Sabtu, 31 Januari 2004

AidilAdha

Salam Aidiladha buat semua.
Semoga pengorbanan yang kita lakukan diberkati allah.

Aidiladha ini menyeru kita melakukan pengorbanan. Bukan setakat menyembelih lembu atau kambing, tetapi apa usaha kita untuk menegakkan islam. Justeru itu, kita fikirkan kembali, pengorbanan apa kita lakukan untuk menegakkan islam. Tak kira dalam bentuk apa pun wang, masa dan tenaga dalam jalan islam dan benar. :-)

Semoga anda semua dirahmati allah.

#####

You need to let it breath..

Ada satu masa kita terlalu memikirkan sesuatu masalah yang kita rasakan tiada jalan penyelesaiannya. Sebenarnya ada. Cuma kita tak nampak kerana kita terlalu memikirkan masalah tanpa cuba cari jalan penyelesaiannya. Selalunya begitulah kita.

Tidak selalu kita memandang masalah yang datang dari sudut positif. Kita menerima dengan pandangan negatif dan tidak cuba matang dalam menyelesaikannya. Dan sikap yang paling buruk, menunding jari kepada orang lain. Dan terlalu emosi. Selalunya begitulah kita.

Cuba kita bertenang. Kita kan orang islam. Cuba kita solat. Kita akan tenang. Kita dapat fikir baik buruk. Kita boleh berbincang dengan fikiran yang tenang dan terbuka. Kita cuba cari penyelesaian dengan cara yang paling baik. Insya allah. :-)

Rabu, 28 Januari 2004

When Your Love Is Gone

Boss pergi pd tadi dengan seorang team member unit aku. Ada presentation sistem di sana. Tapi, pagi tadi lepas breakfast, boss aku ajak aku pergi jalan tun hs lee sebab semalam aku bagitau dia tentang kedai buku yang fariz promote kat aku. Sampai sana, dia punya lah seronok tengok buku-buku programming, database dan webdesign dengan harga yang murah gila babas. Lantas dia borong buku tu 10 for rm150. Sebenarnya harga semua buku tu rm172, tapi dia buat muka kesian kat pekerja tu sampai dia dapat harga rm150. Yang jadi mangsa, aku lah membawa buku-buku tu semua balik ke opis. Aku tengok boss aku yang seronok dapat beli buku-buku tu semua, aku pun rasa gembira sebab dapat gembirakan boss aku. Hehehe.. Bukan bodek. Share ilmu.

Buku-buku tu kalau beli dikedai macam mph atau popular, harga sesebuah buku mesti lebih rm100. Tapi di kedai ni, boleh dapat less then 100 for 2 books. Tapi kebanyakan buku di kedai ni dalam bidang it. Bagus juga lah ada kedai ni. Boleh aku beli buku programming dengan harga rm50 sebuah. Huhuhu.. Tambah kerja aku di unit pembangunan sistem memang sentiasa memerlukan rujukan!

Lepas "membeli-belah", kami balik opis. Dah lah dia nak kena pergi pd, sempat lagi tarik aku pergi shopping buku. Apelagi sampai opis kelam-kabut kemas barang. Bas bertolak pukul 12. Dah la sampai opis dah pukul 11 lebih. Mana tak kelam-kabut? Bila diorang dah pergi, sunyi je rasa. Adeh.. Boring la pulak. Takde siapa aku nak kacau nih. Boss aku ni baik orangnya, walaupun nampak garang. Hehehe.. Kalau buat kerja baik-baik tak kan nak marah, ye tak? ;-)

Selasa, 27 Januari 2004

Nyanyikan Lagu Dari Hati Mu.

Entah mengapa ada rasa pilu dalam hati. Tapi tak suka nak fikir dalam-dalam. Nanti boleh timbul perbalahan. Cuma harapkan rasa pilu yang hadir cuma seketika. Dah lah. Tak mahu fikirkannya.

Baru-baru ini saya menerima cerita sedih dari seorang kawan. Saya harap dia tabah dan segalanya akan kembali pulih seperti sediakala. Saya tahu dia juga pilu. Sepertimana saya dulu.

