Selasa, 28 Disember 2004

Tak Ada Mood

Saya berada dalam mood yang tidak begitu bagus sejak 2 minggu lepas. Satu demi satu, saya dihidangkan dengan cerita-cerita yang menyayat hati. Banjir besar di Malaysia Timur, harga tol naik, putus tunang pakai sms, budak dirogol dan dibunuh, kemalangan bas, lelaki dah kahwin mengaku bujang dan menipu orang, bencana tsunami dan macam-macam lagi. Semua ini, buat saya rasa macam nak menangis.

Dalam pada itu ada juga kisah gembira yang menyentuh hati saya - mak dan ayah gembira dapat menunaikan haji. Saya sedih sebab berpisah dengan mereka, lama. Kawan baik dah kahwin. Dia gembira sebab dapat kahwin dengan orang yang dia sayang, tapi saya sedih sebab saya dah hilang seorang kawan.

Sabtu, encik spyz sms, kata dia berada di Tanjung Balau - tempat saya dan kawan-kawan saya pergi waktu dulu-dulu. 4 down, 3 left. yups, 4 dah kahwin. Tinggal saya, kak Nett dan Ijat. Dan kami tidak lagi seperti dulu-dulu, Ijat dengan Cik Miera. Tinggal saya ngan kak Nett je yang selalu bersama. Rasa macam nak menangis lagik! Kalau kak nett kahwin, dengan sapa, saya nak keluar?

Pun begitu, saya wajar beritahu saya sangat seronok berada di perhimpunan perdana Geng Jurnal Ahad lalu, 26 Dec di Dewan Pulasan Kolej ke 6, UPM. Menjadi sebahagian dari Geng Jurnal merupakan perkara yang menggembirakan hati saya. :-)

Khamis, 23 Disember 2004

Seminggu Sudah Berlalu

Sudah seminggu mak dan ayah pergi menunaikan ibadah haji. Baru terasa susahnya nak survive tanpa mereka. Menguruskan hal rumah bukan semudah yang aku pernah fikirkan. Duduk bersama keluarga bukan semudah duduk di rumah sewa. Tapi sedikit pun aku tidak rasakan ianya satu bebanan, bahkan aku rasa lebih bertanggungjawab kepada keluarga.

Adik bongsu aku masih bercuti. Jadi aku tinggalkan dia sementara di rumah Makcik sewaktu aku pergi kerja dan menjemputnya selepas waktu kerja. Sesi persekolahan akan mula dibuka 2 minggu lagi. Nasib baik pakaian seragam serta buku sudah dibeli awal-awal lagi. Cuma aku perlu membereskan yuran persekolahannya nanti.

Banyak perkara hendak dibereskan tetapi asyik ditangguhkan kerana gangguan dari pihak-pihak tertentu. Macam satu hari tu, aku nak siapkan laporan sistem SPP untuk dibentangkan dalam satu mesyuarat, tetapi ada pegawai di jabatan lain bermasalah dengan Sistem Cuti. Aku terpaksa menangguhkan laporan dan menyelesaikan masalah sistem cuti terlebih dahulu. Aku terlambat menyiapkan laporan tersebut dan aku dapat menghantarnya selepas 10 minit mesyuarat telah bermula. Nasib baik lah pegawai tu tak kisah sangat. pheww..

Rabu, 15 Disember 2004

Update Sikit

Update sikit je. Esok cuti. Next monday baru masuk kerja. Esok mak dan ayah berangkat untuk menunaikan haji. Mudah-mudahan mereka selamat pergi dan balik, serta dapat melakukan ibadah dengan baik. :-( sedih sikit sebab kena berpisah selama sebulan lebih. Isk. Isk. Isk.

I'm gonna miss them a lot~ :-(

Selasa, 14 Disember 2004

Do Something

I got to do something for myself. I want to get myself part time job. I just want to do something I like and I‘m happy about it. Well, I do like working here. But I'm not satisfied with works I’ve done. I just want to be happy with something I really love. Yes, I do love doing programming. I've learned so many things here. But it can't help me to improve myself and my achievement. It’s not helping me to expand my programming skill. :-(

I have several plans to work on it. And I really hope it's worthy. :-)

Sabtu, 11 Disember 2004

None

I’m not kept my archive anymore. Reader could only view the current entry and there is no option to read my past entry. I just don’t want they to read my past entry and make them bored~

Nothing much happened in my life recently. Except, at 29th Nov, I’ve got another niece~ Farah Dayana Aniqah, my brother’s first daughter. I'm so happy. See my niece here! But with call me aunt, make me feel, I'm not young anymore. Huhu..

And my parent will go to Mecca for hajj this 16th Dec. Pray for my parent’s safety journey and doing well there. Insya-Allah

I’m so into Ashlee Simpson’s song, Pieces Of Me. I’ve seen her clip, and she looks so damn cute. I already brought CLEO because of her~ Believe it!

Jumaat, 10 Disember 2004

Good, But Not Easy

Change is good but is not easy. That’s what I am trying to do right now. To change everything in my life although I know it’s not easy for me. I just want everything will be ok for me and everybody. But as far as I’m going through, every change I made, I may hurt someone's heart. Dear, I’m sorry. I didn’t mean to hurt you. I’ve just want to be myself. Don’t keep ask me why I’ve changed, why I’m different. Just accept me as I am and as anything I wanted to be, even I’m trying to be superwoman, as long as the change is good for me.

Same as me, my journal keep changing every time I feel it has to change. So many changes I’ve made for make it look better to make me feel better too.

I'm sorry. I can't be the same person like I used to be before..

Rabu, 24 November 2004

I'm Back

Just came back from long holiday. 11 days in heaven. I had so much fun during “Cuti Raya”. When I wake up this morning, I’ve wish I’m wake up in another day in my holiday. But, my time off is over and I have to go to work. It’s 1st time I felt Wednesday it’s like another Monday with blues and I am already bored~ huh? 1st day work and I’m bored? How can that be? Oh, I just can wish I can have a rest and holiday for all my life. Hahaha.. Nonsense me!!

Hm.. I have been advice by “someone” to control my hot-temper, especially when driving. Opss.. Nope, I have to control my hot-temper while DRIVING. Yup, while DRIVING ~ include reducing my “French” and so on. *Jadilah pemandu yang berhemah, OK!* Actually I hardly try to control my temper but somehow, I just can’t. KL full with rude-driver makes me lose control. I think I can’t drive peacefully in KL anymore. Maybe I should move to another peaceful city or I shouldn’t drive anymore. Not driving? Sound good for me. Someone have to be my driver. ;-) Well, any vehicles were fine with me. ;-)

My niece, Atiya Haziah SO CUTE with her rounded-eyes, her smile and her laugh makes me missed her so much just now. Everyone loves her. Everyone likes her, especially every time she laugh and try to talk or hear she scream angrily at someone. Till now, I can hear her sweet voice clearly. :-) Ah, Mama already missed you, Atiya. And you, stop asking me to get married OK? I dont like that joke, seriously..!

Today, nothing much I can do except refresh my mind, focus my attention to works, update several report stated current status about systems under my supervision to my supervisor. My supervisor already gave me several jobs to do within this and next week. Here is goes, Miss Amyz.. :-) Good luck for me..

Jumaat, 12 November 2004

Ramadhan Hampir Berakhir

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin
Kesempatan ini, aku ingin hulurkan tangan memohon ampun dan maaf kepada sekalian sahabat yang mengenali aku. Aku yang bukan manusia sempurna ini mengaku bahawa aku banyak buat silap sepanjang persahabatan kita. Aku tahu, aku banyak mengecewakan hati mereka yang bernama sahabat ini. Maafkan aku dari hujung rambut ke hujung kaki. Semoga kita semua dirahmati Allah di hari mulia ini. Ku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga berbahagia menyambut lebaran tahun ini.

Hari-hari terakhir di bulan Ramadhan.
Sepertimana tahun-tahun sudah, aku bekerja di waktu semua orang balik kampung untuk bercuti menyambut kedatangan lebaran. Tentunya mereka sedang seronok bersama keluarga tercinta. :-) Aku juga seperti mereka, berada dalam lingkungan keluarga tersayang. Menghampiri Syawal bermakna, rumah kami semakin meriah menjadi tempat berkumpul kesemua adik-beradikku. Dengan bertambahnya ahli keluarga baru, iaitu adik ipar dan anak buah, maka bertambahlah bilangan ahli keluargaku. Meriah!

Hari ini, hari terakhir bekerja. Aku akan bercuti sehingga 23hb Nov. Sengaja ambil cuti lama sedikit. Mahu luangkan masa bersama mak sebelum mereka berangkat ke Mekah pertengahan Disember nanti. Mak dan ayah akan pulang semula pada 31hb Jan tahun depan. Hmm.. Lamanya mak dan ayah pergi, siapa nak jaga Kak Lang nanti kalau mak dan ayah pergi lama-lama? Jangan halang, mereka ke sana untuk beribadat. Semoga Mak dan Ayah sentiasa dilindungi Allah. Mudah-mudahan dipermudahkan Mak dan Ayah menunaikan ibadah dengan sempurna. Insya Allah.

Seorang diri di pejabat sangat membosankan. Tiada siapa yang sanggup tunggu sehingga petang. Gamitan Syawal lebih mengujakan mereka semua untuk segera sampai ke rumah, membuat persediaan menyambut lebaran. Sedang bagi aku, Syawal banyak mengundang rasa sayu yang bukan sedikit.

Semalam, keluar berbuka puasa bersama keluarga di Chop n Stick Kg Baru. Order, punya order. Punya lambat sampai order. Sempat solat maghrib kat Masjid, order baru sampai. Tapi malangnya, atau mungkin bukan rezeki aku, Chicken Merryland yang aku order tidak sampai sehingga orang lain dah habis makan. Kata pelayan, dah ada orang hantar, tapi kami cakap tak ada order Chicken Merryland. Huh? bila masa pula? Malas nak bertengkar memandangkan tak berbaloi pun. Akhirnya, aku seorang yang tak makan. Lepas bayar, kami adik beradik pergi shopping di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ramai betul umat manusia. Gerimis tidak menjadi penghalang rupanya. Balik rumah dekat 12:00 malam.

Terasa Ramadhan kali ini tak semeriah dulu. Selain dari asyik mendung dan hujan, aku tidak punya kesempatan untuk berbuka puasa bersama kawan-kawan. :-( Terkilan pula rasa hati ini tidak dapat berbuka puasa bersama mereka, sepertimana Ramadhan tahun-tahun sudah. Mudah-mudahan ada kesempatan untuk aku bersama mereka waktu berhari raya nanti.

Satu-satunya tempat yang aku benci dan suka ialah KLIA. Tempat berpisah dan bertemu. Kerana berpisah itu sesuatu yang memeritkan dan bertemu itu sesuatu yang menggembirakan. Selamat pulang beraya, mudah-mudahan ketemu lagi. Dan mudah-mudahan juga Air Asia tidak tergelincir lagi.

Sabtu, 6 November 2004

Cerita Semalam

Hujan. Sejak tengahari sampailah malam. Tak berhenti. Hati aku seram risau = seriau, terutama masa memandu. Nasib baik bawa kereta semalam. Itupun cuak sebab hujan mencurah-curah. Aku pandu perlahan-lahan. Dari keluar parking di PBD, masuk jalan Semantan, keluar ke Mahameru Highway, susur ke Jalan Loke Yew. Semua tu ambil masa sejam lebih. Kereta cantik bersusun dalam kesesakan. Dengar RMKL, sana-sini sesak. Penanda aras minyak dah tak sampai suku tangki. Aku susur keluar ke Pudu. Alhamdulillah, jalan di situ lengang. Mungkin sebab banjir. Aku terus ikut Jalan Pudu, lalu Maluri dan terus sampai rumah. Banyak jalan dilimpahi air. Terasa tenggelam dalam air kereta kecil aku tu.

Sampai rumah 6:50ptg. Ayah dan mak terkejut aku balik sebab aku katakan aku mungkin berbuka di luar. Tak sanggup rasanya nak menempuh kesesakan sekiranya aku tekadkan hati untuk berbuka di luar.

Atas meja ada 3 keping surat untuk aku. Satu sampul besar Pos Express, satu kad raya dan satu bil telekom. 2 surat je yang buat aku senyum, satu surat lagi tu pula, duit aku bakal terbang lagi.

Mak tanya, barang apa yang dikirim pada aku. Aku jawab buku. Ayah tanya buku apa, aku jawab buku er.. er.. buku apa eh?

Yups! GT 2 Versi Malam Tujuh Likur sudahpun berada di tangan aku. Berminat? Email aku di da.amyzATgmailDOTcom. Sekian, terima kasih. More info, go to http://gangguan.blogspot.com

Khamis, 4 November 2004

Mencari Lailatul-Qadar..

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, [2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); [5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Surah Al-Qadr: ayat 1-5)

10 malam terakhir Ramadhan tersembunyi satu malam penuh keberkatan. Izinkan aku mencari dan bertemu dengan Lailatul Qadar yang penuh rahmat dari Mu, Ya Allah. Mudah-mudahan..

Selasa, 2 November 2004

Blog Favorite Masakini

Sekarang, bila waktu-waktu lapang, saya lapang-lapangkan diri mengunjungi link-link seperti dibawah, biarpun mereka berminggu-minggu tidak mengemaskini web mereka. Walaupun begitu, saya sebagai peminat setia mereka ini, tetap mengunjungi walaupun tak ber"update". ehehehe.. *dalam erti kata lain, update la selalu, kak Nett oii..*

1 - Nettbiru - http://nettbiru.cjb.net

2 - TokRimau - http://tokrimau.tk

3 - Spyz - http://spyz.blogspot.com

4 - Mie - http://www.kroni.biz/nordin

5 - Ratusan Ilham - http://risb0.tripod.com

6 - Mat Jan - http://jongkang.blogspot.com @ http://www.kroni.biz/jj

7 - Mop Lantai - http://moplantai.blogspot.com

8 - Mak Andeh - http://makandeh.blogspot.com

9 - OP - http://fikirandalamkembara.blogdrive.com

10 - Irwandy - http://irwandy.blogdrive.com

11 - Sis Dona - http://donababygurl.blogdrive.com

Isnin, 1 November 2004

Ramadhan Dah Tak Seperti Dulu.

Saya rasa Ramadhan tahun ini, tidak lagi semeriah sepertimana tahun-tahun yang sudah. Sunyi saja menyelubungi Ramadhan kali ini. Betapa tidak, kali ini, cuma ada saya, Kak Teh, Adik, Mak dan Ayah. Yang lain sudah berkeluarga dan duduk di rumah mereka sendiri. Zaim pula sambung belajar di Melaka. Kecuali, Kak Long, Kak Ngah atau Abang datang, barulah saya rasa meriah dengan kehadiran mereka. Tapi bukannya selalu, bukannya setiap minggu.

