Isnin, 21 Jun 2004

Boring

Mood : Happy & Boring.
Song : Everytime - Britney Spears.

Malas nak berfikir. Boss tak datang. Demam katanya. Seorang lagi kawan gi kursus kat Shah Alam. Duduk la aku seorang dan kebosanan. Ada sorang lagi boss, tapi dia sangat busy sebab kena back-up boss aku yang tak datang tu.

Kebelakangan ini aku seharusnya tidak perlu lagi memikirkan sesuatu yang membuatkan aku tidak gembira lagi. Aku mahu gembira dan terus gembira. Tetapi aku tak mahu kelak ditimpa duka seperti dulu. Cukuplah, serik rasanya.

Akan tetapi, bekerja di sini di persekitaran ini, aku cepat rasa tension yang bukan sedikit. Entahlah, aku tak perlu mengeluh kerana masing-masing disini dibebani kerja yang tertanggung di bahu masing-masing. Aku tak tahu berapa lama masa aku perlukan untuk aku suaikan diri disini. Sedangkan aku dah pun 8 bulan berada di sini. Nak kata lama tak juga, kira baru lagi la.

Sepatutnya, aku tak perlu ambil masa begitu lama untuk mempelajari segalanya ilmu yang ada di sini. Tetapi, ketidak-profesional-an mereka menjadikan aku seolah-olah pendatang haram. Belum lagi pandangan jelik pengguna-pengguna sistem dan selainnya. Itu semua membuatkan aku di dalam serba salah sepanjang masa sehinggakan kerja aku tidak dapat siapkan sempurna dan tidak menepati masa. Aduh, sedih betul rasanya.

Bagaimana harus aku bantu mereka untuk maju? Sedarkah mereka apa yang kami lakukan untuk membantu mereka melancarkan serta memudahkan perjalanan kerja mereka? Tidak tahukah mereka betapa susahnya kami mendapatkan maklum balas dari mereka, selain dipandang seperti entah-apa-apa? Rasa maruah aku ditapak kaki mereka aje.

Entahlah, aku tak tahu berapa lama aku boleh bertahan di sini. Atau perlu saja aku pergi?

0 comments:

Cerita Lama Amyz