Memang saya sedikit emosi bila soal hati dan perasaan diperkatakan. Tambah lagi bila saya fikirkan. Saya mahu fikir yang baik-baik saja, harap yang baik-baik saja saya terima. Tapi tiada siapa dapat halang ketentuannya. Saya berusaha. Saya merancang. Tapi dia yang tentukan yang terbaik buat saya. Saya tahu dan saya percaya itu yang terbaik untuk saya.

Saya tahu saya berubah. Tidak lagi seperti dulu. Saya sebenarnya tak mahu ambil apa-apa risiko lagi. Saya takut menghadapi segalanya seorang diri. Saya tidak biarkan diri saya terlalu mengikut arus seperti satu masa dulu. Bertahan selama mana yang mungkin saya dapat bertahan. Tapi entahkan sampai bila, saya tak tahu.

Ada satu hari saya mimpi. Mimpi itu indah bagi saya. Sehingga saya menangis kesyukuran. Dan apabila saya terjaga, mata saya masih basah dek air mata. Tapi itu cuma mimpi. Mungkin saya menangis selepas ini kerana mimpi itu tak jadi kenyataan. Saya tak tahu. Tapi saya akan tunggu.

Mungkin benar kata jigo. Jangan sandarkan pada kenangan. Kenangan adalah sesuatu yang telah berlaku, dan tidak akan berulang kembali. Dulu saya terlalu mengharap pada kenangan manis selalu berulang. Tapi tidak lagi sekarang. Kerana saya pasti sesuatu yang bakal berlaku mungkin lebih manis dari kenangan lalu. Lalu saya bersabar untuk itu.

Isnin, 26 Januari 2004

Melompat Lebih Tinggi

Hari ni tak mahu tulis apa-apa selain nak berikan korang semua lagu ni. Dari sheila on 7, lirik lagu melompat lebih tinggi.

Kita berlari dan teruskan bernyanyi - kita buka lebar pelukan mentari - bila ku terjatuh nanti - kau siap mengangkat aku lebih tinggi

Seperti pedih yang telah kita bagi - layaknya luka yang telah terobati - bila kita jatuh nanti - kita siap untuk melompat lebih tinggi

Bersama kita bagai hutan dan hujan - aku ada karena kau telah tercipta

Kupetik bintang, untuk kau simpan - cahayanya tenang, berikan kau perlindungan - sebagai pengingat teman - juga sebagai jawaban - semua tantangan

Sebelum waktu memisahkan detikku, detikmu - sebelum dewasa, menua, memisahkan kita - degupan jantung kita akan selalu seirama - bila kau rindu aku

Trivia
Distinguish between right and wrong although its difficult with affairs of the heart. Be sensitive but firm. Don't be blinded by love.

Rabu, 21 Januari 2004

Biar Aku Emo Sikit.

Ulasan beberapa geju yang baru pertama kali menghadirkan diri ke majlis gath gj membuat aku rasa aku perlu menulis sesuatu untuk 'membela diri' selaku salah seorang ahli pasukan penganjur. Hehehe.. Betul tak? Boleh tak? Boleh la yer? *aku nak tulis pun takut sebab takut orang kecik hati. Susahnya hati aku nih* sebelum tu, aku minta maaf kalau tulisan aku menyinggung hati pihak-pihak tertentu. Maaf banyak-banyak. Aku hanya mahu memberi penjelasan.

Tapi yang sebenarnya, aku sangat kasihan dengan mereka. Mereka memberi ulasan sedemikian kerana rupa-rupanya mereka rasa tersisih. Sangat kasihan. Tu la, kenapa cik easy, tok rimau, spyz, cik daun, toksik, jigo dan semua ahli veteran tak pergi tegur diorang? Kan diorang dah kecil hati. Kan dah diorang kata geju veteran ni sombong, suka berkroni serta berkumpul sesama sendiri.

