Sabtu, 6 November 2004

Cerita Semalam

Hujan. Sejak tengahari sampailah malam. Tak berhenti. Hati aku seram risau = seriau, terutama masa memandu. Nasib baik bawa kereta semalam. Itupun cuak sebab hujan mencurah-curah. Aku pandu perlahan-lahan. Dari keluar parking di PBD, masuk jalan Semantan, keluar ke Mahameru Highway, susur ke Jalan Loke Yew. Semua tu ambil masa sejam lebih. Kereta cantik bersusun dalam kesesakan. Dengar RMKL, sana-sini sesak. Penanda aras minyak dah tak sampai suku tangki. Aku susur keluar ke Pudu. Alhamdulillah, jalan di situ lengang. Mungkin sebab banjir. Aku terus ikut Jalan Pudu, lalu Maluri dan terus sampai rumah. Banyak jalan dilimpahi air. Terasa tenggelam dalam air kereta kecil aku tu.

Sampai rumah 6:50ptg. Ayah dan mak terkejut aku balik sebab aku katakan aku mungkin berbuka di luar. Tak sanggup rasanya nak menempuh kesesakan sekiranya aku tekadkan hati untuk berbuka di luar.

Atas meja ada 3 keping surat untuk aku. Satu sampul besar Pos Express, satu kad raya dan satu bil telekom. 2 surat je yang buat aku senyum, satu surat lagi tu pula, duit aku bakal terbang lagi.

Mak tanya, barang apa yang dikirim pada aku. Aku jawab buku. Ayah tanya buku apa, aku jawab buku er.. er.. buku apa eh?

Yups! GT 2 Versi Malam Tujuh Likur sudahpun berada di tangan aku. Berminat? Email aku di da.amyzATgmailDOTcom. Sekian, terima kasih. More info, go to http://gangguan.blogspot.com

0 comments:

Cerita Lama Amyz