Dulu waktu Kak Long dan Kak Ngah masih menetap di sini, walaupun sudah berkahwin, setiap harinya meriah. Abang masih belum berkahwin. Bulan Ramadhan lah paling meriah, dengan gurau tawa kami adik beradik, mak dan ayah tampak begitu seronok melihat kami semua. Tahun dulu, walaupun Kak Long dah pindah Puchong, tetapi selepas balik kerja, mereka singgah berbuka puasa terlebih dahulu. Jadi masih ada mereka, masih terasa meriahnya di bulan Ramadhan. Kak Ngah pula pindah berdekatan dengan rumah mak, adakalanya mereka singgah berbuka puasa di rumah mak. Tapi tidak lagi di tahun ini. Tidak setiap hari seperti dulu.

Tiba-tiba saya rasa pilu, bila memandang wajah mak dan ayah setiap kali waktu berbuka dan bersahur. Bagaimanakah mereka bila kami semua tidak lagi bersama mereka? Bagaimana agaknya? dan bagaimana juga saya mampu menghadapi hari dan terfikir tentang mereka yang sedang bersahur atau berbuka tanpa saya dan yang lainnya? Saya jadi tak sampai hati.

Sebab itulah, saya elakkan berbuka puasa di luar sangat waktu hari bekerja, kerana saya tidak mahu ayah dan mak terasa pilu menghadapi waktu berbuka puasa tanpa anak-anak. Selagi saya boleh berada di samping mereka, saya akan tetap di situ. Saya sayangkan mereka, saya tak mahu membuatkan mereka merasa sedih menghadapi hari.

Selasa, 26 Oktober 2004

There goes my bonus away..

1 - car services.
2 - car installment
3 - 3 pair of baju raya.
4 - mom
5 - bills
6 - credit card
7 - saving

I have to spend about thousand RM for all matters above. huh? It's excluding other nescesarry things such as shoes, make-up, personal things and a little duit raya. Duh! I guess I have to spend my money for important things first.

Dalam erti kata lain, tak dapat la nak bershopping sakan tahun ni. Huhuhu.. :-(

Jumaat, 22 Oktober 2004

Maaf, Cuti Anda Tidak Diluluskan.

Baki cuti aku tahun ini ada 17 hari lagi. Aku mohon untuk cuti raya selepas Deepavali iaitu pada 12 dan 13 Nov, dan selepas raya pada 17hb sehingga 19hb Nov. Maknanya aku ambil cuti sebanyak 5 hari. Sepanjang aku berada dalam alam pekerjaan, aku tidak pernah minta cuti sebelum raya. Ini barulah pertama kali aku nak mohon cuti sebelum raya. Lagipun, apa salahnya kan? Aku ada 17 hari cuti. Aku ada hak untuk bercuti sebelum hari raya!

Tapi malangnya, pagi tadi aku dapat email, permohonan cuti aku pada 12 dan 13hb Nov, tidak diluluskan. Tapi kenapa orang lain dapat cuti sebelum raya tu? Kenapa aku tak dapat cuti sama seperti 2 orang pegawai lain? Alasan mudah - aku tinggal tetap di KL ini. Huh? (mesti ada orang cakap, padan muka orang KL). Apa, ingat orang KL tak buat persediaan raya ke? Ala.. orang KL, mana ada kampung? Mana ada tergesa-gesa nak balik kampung. Tak apa lah kalau orang KL ni kerja sebelum raya. Alasan la tu..

Bayangkan, sabtu 13hb tu kerja separuh hari, (aku harap, PM bagi cuti pada hari ini..) aku rasa nak datang kerja pun tak berbaloi. Daripada aku bazirkan masa pergi kerja, baik aku tolong mak buat persiapan raya, masak rendang ke, nasi impit ke, banyak kerja nak buat untuk menyambut Aidilfitri. Setiap tahun pun macam tu. Walaupun, ada kak Long dan kak Teh boleh tolong, tapi tak sedap hati pula. Macam ngelat dari buat kerja je. (hehehe..)

Aku ingat, aku ambil cuti pada 12 dan 13hb tu, bolehlah aku pergi membeli-belah saat akhir sebelum raya nanti. Sebab aku rasa nak keluar waktu-waktu sebegini, tak larat dengan jammed, sesak, ramai orang, parking penuh dan sebagainya. Malas nak menempuh kesemua itu yang kemungkinan besar boleh mengurangkan pahala puasa aku. Aku tahu juga, membeli-belah saat akhir pun ramai orang juga. Tapi mungkin tak ramai sangat, sebab orang dah balik kampung. Takpela, masa tu pandai-pandai la adjust.

Tapi tak mengapalah. Oleh sebab permohonan cuti sebelum raya aku tidak diluluskan, aku akan bercuti selepas raya sehingga 25hb November! 7 hari. Ada lagi baki 10 hari cuti. Kalau aku nak cuti sampai akhir November pun ok juga kan? (",)

*Puasa baru seminggu, dah sibuk pasal cuti raya. Ampeh la Amyz!!*

Rabu, 20 Oktober 2004

Macam-macam boleh jadi..

Dah 6 hari umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, masuk bulan Ramadhan ni, nampak sikit perubahan. Tak bising sangat macam sebelum Ramadhan menjelang. Takpelah, asalkan diorang tak ngumpat aku cukup lah. ehehe. Tadi aku belek-belek kalender, rupanya dah setahun aku bekerja di sini. Erm.. rasa macam dah lama. Tapi semuanya seperti sekelip mata. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar di sini, biarpun ada retak sana sini. Apa.. ko ingat MRR2 aje ke yang retak?

Dah sebulan aku bertukar penyelia. Sistem bawah seliaan aku pun bertukar juga. Sayang juga dengan sistem yang aku jaga sebelum ini, tapi apa kan daya? Takpelah, aku akan jaga sistem ni baik-baik. Beri support pada user utk gunakan sistem ni. Tak susah sangat kot. Insya Allah. :o) Sistem bawah seliaan aku, ada 4. SISPEN, PTK, PERFOMA dan SPP. Satu pakai Clarion database, satu pakai Access, satu lagi dalam proses kajian, satu lagi guna ORACLE database. OK la tu kan?

But then, aku rasa makin lama skill programming dalam ORACLE aku makin hilang. Kalau buat report dan query, insya Allah aku boleh buat lagi. Kalau dah programming tu, aku rasa aku tak dapat nak buat lagi. isk. isk. kena la belajar balik. kena tengok buku balik. Bila masuk kerja di sini, banyak perkara kena belajar, dan aku dapat belajar yang asas sahaja. Isk, bila la nak pandai? :-(

Minggu lepas, unit aku dapat meja komputer. Memang seronok dapat meja komputer, tapi masalahnya, perabot-perabot di partition aku ni semuanya kayu. Kalau dah kayu tu, berat dia.. Nak alih sana sini, bukan main susah lagi. Tension betul la. Bukan tension ape, berat sangat. Baru alih dua-tiga kali, dah termengah-mengah. Kalau macam ni, susahlah..(*iklan TMNet*). At last, dapat juga aku susun meja, meja komputer, rak-rak dan almari dalam partition kecil aku ni. Perabot banyak, tempat kecil- huh? :rolling-eyes:

Lepas ni, ingat nak hias partition kecil aku ni cantik-cantik. Biar sejuk mata aku memandang. Menambah semangat untuk bekerja dan tenang menghadapi segala masalah. Nantilah. Lepas raya nanti, aku hias balik tempat aku ni. Letak bunga, letak pewangi, letak tu, letak ni. Banyaknya nak letak..?? Macam la muat sangat. Ha ha ha. Tengoklah nanti.. :o)

Baki cuti tahun ni masih ada 17 hari. Nak guna 5 hari untuk Raya nanti. Lagi 12 hari boleh bawa tahun hadapan. Takpun hujung tahun ambil cuti tahun baru lama-lama sikit. Sekali-sekala cuti lama-lama apa salahnya?

Rabu, 13 Oktober 2004

DIA TUTUP LAGI????...

1 NKVE ditutup beberapa bulan berikutan kejadian tanah runtuh. (Nasib baik dah bukak dah sekarang ni..)

2. Jejambat Kepong MRR2 ditutup 3 bulan berikutan keretakan struktur tiang,

Semalam, Kilometer 302 Lebuhraya Utara Selatan diumumkan akan ditutup selama 3 bulan juga.

dan beberapa kejadian lebih kurang sama :-
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Nasional/20041011233427/Article/

Buat apa bina highway banyak-banyak lepas tu kena tutup? Tutup 3 bulan? Macam mana orang nak balik raya? Jangan kata balik raya, balik kampung hujung minggu pun dah menyiksakan pengguna. Apa dah jadi? Apa dah jadi..?

Bila highway dah tutup, terpaksalah guna jalan lama atau jalan biasa. Di mana jalan-jalan ini sering digunakan oleh kenderaan berat seperti bas dan lori yang menjadi punca jalan tidak rata. Bukankah ia berbahaya kepada pengguna jalan raya, terutama penunggang motosikal? Tambahan pula sikap kurang sopan dan tidak bertimbang rasa pemandu Malaysia di jalan raya berada di tahap membimbangkan.

Apakah nasih pengguna-pengguna jalan raya? di Kuala Lumpur khususnya, selain dari berada di jalan raya lebih dari 30 minit untuk ke tempat kerja setiap hari? Sampai bilakah kesesakan jalan raya sering menjadi mimpi ngeri kami semua?

Isnin, 4 Oktober 2004

Vindicated

Hope dangles on a string
Like slow spinning redemption
Winding in and winding out
The shine of it has caught my eye

And roped me in
So mesmerizing, so hypnotizing
I am captivated, I am

Vindicated
I am selfish
I am wrong
I am right
I swear I'm right
I swear I knew it all along
And I am flawed
But I am cleaning up so well
I am seeing in me now the things you swore you saw yourself

So clear
Like the diamond in your ring
Cut to mirror your intentions
Oversized and overwhelmed
The shine of which has caught my eye
And rendered me so isolated, so motivated
I am certain now that I am

Vindicated
I am selfish
I am wrong
I am right
I swear I'm right
I swear I knew it all along
And I am flawed
But I am cleaning up so well
I am seeing in me now the things you swore you saw yourself

So turn
Up the corners of your lips
Part them and feel my finger tips
Trace the moment, fall forever
Defense is paper thin
Just one touch and I'd be in
Too deep now to ever swim against the current
So let me slip away [3x]
So let me slip against the current
So let me slip away [4x]

Vindicated
I am selfish
I am wrong
I am right
I swear I'm right
I swear I knew it all along
And I am flawed
But I am cleaning up so well
I am seeing in me now the things you swore you saw yourself

Slight hope
It dangles on a string
Like slow spinning redemption

Jumaat, 1 Oktober 2004

You are always on my mind

Maybe I didn't treat you
Quite as good as I should have
Maybe I didn't love you
Quite as often as I could have
Little things I should have said and done
I just never took the time

You were always on my mind
You were always on my mind

Tell me, tell me that your sweet love hasn't died
Give me, give me one more chance
To keep you satisfied, satisfied

Maybe I didn't hold you
All those lonely, lonely times
And I guess I never told you
I'm so happy that you're mine
If I make you feel second best
Girl, I'm sorry I was blind

You were always on my mind
You were always on my mind

Tell me, tell me that your sweet love hasn't died
Give me, give me one more chance
To keep you satisfied, satisfied

Little things I should have said and done
I just never took the time
You were always on my mind
You are always on my mind
You are always on my mind

Selasa, 28 September 2004

Hujan.

Beberapa petang ini sentiasa hujan. Perlu bersedia dengan payung. Tetapi aku ini selalu terlupa. Akibatnya, semalam aku sampai rumah dengan keadaan basah kuyup. Aduu.. Takpelah. Hujan tu air, bukannya api. Rasa-rasa macam nak demam, makan saja panadol. Tapi kepala ada rasa pening-pening sikit.

Isk, hari ni terlupa lagi nak bawa payung. Kalau hujan petang ni, manalah aku nak berteduh? Terpaksa berteduh kat mana-mana nanti. Takpun, terpaksalah aku meredah hujan. Hujan renyai-renyai boleh lah redah. Hujan lebat? Tak berapa nak sanggup. Isk. Isk. Isk.

Hujan di luar itu, semua orang pun tahu. Hujan di hati siapa mengerti?

Rabu, 22 September 2004

I'm In The Classroom.

Dah lama betul tak masuk kelas. Dah lama betul tak rasa suasana classroom. Seronok. Bukan tak seronok. Tapi satu aje lah. Tak tahan sejuk! Blezer tertinggal kat opis pulak tu. Sambil belajar, sambil menggigil-gigil satu badan. Ah, padanlah otak pun beku

Baru sedar, otak dah separuh berkarat. Nak terima ilmu masuk dalam otak bukan main payah lagi. Lepas ni kena cari kismis banyak-banyak. Biar ilmu senang masuk dalam otak. Bukan tak boleh masuk langsung. Boleh la. Tapi kena perlahan-lahan.

Seronok belajar sesuatu yang kita suka dan minat. Cikgu pun baik-hati. Menyampaikan pelajaran dengan penuh dedikasi. Mana yang tak faham, dia terus ulang keterangan dan beri contoh sampai faham. Nasib baik otak ni walaupun berkarat, tapi cergas - dapatlah tangkap apa cikgu ajar dengan mudah, masuk dalam otak. :o)

Banyak perkara belum belajar dan aku mahu terus belajar. Buat masa ini, aku tumpukan untuk mempelajari pembangunan sistem, terutama sistem yang berasaskan web. Insya Allah. Aku akan cuba..

Isnin, 20 September 2004

'Cause I'm Leaving...

Aku tiada di pejabat buat beberapa hari. Rasa tidak punya semangat untuk ke situ lagi. Tapi apakan daya? Tugas dan tanggungjawab sudah terbeban di bahu. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan ku. Niat aku satu, menunaikan segala amanah yang diberi padaku.

Aku pergi bukan lari dari tugas dan tanggungjawab, walaupun aku berharap aku dapat lari dari pejabat. Tetapi tujuan aku ke sini untuk menunaikan tanggungjawab - menuntut ilmu. Aku harap aku dapat gunakan ilmu ini untuk mempermudahkan segala perjalanan kerja aku nanti. Insya Allah.

While I'm not in here, please leave your messages after the beep..
BEEEEPPP...