Diorang kata, diorang alien di majlis yang meriah tu. Oh, kasihannya. Sebetulnya, aku pun pernah jadi 'alien' gak dulu-dulu.. Masa memula aku join geng jurnal. Luckily aku jumpa mukeh. Dia bawak aku jumpa kak nett, kak nett plak bawak aku jumpa orang tu, orang nih. Apa yang membuatkan aku 'dikenali' kerana aku mengamalkan jurus-jurus yang tok rimau berikan untuk menjadikan kita dikenali. Bagus petua tok rimau. Menjadi pulak tu. Rajin meninggalkan nama dan url di gesbuk-gesbuk weblog orang-orang glamer macam rudy, kak nett, mie, pikor, tok rimau, cik daun, toksik dll. Men'follow' aktiviti geng jurnal, mem'join' perjumpaan-perjumpaan 'haram' sekitar kl. Dan cuba untuk menegur/menyapa geng veteran yang lain di ym atau waktu bersua. Alhamdulillah, geng veteran balas teguran aku. Diorang tak pernah sombong sebenarnya. Malah, ada yang akan kata, oohh.. Ini la amyz ye? Hehehe.. Bangga gak sebab orang kenal kita, maknanya, diorang ada lawat weblog kita. Hehehe..

Apa nak disegankan untuk menegur ahli geju lain? Tak ada hidung ke? Semua sama. Semua pun orang juga. Tengok la tok rimau even mr. Presiden cik easy & mie datang ke meja-meja lain untuk berkenalan. Bila diorang datang meja you all, apa salahnya you all tegur diorang. Aku ada juga tegur-tegur orang. Tapi diorang macam tak mahu cakap dengan aku. Ye lah. Aku ni pun bukan glemer sangat bukan macam cik daun atau nettbiru. Diorang memang la dikenali ramai. Aku pun ada rasa malu juga, bila aku tegur, orang macam ndak tak ndak je jawab. So, aku pergi la tegur orang lain yang ndak berborak dengan aku. Erm.. Layan memel, sarahmon dengan sabrinamon lagi best. Hehehe. *aku tak dapat bergerak sangat sebab memel & sarahmon tak mahu lepaskan aku. Hahahaha..*

Tentang seharusnya gathering ini diisi dengan tentatif ilmiah, aku rasa tak sesuai sebab setiap kita berlainan corak penulisan. Separuh dari geju suka menulis tentang perkara ilmiah. Separuh suka tulis perkara yang tak berilmiah (termasuk aku). Pertemuan di gath ini menggabungkan 2 perkara berbeza atas satu nama penulis weblog. Jika mahu buat majlis yang berisi bahan ilmu, anjurkanlah agar pengetahuan dapat kita kongsi bersama. Jemput la mana-mana doktor falsafah untuk memberi ilmu agar dapat memandu kita menulis dengan lebih baik. Tapi bukan atas nama gathering. Sebab gathering tak lebih dari pertemuan semua ahli yang datang untuk berkenal-mesra sesama kita, makan-makan dan memberi penghargaan kepada mereka yang layak dihargai.

Untuk menganjurkan majlis ilmiah memerlukan komitmen dari ahli. Aku tak mampu nak berikan komitmen untuk itu sebab aku punya tanggungjawab lain. Bukan aku tak mahu upgrade gj, tapi semua perlukan masa dan komitmen. Sesiapa mampu untuk laksanakannya, lakukanlah. Aku boleh beri moral support. Kewangan tu tak mampu. *kita kena cari sponsor*. Hehehe..

Insya Allah, satu hari nanti, GJ boleh menganjurkan majlis pertemuan yang besar, berisi ilmiah dan menggembirakan semua pihak. ;-)

Isnin, 19 Januari 2004

Tinggalkanlah Segalanya..

Sepanjang minggu lepas dari 12 jan - 16 jan, aku tidak berada di opis. 3 hari (isnin - rabu) ada training oracle: report builder. Khamis dan jumaat menghadiri taklimat tentang satu sistem baru yang akan dibangunkan. Aduh, seminggu tanpa internet, boleh kau bayangkan bagaimana hidup aku?

Maaf pada sesiapa yang mencari. Aku sendiri tak dapat memberitahu tentang 'kehilangan' aku. Tak sempat lantaran masa terlalu suntuk, tambahan komputer dirumah telah rosak. Sedih sungguh!

Walau bagaimana pun, aku dapat banyak pelajaran sepanjang seminggu di luar opis. Sungguh, aku rasa amat bertuah dan beruntung. :-)

Gathering Geng Jurnal 2004.

