Jumaat, 2 Julai 2004

Tibanya Julai

Sudahpun masuk hari kedua di bulan Julai. Semalam aku dapat sms dari kawan aku yang nun jauh di utara dengan ucapan selamat buatku. Aku rasa terharu atas ingatan beliau. Semoga dia turut berbahagia di sana. :-) Terima Kasih.

Alhamdulillah, aku masih punya kawan-kawan yang baik. Terutama kawan-kawan di Geng Jurnal ini. Mereka terlalu baik untuk aku. Terima kasih, kawan! Cuma aku saja bukan seorang kawan yang baik.

Sepertimana aku pernah katakan dulu, aku bukan seorang kawan yang baik. Lagakku seperti 'haiwan' yang melindungi diri sendiri. Jika orang @ musuh menghampiri, aku sentiasa dalam keadaan yang berwaspada. Pertanyaan dan ragu-ragu sering bermain diminda aku, buatkan aku sukar untuk difahami atau dihampiri, walaupun orang itu pernah rapat dengan aku satu ketika dulu. Bertambah-tambah sukar bagi mereka untuk menghampiri semula sekiranya mereka pernah mencalarkan kepercayaanku.

Mungkin aku mementingkan diri sendiri. Tetapi aku perlu melindungi diri aku sendiri. Itu saja yang aku lakukan untuk diri aku. Aku tidak lagi mahu orang melukakan @ mempergunakan aku dengan sewenang-wenangnya. Dah serik rasanya.

Aku juga dah jemu mereka menghampiri kerana simpati. Tak perlu. Aku tak perlu simpati dari orang lain. Aku dah boleh berdiri atas kaki sendiri. Kasihkan diri sendiri, sebelum mengasihani aku. Aku bukan insan malang tepi jalan. Tak perlu simpati, kerana ramai lagi orang yang perlu simpati. Aku bukan anak kecil lagi. Aku dewasa dan aku tahu mana batil mana benar. Yang aku perlukan cuma bimbingan dan ingatan agar aku tidak lagi menyonsang arah. :-) Maafkan aku ye?

0 comments:

Cerita Lama Amyz