Khamis, 16 September 2004

Bagai Sakti

Lagu: M. Nasir
Penyanyi: Siti Nurhaliza (S) & M. Nasir (M)

S: Cinta datang, tanpa diundang, seumur masa tercipta

M: Dia datang bagai sakti, bagai menyaksi mekar, kembang pagi

S: Cinta datang, dengan senyuman, panasnya membakar mentari

S&M: Wajah yang tergambar, tak akan terpudar
S: Dari hati insan yang fana ini
S&M: Fana ini...

M: Tak mungkin mentari, akan terus sembunyi
S: Tiada sempadan, tak bisa ku lewati

S&M: Jika ini hakikatnya, aku serahkan jiwa dan ragaku
S: Menantimu walau sengsara
S&M: Jika ini ketentuan-Nya

S&M: Jika ini hakikatnya, aku serahkan jiwa dan raga,
Jika ini ketentuan-Nya, kau 'kan jadi milikku... jua

Khamis, 9 September 2004

Si Comel Atiya.

Anak buah saya yang sulung ni dah pandai senyum pada orang yang bercakap dengannya. Mata dia bulat-bulat bila namanya dipanggil. Apatah lagi bila bercerita dengannya, tersenyum hingga nampak gusi. Dia pun pandai bercerita. Keluarlah suara Aaa.. Uuu.. nya, dengan tangan rewang sana-sini. Kemudian tersenyum-senyum, membuatkan kami sekeluarga terhibur dengan telatahnya.

Waktu bulan-bulan awal kelahirannya, Kakak saya tinggal bersama mak di Cheras. Mak menjaga Atiya waktu mereka ke pejabat. Masuk bulan September ini, Kakak saya membawa Atiya balik ke Puchong dan menghantar Atiya ke Nurseri di situ. Ini kerana, mak dan ayah akan menunaikan haji tak lama lagi. Mereka perlu menyiapkan diri sebelum berangkat ke sana.

Ibunya, kakak saya yang sulong turun 5kg menjaganya yang suka jaga malam. Atiya budak baik. Dia tidak menangis malam. Bila dia mahu susu, dia cuma menggerakkan tangan, menendang-nendang kaki dan bersuara seperti mengadu kehausan. Bila mahu tidur, baru dia menangis. Bukan menangis pun, cuma mencebik-cebik bibir saja.

Ayah saya suka melayan kerenahnya. Bila dia mahukan susu, ayah akan memangku Atiya dan memberinya susu botol. Begitu juga waktu tidur. Ayah saya sanggup memangku Atiya dan menidurkan hingga Atiya lena. Satu kelebihan menjaga Atiya, bila dia tidur, dia akan tidur pada tempoh yang lama. Ini memudahkan mak saya melakukan kerja rumah waktu budak kecil ini tidur. Bila dia terjaga dan mendapati tiada orang di sekelilingnya, Atiya akan membebel seorang diri seolah memanggil orang menemankannya. Comelnya Atiya!

Saya suka menguruskan Atiya waktu selepas mandi. Saya tidak berani memandikan Atiya. Biar mak saja yang memandikannya. Saya memakaikannya baju yang cantik. Membedakkan badannya. Memakaikan stokin dan sarung tangan yang comel. Kemudian, membawa dia berjalan melihat-lihat sekeliling rumah sambil menunggu Ibu dan Papa Atiya balik kerja.

Minggu lepas, dia belajar meniarap. Belum pandai lagi. Bila meniarap, badannya akan menimpa tangan dan menyebabkan dia tidak dapat bergerak. Ini menyebabkan dia marah dan menangis. Ibunya akan mengangkat dan membaringkan Atiya semula. Hari isnin lepas, Atiya demam. Nak besarlah katakan. Ibu dan Papanya kalut hingga mengambil cuti menjaga Atiya. Kelmarin, Ibu dan Papanya menghantar Atiya ke rumah Mak, kerana kak Long tidak begitu mempercayai penjaga di Nurseri itu menjaga Atiya yang demam. Suhu badannya naik. Atiya asyik merengek-rengek. Semua orang melayan saja segala kerenahnya. Kasihan Atiya. Mesti badannya tidak selesa. Dia diam waktu Ayah menidurkannya. Kami semua berbual-bual waktu Atiya tidur. Bila dia terjaga, mak mengagahnya. Tidak disangka, Atiya tertawa. Sebelum ini, dia cuma tersenyum saja. Tetapi kelmarin dia ketawa. Kami sekeluarga seronok melihat dia ketawa hingga bergegar badannya. Melihatkan dia sudah nampak sihat, Ibu dan Papanya membawa dia balik Puchong sebelum malam bertambah lewat.

Semalam pulang rumah, melihat katil bayi yang kosong. Buaian yang kosong. Tanpa ada Atiya di situ. Saya dihambat sunyi. Sayang kat Atiya yang comel! :o)

Rabu, 1 September 2004

Selamat Datang September.

Saya hendak menulis. Tetapi tidak berkesempatan lantaran kekangan kerja. Jadi saya mahu kongsi lagu yang sedang saya nyanyi dan bergema di winamp saya hari ini, sempena bulan September. Ehehehe.. Tetapi sebenarnya kenangan manis saya adalah di bulan ogos. :-)

Sharifah Aini - Ingatan Manis Di Bulan September

Ku masih ingat
Perkenalan ku di bulan
September, September

Kau merenungku
Dan mengukir senyum mesra
Padaku, padaku

Perkenalanku kini semakin erat
Saling bertemu
Melepas rasa rindu

Dibelai-belai
Dikucup-kucup mesra
Rambutku, pipiku

Aku terlena
Terbuai dalam pelukan
Mesramu, mesramu
Hati riang gembira
Tiada terkira
Terasa dunia ini kita yang punya

Kau kan jadi teman hidupku
Sayangku selalu ku nantikan
Takkan hilang
Kenangan manis bagiku
Kau tunjukkan
Kasih sayangmu selalu

Ku gembira
Berdamping denganmu
September selalu kunantikan
Ku nanti-nanti
Selaluku nanti-nanti
September denganmu

*Abaikan lirik-lirik yang "terlampau". Saya cuma sukakan suara lunak milik penyanyi lagu ini.

Isnin, 30 Ogos 2004

Saya Budak Jahat..

Ramai yang bertanya kepada saya, ke mana saya akan pergi malam 31 nanti. Sebenarnya saya jarang sekali meraikan malam Merdeka di KLCC atau Dataran Merdeka ataupun mana-mana. Okelah, saya buat pengakuan di sini, saya pernah sekali sahaja meraikan malam merdeka di Bukit Bintang pada tahun 2002. Sebelum-sebelum itu, saya cuma meraikannya di rumah, kerana dari rumah saja, saya dapat menyaksikan pancaran bunga api dari 3 tempat yang menjadi tumpuan warga KL iaitu di KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka. So, what for saya ke sana dan terpaksa mendongak untuk melihat bunga api? Saya dah rasakan masa malam merdeka tahun 2002, dan ianya menyeksakan. Sudahlah orang ramai dan sesak. Saya sukar bernafas. Cuma sekali itu sajalah saya keluar pada malam merdeka. Enough! Saya dah serik!

Sebentar tadi, seorang lagi kawan saya bertanya ke mana malam ini, dan saya katakan saya mahu duduk di rumah saja. Dan kata-kata yang saya terima? Ek Elehhh.. Nak jadi baik konon!! Tergamam sebentar. Oh, rupanya selama ini, orang pandang saya jahat agaknya ya? :o) Tak mengapalah jika itu yang mereka fikirkan tentang saya. Mereka tidak salah. Banyak sebab orang berkata saya jahat. Terutama dari segi perangai dan pakaian. Saya bukan baik sangat pun. Kan, kawan-kawan?

Memang benar saya suka dengan hiburan. Saya menonton Akademi Fantasia 2. Saya pernah pergi Sure Heboh. Saya selalu menonton wayang. Saya pergi karaoke. Saya pernah menyaksikan live band di Hard Rock Cafe. Saya pernah pergi jemputan Hitz Fm Birthday Bash di kelab Hotel Mutiara. Pun begitu, saya tetapkan pendirian saya, semua itu sekadar hiburan. Yang paling penting, apa jua yang saya lakukan, mak dan ayah dah izinkan, baru saya rasa selamat untuk berhibur. :o) *Hahaha.. dah buat jahat lagi mau minta doa dari mak. Minta doa selamat.. Hahaha..*

Satu soalan yang bermain di benak saya kini. Jahatkah saya yang ingin berhibur? Adakah saya dipandang jahat sekiranya saya pergi berkaraoke bersama kawan-kawan yang suka berkaraoke? Jahatkan saya di pandangan mata kalian, sekiranya saya balik rumah lewat-lewat 12 malam, walaupun hanya keluar makan di Kg Baru? Jahatkah saya di mata kalian saya menyaksikan live band di Hard Rock Cafe? Kalaupun saya pergi menyambut merdeka di KLCC malam ini, adakah ianya menjadi satu kesalahan? Bukan saya tak boleh pergi. Saya boleh pergi. Tapi saya memilih untuk tidak mahu pergi. Tetapi saya di tuduh nak jadi baik.

Inilah kawan-kawan saya dan sekeliling saya yang sewaktu dengannya. Nak jadi baik dicebik. Jadi jahat lagi dikutuk hebat. Belum kahwin dikata asyik buat maksiat. Bila keluar lewat, dikatanya macam-macam. Dan inilah yang saya hadapi selama ini. Saya tak buat, orang kata saya buat. :o) Belum lagi saya buat. Kalau saya dah buat, lagi teruk kena.

Iyalah. Saya bukan budak baik pun. Jadi saya biarkan mereka berkata-kata @ mengata tanpa perlu saya jelaskan apa-apa kerana mereka dah set kan dalam mind mereka, saya bukan baik sangat. Hmm.. tak adalah teruk sangat kan? :-)

Isnin, 23 Ogos 2004

MRR2 - Dalam Ingatan.

Bila kecoh-kecoh tentang Jejambat MRR2 di Kepong mengalami keretakan dan isu berkaitan, saya akan terkenangkan zaman saya bekerja di LGTT dulu. Sejak saya mendapat kebenaran ayah untuk menggunakan kereta ke tempat kerja, saya menggunakan MRR2 sebagai jalan utama saya ke tempat kerja setiap hari. Walaupun jauh, tapi selesa dan tiada tol. Ahaks! :o)

Seawal jam 7:00am atau selewat-lewat 7:30am, saya keluar dari rumah, melalui sepanjang jalan Taman Kencana dan menyusur masuk ke MRR2 dari Taman Kencana. Melalui Pandan Indah - selalu sesak di situ. Susur keluar dari Pandan Indah dan susur masuk ke Pandan Jaya terlalu dekat yang menyebabkan kesesakan berlaku pagi dan petang setiap hari. Janganlah hairan mengapa sesak samada bermula di Pandan Safari atau Ampang Point setiap hari. Itu sebab saya ambil keputusan untuk bekerja lebih masa setiap hari.

Itu baru sampai di Pandan Indah. Pagi-pagi lagi mood dah rosak sebab sesak. Lepas dari seksa yang pertama, saya akan memandu dengan selesa. Tetapi perlu berhati-hati apabila kereta menuruni flyover di Ampang Point, kerana di situ ada selekoh termasuklah kereta bodoh keluar dari susur Flaminggo yang selalu terus cross ke line tengah atau kanan sekali, memaksa kereta yang turun dari flyover menekan brek. Hmm.. memang kena maki saja.

Lepas Ampang, saya akan menyusuri MRR2 melalui Keramat, Melawati, Wangsa Maju, Gombak. Sepanjang jalan ini, biasanya tidak terlalu bermasalah melainkan kereta-kereta yang laju dan selekoh-sekoh serta flyover yang boleh membahayakan pengguna jalan-raya. Setiap 2 hari sekali, saya selalunya berhenti di stesen minyak Petronas Wangsa Maju untuk mengisi minyak kereta.

Sesampai di Sri Gombak & Batu Caves, ada berlaku kesesakan di sini. Ini kerana ada 2 traffic light untuk memudahkan kereta keluar masuk ke Taman Samudera dan kawasan perkilangan. Selalunya, polis trafik akan mengawal dan meredakan kesesakan. Kini di situ ada pembinaan flyover untuk mencegah kesesakan dan menyusahkan polis trafik di mana keadaan sekarang menyebabkan kesesakan berlaku lagi.

Selepas Batu Caves, saya melalui satu tempat di mana orang bermain layang-layang yang kini di tutup untuk pemuliharaan. Melalui Frim dan Kepong. Jejambat MRR2 di Kepong itu sebenarnya masih baru. Sebelum di tutup baru-baru ini, saya melalui Jejambat sepanjang 1.5km itu terus sehingga Manjalara dan menempuh kesesakan di depan SMAKL. Saya juga pernah terperangkap dalam kesesakan sewaktu masih berada di atas jejambat itu lagi. Kesesakan di situ berpunca dari perumahan di Damansara Damai. Pada mula pembukaan Damansara Damai, penduduk di situ akan membuat pusingan U di traffic light depan komuter Sg Buluh. Kemudian pihak pemaju mengambil keputusan untuk mewujudkan simpang dan traffic light di situ. Ia sebenarnya memburukkan lagi keadaan. Akhirnya, mereka menutup traffic light tersebut dan membiarkan penduduk dari Damansara Damai membuat pusingan U di traffic light komuter Sg. Buluh.

Saya membuang masa antara 10-30 minit berada di dalam kesesakan Manjalara ke Sg. Buluh setiap hari. Nasib saya baik, kerana saya akan membelok ke Sri Damansara di simpang 4 antara LDP, Sri Damansara dan Sg. Buluh untuk ke LGTT. Adakalanya saya tidak menggunakan jejambat itu kerana sesak dengan menggunakan laluan alternatif dengan melalui taman-taman perumahan terletak di Frim dan Kepong Ulu, terus sehingga tempat kerja. Walaupun tidak sesak, tetapi banyak kenderaan melalui jalan tersebut untuk keluar dari taman-taman perumahan ke tempat kerja.

Bila Menteri mengumumkan penutupan MRR2 di Jejambat Kepong baru-baru ini, saya rasa bersyukur juga kerana saya tidak lagi menggunakan MRR2 untuk ke tempat kerja. Saya tahu betapa seksanya terperangkap dalam kesesakan di kawasan itu. Malah sebelum pembinaan jejambat, semasa pembinaan jejambat dan siapnya jejambat tersebut! Pun begitu, saya masih lagi menjadi pengguna MRR2 untuk ke One Utama, Ikea dan kawasan damansara itu setiap minggu.. :o)

Rabu, 18 Ogos 2004

Masih Demam?

