Khamis, 26 Februari 2004

Dah Sampai Jodoh Adikku

Ajal maut jodoh.. Adalah ketentuan nya..

Esok aku cuti. Adik aku diijab-kabulkan malam sabtu di rumah bakal isterinya di nilai, n9. Pertama kali dalam family aku nak terima menantu perempuan. Dah la anak lelaki cuma ada dua orang. Ada dua je la menantu perempuan dalam family kami. Menantu lelaki ramai. Yang dah ada dua orang tu pun dah kecoh satu rumah, inikan pula ada 5 nanti. Tambah havoc lah family aku.

Waktu aku edarkan kad jemputan kahwin adik aku pada kawan-kawan aku, aku tahu mesti soklan maut yang menanti aku. Aku jawab, dan jawapan aku kebanyakannya adalah gurauan. Aku tak kisah sangat tentang semua ni. Aku tahu apa yang aku buat. Aku buat apa yang aku rancang. Aku capai apa yang aku impikan. Insya allah, kalau ada jodoh satu hari nanti, aku kahwin juga kan? So jangan susah-susah hati tanya tentang jodoh aku which is, aku tak berapa ambil berat sangat pun.

Aku baru 24. Aku tengok kawan-kawan aku still rilex lagi walaupun mereka lebih berusia dari aku. Mungkin diorang pun ada risau gak. Tapi tak kan nak susahkan fikiran tentang benda ni. Bukan boleh paksa-paksa. Lagipun terlalu banyak persediaan yang perlu disediakan sebelum melangkah ke alam rumahtangga. Adik aku dah bersedia - so, dia go on la perkahwinan dia. Dah jodoh dia kan? Doakan aje lah kebahagiaan dia..

Aku takut sebenarnya. Aku pun tak bersedia. Diri aku ni pun masih ayah dan mak tanggung. Camne nak pikul tanggungjawab sebagai isteri nanti? Perkahwinan bukan perkara main-main. Aku akan hidup dengan dia sepanjang hidup aku. Aku tak mahu perkahwinan aku separuh jalan. Kita merancang, kalau dah takde jodoh tu nak buat macam mana kan? Semua orang pun mahukan perkahwinan yang kekal termasuk aku. Jadi aku perlu siapkan diri aku sebaiknya untuk hidup lama dengan dia. Sebab aku akan cuba jadi yang terbaik untuk dia. Dan aku tak mahu rasa menyesal mengahwininya atau perkara yang buruk ialah dia menyesal mengahwini aku..

Semua itu ketentuan allah. Jika ditakdirkan tiada seorang pun jodoh untuk aku, insya allah aku terima dengan hati yang terbuka. Dapat juga aku untuk berbakti kepada kedua ibu-bapa aku pula sehingga akhir hayat aku. Giliran aku membalas jasa kedua yang banyak berjasa kepada aku. :-)

Selasa, 24 Februari 2004

Cinta Tanpa Makna

Love is meaningless..

Tiada maknanya kasih-sayang mencurah-curah dan segala pengorbanan yang kau lakukan kerana dia, tetapi tidak pernah dia hargai.

Tiada maknanya cinta dan segalanya tetapi dia tidak pernah menghormati apatah lagi bertolak ansur.

Tiada maknanya perhubungan sekiranya dia tidak pernah memberi. Well, love is about give and take, tetapi adakah makna apabila dia saja menerima, kita saja memberi?

Ermm.. Bukan mahu mengungkit atau membangkit. Segala yang dilakukan adalah kerana keikhlasan kasih sayang yang ada dalam hati ini untuk dia. Tak pinta sedikit pun hartanya. Tidak pinta sedikit pun pertolongannya, cuma apa salahnya menghargai dan membahagiakan dengan kasih sayang nya pula?

Love is meaningless when one of you feel unhappy with him or her..

Tak pernah mengharap dia melakukan sesuatu yang tak berbaloi atau menyusahkan semata-mata untuk membuktikan sayang atau sebagainya.

Tak pernah mengharap jambangan bunga, sekotak cokelat atau teddy bear sebesar alam semata-mata untuk memujuk hati waktu merajuk atau menyambut ulangtahun kelahiran.

Tak pernah mengharap untuk kata-kata puji, janji-janji manis atau sebagainya semata-mata untuk menarik rasa percaya atau menanam keyakinan pada cintanya.

Segalanya terpulanglah kepada dia..

Rabu, 18 Februari 2004

Cerita Lagu dan Cerita KL-Penang

Kisah aku, dia dan lagu..

