Khamis, 6 Mei 2004

Si Chubby

Aku sebati dengan gelaran, si kurus ataupun si tulang. Paling sedih sekali, si tiang. Siapa lagi yang menggelarkan aku sedemikian kalau bukan adik dan abang-abang ipar aku. Di kalangan kawan-kawan pula, hmm.. tak terkira ramainya bercakap tentang betapa kurangnya berat badan aku nih.

Semuanya salah aku juga. Biarkan emosi mengawal fikiran, dan yang aku selalu lakukan ialah tidak makan atau dalam erti kata lain, mogok lapar. Penyakit yang aku biarkan memamah diri aku bertahun lamanya. Entahlah.. aku tak pernah berusaha melawannya. Bila sedih, hati terusik, selera makan terus mati. Jika ku paksa sekeping roti pun masuk ke dalam perutku, ia akan dimuntahkan semula.

Dulu di IUCTT, memang aku selalu mengekori kawan-kawan untuk sarapan pagi. Tetapi aku cuma memesan segelas nescafe panas dan kalau aku rasa berselera sikit, aku cuma menjamah seketul karipap. Bila tiba lunch hour, adakalanya aku tidak menjamah sebarang makanan. Hmm.. no wonder lah berat badan aku tak mahu naik-naik!

Lama-kelamaan, aku cuba melawan rasa hati dan emosi yang membuatkan tubuhku kekurangan khasiat dan nikmat makan yang selama ini aku abaikan. Buat apa aku menyiksa badan, sedang di Malaysia ini mempunyai ratusan hidangan yang enak-enak? Baru aku kenal erti nikmat hidup sebenar iaitu makan..

Sejak mula bekerja di Pusat Bandar Damansara ini, aku sering diheret oleh office-mate untuk menikmati sarapan pagi which is, aku abaikan sejak sekolah menengah lagi. Seawal 8:30am, aku dihidangkan sarapan seperti nasi lemak, roti canai ataupun meggi goreng bersama segelas nescafe panas setiap hari. Ya, setiap pagi. Itu baru sarapan. Lunch pula setiap hari bertukar menu seperti nasi campur, KFC, McD ataupun sizzling mee. Tanpa perlu memandu untuk keluar lunch seperti di IUCTT dulu.

Kebelakangan ini, aku sedar sesuatu bila baju kebaya yang dipakai terasa ketat dan muka cengkung dah jadi bulat. Tambah-tambah ada seorang kawan menegur, dulu pinggang amy macam kerengga. Sekarang ni nampak straight sikit aje.. gulps!! dah chubby ke aku?? Eh, best juga kalau chubby sikit kan? Mesti nampak comel sikit..

0 comments:

Cerita Lama Amyz