Khamis, 3 Jun 2004

Break-Up To Make-Up.

Sepertimana nyanyian Chigago dalam lagu 'Hard To Say I'm Sorry' baitnya pertamanya menyebut, "Every lover need a holiday, far away from each other", Mungkin betul kata mereka, adakalanya a lover perlukan "rehat" untuk memberi peluang pada diri masing-masing menilai diri masing-masing dengan fikiran yang waras.

Selalunya kita sentiasa tak mahu kalah bila berbalah. Kita mahu dia yang mengalah dan meminta maaf pada kita. Walau benar dia bersalah, tetapi selalunya kita tidak memberi peluang padanya untuk menjelaskan keadaan sebenar. Pabila kita tahu kita salah, kita tidak juga beralah, dan menyatakan salah kita berpunca dari dia. Adilkah kita?

Jika hubungan anda dilanda perbalahan tanpa henti, aku nasihatkan anda berdua mengambil "cuti" jauh dari pasangan anda. Atau "bercuti" dari berjumpa buat sementara waktu. Berikan masa pada diri masing-masing agar kalian dapat menilai segalanya yang baik dan buruk, betul dan salah diri masing-masing dengan fikiran yang waras dan tidak emosional.

Bagi aku, ruang sementara waktu untuk bersendirian amat perlu untuk diri sendiri. Bagi memikirkan yang terbaik untuk diri sendiri. Dan memilih yang terbaik untuk kebahagiaan kita, kebaikan bersama juga kebahagiaannya.

Sesetengah orang, bila kita cakap kita perlukan ruang waktu berfikir, dia akan berfikir kita akan meninggalkan dia lantas menjadi orang yang agresif dan emosi. Kita perlu jelaskan pada dia, yang kita perlukan waktu break-up to make-up. Bukan untuk berpisah selamanya, cuma untuk tenangkan segala ribut taufan yang melanda hubungan anda berdua.

Fikirkanlah terbaik untuk hubungan anda berdua. Tiada siapa meminta untuk jatuh cinta, apatah lagi untuk putus cinta. Kerana cinta datang tanpa kita jemput dan pergi tanpa kita rela.

0 comments:

Cerita Lama Amyz