Lemparkan rasa useless ni jauh-jauh.

Jarang sekali aku rasa diri aku ini ada seseorang yang benar-benar mengambil tahu. Ada barangkali. Tapi aku tak dapat mengetahui. Bukannya nak semua orang ambil berat tentang aku. Nanti takut rimas pulak. Cuma, bila aku perlukan seseorang waktu begini-begini, orang itu tetiba invisible. :-(

Dah aku set dalam mind ni, jangan kenang kisah yang dah lepas. Jangan simpan dendam. Jangan benci-benci kat orang. Jangan mengungkit. Cuba ikhlaskan hati dan lain-lain lagi agar ada semangat nak menghadapi hari.

Tapi bila ada orang cakap macam tu macam ni kat aku. Buatkan aku rasa useless nye aku ni kat semua orang. Rasa useless tu mengatasi keyakinan yang aku bina berhari-hari yang lepas.

Walau aku buleh cakap kat orang tu, bukan ko yang bagi aku makan selama ini. Tapi apa yang dia cakap tu dah jadi macam pisau yang guris hati aku ni. Bukan nya sekali dua, dah berkali-kali. Jadi, macam mana aku betul-betul nak jauhkan rasa useless nih?

Tak ape lah. Selagi aku mampu, aku kuatkan juga diri aku ni menempuh hari yang akan datang..

Jumaat, 19 Mac 2004

Kerja. Kerja. Kerja

Minggu ni busy sebab nak implimen satu sistem iaitu sistem cuti. Ksu tak mahu guna surat cuti lagi. Dia nak semua orang apply cuti thru this system. So, mau atau tak, terpaksalah install sistem tu kat semer pc di kpkt nih. Then start 1 april, semua orang kena guna sistem cuti ni.

Itu baru satu sistem. Belom sistem-sistem yang dalam proses development dan sistem-sistem yang baru nak di develop lagi. Duduk di unit pembangunan sistem, kerja aku memang untuk develop sistem. Walaupun ada sistem, vendor yang develop, segala dokumentasi dan report-report di bawah beban tugas aku di sini.

Sepanjang minggu ni dok install sistem cuti tu kat semua bahagian dan jabatan di sini. Itu pun team dibahagikan kepada 3 group. Each group kena install 4 bahagian/jabatan yg ada di sini.

Sistem cuti ni asalnya jpa yang develop. Bagi menyokong kempen perkongsian pintar, sistem-sistem yang di develop oleh mana-mana agensi kerajaan, di share dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

Actually, sistem cuti ni dah lama dah ada kat kpkt ni. Cuma tak digunakan sebab user tak mahu guna. Kita dah bekalkan sistem, orang tak mau guna. Nak buat camne? Cuma baru-baru ni je ksu paksa kitorang paksa pengguna gunakan sistem ni. Dia kata, sesapa tak guna sistem ni bagi tau dia. Huhuhu..

Semalam petang, dah habis install sistem cuti ni. Hari ni petang, ada latihan sistem lain pulak. Tapi sistem ni tak yah nak install, web based system. Senang sikit. View pakai ie je. Sebenarnya, yang susah ialah nak suruh orang guna sistem. Tujuan sistem ni dibuat nak senangkan pengumpulan data. Tapi.. Entahlah.. Maybe diorang lagi senang guna kertas kot. Takpelah.. Aku kena usaha dan encourage user untuk guna sistem ini bagi memudahkan kerja mereka. Semoga hasrat ksu menjadikan segala urusan di kpkt ini paperless tercapai lah hendaknya. :-)

Isnin, 15 Mac 2004

Baca Majalah

Baru-baru ni aku beli majalah EH!. Aku dapat banyak artikel menarik selain fesyen terbaru. Artikel dalam majalah eh! Ni selalunya berkisar tentang perhubungan antara lelaki dan perempuan. Agar kita dapat menyelami sesuatu yang jauh di dalam hati orang lain. Kalau jadi begitu atau begini, apa masalah, sebab dan penyelesaiannya. Dalam hari kita bertanya, mengapa sesuatu itu berlaku pada diri kita, bila membaca artikel dalam majalah eh! Ini, aku faham mengapa ianya terjadi dan langkah sepatutnya aku ambil.