Bila lagu membuatkan aku teringatkan seseorang. Aku dengar lagu ni, aku ingat dia ni. Dengar lagu tu pun buat aku teringat kan dia tu. Dengar lagu lain, ingat dia yang lain. Ada banyak lagu dan ada banyak orang yang aku ingat. It's mean, aku selalu ingat kat kawan-kawan aku melalui lagu. ;-)

Dalam banyak-banyak lagu, aku ada banyak lagu yang buat aku teringatkan dia. Biarpun dia tak ingat kat aku pun waktu dia dengar lagu tu. Aku tak kisah pun kalau dia tak ingatkan aku, tapi aku nak dia tahu aku selalu ingatkan dia. :-)

Ada lagu yang dapat menggambarkan perasaan aku yang sebenarnya tanpa perlu aku luahkan apa yang terpendam jauh di sudut hati aku.

Kisah aku, dia dan lagu.. Jangan dipisahkan..

=============================================================

From KL - Penang - Kulim, Kedah - Penang - KL In 1 Day.

Penat semalam tak hilang. Pergi ke kulim semata-mata untuk menghadiri demo sistem untuk pbt. Lepas tu bertolak balik ke kl semula dalam masa satu hari. Penatnya, tuhan saja yang tahu. Dan hari ni kena pula pergi kerja untuk buat report. Adeiii la.. Boss aku pi cuti pulak. Kalau aku tahu, aku pun cuti gak!! Humph!!

Kejadian menunggu sampai 2 jam di klia adalah sangat-sangat memalukan. Bayangkan kami - aku berdua bersama penolong pengarah merangkap boss aku, telahpun menempah kenderaan untuk menjemput kami di klia petang semalam. Kami menunggu selama 2 jam. Sedangkan pada hari sebelumnya iaitu hari isnin, kami dimaklumkan tempahan kenderaan kami diluluskan. Tapi bila boss aku telefon ke bahagian admin, kata mereka tiada rekod tempahan kenderaan dari klia ke kpkt. Kami sangat terkejut dan kecewa dengan apa yang berlaku. Aku pun tak tahu apa masalah mereka ni. Tapi aku tahu pergolakan masalah antara beberapa orang pegawai disini. Dan aku rasa dengan mensabotaj kami adalah satu penghinaan dan tidak bertindak profesional.

Jika tempahan kenderaan kami tidak diluluskan, kami tidak kisah untuk memilih option lain untuk balik semula ke rumah dengan menaiki erl atau bas. Hanya maklumkan sahaja. Tapi tempahan kami diluluskan, itu yang membuatkan kami menunggu sehingga 2 jam. What a waste?!!

Akhirnya aku balik menaiki bas dan boss aku menaiki erl pada pukul 7 malam sedangkan kami tiba di klia dari penang pada pukul 4:15 petang. Dan aku sampai ke rumah pada pukul 9 malam. Amat memenatkan!!

Isnin, 16 Februari 2004

Di Awangan

Di awangan.
Terawang diapung anganan. Tersenyum pada keindahan.
Tidak menduga satu kesakitan, bila terhempas di bumi kenyataan.

Yang berada diawangan, terlalu lama dibuai keindahan.
Tidak menduga satu kesakitan, ditinggal bersama kelukaan.

Walau berada diawangan, memandang dari ketinggian,
Ke bawah kenyataan, tanpa rasa ketakutan dan penuh persediaan.

Jangan terlalu lama diawangan, turun dan nikmatilah keindahan
Masih banyak perlu dilakukan, mengecap mimpi dimasa depan.

Mungkin kita terlalu lama diawangan, menjadi bosan.
Dan kau tinggalkan aku dengan kenangan yang melukakan...

Khamis, 12 Februari 2004

Love Just Ain't Enough..

Now i don't want to lose you, but i don't want to use you,
Just to have somebody by my side.
And i don't want to hate you, and i don't want to take you
But i don't want to be the one to cry.
And it don't really matter to anyone any more
But like a fool i keep losing my place
And i keep seein' you walk through that door.

There's a danger in loving somebody too much,
And it's sad when you know it's your heart you can't trust
There's a reason why people don't stay where they are
Baby sometimes love just ain't enough.

Now i could never change you, and i don't want to blame you
Baby you don't have to take the fall.
Yes i may have hurt you, but i did not desert you
Maybe i just want to have it all.

