Rabu, 26 Mei 2004

Dedicate to Fara & Fitri With Lots Of Love.

Dua orang best friend aku akan melangkah ke alam rumahtangga dalam masa 2 minggu ini. Fitri mendahului pada 30hb Mei ini, dan Fara akan melangsungkan majlisnya pada 5hb Jun. Kedua-duanya sangat berharap aku dapat menghadiri majlis perkahwinan mereka. Aku akan hadir, demi mereka kawan yang sangat baik -Insya Allah.

Ah.. dewasa sudah mereka ini yang selama ini bersama aku dengan perangai keanak-anakan, kini akan bergelar isteri tak berapa lama lagi. Tiada apa perlu aku katakan selain dari bersyukur dan berdoa demi kebahagiaan mereka. Semoga kekal ke akhirnya. Insya Allah.

Fara, kawan baik dari form 1 lagi. Sama-sama pustakawan yang suka buat havoc dalam library. Tapi berpindah ke Teknik KL waktu form 4 dan sambung belajar di utara Malaysia bila tamat SPM. Bercita-cita menjadi seorang akauntan berjaya dan sekarang sedang mencari pengalaman bekerja sebelum dapat menjadi seorang akauntan. Alhamdulillah, murah rezeki kawan aku ni.

Fitri, kawan sekelas waktu form 4 & form 5. Tetapi mulai rapat setelah kami menjadi course-mate di kolej LGTT, itupun setelah berada di semester 3. Dia seorang kawan yang baik. Menegur kesalahan aku dengan berani dan menerima pandangan aku dengan tenang. Kami memang banyak berselisih pendapat. Still kami boleh menerimanya dengan baik. Setelah konvocation, dia pulang ke kampung halaman which is terletak di Tioman memandangkan dia tidak dapat sebarang pekerjaan di KL. Dia mendapat tawaran menjadi guru sandaran di sana. Sekarang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat degree dalam bidang pendidikan. Alhamdulillah, moga-moga dapat menjadi seorang pendidik yang baik.

Semuanya sudah punya haluan sendiri. Walau tidak sama jalan, harap langkah kami sentiasa seiring. Aku toleh kiri dan kanan, aku tetap tahu aku ada mereka dan mereka ada aku. Sampai bila-bila.. Selamat berbahagia kawan. Semoga persahabatan ini erat sehingga akhir waktu nanti. Insya Allah.

0 comments:

Cerita Lama Amyz