Saya ingatkan selesai saja konsert terakhir AF 2 yang berakhir malam minggu yang lepas dan menyaksikan Zahid membawa pulang Citroen C3 itu, maknanya demam AF 2 berakhir di situ. Tetapi saya silap taksiran apabila saya melangkah masuk ke tempat kerja Isnin lalu, rata-rata kakitangan di sini masih bersemangat membincangkan konsert terakhir AF 2. Bukan itu sahaja, malah ada antara mereka sanggup memuat-turun video-video konsert yang lepas-lepas dari internet. Aduh! masih demam rupanya.

2 hari berturut-turut Konsert Akhir AF 2 menjadi tajuk utama akhbar-akhbar tempatan. Muka depan lagi oke.. Angka RM7.5 juta yang dibelanjakan oleh peminat-peminat AF 2 untuk AFUNDI peserta-peserta AF bisa buat mulut saya ternganga. 7.5 juta bukan angka yang sedikit. Hebat juga penangan demam AF ni eh? Sanggup betul diorang berhabis untuk peserta AF 2. Pemurahnya rakyat Malaysia ni kan? Membazir ke tak? Dahlah kos sebanyak RM20 juta nak baiki MRR2 nanti ditanggung Kerajaan, yakni duit rakyat juga. Tapi rakyat dah pakai duit sebanyak RM7.5 juta sebab nak AFUNDI budak-budak AF pula.. Dari mana nak korek duit nak baiki MRR2 tu ye? *rolling eyes*

Belum campur dan tengok lagi undian-undian pada program realiti yang lain seperti Malaysian Idol, WWW, Audition, Bintang RTM.. erk, Bintang RTM pun pakai sistem AFUNDI juga ke? Betul ke salah? Maaf, saya tak berapa nak pasti. Sebab tak begitu mengikuti perkembangan program realiti yang lainnya.

Lihatlah betapa senangnya mereka mengeksploitasi penonton. Cakap sedih-sedih. Buat muka sedih, berpeluk-peluk masa terkeluar, menangis dalam kelas dan lain-lain, asalkan dapat menyentuh emosi dan simpati penonton. Sudah cukup untuk menarik undi. Cuma kita sahaja tidak menyedari. Kenapa kita terlalu taksub dan fanatik terhadap program-program realiti seperti ini. Berapa banyak faedah yang kita dapat? Erm.. rasanya si Zahid yang dapat Citroen C3 tu, bukan siapa AFUNDI lagi banyak, kan?

Saya bukan nak sangat jadi batu api. Atau nak jadi seperti antiAF. Dan bukan saja AF, bahkan Malaysian Idol, WWW dan Audition juga. Tapi saya mahu semua orang berpijak di bumi yang nyata bukannya duduk dalam fantasi. Nak tengok tak salah. Nak berhibur pun tak salah. Saya juga menonton AF, tapi berpada-padalah. Semua perkara ada limitasi dan hadnya. Fikirkan dengan akal yang dianugerahkan Allah sebaiknya secara rasional. Itu saja.

Kalau ada antara anda yang sering memicit punat remote control ke channel 15 yang sedang menayangkan siaran ulangan diari dan konsert AF 2 tu maknanya anda masih demam AF 2 la tu. Hahaha.. Sudah-sudah lah demam AF 2 ni. Gi makan ubat..

Sabtu, 14 Ogos 2004

New Boss. New Rules.

Awal Jun yang lepas, pengarah BTM yang baru telah ditukarkan ke sini menggantikan pengarah lama yang melanjutkan pelajaran di UK. Sejak kemasukan pengarah baru ini, dia banyak membawa perubahan pada kami di sini. Antaranya disiplin kedatangan semakin di ketatkan. Sekiranya punch-card kami bertanda merah lebih dari 3 kali tanpa tandatangan supervisor, kad kami akan ditukar kepada kad hijau. Dalam tempoh kad hijau iaitu tempoh pemerhatian, sekiranya disiplin kedatangan masih tidak lagi berubah, maka kad akan bertukar merah, seterusnya di kenakan tindakan tata-tertib. Oh ya, kad saya dah bertukar warna hijau sebab sepanjang julai, saya ada 6 tanda merah. Ala.. lambat 2-3 minit pun nak berkira ke? :-(

Bagi saya, itu tidaklah menjadi satu persoalan yang besar kerana disiplin memang patut ada pada semua kakitangan ke****an. Akan tetapi, yang menjadi isu tidak puas hati staff btm ini kepada pengarah kerana sifat cerewet, berkira dan tidak mempercayai kakitangannya sendiri. Sehinggakan hendak meminta tanda-tangan pengesahan majikan pun dia tidak mahu dan berkira sangat. Saya sendiri dah terkena sewaktu saya mahu meminta dia menandatangani surat pengesahan majikan saya sebagai penjamin kakak saya yang hendak buat pinjaman bank. Ada ke patut dia katakan saya mahu dia jadi penjamin saya? Bila masa pula saya nak dia jadi penjamin saya? Saya nak minta dia sahkan saya ni pekerja dia. Macamlah saya nak sangat dia jadi penjamin saya? What the heck? Marah betul saya masa tu. Ye lah.. dia tak baca ke kat form tu saya nak pengesahan dia. Bukan nak dia jadi penjamin saya! Nampak sangat tak baca betul-betul. Hii.. sabar aje lah!

Banyak sangat suara-suara tak puas hati yang kedengaran di belakang pengarah baru ni. Satu demi satu setiap hari, ada saja kedengaran di telinga saya. Jadinya, saya pun rasa tak selesa dan tak bersemangat nak buat kerja. Tambahan pula, dia rombak carta organisasi kami dan menukarkan saya di bawah penyelia yang baru masuk btm tak sampai sebulan lagi. Di bawah penyelia baru ini, sehingga kini, dia belum lagi memberi apa-apa kerja pada saya. Tak mengapalah. Lagipun, sekarang saya masih menyelesaikan kerja-kerja saya dari penyelia lama saya. Mungkin dia belum sedia lagi kot? Hmm.. Wait and see.

Sistem di bawah penyelia baru yang perlu saya pelajari, fahami dan pantau ialah SPT, NILAMS, GIS dan JKT. Sistem yang memerlukan komitmen yang tinggi kerana ia akan diguna-pakai di seluruh negara. Bolehkah saya melakukannya? Insya Allah. I'll try the best.

Saya malas nak ambil tahu sangat tentang yang lain macam mana. Asalkan saya buat kerja yang di amanahkan sebaiknya. Asalkan saya tidak di gelar pekerja yang makan gaji buta. Itu sajalah. Lagipun segala tidak puas hati kami ni bukan di ambil kira sangat. Siapalah yang mahu mendengar suara-suara hati kuli seperti kami ini? Saya harap satu hari nanti, ada orang lain yang sedarkan dia. Nak jadi boss, tolonglah jangan berkira dan sombong sangat dengan staff sendiri. Tak kan pergi ke mana pun.. selagi menjadi kakitangan ke****an di Malaysia ni. Ong Ka Ting pun tak sombong macam tu. Lagipun setahun saja dia jadi boss kat sini, nanti dia pencen. Patutlah cerewet semacam. Nak monopause rupanya..

Rabu, 4 Ogos 2004

Amyz Loves Chocolate Very Much!!

Ayah baru balik dari outstation di Langkawi dan bawa pulang banyak chocolate. Ayah ingat kegemaran saya! Saya sayang Ayah! Saya suka sangat makan chocolate. Kalau saya tension, saya akan makan chocolate dengan banyak. Ini boleh menyebabkan kegemukan. Tapi saya tak peduli, gemuk atau tidak, saya tetap menjadi penggemar chocolate yang setia.

Tidak kisah apa brand pun chocolate itu, setiap chocolate kegemaran saya punya taste yang tersendiri. Chocolate yang paling saya gemar ialah Forrero Rocher dan Cadbury. Tetapi saya suka makan M&M waktu menunggu bas atau membaca kerana ia tidak mengotorkan tangan dan mulut. Chocolate Kiss Hershey juga merupakan antara chocolate kegemaran saya. Wah.. wah.. banyak sungguh kegemaran saya. Asalkan chocolate, saya akan makan. Nyam.. nyam.. nyam..

Bagi saya chocolate boleh menenangkan emosi dan tekanan yang sedang saya hadapi. Chocolate boleh buat saya yang adakalanya kelam-kabut dan menggelabah buat kerja ni, jadi cool sebentar kerana bila makan chocolate saya akan nikmati rasa chocolate sepenuhnya. Hmm.. sedapnya..

Sebenarnya sekarang saya sedang menikmati chocolate yang di beli oleh boss saya. Saya terlupa nak bawa chocolate yang Ayah beli di Langkawi pagi tadi. Nasib baik boss saya ada beli chocolate, kalau tidak mesti saya kempunan..

Jumaat, 30 Julai 2004

Got The Fever?

Demam juga lah family saya dengan AF 2. Hari-hari adik-adik ulang tengok konsert ulangan kat channel 15. Bila dah adik-adik tengok, maknanya, tak dapatlah saya nak tengok CSI ke, Alias ke, Jake 2.0 ke, Ah-Ha ke.. Layan Konsert AF aje. Daripada bosan-bosan tengok, sampailah 'terminat' tengok si Zahid yang selamba tu. Impressed juga bila tengok dia boleh bawak lagu Teratai - Ramli Sarip. Susah lagu tu.. Tapi dia rilex aje nyanyi. Seronok pula tengok telatah dia yang macam budak nakal tu. Teringat masa jadi student dulu.

Kakak-kakak saya pun dah addicted dengan AF ni, including my brother-in-law. Saya demam juga. Tapi bukan demam AF, saya kena demam selsema dan batuk. Sungguhpun begitu, faktor utama saya tonton juga AF 2 ni, kerana suka dengar celoteh si Aznil yang laser tu. Lawak yang dia buat semuanya nak pekena orang, tapi kelakar la juga. Ada juga penyeri majlis. :-D

Walau addicted manapun family saya dengan AF ni, tapi tak seorang pun keluarkan duit nak vote. Jadinya, bila sesiapa keluar, family saya gelak-gelak saja. Tidaklah menangis-nangis macam Kudsia Kahar walaupun dia cuma pengkritik tetap. Saya pelik, apa kriteria yang membuatkan Kudsia Kahar ni jadi pengkritik tetap? Entah! Bosan la dengan dia tu. Bagi komen pun tak betul. Isk, apalah saya ni. Since ada Malaysian Idol, saya asyik nak kritik orang saja. Tak baik kan?

Saya malas nak kritik budak-budak AF 2 ni lebih-lebih. Nanti ada peminat mereka marah. Bagi saya, mereka semua boleh nyanyi. Tapi banyak kena belajar. Terutama macam mana nak interact/communicate dengan penonton. Kebanyakan mereka kaku dan tak tahu nak cakap macam mana dengan penonton. Masa perkenalkan diri pun nervous semacam. Tak mahu cakap siapalah. Anda semua boleh tahu sendiri. Nak jadi penghibur bukan senang. Setakat tahu nyanyi, saya pun boleh nyanyi kat karoke. Pitching lari ke ape ke, tak ada cikgu yang nak tegur. Kecuali kawan-kawan yang tolong gelakkan takpun jadi background-singer.

Oh ya, bercerita pasal sms, Fatwa yang baru-baru ni dikeluarkan mengharamkan peraduan SMS ini, bukan tertuju kepada AF, Malaysian Idol, Audition, Who Will Win. So, peminat-peminat bolehlah membazir duit sesuka hati mereka bagi membolehkan bintang pujaan mereka menang sebuah kereta atau wang tunai. Fatwa itu sebenarnya untuk peraduan-peraduan yang di anjurkan oleh mana-mana syarikat yang menawarkan hadiah-hadiah berupa Kereta Mercs ke, BMW ke, dan lain-lain.

Mengapa peraduan SMS diharamkan? Ini kerana kita akan ber'sms' beribu-ribu kali untuk menjadi pemenang. Dah la sekali SMS dah kena Caj RM2. Paling sikit pun 50¢. Samalah sepertimana anda membazir duit membeli tiket-tiket loteri untuk mendapatkan nombor yang anda tikam tu menang 1st Prize. Sama kan? Ke, tak sama tapi serupa? Ehehe.. Semua terpulang pada kebijaksanaan masing-masing.. ;-)

Khamis, 29 Julai 2004

Anne Murray - You Needed Me

I cried a tear, you wiped it dry
I was confused, you cleared my mind
I sold my soul, you bought it back for me
And held me up and gave me dignity
Somehow you needed me

You gave me strength to stand alone again
To face the world out on my own again
You put me high upon a pedestal
So high that I could almost see eternity
You needed me, you needed me

And I can't believe it's you,
I can't believe it's true
I needed you and you were there
And I'll never leave
why should I leave, I'd be a fool
'Cause I've finally found someone who really cares

You held my hand when it was cold
When I was lost you took me home
You gave me hope when I was at the end
And turned my lies back into truth again
You even called me friend

You needed me, you needed me

Jumaat, 23 Julai 2004

Terkenang-Kenang

Waktu naik lif ke tingkat 7 pagi tadi, aku tersenyum sendiri apabila teringatkan kenakalan pelajar-pelajar LGTT . Masa bekerja di LGTT, budak-budak tu sangat suka buat dajal kat lif situ. Macam tak pernah naik lif pun ada juga. Waktu tu aku cukup marah bila aku nak turun dengan lif, aku tengok butang lif tu semuanya dah di tekan. Apalagi, di setiap tingkatlah lif itu berhenti macam Star LRT, walaupun tak ada orang turun atau naik. Oleh kerana ITC di tingkat 4, lif itu akan berhenti di tingkat 3,2 dan G. Itu membuatkan aku 'hangin satu badan', apatah lagi waktu itu aku hendak cepat. Aku pun pernah jadi pelajar juga, aku pun nakal juga waktu belajar dulu, tapi tak adalah nak menyusahkan orang lain. Marah tu memang membara, cuma marah-marah dalam hati saja lah. Nak pergi cari budak-budak tu, pukul ke, tak adalah.

Kalau hendak naik atas pun begitu juga. Aku tunggu lif di G untuk masuk office di tingkat 4. Budak-budak yang baru habis kelas ini akan keluar beramai-ramai dari lif tanpa lupa meninggalkan 'tanda' di setiap butang lif. Aku nak marah tak boleh, jadi aku jeling budak-budak tu sampai semuanya tunduk dan berlalu dari situ dengan cepat-cepat. Budak-budak ni, mak-ayah hantar pergi belajar, dia main-main pula di sini. Marah betul aku waktu tu. Pun begitu, hendak atau tidak, aku terpaksa juga naik lif itu, biarpun ia akan berhenti di setiap tingkat dan aku seperti orang bodoh melihat pintu lif terbuka dan tertutup tetapi tiada orang yang turun di setiap tingkat di mana lif itu berhenti. Apabila sampai di ITC, muka 'empat-belas' aku di sedari oleh kawan sekerja, lantas mengusik aku tanpa henti, di mana akhirnya aku akan tertawa dan segala marah yang berkumpul bagai hilang begitu saja. Kawan-kawan aku pun nakal juga. Sehari tak usik aku, memang tak sah!

