Selasa, 30 Disember 2003

Dekat-Dekat Tahun Baru

Selamat menyambut tahun baru 2004. Apa azam anda?

Alhamdullah. Dalam tahun 2003 ini, banyak kenangan manis yang aku kecapi. Banyak pengajaran yang aku dapati. Semoga menjadi teladan yang berguna buat aku. Segalanya menjadikan aku lebih bersemangat menghadapi hari-hari yang mendatang.

Maafkan segala kesalahan yang pernah aku lakukan. Sempena tahun baru ni, aku juga mahu jadi orang yang baru. Bukan macam dulu. Segala kenangan pahit kau bersama aku, harap lupakan. Jangan sandarkan pada kenangan. Kita start with fresh and sincere relationship. Boleh? ;-)

Esok cuti!!!

Isnin, 29 Disember 2003

3 Cerita

Sarat dengan tekanan.
Persekitaran ini benar-benar buat aku tertekan. Tertekan sangat. Kerja sebeban terpikul. Itu memang dah menjadi tanggungjawab. Tidak perlu dipertikaikan lagi. Sikap sesetengah orang juga menjadikan aku tertekan. Aku rasa sangat tertekan dan... Useless!!

Tahun baru.
Ambil cuti. Rabu dan jumaat. New year di melaka. Jumpa lagi di tahun 2004 nanti. Mahu memastikan segalanya serba baru. Cuti ini mahu restkan badan, defragkan minda, bersihkan hati dan jiwa, agar dapat aku mulakan tahun baru dengan semangat yang baru.

Gathering geng jurnal ke3 - 17 januari 2004
Semoga segala yang kami rancangkan menjadi kenyataan. Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga dapat memuaskan hati semua pihak. Semoga kali ini menjadi peristiwa berharga dalam lipatan sejarah anda. Hadirlah untuk menjadikan diri anda sebahagian dari geng jurnal. :-)

Selasa, 23 Disember 2003

Kerja Gila

Ahad - 21/12. X-classmate sekolah menengah kahwin. Kira kawan rapat juga. Masa dia tunang pun aku ada datang. Dekat cheras juga. Aku pergi rumah dia hantar hadiah. Dia bersanding kat dewan. Ingat lepas hantar hadiah nak pergi sunway, cousin aku kahwin. Sampai rumah pengantin, aku terus disuruh jadi pengapit. Ah... Sudah. Tak pernah-pernah jadi pengapit nak jadi pengapit? Kerja gila lah! Mula aku menolak, tapi melihat air muka kawan aku mengharap, aku takut nak hampakan. Lagipun sekali seumur hidup. Tergesa-gesalah aku tukar baju sedondon warna dengan pengapit pengantin lelaki. Tepat pukul 1:30, pengantin di arak. Apit dia, payungkan dia. Lap peluh. Betulkan baju. Kipas lagi. Dah le berdiri. Kena senyum dan bagi bunga telur kat tetamu tepung tawar pengantin. Dah la pakai kasut tinggi. Kena senyum masa cameraman ambil gambar lagi. Temankan makan beradat lagi. Adeh, letih! Tapi seronok juga dapat jumpa kawan-kawan sekolah yang dah lama tak jumpa. Pukul 3:30 baru aku balik rumah, sebab adik aku nak pakai kereta.

Masa minum petang, aku kata kat ayah, nak pergi pwtc, ada pc fair. Nak tengok digital camera. Ayah setuju nak bawa sebab ayah ada kerja kat pwtc - majlis tilawah al-qur an. Mak pun nak ikut, nak tengok pameran ekonomi islam sebab ada pameran jejak rasul. Sampai kat pc fair, ramai sungguh manusia. Tak dapat nak pergi semua tempat. Lagipun budget nak beli digital camera je. Murah jugalah. So, share dengan ayah, dapat lah seketul digital camera. Yang aku berkenan dah habis stock. Lepas tu pergi tengok pameran ekonomi islam, walaupun bersebelahan dengan pc fair, tapi disini lengang je. Pusing-pusing tengok pameran. Ada booth jual makanan, buku, insurans islam. Semua base on ekonomi islam. Bagus sebenarnya.

Pulang bersama mak dan adik bongsu aku selepas makan. Naik lrt je sebab ayah kena kerja, tak dapat hantar balik.