Motivasi-motivasi untuk diri amat penting agar kita positif meniti hari dan berjaya menepis dugaan yang datang. Sepertimana pakar motivasi menasihati kita, sebegitulah artikel-artikel ini. Walaupun jauh disudut hati kita akan berkata - senangnya bercakap. Bukan kau yang kena. Aku yang menanggungnya. - tapi sebenarnya, mereka ini ada kepakaran untuk memahami apa yang kita rasakan.

Bila membaca di ruangan-ruangan cik sri siantan, problem gadis, problem lelaki bla.. Bla.. Bla.. Dalam banyak majalah yang aku beli, terlalu banyak rupanya masalah orang malaysia ni. Dari seremeh-remeh masalah sehinggalah sebesar-besar masalah. Ngeri aku rasa bila membaca masalah-masalah ini.

Sebenarnya, banyak perkara kita dapat elakkan, tapi kita memilih untuk terjerumus dalam permasalahan itu sendiri. Bak kata orang - bak gali lubang kubur sendiri - sebabnya, kita terlalu mengikut kata hati dari pertimbangan akal yang waras. Itu sebabnya, kita harus mencipta dinding keimanan yang kuat sebagai tembok penghalang kepada perkara yang tidak baik.

Bila kita terlalu mengikut kata hati, kita menjerumuskan diri pada masalah yang kita tahu ianya menanti dihadapan kita. Macam bercinta dengan suami orang jugak lah. Dah tau, dia suami orang, kita pi layan jugak dia. Alasan - sukar mengelaklah, hati terpaut lah, kesian lah - seribu satu alasan, yang akhirnya menjerut leher sendiri. Bila dah kena tinggal, menangis tak berlagu la kita.. Sapa yang kena, kita jugak... Huhuhu..

Itu baru satu masalah - tapi ramaiiii.. Gile aku tengok terjerumus dalam masalah ini. Kasihan sebenarnya. Kasihan sangat-sangat. Masalahnya sama - cuma cara diorang hadapi berbeza-beza.

Artikel-artikel yang aku baca ini sebenarnya dapat aku jadikan panduan untuk menghadapi seribu satu masalah yang akan datang. Sebab hidup kita, tanpa masalah.. Bukan hidup namanya.. Jadi kita perlukan panduan dan bimbingan untuk berjaya menyelesaikannya. :-)

Khamis, 11 Mac 2004

Pinjamkanlah Semangatmu.

Aku suka buat segalanya sendiri. Aku suka berdikari. Aku pergi sana-sini tanpa harapkan bantuan sesiapa. Aku bangga kerana aku dapat lakukan segalanya sendiri. Sejak tamat sekolah, aku tidak harapkan sesiapa untuk menentukan hala-tuju aku. Dari aku isi sendiri borang upu, memilih kolej, memilih course, memilih kerjaya.. Segalanya aku lakukan sendiri tanpa ada bantuan sesiapa. Dan aku bangga kerana dapat berdiri di atas kaki sendiri.

Tapi bila ada waktu aku di bakar, di hentam dan di hadang dugaan, aku masih perlukan seseorang menjadi tulang belakang dan menyokong aku dari jatuh atau putus asa.

Aku beruntung punya ramai kawan. Tapi sebenarnya, aku lebih berani jika dapat meminjam semangat dari orang yang benar-benar aku sayang, seperti sahabat karib, mak, family dan dia.

Ada waktu, sebenarnya aku tak mampu untuk meluahkan segala yang menjadi dendam parut luka yang masih berdarah. Jadi aku masih perlukan semangat mu untuk terus bangun dari khayalan yang tidak mungkin menjadi kenyataan.

Pinjamkanlah aku semangatmu.. Jika benar kau menyayangi aku.. :-)

Cerita Lama Amyz