Khamis, 8 Julai 2004

Ruang

Bolehkah aku diberi sedikit ruang untuk aku simpan segala yang aku rasakan peribadi? Kenapa harus semua luar sehingga dalam kau mahu ambil tahu? Apa gunanya kau ketahui segalanya mengenai aku? Kau bukan ahli keluarga aku mahupun seseorang yang rapat dengan aku, buat apa kau nak tahu?

Mahu aku katakan berapa kali pada kau yang aku tak suka orang "mengambil-berat" tentang aku. Sering bertanya tentang sesuatu yang aku tak suka. Jika kau mahu berkawan dengan ikhlas, aku minta tak banyak, hormat. Itu saja.

Jika kau kenal aku di pejabat, seperti mana aku di situ, itulah aku. Tak perlu tanya apa yang aku buat di hujung minggu. Kita sebagai pekerja, kita buatlah kerja kita sebaiknya. Tak perlu campur urusan hidup aku di luar waktu kerja. Oh ye, aku tak pernah suka dan tidak setuju untuk keluar bersama kawan pejabat di luar waktu pejabat, apatah lagi nak ber"skandal" dengan kawan pejabat.

Jika kau kenal aku di internet, kau cuma akan tahu melalui jurnal ini. Maaf, pertanyaan "bila nak kahwin?, siapa calon?" or what so ever tidak akan di layan. Aku bukannya suka memaparkan kisah peribadi aku di sini. Di sini aku cuma bercerita tentang kerja, lagu dan semuanya secara umum. Aku minta tak banyak. Hormatkan privacy aku. Selagi aku tidak umumkan secara "live" di sini, janganlah ada pertanyaan seperti itu lagi. Aku dah bosan. Aku dah bosan!!

Sebenarnya aku tidak selesa membicarakan soal-soal peribadi di mana-mana. Di jurnal mahupun di pejabat. Cuma beberapa orang yang rapat saja yang tahu dan itu sudahpun memadai kerana aku tahu mereka kawan ku yang sejati. :-)

0 comments:

Cerita Lama Amyz