Sampai rumah, kak ngah dah ada dengan abang ipar aku. Ajak pergi tengok lotr. Ha. Ha. Ha. Inilah peluang ditunggu-tunggu. Tiket dah siap book. Tayangan pukul 10:45 malam. Tanpa mengira esok kena kerja, aku follow juga kak ngah gi tengok wayang. Rugi la. Orang belanja pulak tu. Tapi dekat gsc leisure mall la. Pukul 10:15 bertolak dari rumah. Masuk pawagam 10:45, tayangan start pukul 11:10. Puas hati? Lebih dari itu. Dah le beli set popcorn medium dapat air punyalah besar. Akibatnya? Sendiri mau ingatlah. Tahan je la sampai habis show baru cari toilet. Keluar pawagam pukul 2 lebih. Balik rumah. Terus tidur. Hari isnin, bangun pukul 6:45pagi. Ha, rasakan! Merah lagi punch card! Kerja gila!!

Lord Of The Ring. Return Of The King.
Nak cerita tentang lotr ni, mesti dah ramai orang dah tengok. Wat pe nak cerita ye tak? Kalau cerita pun, buat tension member-member yang tak tengok lagi. Lotr ni, aku bagi empat belas bintang, empat belas planet! Sedap hingga menjilat jari! Rasa nak pergi tengok lagi lah! Ehehe.. :-D

Jumaat, 19 Disember 2003

Bila Kena Marah

Menghadapi kemarahan seseorang merupakan perkara yang paling menakutkanku. Sungguh! Amat-amat aku takut menghadapi kemarahan orang. Tambah-tambah kemarahan ayah, mak dan orang yang aku sayangi serta kawan-kawan.

Pernah satu kali aku dimarahi. Memang aku tahu salah aku. Tapi aku tak dapat menerima kemarahan itu. Aku menangis sepanjang malam. Dan aku jadi sangat sensitif. Bukan orang tak boleh marah aku. Cuma aku tak dapat menerima kemarahan orang. Bagi aku marah = benci. Cikgu marah mean cikgu bencikan aku. Kawan marah mean kawan bencikan aku. Aku cukup sukar menerima kemarahan orang.

Aku tahu aku ni jenis orang yang garang. Bukan jenis menyinga tak pasal-pasal. Semua bersebab. Macam marah jugalah. Kalau betul benda tu salah, kalau boleh tegur lah sebaiknya. Itu saja. Boleh kan? Jangan buat aku menangis lagi. :-(

Isnin, 15 Disember 2003

Terima Kasih

Jutaan terima kasih kepada fariz, mat jan, zhouls, insyirah, rudi, pikor, tok rimau, abg mie, nett, pipet, ery, spyz & kak shila, kak ungku & family yang sudi hadir ke open house rumah amyz pada hari sabtu bersamaan dengan 13 dec 2003. Ampun maaf atas segala kekurangan. Terima kasih sekali lagi. Kehadiran anda semua amat bermakna buat saya. :-). Pergi rumah amyz tak sesat - tak macam pergi rumah spyz kan? Kan? Kan? Hahahaa.. Err.. Ada nama tertinggal ke?

Banyak benda kena buat. Banyak perkara kena settle. Tapi biar buat perlahan-lahan. Jangan sampai menyusahkan orang.

Tadi pagi pergi court kat pj. Settlekan saman accident kereta oktober lepas. Settle luar court, dapat la kurang seratus. Alhamdulillah. Ada la sket duit nak save sampai hujung bulan. Ntah mana pegi duit aku pun tak tahu. Banyak belanja benda bukan-bukan. Tu pun habis untuk belanja raya. Duit raya, kuih raya, kasut raya, beg tangan raya, semua raya, tak ada yang tak raya. Takpelah, setahun sekali.

Nak cerita banyak, tapi ada banyak kerja. I wish i could be like mat jan, rudi, tok rimau yang kalau menulis mesti power-power. Aku ni apa ada?

Isnin, 8 Disember 2003

Entahlah..

