Selasa, 13 Julai 2004

Cerita Mak & Ayah

Mak dan ayah dapat tawaran untuk menunaikan haji di musim haji depan tahun 2005. Alhamdulillah. Dah lama mak dan ayah tunggu peluang untuk menunaikan haji, tetapi ditangguhkan demi kami adik beradik yang tak berapa pandai menguruskan diri masing-masing.

Kini peluang itu muncul di depan mata. Mereka gembira kerana penantian mereka tidak sia-sia. Aku turut bersyukur dan kami adik beradik tidak akan menghalang mereka menunaikan rukun Islam ke5 ini dengan sempurna.

Lagipun kami adik beradik sudahpun dewasa. Yang paling kecil pun adik bongsu aku yang berada di tingkatan satu. Insya Allah, kami dapat menguruskan diri dan rumah biarpun tidak sesempurna Mak menguruskan hal rumah tangga.

Kami tidak mahu lagi ayah dan mak menangguhkan hasrat mereka ini lagi. Sudah lama mereka menanti. Biarlah mereka menunaikan ibadat dalam keadaan yang sihat. Mak pun bukan sihat sangat. Banyak berfikir boleh menyebabkan dia mendapat sakit.

Aku bukan mahu menyusahkan mak sangat. Cuma mak saja yang terlalu risaukan anak-anaknya terutama aku dan kak teh. Aku tak mahu mak berfikir bukan-bukan. Kerana bagi aku, di mana aku berada, aku sentiasa tahu aku di lindungi doa mak. Insya Allah, aku tahu dan sentiasa menjaga diri aku.

Aku harap sangat mak dan ayah dapat menunaikan ibadat haji di musim haji depan. Insya Allah. Aku cuba membantu mereka agar mereka dapat menunaikan ibadah dengan sempurna. Insya Allah. Semoga Allah memperkenankan doa mereka. Amin..

0 comments:

Cerita Lama Amyz