Isnin, 19 April 2004

Si Kancil Biru

Since kerja di sini, aku tidak lagi memandu kancil biru kesayangan aku. Dengan alasan tak berapa kukuh, parking mahal dan jalan jammed. Aku fikir senang untuk naik bas balik kerja memandangkan pergi kerja, ayah dengan rajinnya menghantar aku ke sini. Ada juga sekali sekala aku bawa kereta bila ayah out-station. Dua hari bawa kereta aku rasa cukuplah. Merugikan RM10 untuk parking saja.

Waktu bekerja di LGTT dulu, pergi dan balik kerja naik bas pun aku tidak berapa hirau sangat. Malah aku suka naik bas turun bas waktu dulu. Biar aku tertidur-tidur dalam bas, ataupun pukul 9 malam baru aku sampai di rumah, aku tidak rasa gusar atau lelah.

Tetapi KL bukan seperti dulu. Sekarang semakin sesak dengan himpitan manusia dan kenderaan. Buat aku rasa taubat untuk memilih bas sebagai pengangkutan utama aku ke tempat kerja since ayah aku out-station sepanjang minggu lepas. Penatnya dengan sesaknya, Tuhan saja yang tahu.

Kenapa tak bawa kancil biru tu, Amyz? hehehe.. road tax mati la encik. Nak renew road tax kena renew insurans sekali. Insurans kena bayar full balik memandangkan tahun lepas aku telah memusnahkan persent pengurangan gara-gara kemalangan dengan sebuah motorsikal. Maka tersadailah kancil biru di garaj sejak road-tax mati.

Memandangkan adakalanya aku punya urusan selepas waktu pejabat, aku kira dalam bulan depan, aku mahu kembali memandu kancil biru ke office. Aku tak daya lagi nak menumpang kenderaan kawan-kawan atau motor kak nett, mengharapkan mereka menghantar aku pulang ke rumah setelah selesai urusan.

Lagipun parking di bawah blok PBD ni cuma RM75 sebulan. Aku cuma boleh claim RM30 sahaja. RM45 untuk sebulan parking, aku rasa cukup murah. Mana ada parking di KL ni RM1.50 sehari?

Aku tak suka menyusahkan orang sebenarnya. Aku ada kereta sendiri yang aku bayar setiap bulan. Aku rasa terseksa bila kancil biru tidak dapat berkhidmat untuk aku. Mesti si kancil biru rasa sedih kerana tidak dapat berjalan-jalan seperti dulu. Dah lama dia duduk dalam garaj. Mesti dia rasa bosan. Kesian si kancil biru..

Sabar ye Kancil Biru. Insya Allah dalam minggu atau bulan ini, aku segera menyelesaikan masalah road tax dan insurans ini ye? Next month, kau akan berkhidmat untuk aku. Aku harap aku dapat jaga kau baik-baik dan kau jaga aku baik-baik ok? Sayang Kancil Biru!!

0 comments:

Cerita Lama Amyz