Bila mengenang semua itu, buat aku tersenyum sendiri. Biarpun waktu menghadapi situasi itu membuat aku marah, tetapi aku gembira ianya berlaku kerana itu menjadi tanda dalam ingatan aku betapa nakalnya pelajar LGTT dan juga betapa nakalnya kawan-kawan aku. Dan tadi, waktu keluar dari lif itu, terlintas di fikiran nakal aku untuk menekan semua butang lif itu dari tingkat 6 sehingga 1. Tetapi, aku tidak mahu berbuat begitu. Nampak sangat aku 2x5 dengan budak-budak nakal itu. Tidak, aku tidak senakal itu. Tambahan aku tak mahu orang lain jadi bodoh macam aku, tunggu dalam lif yang berhenti di setiap tingkat tetapi tiada orang keluar atau masuk. Kasihan kan?

Isnin, 19 Julai 2004

Cuba Berdiet

Seminggu dua ini, aku kurangkan pengambilan makanan pada waktu tengahari. Dua-tiga orang kawan membantah tindakan aku mengawal pemakananku. Entah mengapa, perkataan "chubby" membuatkan aku trauma. Tiap kali orang menegur aku tembam, tiap kali itulah aku menafikannya dan aku cuba untuk kurangkan makan. Isk.. seriau dibuatnya.

Tembam sebab bahagia? Bahagia juga dengan hidup sejak akhir tahun lalu. Alhamdulillah, Allah memurahkan rezeki aku dengan perpindahan kerja ini. Bahagia juga dengan hidup bila tahu masih ada orang menyayangi. Bahagia juga dengan hidup dalam lingkungan keluarga yang bahagia ini.

Makan banyak? Juga merupakan antara faktor yang menaikkan berat badan aku. Bukan makan banyak sangat pun kat sini tapi entahlah selera meningkat. Senang hati kot. Dulu di IUCTT tak makan sangat pun. Breakfast escape, lunch kadang tak makan. Di sini, tak pernah miss soru orang cakap. Padanlah tembam!

Mesti orang akan cakap, tak payahlah nak berdiet dah kurus pun. Aduh. Setengah orang kata kurus, setengah orang kata tembam. Mana satu ni? Pening gue..

Okey, aku tak diet sangat. Aku kawal pemakanan untuk mengambil makanan yang berkhasiat. Orang cakap diet seimbang. Ok kan begitu?

Khamis, 15 Julai 2004

Bateri si Nokia

Si Nokia menyanyi lagu Sailormoon. hello.. ha.. apehal? oh.. bilanye? ha? oh.. sat.. sat.. - tritt.. tritt.. tritt.. *bunyi amaran bateri habis* si Nokia terus padam setelah amaran. Aduh! Cepatnye dia mematikan diri. Taulah dah berusia. Tapi bagilah peluang saya caj baterinya dulu.

Si Nokia ni memang dah lama. Versi pertama tanpa antena. Bak kata orang tua-tua, dah sezen dah pun. Bak kata orang sekarang. Out Dated. Ketinggalan zaman. Bagi saya, selagi boleh pakai, saya pakai la. Tapi sekarang ni, nampak gayanya macam kena tukar. Apa tidaknya? Belum tiga puluh saat bercakap, amarannya dah berbunyi-bunyi. Tapi saya sayang pada Nokia ni. Satu-satunya barang yang simpan banyak rahsia hidup saya.

Saya patut beli baru sebenarnya. Adik lelaki saya dah hampir sepuluh kali menukar telefon bimbitnya seperti membeli baju di jualan murah. Adik perempuan saya pula bertukar-tukar telefon bimbitnya dengan kawan-kawannya. Kakak-kakak dan abang-abang ipar saya pun dah tukar telefon bimbit nada polifonik. Adik saya yang baru lepas SPM pun memiliki telefon bimbit yang kecil yang ada fungsi radio. Ke sana-ke sinilah dia dengan telinga bersumbat earphone mendengar lagu Eminem kegemarannya.

Ayah pula tidak ghairah bertukar telefon bimbitnya. Baginya selagi boleh bercakap, menghantar mesej dan sebagainya, dia akan terus menggunakannya walau saya tahu, dia boleh menukar telefon bimbitnya kepada yang lebih canggih bila-bila masa dia mahu.

Saya beli si Nokia dari kawan baik saya, menggantikan Siemen yang juga mengalami masalah bateri yang kronik. Sudah pun bersama saya 3 tahun. Siemen itu juga berusia 3 tahun waktu saya menjualnya. Mungkin kini tibalah masa untuk saya menukar kepada yang baru. Saya ingin mencuba telefon bimbit bernama Samsung pula. Fungsi-fungsi seperti kamera dan sebagainya itu tak penting bagi saya. Asalkan saya boleh menghubungi kawan-kawan dan menghantar mesej sudah mencukupi.

Selasa, 13 Julai 2004

Cerita Mak & Ayah

Mak dan ayah dapat tawaran untuk menunaikan haji di musim haji depan tahun 2005. Alhamdulillah. Dah lama mak dan ayah tunggu peluang untuk menunaikan haji, tetapi ditangguhkan demi kami adik beradik yang tak berapa pandai menguruskan diri masing-masing.

Kini peluang itu muncul di depan mata. Mereka gembira kerana penantian mereka tidak sia-sia. Aku turut bersyukur dan kami adik beradik tidak akan menghalang mereka menunaikan rukun Islam ke5 ini dengan sempurna.

Lagipun kami adik beradik sudahpun dewasa. Yang paling kecil pun adik bongsu aku yang berada di tingkatan satu. Insya Allah, kami dapat menguruskan diri dan rumah biarpun tidak sesempurna Mak menguruskan hal rumah tangga.

Kami tidak mahu lagi ayah dan mak menangguhkan hasrat mereka ini lagi. Sudah lama mereka menanti. Biarlah mereka menunaikan ibadat dalam keadaan yang sihat. Mak pun bukan sihat sangat. Banyak berfikir boleh menyebabkan dia mendapat sakit.

Aku bukan mahu menyusahkan mak sangat. Cuma mak saja yang terlalu risaukan anak-anaknya terutama aku dan kak teh. Aku tak mahu mak berfikir bukan-bukan. Kerana bagi aku, di mana aku berada, aku sentiasa tahu aku di lindungi doa mak. Insya Allah, aku tahu dan sentiasa menjaga diri aku.

Aku harap sangat mak dan ayah dapat menunaikan ibadat haji di musim haji depan. Insya Allah. Aku cuba membantu mereka agar mereka dapat menunaikan ibadah dengan sempurna. Insya Allah. Semoga Allah memperkenankan doa mereka. Amin..

Khamis, 8 Julai 2004

Ruang

Bolehkah aku diberi sedikit ruang untuk aku simpan segala yang aku rasakan peribadi? Kenapa harus semua luar sehingga dalam kau mahu ambil tahu? Apa gunanya kau ketahui segalanya mengenai aku? Kau bukan ahli keluarga aku mahupun seseorang yang rapat dengan aku, buat apa kau nak tahu?

Mahu aku katakan berapa kali pada kau yang aku tak suka orang "mengambil-berat" tentang aku. Sering bertanya tentang sesuatu yang aku tak suka. Jika kau mahu berkawan dengan ikhlas, aku minta tak banyak, hormat. Itu saja.

Jika kau kenal aku di pejabat, seperti mana aku di situ, itulah aku. Tak perlu tanya apa yang aku buat di hujung minggu. Kita sebagai pekerja, kita buatlah kerja kita sebaiknya. Tak perlu campur urusan hidup aku di luar waktu kerja. Oh ye, aku tak pernah suka dan tidak setuju untuk keluar bersama kawan pejabat di luar waktu pejabat, apatah lagi nak ber"skandal" dengan kawan pejabat.

Jika kau kenal aku di internet, kau cuma akan tahu melalui jurnal ini. Maaf, pertanyaan "bila nak kahwin?, siapa calon?" or what so ever tidak akan di layan. Aku bukannya suka memaparkan kisah peribadi aku di sini. Di sini aku cuma bercerita tentang kerja, lagu dan semuanya secara umum. Aku minta tak banyak. Hormatkan privacy aku. Selagi aku tidak umumkan secara "live" di sini, janganlah ada pertanyaan seperti itu lagi. Aku dah bosan. Aku dah bosan!!

Sebenarnya aku tidak selesa membicarakan soal-soal peribadi di mana-mana. Di jurnal mahupun di pejabat. Cuma beberapa orang yang rapat saja yang tahu dan itu sudahpun memadai kerana aku tahu mereka kawan ku yang sejati. :-)

Isnin, 5 Julai 2004

I want To Know What Love Is

No words can describe except this song.. :'-(

I gotta take a little time, a little time to think things over
I better read between the lines, in case I need it when I'm older

Now this mountain I must climb, feels like the world upon my shoulders
Through the clouds I see love shine, it keeps me warm as life grows colder

In my life there's been heartache and pain
I don't know if I can face it again
Can't stop now, I've travelled so far, to change this lonely life

I want to know what love is, I want you to show me
I want to feel what love is, I know you can show me

I'm gonna take a little time, a little time to look around me
I've got nowhere left to hide, it looks like love has finally found me

In my life there's been heartache and pain
I don't know if I can face it again
Can't stop now, I've travelled so far, to change this lonely life

I want to know what love is, I want you to show me
I want to feel what love is, I know you can show me
I want to know what love is, I want you to show me
(And I wanna feel) I want to feel what love is
(And I know) I know you can show me

Let's talk about love - I want to know what love is
The love that you feel inside - I want you to show me
And I'm feeling so much love - I want to feel what love is
No, you just can't hide - I know you can show me

I want to know what love is (let's talk about love), I know you can show me
I wanna feel it too - I want to feel what love is
I wanna feel it too, and I know and I know - I know you can show me
Show me love is real, yeah - I want to know what love is...

Jumaat, 2 Julai 2004

Tibanya Julai

Sudahpun masuk hari kedua di bulan Julai. Semalam aku dapat sms dari kawan aku yang nun jauh di utara dengan ucapan selamat buatku. Aku rasa terharu atas ingatan beliau. Semoga dia turut berbahagia di sana. :-) Terima Kasih.

Alhamdulillah, aku masih punya kawan-kawan yang baik. Terutama kawan-kawan di Geng Jurnal ini. Mereka terlalu baik untuk aku. Terima kasih, kawan! Cuma aku saja bukan seorang kawan yang baik.

Sepertimana aku pernah katakan dulu, aku bukan seorang kawan yang baik. Lagakku seperti 'haiwan' yang melindungi diri sendiri. Jika orang @ musuh menghampiri, aku sentiasa dalam keadaan yang berwaspada. Pertanyaan dan ragu-ragu sering bermain diminda aku, buatkan aku sukar untuk difahami atau dihampiri, walaupun orang itu pernah rapat dengan aku satu ketika dulu. Bertambah-tambah sukar bagi mereka untuk menghampiri semula sekiranya mereka pernah mencalarkan kepercayaanku.

Mungkin aku mementingkan diri sendiri. Tetapi aku perlu melindungi diri aku sendiri. Itu saja yang aku lakukan untuk diri aku. Aku tidak lagi mahu orang melukakan @ mempergunakan aku dengan sewenang-wenangnya. Dah serik rasanya.

Aku juga dah jemu mereka menghampiri kerana simpati. Tak perlu. Aku tak perlu simpati dari orang lain. Aku dah boleh berdiri atas kaki sendiri. Kasihkan diri sendiri, sebelum mengasihani aku. Aku bukan insan malang tepi jalan. Tak perlu simpati, kerana ramai lagi orang yang perlu simpati. Aku bukan anak kecil lagi. Aku dewasa dan aku tahu mana batil mana benar. Yang aku perlukan cuma bimbingan dan ingatan agar aku tidak lagi menyonsang arah. :-) Maafkan aku ye?

Rabu, 30 Jun 2004

Tengok Preview SpiderMan2

Spider-Man 2.
29hb June 2004 - 08:45pm - Hall 5 - TGV - KLCC.

Dapat 2 pass free dari Hotlink. Sampai kat TGV punyalah ramai orang beratur. Hmm.. nak tengok movie free punya pasal satu hal. Satu sebab lain dapat tengok dulu sebelum ditayangkan secara rasmi.

Kawalan ketat agar tidak ada gangguan dan rakaman haram berlaku. Setiap orang diperiksa menggunakan satu alat pengimbas macam Polis guna untuk memeriksa orang yang menyembunyikan senjata. Beg juga diperiksa. Mereka terjumpa telefon bimbit dalam beg dan aku terpaksa menyerahkan telefon bimbit yang ketinggalan zaman itu di satu kaunter. Mereka menyimpan telefon bimbit aku dalam satu sampul dan memberi aku sekeping kertas bertulis nombor di mana nombor itu ada tercatat pada sampul itu.

Kami masuk ke dewan 5 untuk menyaksikan Spider-Man 2. Dapat tempat duduk barisan kedua dari atas, bukan dari depan skrin ye?

Aduh.. mengantuknya hari ni..

Jumaat, 25 Jun 2004

Sepi Dalam Keriuhan.

Masa-masa seperti ini, di dalam keriuhan mereka, tiba-tiba saya teringatkan tempat kerja lama saya. Biarpun saya berhujan emas disini, saya rasakan hujan batu disitu lebih seronok. Kenapa? Di situlah saya kenal erti dewasa dan segalanya mengajar saya. Dan tiba-tiba saya rasa sangat terasing di sini, biarpun sebenarnya keadaan amat riuh disini. Saya terasa sepi.

Saya teringat kawan-kawan saya di tempat kerja lama, di ITC. Setiap kali saya teringatkan mereka, setiap kali itulah saya akan tersenyum sendiri. Kerana kerenah mereka yang saya tahan setiap hari biarpun ada yang menyakitkan tetapi merekalah yang menghiburkan hati saya. Kerana merekalah saya ada untuk menguatkan semangat saya menghadapi hari-hari.

