Jumaat, 22 Oktober 2004

Maaf, Cuti Anda Tidak Diluluskan.

Baki cuti aku tahun ini ada 17 hari lagi. Aku mohon untuk cuti raya selepas Deepavali iaitu pada 12 dan 13 Nov, dan selepas raya pada 17hb sehingga 19hb Nov. Maknanya aku ambil cuti sebanyak 5 hari. Sepanjang aku berada dalam alam pekerjaan, aku tidak pernah minta cuti sebelum raya. Ini barulah pertama kali aku nak mohon cuti sebelum raya. Lagipun, apa salahnya kan? Aku ada 17 hari cuti. Aku ada hak untuk bercuti sebelum hari raya!

Tapi malangnya, pagi tadi aku dapat email, permohonan cuti aku pada 12 dan 13hb Nov, tidak diluluskan. Tapi kenapa orang lain dapat cuti sebelum raya tu? Kenapa aku tak dapat cuti sama seperti 2 orang pegawai lain? Alasan mudah - aku tinggal tetap di KL ini. Huh? (mesti ada orang cakap, padan muka orang KL). Apa, ingat orang KL tak buat persediaan raya ke? Ala.. orang KL, mana ada kampung? Mana ada tergesa-gesa nak balik kampung. Tak apa lah kalau orang KL ni kerja sebelum raya. Alasan la tu..

Bayangkan, sabtu 13hb tu kerja separuh hari, (aku harap, PM bagi cuti pada hari ini..) aku rasa nak datang kerja pun tak berbaloi. Daripada aku bazirkan masa pergi kerja, baik aku tolong mak buat persiapan raya, masak rendang ke, nasi impit ke, banyak kerja nak buat untuk menyambut Aidilfitri. Setiap tahun pun macam tu. Walaupun, ada kak Long dan kak Teh boleh tolong, tapi tak sedap hati pula. Macam ngelat dari buat kerja je. (hehehe..)

Aku ingat, aku ambil cuti pada 12 dan 13hb tu, bolehlah aku pergi membeli-belah saat akhir sebelum raya nanti. Sebab aku rasa nak keluar waktu-waktu sebegini, tak larat dengan jammed, sesak, ramai orang, parking penuh dan sebagainya. Malas nak menempuh kesemua itu yang kemungkinan besar boleh mengurangkan pahala puasa aku. Aku tahu juga, membeli-belah saat akhir pun ramai orang juga. Tapi mungkin tak ramai sangat, sebab orang dah balik kampung. Takpela, masa tu pandai-pandai la adjust.

Tapi tak mengapalah. Oleh sebab permohonan cuti sebelum raya aku tidak diluluskan, aku akan bercuti selepas raya sehingga 25hb November! 7 hari. Ada lagi baki 10 hari cuti. Kalau aku nak cuti sampai akhir November pun ok juga kan? (",)

*Puasa baru seminggu, dah sibuk pasal cuti raya. Ampeh la Amyz!!*

0 comments:

Cerita Lama Amyz