It makes us sound like thunder, it makes me feel like rain
Like a fool who'll never see the truth
I keep thinkin' somethings gonna change.

There's a danger in loving somebody too much,
And it's sad when you know it's your heart you can't trust
There's a reason why people don't stay where they are
Baby sometimes love just ain't enough.

And there's no way home
When it's late at night and you're all alone
Are there things that you wanted to say?
And do you feel me beside you in your bed
There beside you where i used to lay.

There's a danger in loving somebody too much,
And it's sad when you know it's your heart you can't trust
There's a reason why people don't stay where they are
Baby sometimes love just ain't enough.

Rabu, 11 Februari 2004

Aku | Lagu

Bila aku, kau rasa tidak seperti dulu..

Maaf. Itu saja aku dapat lafazkan, andainya aku - kau rasa tidak seperti dulu. Tidak seramah dulu. Tidak sebaik dulu. Aku tak bermaksud untuk jadi begitu. Sebab aku rasa aku mengganggumu dan aku tak mahu mengganggu lagi.

Apabila aku telah melakukan satu kesilapan dihadapan kau. Aku rasa terlalu malu. Terlalu rendah diri dan rasa seperti orang yang bodoh. Sebab itu, aku tak berani untuk berhadapan dengan kau, menegur kau atau sebagainya - sehingga kau rasakan seperti salah itu berpunca dari kau. Sebenarnya tidak. Aku yang bersalah dan menghukum diri aku dengan cara itu, biarpun dalam hati aku ingin sekali sekurang-kurangnya berbual dengan kau. Tapi aku menahan diri aku kerana terlalu fobia yang aku akan melakukan kesilapan yang serupa dihadapan kau semula. Itu saja. Bukan silap kau, tapi silap itu dari aku.

Kalau kau rasa kau pun ada salah pada aku - jangan risau. Aku dah lama maafkan kau. Cuma aku tak mudah memaafkan diri aku sendiri.

>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Shake it.. Shake it.. Shake it.. Like a poloroid picture..

Meh dengar lagu ni. Best. Bleh dance sekali lebih-lebih lagi part. Shake it.. Shake it.. Shake it.. Shake it.. Like poloroid picture.. Lagu ni perform by outkast, tajuk dia hey ya. Ala.. Aku dengar for suka-suka je, walau ada word yang tak best dalam tu. Dengar lagu je, lirik dia tu jangan ikut sangat. Hahaha..

Lagi lagu yang aku dengar sekarang ni, crazy in love by beyonce. Dah lama dah lagu ni, tapi sebab lagu dia rancak dan buat aku rasa nak dance. Aku tak akan jemu dengar lagu macam ni.

Latest song like indian flute, perform by timbaland and magoo pun best gak lagu dia. Sebab ada bunyi indian flute dan seorang perempuan nyanyi serangkap lirik dalam bahasa hindi.

Pun lagu slow dan r&b mendapat tempat sebagai halwa telinga aku. Lagu-lagu jason mraz macam you and i dan the remedy, best didengar sebab lirik yang simple. Suka juga dengar lagu so yesterday by hilary duff. Sweet je suara dia. Oh ye, lagu behind blue eyes oleh limp bizkit pun best. Jadi top-ten dalam playlist winamp aku.

Lagu lama nyanyian paul young, simply red, karen white, lobo dan air supply (sekadar menyebut beberapa nama) pun masih sedap didengar waktu nak layan blues tak ingat dunia. Hahaha. Lagu macam casablanca, nothing at all, superwoman, i love you to want me dan banyakkkk lagi lagu yang still buat emosi aku turun naik dengan cepatnya!

Ah, kalau bercerita pasal lagu, memang tak kan boleh habis. Takut tak cukup tempat nak tulis. Kesimpulannya, aku memang suka dengar lagu. Ahaks!!

Sabtu, 7 Februari 2004

Woman Can't Read Maps

Because women use both sides of their brains, many find it more difficult to tell their left hands from their right. Around 50% of women cannot instantly recognise which is which, without looking for a ring or a freckle first. Men, on the other hand, operating in either the left or right brains, find it much easier to identify left from right. As a result, women all over the world everywhere are criticised by men for telling them to turn right - when they really meant left.

(copy from entri en. Spyz - "why men don't listen & women can't read maps" by allan & barbara pease)


Aku nak cerita sikit tentang kesahihan perenggan diatas. Aku regonise tangan kanan aku sebab aku ada parut kat tangan kanan. Tapi aku tahu gunakan tangan kanan waktu makan dan menulis dan buat kerja. Cuma aku selalu salah tunjuk arah kanan dan kiri waktu drive kereta. Ya, hanya bila aku drive kereta je!