Mereka kesemuanya hero saya, kerana di ITC itu saya sorang sajalah 'girl' mereka. Sayalah yang membancuh nescafe atau milo hampir setiap pagi untuk mereka. Menyambut telefon untuk mereka. Erm.. mengapa saya bekerja seperti setiausaha mereka sedangkan tugas saya merupakan pengaturcara di sana? Semua itu kerja sampingan di waktu-waktu saya tiada kerja, sedangkan mereka bekerja seluruh hari untuk membaiki komputer dan memeriksa rangkaian serta mengawal-selia lab-lab yang banyak itu. Saya ada membantu mereka ketika waktu-waktu kritikal terutama sewaktu kerja-kerja membaik-pulih lab.

Mereka cuma ada 3 orang, Din, Abad dan Jas. Abang Fairuz di Wisma Ilmu. Tolak juga encik Boss IT. Kemudian ditambah dengan kehadiran 2 orang lecture yang sangat rajin melepak di ITC iaitu Shukri dan Ipin. Kalau dah berjumpa, bergegar-gegar ITC tu dengan gelak tawa mereka. Belum campur merah padam muka saya bila tak henti-henti disakat mereka. Pantang betul mereka dengar silap cakap atau salah sebut. Boleh jadi ejekan 7 keturunan. Selama 2 tahun 3 bulan bekerja disitu, berbagai-bagai lawak-jenaka mereka bagaikan terngiang-ngiang di telinga saya kini. Yang paling menggelikan hati saya, si Shukri yang kerap menggunakan dialog-dialog filem P.Ramlee sehingga di kertas soalan ujian untuk pelajarnya juga diselitkan nama Pak Mat Tempe.

Hmm.. rupanya saya rindukan kenangan-kenangan itu dan rindukan mereka juga. Well, life goes on..

Isnin, 21 Jun 2004

Boring

Mood : Happy & Boring.
Song : Everytime - Britney Spears.

Malas nak berfikir. Boss tak datang. Demam katanya. Seorang lagi kawan gi kursus kat Shah Alam. Duduk la aku seorang dan kebosanan. Ada sorang lagi boss, tapi dia sangat busy sebab kena back-up boss aku yang tak datang tu.

Kebelakangan ini aku seharusnya tidak perlu lagi memikirkan sesuatu yang membuatkan aku tidak gembira lagi. Aku mahu gembira dan terus gembira. Tetapi aku tak mahu kelak ditimpa duka seperti dulu. Cukuplah, serik rasanya.

Akan tetapi, bekerja di sini di persekitaran ini, aku cepat rasa tension yang bukan sedikit. Entahlah, aku tak perlu mengeluh kerana masing-masing disini dibebani kerja yang tertanggung di bahu masing-masing. Aku tak tahu berapa lama masa aku perlukan untuk aku suaikan diri disini. Sedangkan aku dah pun 8 bulan berada di sini. Nak kata lama tak juga, kira baru lagi la.

Sepatutnya, aku tak perlu ambil masa begitu lama untuk mempelajari segalanya ilmu yang ada di sini. Tetapi, ketidak-profesional-an mereka menjadikan aku seolah-olah pendatang haram. Belum lagi pandangan jelik pengguna-pengguna sistem dan selainnya. Itu semua membuatkan aku di dalam serba salah sepanjang masa sehinggakan kerja aku tidak dapat siapkan sempurna dan tidak menepati masa. Aduh, sedih betul rasanya.

Bagaimana harus aku bantu mereka untuk maju? Sedarkah mereka apa yang kami lakukan untuk membantu mereka melancarkan serta memudahkan perjalanan kerja mereka? Tidak tahukah mereka betapa susahnya kami mendapatkan maklum balas dari mereka, selain dipandang seperti entah-apa-apa? Rasa maruah aku ditapak kaki mereka aje.

Entahlah, aku tak tahu berapa lama aku boleh bertahan di sini. Atau perlu saja aku pergi?

Isnin, 14 Jun 2004

Berhenti Berharap

aku tak percaya lagi . dengan apa yang kau beri . aku terdampar di sini . tersudut menunggu mati . aku tak percaya lagi . . akan guna matahari . yang dulu mampu terangi . sudut gelap hati ini .

aku berhenti berharap . dan menunggu datang gelap . sampai nanti suatu saat . tak ada cinta kudapat . mengapa ada derita . bila bahagia tercipta . mengapa ada sang hitam . bila putih menyenangkan .

aku pulang... . tanpa dendam . kuterima.. kekalahanku . aku pulang... . tanpa dendam . kusalurkan.. . kemenanganku .

kau ajarkan aku bahagia . kau ajarkan aku derita . kau tunjukkan aku bahagia . kau tunjukkan aku derita . kau berikan aku bahagia . kau berikan aku derita .

Lagu Tema Siri Identiti Sephia.

Jumaat, 11 Jun 2004

Tukar Layout Lagi dan lagi dan lagi dan lagi..

Tadaaa... :-) :-) :-)
Entah ke-berapa kali sejak aku tahu design web. Dari bodoh-bodoh punya design, sampai la ke simple mungkin. Cantik? tak pernah ada.. Sorry bebeh, aku bukan budak design macam Mukeh, Mie atau Nettbiru yang cukup terkenal dengan ke-kreatif-an. Siapa la aku nih??

Tak tahu la kenapa dengan aku ni. Asyik tukar layout aje. Entah kenapa senang sangat bosan dengan web sendiri. Cepat sangat bosan dengan web aku ni. Rasa macam nak campak-campak dalam sungai Klang aje.

Bila tukar layout, kena la tukar kat semua file yang ada tu. Kan dah kena susahkan diri meng-upload semua file ke server. Halloo.. amyz.. gunalah latest technology. Diorang semua pakai diaryland, danchan, blogspot, blogdrive bla.. bla.. bla.. Ko still nak upload file ke server lagi ke? Kan senang, pakai template aje. Kalo rajin bleh edit kat html kod aje. Buhsan la Amyz..!!

Aku rasa gunakan blogspot, danchan etc.. etc.. etc.. melimitasikan aku untuk berkreatif dan menguji sejauh mana aku boleh berexprementasi dalam kerja-kerja design web. Sekali lagi, aku katakan, aku bukan budak Multimedia. Aku cuma tahu guna frontpage dan dreamweaver untuk merealisasikan web aku ini. Aku masih belajar dan terus belajar kerana minat yang dalam.

Archieve? inilah masalah. Aku tak tahu aku nak buat macam mana dengan arkib aku tu. Aku terpaksa peramkan dulu arkib tu untuk aku fikirkan design yang sesuai untuk paparan. Lagipun sibuk dengan sistem-sistem yang menunggu-nunggu untuk dibangunkan.

Last but not least,

Selamat Pengantin Baru Buat Rudy & Insyirah.
semoga kekal bahagia ke akhirnya..

Rabu, 9 Jun 2004

Jauh di sudut hati

Musim Raja Sehari kawan-kawan ini meresahkan fikiran. Entah. Biarpun tergambar gembira dan bahagia di majlis yang gemilang itu, jauh di sudut hati ini terselit rasa sayu yang bukan sedikit.

Tidak.. bukannya sebab aku belum kahwin lagi or what so ever. Cuma terasa satu kehilangan yang tak wujud. Bagaimana hendak hadapi kenyataan kawan telahpun mendirikan rumahtangga sepertimana menghadapi kakak dan adik mendirikan rumahtangga. Di bahu manakah air mata ini hendak ditumpahkan setiap kali berduka? Kepada siapa hendak berkongsi segala gelak tawa?

Dan aku tidak lagi dapat menenangkan mereka. Tidak lagi dapat menghulurkan bahuku untuk mereka menangis diatasnya. Tidak lagi dapat berkongsi suka dan duka mereka kerana mereka telahpun dipunyai. Berjauh hatikah aku? Cemburukah aku? Tidak.. aku tidak merasakan sedemikian. Cuma aku rasakan kehilangan yang tak wujud.

Menghadiri majlis mereka, menyaksikan akad nikah mereka, selain itu mereka juga jadi saksi berapa banyak air mata yang tumpah waktu itu.

Bukannya tidak gembira. Alangkah gembiranya mendapat berita mereka akan melangsungkan perkahwinan. Alangkah bahagianya mereka dapat hidup bersama orang yang mereka cintai. Pastinya hidup mereka lebih sempurna kerana suami dan isteri saling melengkapi. Alangkah besarnya rahmat perkahwinan. Betapa Allah sayangkan hambaNya dan mengurniakan perkahwinan kepada kita sebagai rahmat dari Nya.

Seharusnya aku sedar, masa berlalu begitu cepat ibarat seperti bilah-bilah pedang memotongku, tanpa aku sedia untuk menghadapi.

Tahniah kawan. Walaupun kita tak dapat mengulangi tengok wayang atau membeli belah bersama, berkongsi lipstik atau bedak dan minyak wangi lagi. Tak apalah kawan, asalkan kau bahagia. Asalkan kau bahagia..

Tukar Layout.
Suram betul web ni. nak tukar layout entah keberapa ribu kali. Dalam proses. Nantikan saja lah ok? ;-)

Jiwang?
Tak adalah. Cuma hati kebelakangan ini sering diusik sendiri. Senang melayan perasaan sendiri mencari bahagia yang entah dimana. Sekiranya kalian terganggu, maafkanlah aku.

Jumaat, 4 Jun 2004

Hoobastank - The Reason

I'm not a perfect person. As many things I wish I didn't do. But I continue learning. I never meant to do those things to you. And so I have to say before I go. That I just want you to know

I've found a reason for me. To change who I used to be. A reason to start over new. and the reason is you

I'm sorry that I hurt you. It's something I must live with everyday. And all the pain I put you through. I wish that I could take it all away. And be the one who catches all your tears. Thats why i need you to hear

I've found a resaon for me. To change who I used to be. A reason to start over new. and the reason is You

I'm not a perfect person. I never meant to do those things to you. And so I have to say before I go. That I just want you to know.

I've found a reason for me. To change who I used to be. A reason to start over new. and the reason is you

I've found a reason to show. A side of me you didn't know. A reason for all that I do. And the reason is you.

Khamis, 3 Jun 2004

Break-Up To Make-Up.

Sepertimana nyanyian Chigago dalam lagu 'Hard To Say I'm Sorry' baitnya pertamanya menyebut, "Every lover need a holiday, far away from each other", Mungkin betul kata mereka, adakalanya a lover perlukan "rehat" untuk memberi peluang pada diri masing-masing menilai diri masing-masing dengan fikiran yang waras.

Selalunya kita sentiasa tak mahu kalah bila berbalah. Kita mahu dia yang mengalah dan meminta maaf pada kita. Walau benar dia bersalah, tetapi selalunya kita tidak memberi peluang padanya untuk menjelaskan keadaan sebenar. Pabila kita tahu kita salah, kita tidak juga beralah, dan menyatakan salah kita berpunca dari dia. Adilkah kita?

Jika hubungan anda dilanda perbalahan tanpa henti, aku nasihatkan anda berdua mengambil "cuti" jauh dari pasangan anda. Atau "bercuti" dari berjumpa buat sementara waktu. Berikan masa pada diri masing-masing agar kalian dapat menilai segalanya yang baik dan buruk, betul dan salah diri masing-masing dengan fikiran yang waras dan tidak emosional.

Bagi aku, ruang sementara waktu untuk bersendirian amat perlu untuk diri sendiri. Bagi memikirkan yang terbaik untuk diri sendiri. Dan memilih yang terbaik untuk kebahagiaan kita, kebaikan bersama juga kebahagiaannya.

Sesetengah orang, bila kita cakap kita perlukan ruang waktu berfikir, dia akan berfikir kita akan meninggalkan dia lantas menjadi orang yang agresif dan emosi. Kita perlu jelaskan pada dia, yang kita perlukan waktu break-up to make-up. Bukan untuk berpisah selamanya, cuma untuk tenangkan segala ribut taufan yang melanda hubungan anda berdua.

Fikirkanlah terbaik untuk hubungan anda berdua. Tiada siapa meminta untuk jatuh cinta, apatah lagi untuk putus cinta. Kerana cinta datang tanpa kita jemput dan pergi tanpa kita rela.

Rabu, 26 Mei 2004

Dedicate to Fara & Fitri With Lots Of Love.

Dua orang best friend aku akan melangkah ke alam rumahtangga dalam masa 2 minggu ini. Fitri mendahului pada 30hb Mei ini, dan Fara akan melangsungkan majlisnya pada 5hb Jun. Kedua-duanya sangat berharap aku dapat menghadiri majlis perkahwinan mereka. Aku akan hadir, demi mereka kawan yang sangat baik -Insya Allah.

Ah.. dewasa sudah mereka ini yang selama ini bersama aku dengan perangai keanak-anakan, kini akan bergelar isteri tak berapa lama lagi. Tiada apa perlu aku katakan selain dari bersyukur dan berdoa demi kebahagiaan mereka. Semoga kekal ke akhirnya. Insya Allah.

Fara, kawan baik dari form 1 lagi. Sama-sama pustakawan yang suka buat havoc dalam library. Tapi berpindah ke Teknik KL waktu form 4 dan sambung belajar di utara Malaysia bila tamat SPM. Bercita-cita menjadi seorang akauntan berjaya dan sekarang sedang mencari pengalaman bekerja sebelum dapat menjadi seorang akauntan. Alhamdulillah, murah rezeki kawan aku ni.

Fitri, kawan sekelas waktu form 4 & form 5. Tetapi mulai rapat setelah kami menjadi course-mate di kolej LGTT, itupun setelah berada di semester 3. Dia seorang kawan yang baik. Menegur kesalahan aku dengan berani dan menerima pandangan aku dengan tenang. Kami memang banyak berselisih pendapat. Still kami boleh menerimanya dengan baik. Setelah konvocation, dia pulang ke kampung halaman which is terletak di Tioman memandangkan dia tidak dapat sebarang pekerjaan di KL. Dia mendapat tawaran menjadi guru sandaran di sana. Sekarang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat degree dalam bidang pendidikan. Alhamdulillah, moga-moga dapat menjadi seorang pendidik yang baik.

Semuanya sudah punya haluan sendiri. Walau tidak sama jalan, harap langkah kami sentiasa seiring. Aku toleh kiri dan kanan, aku tetap tahu aku ada mereka dan mereka ada aku. Sampai bila-bila.. Selamat berbahagia kawan. Semoga persahabatan ini erat sehingga akhir waktu nanti. Insya Allah.

Sabtu, 22 Mei 2004

Kem Lambaian Danau Yang Melambai-lambai

Spyz & TokR tulis cerita KLD panjang betul. Buatkan rindu yang pudar pada KLD membara kembali, tambah-tambah bila menonton video-video keluaran TokR dan WkDin Production. Tengah tunggu video keluaran Mie Production.

