Khamis, 15 Julai 2004

Bateri si Nokia

Si Nokia menyanyi lagu Sailormoon. hello.. ha.. apehal? oh.. bilanye? ha? oh.. sat.. sat.. - tritt.. tritt.. tritt.. *bunyi amaran bateri habis* si Nokia terus padam setelah amaran. Aduh! Cepatnye dia mematikan diri. Taulah dah berusia. Tapi bagilah peluang saya caj baterinya dulu.

Si Nokia ni memang dah lama. Versi pertama tanpa antena. Bak kata orang tua-tua, dah sezen dah pun. Bak kata orang sekarang. Out Dated. Ketinggalan zaman. Bagi saya, selagi boleh pakai, saya pakai la. Tapi sekarang ni, nampak gayanya macam kena tukar. Apa tidaknya? Belum tiga puluh saat bercakap, amarannya dah berbunyi-bunyi. Tapi saya sayang pada Nokia ni. Satu-satunya barang yang simpan banyak rahsia hidup saya.

Saya patut beli baru sebenarnya. Adik lelaki saya dah hampir sepuluh kali menukar telefon bimbitnya seperti membeli baju di jualan murah. Adik perempuan saya pula bertukar-tukar telefon bimbitnya dengan kawan-kawannya. Kakak-kakak dan abang-abang ipar saya pun dah tukar telefon bimbit nada polifonik. Adik saya yang baru lepas SPM pun memiliki telefon bimbit yang kecil yang ada fungsi radio. Ke sana-ke sinilah dia dengan telinga bersumbat earphone mendengar lagu Eminem kegemarannya.

Ayah pula tidak ghairah bertukar telefon bimbitnya. Baginya selagi boleh bercakap, menghantar mesej dan sebagainya, dia akan terus menggunakannya walau saya tahu, dia boleh menukar telefon bimbitnya kepada yang lebih canggih bila-bila masa dia mahu.

Saya beli si Nokia dari kawan baik saya, menggantikan Siemen yang juga mengalami masalah bateri yang kronik. Sudah pun bersama saya 3 tahun. Siemen itu juga berusia 3 tahun waktu saya menjualnya. Mungkin kini tibalah masa untuk saya menukar kepada yang baru. Saya ingin mencuba telefon bimbit bernama Samsung pula. Fungsi-fungsi seperti kamera dan sebagainya itu tak penting bagi saya. Asalkan saya boleh menghubungi kawan-kawan dan menghantar mesej sudah mencukupi.

0 comments:

Cerita Lama Amyz