Aku selalu kena marah sebab salah tunjuk arah. Ada satu pengalaman bawak kereta dengan kak nett for the first time nya aku mengaku why woman can't read maps bila kak nett cakap belok kanan, aku pergi belok kiri dengan selambanya. Ape lagi, kena sembur la dengan kak nett. Bila aku ingat balik, memang kelakar sangat-sangat. Kenapa aku tak boleh ikut direction dengan betul? Rupanya perempuan menggunakan kedua-dua belah otak nya. Sekarang, no wonder la kenapa kak nett selalu sesat, kan? Kan? Kan?

I'm always like - "masuk kiri" tapi aku tunjuk arah kanan. Dan aku pun selalu tercakap "masuk kanan" bila aku nak tunjuk arah kiri. Hii.. Masalah betul!!

But, aku tahu la baca maps. Kalau ada maps nescaya aku tak kan sesat punya. Cuma selalu tersalah tunjuk arah kiri dan kanan. Kalau aku naik motor dengan kak nett, aku "ter"tunjuk salah arah kat kak nett. Kalau aku drive, kak nett co-driver. Dia tunjuk arah, mesti aku ada salah ikut direction dia. Dia cakap kanan, aku pergi belok kiri. Kalau jalan tu straight, tak de belok-belok mesti tak sesat punya.. Hahaha..

So, i'm so sorry because tersalah masuk simpang atau tersilap ikut direction atau tersalah bagi direction. Bukan aku sengaja nak bawa kereta tu tak betul atau menyusahkan korang. Cuma aku perlu fikir mana kanan dan kiri, dengan memandang tangan aku sebelum aku bagi direction atau be direct by co-driver.

Aku tak tau la macam mana aku solve benda ni. Takut gak silap bagi direction kat orang atau tersilap ikut direction dari orang, nanti ada plak teraccident. Naya je.. Huhuhu.. Please gimme direction properly.

Rabu, 4 Februari 2004

Azam Birthday

Semalam birthday aku. Terima kasih pada semua yang mengingati dan memberi ucapan selamat kepada aku. Terima kasih banyak-banyak. Aku amat menghargai ingatan kalian. :-)

Usiaku menjangkau 24. Aku rasa aku cukup dewasa untuk menilai semua perkara. Baik atau buruk. Aku rasa aku perlu matang menangani segala permasalahan. Aku mungkin nampak serius atau banyak diam. Tapi semua bergantung pada keadaan. Sebelum ini pun aku rasa aku tidak lagi seperti dulu, yang tak matang dan emosi.

Banyak perkara perlu aku lakukan untuk masa depan aku. Dan aku rasa aku semakin tua. *jab, nak check muka, ada kedut ke tak* hmm.. Takde kedut lagi, tapi kenapa rasa dah tua ek? Entahlah.. Ah, malas nak fikir pasal tua ke muda. Ada banyak benda lain nak fikir. Buat benda yang penting dulu. Baru fikir benda yang kecil-kecil ni. :-)

Satu benda penting yang kita semua perlu ada ialah simpanan. Aku ada simpan sikit di akaun simpanan dan asw. Tu pun berapa sangat, sebab masa kerja di lgtt tak banyak dapat aku saving. Since aku dah kerja gomen, aku rasa aku patut start semula simpanan dan ambil insurans untuk perlindungan.

Insurans penting sebenarnya, selain dari perlindungan. Ia bertindak sebagai tempat keluaran duit sewaktu sesak. Kita kalau boleh memang lah tak mahu apa-apa terjadi pada kita atau keluarga. Selagi kita boleh elak, kita elakkan. Tapi malang bukannya berbau kan? Jadi, dengan simpanan di insurans, boleh juga menampung sedikit sebanyak waktu menempuh susah. Kita ni insurans kan kereta, tapi diri kita tak mahu letak perlindungan. Kereta tu benda, kita ni nyawa. Mana penting? :-)

Insya allah, setelah selesai beberapa perkara, aku akan start saving semula. Harapnya pada tahun ini juga. Perkara baik usah ditangguhkan.

Dah 3 tahun berturut-turut since tahun 2001, bila time birthday aku mesti cuti. Birthday aku mesti cuti. Baik betul diorang ni bagi cuti satu malaysia pada birthday aku. Hahaha..

Cerita Lama Amyz