Isnin, 30 Ogos 2004

Saya Budak Jahat..

Ramai yang bertanya kepada saya, ke mana saya akan pergi malam 31 nanti. Sebenarnya saya jarang sekali meraikan malam Merdeka di KLCC atau Dataran Merdeka ataupun mana-mana. Okelah, saya buat pengakuan di sini, saya pernah sekali sahaja meraikan malam merdeka di Bukit Bintang pada tahun 2002. Sebelum-sebelum itu, saya cuma meraikannya di rumah, kerana dari rumah saja, saya dapat menyaksikan pancaran bunga api dari 3 tempat yang menjadi tumpuan warga KL iaitu di KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka. So, what for saya ke sana dan terpaksa mendongak untuk melihat bunga api? Saya dah rasakan masa malam merdeka tahun 2002, dan ianya menyeksakan. Sudahlah orang ramai dan sesak. Saya sukar bernafas. Cuma sekali itu sajalah saya keluar pada malam merdeka. Enough! Saya dah serik!

Sebentar tadi, seorang lagi kawan saya bertanya ke mana malam ini, dan saya katakan saya mahu duduk di rumah saja. Dan kata-kata yang saya terima? Ek Elehhh.. Nak jadi baik konon!! Tergamam sebentar. Oh, rupanya selama ini, orang pandang saya jahat agaknya ya? :o) Tak mengapalah jika itu yang mereka fikirkan tentang saya. Mereka tidak salah. Banyak sebab orang berkata saya jahat. Terutama dari segi perangai dan pakaian. Saya bukan baik sangat pun. Kan, kawan-kawan?

Memang benar saya suka dengan hiburan. Saya menonton Akademi Fantasia 2. Saya pernah pergi Sure Heboh. Saya selalu menonton wayang. Saya pergi karaoke. Saya pernah menyaksikan live band di Hard Rock Cafe. Saya pernah pergi jemputan Hitz Fm Birthday Bash di kelab Hotel Mutiara. Pun begitu, saya tetapkan pendirian saya, semua itu sekadar hiburan. Yang paling penting, apa jua yang saya lakukan, mak dan ayah dah izinkan, baru saya rasa selamat untuk berhibur. :o) *Hahaha.. dah buat jahat lagi mau minta doa dari mak. Minta doa selamat.. Hahaha..*

Satu soalan yang bermain di benak saya kini. Jahatkah saya yang ingin berhibur? Adakah saya dipandang jahat sekiranya saya pergi berkaraoke bersama kawan-kawan yang suka berkaraoke? Jahatkan saya di pandangan mata kalian, sekiranya saya balik rumah lewat-lewat 12 malam, walaupun hanya keluar makan di Kg Baru? Jahatkah saya di mata kalian saya menyaksikan live band di Hard Rock Cafe? Kalaupun saya pergi menyambut merdeka di KLCC malam ini, adakah ianya menjadi satu kesalahan? Bukan saya tak boleh pergi. Saya boleh pergi. Tapi saya memilih untuk tidak mahu pergi. Tetapi saya di tuduh nak jadi baik.

Inilah kawan-kawan saya dan sekeliling saya yang sewaktu dengannya. Nak jadi baik dicebik. Jadi jahat lagi dikutuk hebat. Belum kahwin dikata asyik buat maksiat. Bila keluar lewat, dikatanya macam-macam. Dan inilah yang saya hadapi selama ini. Saya tak buat, orang kata saya buat. :o) Belum lagi saya buat. Kalau saya dah buat, lagi teruk kena.

Iyalah. Saya bukan budak baik pun. Jadi saya biarkan mereka berkata-kata @ mengata tanpa perlu saya jelaskan apa-apa kerana mereka dah set kan dalam mind mereka, saya bukan baik sangat. Hmm.. tak adalah teruk sangat kan? :-)

0 comments:

Cerita Lama Amyz