Terima kasih pada yang sudi hadir dan memeriahkan majlis. Terima kasih pada ajk yang bertungkus lumus. Congratulation! Ramai sungguh yang sudi datang. Terima kasih banyak-banyak. Seronok dapat berjumpa dengan korang semua. Maaf atas segala kekurangan majlis ini. Tahniah kepada semua pemenang anugerah. Senarai pemenang disini. Harap next year dapat berjumpa lagi. Aku tengah tunggu cameraman² gj upload gambar di web masing-masing. Aku tak bawa camera, terpaksalah menumpang camera orang lain. Huhuhu..

Aku nak ulas apa? Aku hadir untuk bersua muka, berkenalan dan bermesra-mesra dengan geng jurnal. Tak menang pun tak apa. Aku suka lagi menang sorak dan ombak. At least, aku tak berpanas di taman klcc macam tahun lepas-lepas, dapat duduk di kerusi dan dapat makan steamboat. Nyum! Nyum! Aku dapat door gift yang lepas ni aku nak letak gambar pakwe aku yang paling cun. Aku dapat note book untuk cabutan bertuah. Terima kasih abg mie. Aku dapat penghargaan untuk mencalonkan entri terbaik paling banyak. Terima kasih iwan. Aku dapat limau mandarin dan puding caramel yang best. Dan yang sebenarnya, aku belajar berterima kasih dan erti bersyukur. ;-)

Khamis, 8 Januari 2004

Emptiness In My Heart

Kadang-kadang kita rancang, kita nak begitu-begini dalam hidup kita. Tapi selalunya kita berdepan bermacam-macam halangan untuk kita mengecapi apa yang kita mahu.

Kadang-kadang kita rasakan kita dah berikan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi kekecewaan yang kita dapat sebagai hasilnya.

Kadang-kadang kita cuba menyelesaikan masalah yang kita hadapi sebaik mungkin. Tetapi, kita sering buntu dalam pilihan yang ada dalam tangan kita. Selalu keliru untuk memilih yang mana satu.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya mengapa pilihan kita salah. Walaupun kita rasakan kita telah melakukan yang terbaik?

Dan hari ini aku tahu, walau apa pun yang aku lakukan. Walau apa pun yang aku telah cuba. Yang terbaik pernah aku lakukan.
Tiada ertinya lagi..
Kerana hasilnya.. Jawapannya.. Keputusannya..
Kecewa dan gagal.. :-(

Say a Little Pray For You

Busy dengan meeting sepanjang minggu ni. Melaksanakan jadual kerja yang disediakan. Apa yang perlu dilakukan sepanjang tahun 2004. Semua tentang sistem. Hmm.. Nama pun programmer. Apa lagi perlu difikir selain dari sistem? (banyak sebenarnya kena fikir.. Tapi abaikan sajalah.)

Bila duduk-duduk berfikir, aku tak pernah terfikir aku jadi seorang programmer pada hari ini (belom expert lagi). Dulu, aku fikir aku mesti kerja jadi bussiness woman. Doktor? Bukan pandai sangat. Kalau nurse bleh lah, sebab dulu masa sekolah masuk st john ambulance. Aku suka uniform dia banding uniform pengakap yang kelabu tu. Kih kih kih. Tak pernah terlintas aku jadi programmer hinggalah aku masuk kolej dan ambil sains komputer. Terus minat aku ke arah komputer, program, hardware dan apa-apa yang berkaitan dengan komputer termasuk lah mouse katak ke, kibod transparent ke, cd writer dan web cam serta perisian-perisian yang boleh mempowerkan otak aku.