Salam hari isnin. Hari ini hari jadi ayah aku. Semalam dah belikan kek buah. Sedap sangat. Makan ramai-ramai satu family. Semalam pun ramai juga sedara-mara datang beraya. Bila dah berkumpul ramai-ramai mesti rasa seronok kan? Gitu lah. Ehehe.. :-)

Tadi ambil fail-fail kerja untuk aku kaji sistem-sistem yang ada kat sini. Banyak betul. Sebab each jabatan dan bahagian punya sistem tersendiri. Itupun dah bahagian dan jabatan tu dah dibahagikan kepada 2. Aku jaga 6, yang lain ada sorang lagi ppsm yang sekali masuk kerja dengan aku tu jaga. Dan aku dah ditempatkan di unit penyelenggaraan sistem. Maka bermulalah satu lagi episod 'penjaga sistem' dalam hidup aku.

Sistem bermasalah atau user bermasalah. Ini yang akan aku hadapi. Minta-minta dipermudahkan dan 'temper' aku tak cepat naik bila menghadapi masalah-masalah begini. Di iuctt satu-dua sistem je, tapi kat sini ada banyak. Mahu atau tidak, tugas tu dah terpikul sewaktu pertama kali kaki aku jejakan disini.

Kat iuctt, sampai ada student label aku kakak garang. Hopefully kat sini, aku tak ikut sangat perasaan dan temper aku ni. Insya allah. Aku cuba kawal. Semoga aku dapat menjalankan tugas aku dengan sempurna dan komitmen sekali.

Entah kenapa.. Dua-tiga menjak ni rasa macam gelisah sangat-sangat. Nak tidur malam bukan main susah lagi. Selalu masuk tidur pukul 10:00 mlm, tapi dapat melelapkan mata hanya bila jam menunjuk ke angka 12. Besoknya tu, alamatnya mengantuk kat opis la. Tak tau la. Bukan ada masalah besar pun. Entah apa benda yang berserabut dalam fikiran pun aku tak tahu. Rasa macam nak makan pil tidur je. Tapi tak elok sangat ambil ubat ni. Bukan semua ubat menyembuhkan. Takpe la. Biar dulu. Harap-harap tak ganggu kerja.

Ada sesuatu yang tak menyeronokkan sangat sebenarnya. Tapi tak pelah. Moga-moga urusan aku dipermudahkan. :-(

Khamis, 4 Disember 2003

Tentang Jodoh

Kadangkala perkataan hanya merunsingkan sahaja kelu tak berbahasa. Hanya lilin hidupku menyala dan mengapa berkali ku biarkannya datang dan pergi semula semakin lama...

Kahwin.. Kahwin.. Kahwin.. Merata-rata aku dapat jemputan kahwin. Oohoo.. Alhamdulillah. Selamat pun korang naik pelamin. Moga-moga berkekalan sehingga ke anak cucu cicit ke akhir hayat. Mula 6hb ni rumah jigo, 13hb member itc aku, 14hb member mdc, 20hb member kolej, 21hb pun member kolej, member sekolah sekali dengan seorang sepupu aku. Ha, 3 tempat sekali. Mana satu nak pergi pun aku tak tau. Bukan badan aku buleh bahagi 3. Adeh.. Kopak gak la nak beli hadiah. Ehehe.. Kalau tak beli tak bleh ker? Ehehe.. Segan pulak kalau datang tak bagi apa-apa kan? Kan?

Insya allah, kalau tak ada aral melintang beserta umur yang panjang, aku akan cuba menghadirkan diri di kenduri-kenduri kahwin member-member aku nih. Aku cuba la. Kalau aku tak dapat nak datang tu, aku minta maaf banyak-banyak ye?

Peh ni mesti kena tanya satu soklan maut punya.. "giliran kau bila lagik?" ahaha.. Dah naik masak dengar soklan nih! Adeh!! Tak tau nak jawab apa dah. Insya allah, kalau umur panjang. Jodoh ada, dan diizinkan allah, aku kahwin gak la nanti. Tunggu saja kad jemputannya. Ahahaha.. Plan kahwin dah ada, tapi calon dia tak ada la pulak. Nak buat macam mana? Ahaha.. Hai.. Sapa la ndak kat aku yang sewel nih? Takpelah. Jodoh pertemuan semua di tangan allah.

Bak kata anita sarawak dalam rancangan anita kat astro ria - kalau jodoh tu nak datang, bamm!! Sekelip mata depan kita dia muncul. Err... Betul ke??

Cerita Lama Amyz