Hati aku sebenarnya berkecamuk sepanjang minggu ini. Gara-gara beberapa masalah yang membuatkan mood gembira di KLD bertukar menjadi emotional sepanjang hari. Aku sedapkan hati yang tawar dengan garam-garam memori rakaman kawan-kawan sepanjang KLD. Terima kasih kawan atas segala penawar yang kau berikan.

Entri Kak G buat aku benar-benar terharu. Begitu juga dengan entri Kak Nett, HanyaSayang dan Fina. Mereka menulis dari hati yang tulus. Hati yang ikhlas. Alangkah terharunya aku atas keikhlasan mereka.

Aku tak punya kawan-kawan sebaik kawan-kawan aku di sini. Di Geng Jurnal ini. Aku tak pernah lupa pada kemesraan dalam Geng Jurnal ini walau pertama kali berjumpa. Masih teringat rasa teruja waktu menemui idola Geng Jurnal seperti TokR, Rudy, Kak Nett dan Mat Jan buat kali pertamanya. Tak pernah hilang hormat dalam diri ini pada mereka yang mula-mula menerajui.

Tak pernah lupa pada mereka yang pertama kali berjumpa dan berkata "Eh, Ini amyz ke?" aduh, tersipu-sipu rasanya. Terasa-rasa lagi pelukan mesra mereka bila tiba waktu berpisah. Kasih sayang bercambah dalam hati ini. Mekar seperti bunga kembang pagi.

Di Kem Lambaian Danau ini berjaya mengingat tali kemesraan silaturrahim antara kita yang berbumbungkan nama Geng Jurnal. Buanglah ego, buangkan rasa hebat dalam diri, kerana kita semua sama iaitu penulis blog @ jurnal. Projek Basah telahpun berjaya. Bergembiralah anda sebagai peserta bertuah dapat menghadirkan diri di sini, di Kem Lambaian Danau ini.

Aku tak perlu menanti KLD II, cuma menunggu projek apa lagi yang bakal TokR lancarkan tak berapa lama lagi. Dari sehingga itu, aku masih di sini bersama kau di alam maya ini, membaca pengalaman, pandangan yang kau tempuhi selagi kau menulis dan berbumbung di bawah nama Geng Jurnal ini.

Sila-silakanlah ke Gallery aku. Segala aktiviti aku bersama Geng Jurnal ada disitu. Kau akan tahu mengapa aku begitu sayangkan Geng Jurnal ini.

Rabu, 19 Mei 2004

Emo. Emo

Aku bukan kawan yang baik. Aku selalu sakitkan hati kawan-kawan. Aku selalu tak pedulikan kepentingan kawan-kawan. Aku selalu buat kawan-kawan terasa hati dengan aku.

Aku tak pernah dapat gembirakan hati kawan-kawan. Aku tak cuba nak memuaskan hati kawan-kawan. Aku tak dapat jadi sahabat yang baik. Aku tak dapat be there for them everytime they needed me.

Aku pentingkan diri sendiri. Pentingkan kerja. Pentingkan orang lain. Tak pentingkan kawan-kawan. Tak pentingkan orang yang aku mengaku sebagai sahabat.

Aku bukan sahabat yang baik. Menyukarkan sahabat untuk mengharap sesuatu terhadap aku. Aku selalu tak dapat memenuhi permintaan dan pertolongan mereka. Memang, entah jenis apa sahabat aku ini?

Aku bukan kawan yang baik. Dan aku tak kan dapat jadi kawan yang baik sampai bila-bila. Maafkan aku.

Isnin, 17 Mei 2004

Gumbiranya

Banyak perkara yang menyeronokkan aku sepanjang bulan Mei ini. Awal Mei, mak dan ayah ke Terengganu dan membelikan aku 2 pasang baju dan sehelai blaus yang sangat cantik.

Mendapat berita tentang adik ipar aku yang sudahpun hamil. Alhamdulillah, semoga murah rezekinya. Begitu juga dengan berita kehamilan kak Ana yang berkahwin pada Disember tahun lalu.

Pergi PD, 2 minggu lepas menghadiri family day IUCTT - tempat kerja lama. Berjumpa semula kawan-kawan dan bergembira di sana. Bila berjumpa kawan-kawan lama, tentu banyak perkara dibual, diupdate dan diumpatkan. hahaha..

Minggu lepas aku dapat berita, kak long nak mengambil anak angkat. Cerita ini antara sedih dan gembira. Our family really hope kak long and kak ngah can get their own child, but bak kata org, rezeki masih tak ada. Bila aku terdengar kak long dapat seorang anak angkat, serta merta aku gembira dan sedih. Gembira kerana dia dapat seorang anak untuk dicurahkan kasih sayang seorang ibu kepada anak itu. Sedih kerana anak itu bukan dari rahimnya. Betapa agungnya kuasa Allah. Dia berikan rezeki dengan cara berbeza. Semoga kehadiran anak itu memberi rahmat kepada kak long, suami dan kami sekeluarga. Insya Allah.

Dan 15 dan 16 mei aku ke Kem Kak G yang superb! Setelah lama aku tinggalkan khemah, lumpur dan kotor akibat aktiviti perkhemahan, kini aku ke sana semula. Aku benar-benar seronok, walaupun Spyz cakap jangan suka-suka sangat. Dari aktiviti berkayak, flying fox, berbasikal dan berendam dalam tasik suam-suam kuku, aktiviti yang paling aku suka, War Game yang kena berendam dalam lumpur. Memang mencabar dan seronok. Aku tak sangka aku dapat more di KLD, selain beraktiviti aku dapat kenal muka-muka baru. Walau baru pertama kali berjumpa, tetapi tetap mesra.

Pada mula aku agak berbelah-bahagi untuk mengikuti program ini, itu sebabnya aku hanya mendiamkan diri sekiranya ditanya. Aku telah menanda reminder di diary dan calendar bila ke KLD. Ada sedikit masalah dan konflik diri. Walaubagaimanapun aku kuatkan tekad untuk menghadiri ke Projek Basah ini. Aku tahu aku tak kan kecewa dengan segala plan geng jurnal. Dan ianya terbukti tidak mengecewakan aku. Aku tahu I can get more with them, with geng jurnal.

Msg dalam sampul surat korang sepanjang KLD without tandatangan adalah daripada aku.

Segala aktiviti aku ada di sini :--> KLD 15 -16 Mei 04.

Jumaat, 14 Mei 2004

KLD, Here I Come

Esok pergi KLD, Melaka. Mesti seronok. Harap-harap dapat banyak manfaat dari aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Dah lama tak gi berkhemah, dan ikuti aktiviti² macam flying fox, kayak dll. Last time aku berkhemah masa aku form 4. Lama tu.. Harap-harap, lepas ni aku dapat rajinkan diri untuk mengikuti aktiviti yang mencabar seperti ini lagi.

Aktiviti-aktiviti macam ni memang seronok. Mencabar fizikal dan mental pada aku yang suka cabaran sebegini. Menunjukkan aku seorang yang tahan lasak. erk.. macam iklan bateri ajek.

Kerana sepanjang Mei ni, memang aku dihambat timbunan kerja. Tidaklah aku kisahkan sangat tentang kerja. Itu memang tanggungjawab aku. Tension juga rasa. Walau banyak-banyak kerja pun, aku still dapat ikuti aktiviti² yang boleh release tension. Macam last week aku pergi PD. Minggu ni nak pergi KLD. Hujung bulan nak pergi Pahang. Seronok bila hidup ada macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan bersama kawan-kawan biarpun sekadar menghadiri majlis kenduri kahwin. Macam kawan aku selalu cakap get a life ok?

Isnin, 10 Mei 2004

You're My Everything

Na na na na ... - You're my everything - The sun that shines above you makes the blue bird sing - The stars that twinkle way up in the sky - Tell me I'm in love

When I kiss your lips - I feel the rolling thunder to my finger tips - And all the while my head in a spin - Deep with in I'm in love

You're my everything and nothing - Really matters but the love you bring - You're my everything - To see you in the morning with those big brown eyes - You're my everything - Forever and the day - I need you close to me - You're my everything - You never have to worry never fear - For I am near..

You're my everything - I live upon the land and see the sky above - I'll swim within oceans sweet and warm - There's no storm my love

You're my everything and nothing - Really matters but the love you bring - You're my everything - To see you in the morning with those big brown eyes - You're my everything - Forever and the day - I need you close to me - You're my everything - You never have to worry never fear - For I am near

When I hold you tight - there's nothing that can harm you in the lonely night - I'll come to you and keep you safe and warm - Yes, so strong my love

when I kiss your lips - I feel the rolling thunder to my finger tips - And all the while my head in a spin - Deep with in I'm in love

Khamis, 6 Mei 2004

Si Chubby

Aku sebati dengan gelaran, si kurus ataupun si tulang. Paling sedih sekali, si tiang. Siapa lagi yang menggelarkan aku sedemikian kalau bukan adik dan abang-abang ipar aku. Di kalangan kawan-kawan pula, hmm.. tak terkira ramainya bercakap tentang betapa kurangnya berat badan aku nih.

Semuanya salah aku juga. Biarkan emosi mengawal fikiran, dan yang aku selalu lakukan ialah tidak makan atau dalam erti kata lain, mogok lapar. Penyakit yang aku biarkan memamah diri aku bertahun lamanya. Entahlah.. aku tak pernah berusaha melawannya. Bila sedih, hati terusik, selera makan terus mati. Jika ku paksa sekeping roti pun masuk ke dalam perutku, ia akan dimuntahkan semula.

Dulu di IUCTT, memang aku selalu mengekori kawan-kawan untuk sarapan pagi. Tetapi aku cuma memesan segelas nescafe panas dan kalau aku rasa berselera sikit, aku cuma menjamah seketul karipap. Bila tiba lunch hour, adakalanya aku tidak menjamah sebarang makanan. Hmm.. no wonder lah berat badan aku tak mahu naik-naik!

Lama-kelamaan, aku cuba melawan rasa hati dan emosi yang membuatkan tubuhku kekurangan khasiat dan nikmat makan yang selama ini aku abaikan. Buat apa aku menyiksa badan, sedang di Malaysia ini mempunyai ratusan hidangan yang enak-enak? Baru aku kenal erti nikmat hidup sebenar iaitu makan..

Sejak mula bekerja di Pusat Bandar Damansara ini, aku sering diheret oleh office-mate untuk menikmati sarapan pagi which is, aku abaikan sejak sekolah menengah lagi. Seawal 8:30am, aku dihidangkan sarapan seperti nasi lemak, roti canai ataupun meggi goreng bersama segelas nescafe panas setiap hari. Ya, setiap pagi. Itu baru sarapan. Lunch pula setiap hari bertukar menu seperti nasi campur, KFC, McD ataupun sizzling mee. Tanpa perlu memandu untuk keluar lunch seperti di IUCTT dulu.

Kebelakangan ini, aku sedar sesuatu bila baju kebaya yang dipakai terasa ketat dan muka cengkung dah jadi bulat. Tambah-tambah ada seorang kawan menegur, dulu pinggang amy macam kerengga. Sekarang ni nampak straight sikit aje.. gulps!! dah chubby ke aku?? Eh, best juga kalau chubby sikit kan? Mesti nampak comel sikit..

Jumaat, 30 April 2004

Cuba Senyum

Selamat Hari Pekerja.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Banyak² berselawat ke atas Baginda.

Entah bagaimana, luka lama itu berdarah kembali. Dan aku rasa aku perlu bangun tanpa menoleh lagi. Biarkan segalanya dihapus seperti debu.

Khamis, 29 April 2004

Cerita-Cerita Lama

Dah siap semua archieve yang lama-lama. Dah letak dalam folder da_amyz, dari tahun 2001 hingga 2004 ini. Baru 3 tahun dah rasa macam bertahun-tahun. Dan pelbagai suka-duka yang aku tempuhi bersama atau seorang diri.

Pengalaman ini sesuatu yang sangat berharga. Tak semua orang dapat merasainya. Jika kita masih hidup sehingga saat ini, maka bersyukurlah kita berjaya mengatasi segala dugaan yang datang untuk menguji ketabahan kita, terutama keimanan kita.

Adakala kita rasa perit menjalani hari-hari yang sukar, tapi percayalah ia akan segera berakhir. Tak selamanya hari itu mendung. Dan beringatlah waktu gembira, kerana akan terjadinya mendung di kala kecerahan mentari hari.

Kini, menjalani hidup sekarang dan melalui hari ini, aku tahu mungkin perjalanan aku panjang atau singkat, aku tetap percaya, di satu hari nanti ada bahagia menanti aku di sana. :-)

Isnin, 19 April 2004

Si Kancil Biru

Since kerja di sini, aku tidak lagi memandu kancil biru kesayangan aku. Dengan alasan tak berapa kukuh, parking mahal dan jalan jammed. Aku fikir senang untuk naik bas balik kerja memandangkan pergi kerja, ayah dengan rajinnya menghantar aku ke sini. Ada juga sekali sekala aku bawa kereta bila ayah out-station. Dua hari bawa kereta aku rasa cukuplah. Merugikan RM10 untuk parking saja.

Waktu bekerja di LGTT dulu, pergi dan balik kerja naik bas pun aku tidak berapa hirau sangat. Malah aku suka naik bas turun bas waktu dulu. Biar aku tertidur-tidur dalam bas, ataupun pukul 9 malam baru aku sampai di rumah, aku tidak rasa gusar atau lelah.

Tetapi KL bukan seperti dulu. Sekarang semakin sesak dengan himpitan manusia dan kenderaan. Buat aku rasa taubat untuk memilih bas sebagai pengangkutan utama aku ke tempat kerja since ayah aku out-station sepanjang minggu lepas. Penatnya dengan sesaknya, Tuhan saja yang tahu.

Kenapa tak bawa kancil biru tu, Amyz? hehehe.. road tax mati la encik. Nak renew road tax kena renew insurans sekali. Insurans kena bayar full balik memandangkan tahun lepas aku telah memusnahkan persent pengurangan gara-gara kemalangan dengan sebuah motorsikal. Maka tersadailah kancil biru di garaj sejak road-tax mati.

Memandangkan adakalanya aku punya urusan selepas waktu pejabat, aku kira dalam bulan depan, aku mahu kembali memandu kancil biru ke office. Aku tak daya lagi nak menumpang kenderaan kawan-kawan atau motor kak nett, mengharapkan mereka menghantar aku pulang ke rumah setelah selesai urusan.

Lagipun parking di bawah blok PBD ni cuma RM75 sebulan. Aku cuma boleh claim RM30 sahaja. RM45 untuk sebulan parking, aku rasa cukup murah. Mana ada parking di KL ni RM1.50 sehari?

