Sabtu, 22 Mei 2004

Kem Lambaian Danau Yang Melambai-lambai

Spyz & TokR tulis cerita KLD panjang betul. Buatkan rindu yang pudar pada KLD membara kembali, tambah-tambah bila menonton video-video keluaran TokR dan WkDin Production. Tengah tunggu video keluaran Mie Production.

Hati aku sebenarnya berkecamuk sepanjang minggu ini. Gara-gara beberapa masalah yang membuatkan mood gembira di KLD bertukar menjadi emotional sepanjang hari. Aku sedapkan hati yang tawar dengan garam-garam memori rakaman kawan-kawan sepanjang KLD. Terima kasih kawan atas segala penawar yang kau berikan.

Entri Kak G buat aku benar-benar terharu. Begitu juga dengan entri Kak Nett, HanyaSayang dan Fina. Mereka menulis dari hati yang tulus. Hati yang ikhlas. Alangkah terharunya aku atas keikhlasan mereka.

Aku tak punya kawan-kawan sebaik kawan-kawan aku di sini. Di Geng Jurnal ini. Aku tak pernah lupa pada kemesraan dalam Geng Jurnal ini walau pertama kali berjumpa. Masih teringat rasa teruja waktu menemui idola Geng Jurnal seperti TokR, Rudy, Kak Nett dan Mat Jan buat kali pertamanya. Tak pernah hilang hormat dalam diri ini pada mereka yang mula-mula menerajui.

Tak pernah lupa pada mereka yang pertama kali berjumpa dan berkata "Eh, Ini amyz ke?" aduh, tersipu-sipu rasanya. Terasa-rasa lagi pelukan mesra mereka bila tiba waktu berpisah. Kasih sayang bercambah dalam hati ini. Mekar seperti bunga kembang pagi.

Di Kem Lambaian Danau ini berjaya mengingat tali kemesraan silaturrahim antara kita yang berbumbungkan nama Geng Jurnal. Buanglah ego, buangkan rasa hebat dalam diri, kerana kita semua sama iaitu penulis blog @ jurnal. Projek Basah telahpun berjaya. Bergembiralah anda sebagai peserta bertuah dapat menghadirkan diri di sini, di Kem Lambaian Danau ini.

Aku tak perlu menanti KLD II, cuma menunggu projek apa lagi yang bakal TokR lancarkan tak berapa lama lagi. Dari sehingga itu, aku masih di sini bersama kau di alam maya ini, membaca pengalaman, pandangan yang kau tempuhi selagi kau menulis dan berbumbung di bawah nama Geng Jurnal ini.

Sila-silakanlah ke Gallery aku. Segala aktiviti aku bersama Geng Jurnal ada disitu. Kau akan tahu mengapa aku begitu sayangkan Geng Jurnal ini.

0 comments:

Cerita Lama Amyz