Bila aku belajar c, c++, pascal, old fashion programming, aku tertanya-tanya - macam mana aku nak buat program canggih? Lepas tu aku tengok permainan video arked. Kawan aku kata perekanya cuma guna c++ je. Aku kagum sangat. Aku nak jadi macam tu gak. Boleh cipta game. Haa.. Boleh jadi hackers. Ha ha ha.. Jahat betul! Lepas tu aku fikir, program dalam mesin atm yang kita dok keluarkan duit hari-hari. Bahasa pengaturcaraan apa yang digunakan. Lecture aku cakap ada guna c++ dan ada lagi satu program aku terlupa. Program ape yek? Lupa betul la. Lepas tu belajar buat sistem. Tu pun belajar perkara basic sangat-sangat. Buat sistem present kat lecture pun sistem bodo-bodo je. Tapi paling best amik subjek gui. Guna c++, belajar buat window, iaitu tetingkap yang ada benda basic - minimize, maximize dan close. Buat window yang simple tu pun program berjela. Godek-godek aturcara nak buat notepad, paint, jam dan macam-macam. Itu lah satu-satunya subjek yang aku excited gila nak explore benda-benda program tu. But then, lecture aku cuma ada 4 bulan pertama semester tu (satu semester 6 bulan lebih) sebab dia nak bersalin. Alahai.. Terkontang-kanting cenggitu je la. Nasib baik exam aku pass.

Masa aku start kerja, aku terus didedahkan dengan sistem yang menggunakan oracle. Sql masa tu aku tahu sikit-sikit je. Kena belajar, surf la website-website yang ada source code semua. Kena la struggle menghadapi masalah tak pandai sistem, kerenah pengguna dan tekanan dari top management lagi. Aduhai.. Sabar je lah. Tapi semua tu cabaran untuk aku belajar menjadi seorang programmer. Aku mahu buat satu sistem yang canggih satu hari nanti. Doakan aje lah.

Time goes by, aku masih belajar untuk buat sistem dan akan mengenali perisian-perisian baru untuk mencipta sistem yang ramah-pengguna. Selagi permintaan manusia ada, selagi tu lah wujudnya sistem demi sistem hanya untuk memudahkan kerja manusia.

Isnin, 5 Januari 2004

2004, Here We Go..

Azam tahun baru? Ada.. Tapi abaikan dulu azam tu. Cuma nak beritahu motivasi yang aku dapat pada hari kedua tahun 2004.


"Benci dalam hati kita ini menolak sayang dari insan lain, biarpun sayang dari insan yang kita sayang. Buangkan rasa benci agar mudah hati kita menerima sayang." Dr. Fadhilah Kamsah, MHI.


Benci? Aku tak pernah benci kat orang. Marah jauh sekali. Cuma aku ambil sikap tak peduli. Benda dah lepas, lepaslah. Tamat. Titik. Noktah.

Apa kena mengena dengan motivasi dr. Fadhilah kamsah ni dengan azam aku? Lebih kurang sama dengan azam aku sebenarnya, iaitu membersihkan jiwa dan hati. Supaya tidak diselubungi dengan rasa marah, rasa benci, rasa sakit hati, rasa iri hati dan lain-lain yang boleh menghalang aku untuk maju kehadapan. Tiada apa yang aku mahu selain untuk memajukan diri aku dan untuk mempelajari sesuatu yang baru, lebih-lebih lagi dalam bidang it. Alhamdulillah, aku punya minat dalam bidang pekerjaan aku sekarang. Insya allah, tiada masalah untuk mempelajari perkara-perkara baru dalam bidang ini. Insya allah. Doakan saja.

First time in my life, sambut new year di luar KL. Sambutan new year kat melaka pun boleh tahan hebat juga. Dari rumah ayah, nampak bunga api di dataran air keroh. Bercuti di melaka, aku tak ke mana pun. Duduk saja di rumah ayah, mengemas, mop lantai segala. Hmm.. Nampak tanda-tanda macam nak pindah melaka je ni. Hehe. Tak tau lagi, tengoklah keadaan, kata ayah. Kali ini balik melaka tak meriah sangat sebab kak long, kak ngah dan abang tak balik sekali. Tak complete rasanya.

Sabtu ahad duduk di rumah, bosan teramat. Dah lah pc tak boleh pakai, motherboard rosak sebab kilat. Aduii la.. Mintak nak beli baru la tu.. Aduii la.. Bosan nya hidup tanpa komputer dan internet. Huhuhu.. Nasib baik, ada penyelamat ajak tengok Peter-Pan malam minggu kelmarin, kalau tak buntu kepala otak. Hehehe. ;-)

Peter-pan - all children growing up except him. :-) I don't want growing up too, can you take me to neverland, to meet mermaid, tinkerbell and fight with hook?

Weblog ini still under construction. That's why plain je. :-)

Cerita Lama Amyz