Aku tak suka menyusahkan orang sebenarnya. Aku ada kereta sendiri yang aku bayar setiap bulan. Aku rasa terseksa bila kancil biru tidak dapat berkhidmat untuk aku. Mesti si kancil biru rasa sedih kerana tidak dapat berjalan-jalan seperti dulu. Dah lama dia duduk dalam garaj. Mesti dia rasa bosan. Kesian si kancil biru..

Sabar ye Kancil Biru. Insya Allah dalam minggu atau bulan ini, aku segera menyelesaikan masalah road tax dan insurans ini ye? Next month, kau akan berkhidmat untuk aku. Aku harap aku dapat jaga kau baik-baik dan kau jaga aku baik-baik ok? Sayang Kancil Biru!!

Jumaat, 16 April 2004

My Best Friend's Wedding.

Antara ramai-ramai kawan aku, aku sangat seronok jika berada dikalangan kawan-kawan sekolej yang satu 'course' dengan aku. Iaitu kawan-kawan bersama aku selama 3 tahun belajar di LGTT.

Mereka inilah yang tahu segala cerita tentang aku. Melihat aku growing up from a girl to be a lady. Dari betapa 'nerd'nya aku, sehingga jadi seperti sekarang. Biarpun mereka tidak lagi bersama aku sekarang, sejak habis waktu kolej, tapi kami still keep in touch.

di LGTT, di kelas DDC batch 98, aku ada Kak Ana, Zirah, Ren dan Fitri. Dikelilingi dengan kawan-kawan lelaki yang handsome dan baik hati, Razen, Faizal, Fendi, Rizal, Risma dan kawan-kawan satu kelas yang semuanya baik hati, peramah, tak pernah kedekut ilmu dan saling membantu.

Tamat belajar, masing-masing mengorak hala-tuju sendiri. Kak Ana pulang ke Kelang. Zirah ke Seremban, Ren ke Melaka dan Fitri ke Tioman. Tinggal aku dan KL ini. Di awal 'kehilangan' mereka ini buat aku buntu sebenarnya. Jadikan aku tidak lagi kuat dan bergantung penuh kepada seseorang. Aku keseorangan di KL ini sebenarnya.

Hari-hari berlalu, buat aku sedar. Mereka cuma muncul selama 3 tahun dalam hidup aku. Mencipta kenangan indah bersama aku. Kemudian membawa diri masing-masing, cuma bersambung atas nama persahabatan. Muncul kawan-kawan baru, mencipta kenangan baru and so on.. putaran hidup yang berlaku.

Mereka sudah mencipta hidup sempurna. Zirah berkahwin pada 23 Aug '03, diikuti oleh Kak Ana pada 22 Dec '03. Akan datang pula, Fitri pada bulan May ini. Tinggal Ren bakal menyusul. aku? usah kau tanya.

Aku kehilangan mereka.. mereka yang aku sayangi. Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal ke akhir waktu. Tahniah aku buat semua. Semoga berbahagia.

Khamis, 1 April 2004

Yang nampak indah waktu bercinta~

1 - hari² nak jumpa jumpa. Sehari tak jumpa, macam seabad terasa.

2 - hari² call walaupun petang tu dah jumpa.

3 - hari² dapat bunga sampai hati pun berbunga².

4 - caring nye kemain lagi. Setiap jam tipon tanya tengah buat ape tu.

5 - cakap sket ngan lelaki lain, muncung dia bleh sangkut baju.

6 - kalo time merajuk, memacam cara dia try pujuk. Beli coklat, beli bunga.. Bla.. Bla..

7 - nak ke mana cakap saja, dia rela hantarkan.

8 - nak makan ape? Makanlah. Nak beli apa? Belilah. Nak apa? Cakap saje lah. Sanggup dia tunaikan.

9 - hari² cakap i love you, i miss you. Romantik nyerr..

10 - segalanya indah je. Kita pakai baju terbalik pon lawa..

Selalunya, kita berpeluang merasakan saat-saat indah ini hanya dalam 6 bulan sehingga satu tahun perhubungan. Lepas tu, huh! Jangan harap lerr.. Ahaks! Tapi tak semua sebenarnya. Kalau ada 5 atau lebih ciri-ciri diatas terdapat pada teman lelaki anda, maka bersedialah untuk menerima dia menunjukkan dirinya yang sebenar setelah dia benar-benar pasti anda benar-benar menyintai dia. ;-)

Rabu, 31 Mac 2004

Nak Cepat Kaya

Marah betul dapat email banyak-banyak pasal main kutu kat internet la, cari downline la, nak duit banyak la. Itu la. Ini la. Hii.. Nyemak inbox aje..

Bukan nak boycott atau pun apa. Aku pun join mlm gak. Tapi tak de lah sampai desperate nak cari downline sampai macam tu sekali. Tak kisah sebenarnya. Suka hati la. Tapi sampai hantar email sampai dua-tiga kali sehari. Sakit juga hati tengok. Delete tu memang kerja senang. Tapi kalau dah berkali-kali kena delete email-email macam ni sampai 5 kali sehari. Haii.. Macam takde kerja lain ke, amyz?? Mendelete email aje??

Jangan terlalu taksub tentang duit. Nak senang bukannya senang. Aku tahu yg korang buat itu part of berusaha juga. Lepas tu tawakal. Jangan send lagi email tu kat orang yang sama. Naik menyampah adalah. Bukannya berminat. Aku tengok² balik, kelakar pun ada. Memacam orang sekarang buat semata-mata kerana duit.

Duit tu memang penting. Tapi jangan jadi hamba duit. Memang tak kan cukup, walau berapa juta pon gaji ko. Pepandai lah cari duit lebih dengan jalan yang halal. Buat kerja part-time pun okey ape. Asalkan tak mintak duit kat orang lain. Itu bagi pendapat aku lah.

Bagi aku, kegiatan macam ni, meminta duit kat orang, masuk dalam akaun kita, orang down line kita, minta duit kat orang lain masuk dalam akaun dia - berisiko. Sebab pasal duit lah, adik beradik boleh gaduh. Kawan-kawan boleh berbunuh. Saudara - mara boleh bermusuh. Walaupun sikit, tapi duit juga kan?

Tak berani aku nak risk kan diri aku dengan benda-benda macam ni. Baik aku pi saving kat asb ke, insurans ke, ape ke, asalkan duit aku selamat disitu. Tak ape lah tak kaya pun. Bersyukur saja dengan apa yang ada. Kalau ada rezeki lebih mcm dapat durian runtuh ke, bonus ke, gaji naik ke, alhamdulillah.. :-) kalau takde duit sok², pepandailah cari jalan nak hidup.. Banyak peluang dalam bumi tuhan ini, cuma pandailah kita mencari.

Selamat berjaya kepada semua orang yang nak kaya, termasuk aku juga.. :-)

Sabtu, 27 Mac 2004

Kerja Si Programmer.

Tukar layout lagi. Archieve tak letak lagi. Kena kumpulkan semua file-file lama yang berada di folder yang bersepah-sepah dalam hard disk ni. Kena kumpulkan dalam satu folder lain. Lepas tu kena edit sikit. Nak buang mana-mana entri yang 'terlampau', including gambar-gambar yang boleh bagi dosa free kat orang lain. Ehehe.. :"> lepas tu baru boleh upload.

Banyak kerja. Tahun ini ada 3-4 sistem kena bangunkan dan 2 daripadanya kena buat peningkatan (upgrade da..). Kena memperkenalkan kebaikan sistem berasakan web kepada semua user termasuk pengurusan peringkat tertinggi di sini.

Kalau boleh, boss nak upgrade semua sistem di sini kepada web-base system. Tidak ada lagi installation di pc user, di mana bagi kami menyusahkan. Kakitangan btm bukannya ramai. Nak serve berapa ramai user kat sini. Entahlah. Ada baik dan ada buruknya. Tapi baik ambil yang terbaik kan? Tapi tak boleh gak nak upgrade semua sistem ke web-base tambah-tambah sistem lotus notes yang berzaman digunakan. Tapi tunggulah apa kata ksu.

Bulan ni dengan sibuk berkursus. Siapkan spesifikasi. Laporan untuk boss dan lawatan ke tempat-tempat pengguna sistem. Bila bangunkan sistem nanti lagi banyak kerja. Agaknya sampai tak tersempat-sempat nak update agaknya. Sekarang pun rasa macam malas nak update sangat.

It's ok. Aku rasa seronok buat kerja macam ni. Tak kisahlah banyak mana pun. Tapi aku still boleh buat, siap bergelak-tawa dengan kawan-kawan lagi tu. Walaupun ada rasa tak puas hati dengan kerenah dan kehendak pengguna. Tapi semua tu cuma minor problem je. Bagi aku masalah besar adalah bila database corrupt which is pernah berlaku. Dan alhamdulillah ada backup data. Kalau tak, mau kena marah dengan user, boss, big boss dan semua orang. Huhuhu..

Jumaat, 26 Mac 2004

Things I Hate About KL

1 - traffic jammed.

2 - rude drivers. Macam dia seorang yang ada kereta. (maybe kereta dia bmw, mercs dll)

3 - bas intrakota, cityliner, putraline even triton yg sepatutnya ada aircon tapi jangan kata aircon, angin pun tak keluar. Dlm erti kata lain, ketuhar bergerak. Waktu orang pergi dan balik pejabat pulak tu. Kalau time lain, sejuk pulak. Isk.. Isk.. Isk..

4 - org² yg berebut² naik bas/lrt, sampai tolak² org lain. Sabar tak reti? Org lain pun nak balik rumah jugak!

5 - parking yang mahal. Lepas tu asyik full aje.

6 - public transport yang susah sgt nak dapat time-time kita in emergency.

7 - taxi driver yg tak mahu ambil penumpang & rude.

8 - jalan yang bertampal-tampal. Kes gali, lepas tu timbus balik tapi tak properly. Budus la..

9 - drive slow di lane tengah. Halloo.. Ini bukan jalan² cari makan keyy..!

10 - take over without signal.

11 - turn right @ left without signal.

12 - bas/lori @ kenderaan besar yang suka himpit-himpit kereta² lain. Ecspecially kancil.

13 - cucuk angin belakang kereta yang slow sikit dari dia.

14 - sengsiang, kalau tak jammed, itu bukan kl - kalau siang tak jammed maknanya hari tu hari raya.

15 -ramai sangat orang kat shopping complex. Nak parking pun susah. Nak shopping lagi susah!

16 - q panjang masa nak bayar bil, kat supermarket apatah lagi kat hypermarket macam carrefour, giant atau makro.

17 - motor slow. Lepas tu bawak kat tengah² lane. Halloo.. Ketepi la sikit bleh tak??

Dan macam-macam lagi. Kalau aku list semua, memang panjang lagi la korang kena scroll down. Pening kepala kalau keluar pergi dan balik kerja. Dulu aman sikit kerja di luar bandar - yang dapat elak melalui jalan ke pusat bandar. Sekarang pergi kerja, kena melalui jalan ke arah pusat bandar, bayangkan betapa seksanya. Ingat duduk kat kl ni best ke? Aku lagi nak pindah dari sini kl ni. Cukuplah 24 tahun duduk di kl nih.

Rabu, 24 Mac 2004

Nak Jugak! Nak Jugak!

Aku nak paste lagu jugak. Aku tak kira. Walaupun ada orang marah, aku nak paste gak lagu nih. Aku tak kira.. Aku tak kiraa... Aku nak gak paste lagu nih!!

Tapi oleh sebab aku dah janji ngan dia. Dan dia dah 'cop' dulu lagu tu untuk dia paste dalam jenel dia. Terpaksalah aku cari lagu lain untuk aku paste kat sini.

Sebab aku tak de idea lagi nih. Hari ni aku asyik dengar lagu je. Lagu lama sampai la lagu baru. Semuanya aku dengar. Sambil aku buat kerja sikit-sikit nih.

Tapi ni la lagu yang aku asyik dok ulang-ulang dari pagi tadik sampai la sekarang ni, yang dekat balik nih.

Perhaps - doris day.

You won't admit you love me. - and so how am i ever to know? - you only tell me - perhaps, perhaps, perhaps.

A million times i ask you, - and then i ask you over again. - but then you only answer - perhaps, perhaps, perhaps.

If you can't make your mind up, - we'll never get started. - and i don't wanna wind up - being parted, broken - hearted.

So if you really love me, - say yes. - but if you don't, dear, confess. - and please don't tell me - perhaps, perhaps, perhaps.

If you can't make your mind up, - we'll never get started. - and i don't wanna wind up - being parted, broken - hearted.

So if you really love me, - say yes. - but if you don't, dear, confess. - and please don't tell me - perhaps, perhaps, perhaps, - perhaps, perhaps, perhaps, - perhaps, perhaps, perhaps.

Isnin, 22 Mac 2004

Lemparkan Jauh-Jauh.

Entah bagaimana harus aku terangkan pada mereka agar memahami. Terlalu sukar nak luahkan segalanya. :-(

Bagi aku, segalanya telah aku lakukan demi menjaga hati mereka. Cuma mereka gagal untuk memahami apa yang aku alami, walau sekadar untuk mengerti. Bukan aku nak menagih simpati.

Ingat nak lari dari sini. Pergi jauh-jauh, biar tak seorang pun mencari. Biar duduk sendiri. Membina keyakinan diri. Lemparkan rasa useless ni jauh-jauh.

Jarang sekali aku rasa diri aku ini ada seseorang yang benar-benar mengambil tahu. Ada barangkali. Tapi aku tak dapat mengetahui. Bukannya nak semua orang ambil berat tentang aku. Nanti takut rimas pulak. Cuma, bila aku perlukan seseorang waktu begini-begini, orang itu tetiba invisible. :-(

Dah aku set dalam mind ni, jangan kenang kisah yang dah lepas. Jangan simpan dendam. Jangan benci-benci kat orang. Jangan mengungkit. Cuba ikhlaskan hati dan lain-lain lagi agar ada semangat nak menghadapi hari.

Tapi bila ada orang cakap macam tu macam ni kat aku. Buatkan aku rasa useless nye aku ni kat semua orang. Rasa useless tu mengatasi keyakinan yang aku bina berhari-hari yang lepas.

Walau aku buleh cakap kat orang tu, bukan ko yang bagi aku makan selama ini. Tapi apa yang dia cakap tu dah jadi macam pisau yang guris hati aku ni. Bukan nya sekali dua, dah berkali-kali. Jadi, macam mana aku betul-betul nak jauhkan rasa useless nih?

Tak ape lah. Selagi aku mampu, aku kuatkan juga diri aku ni menempuh hari yang akan datang..

Cerita Lama Amyz