Jumaat, 26 September 2003

Miss independent?

The shoes on my feet - i bought it
The clothes i'm wearing - i bought it
The rock i'm rockin' - i bought it
'Cause i depend on me - cause i wanted
The watch i'm wearin' - i bought it
The house i live in - i bought it
The car i'm driving - i bought it
I depend on me - (i depend on me)

Wanita yang bekerjaya, punya kenderaan sendiri. Berkelulusan tinggi. Yang ambitious. Sering berusaha untuk memajukan dirinya. Mempunyai impian yang tinggi. Dan tidak terlalu mengharapkan lelaki untuk berbuat apa-apa untuknya. Wanita yang berdikari. Semuanya dilakukan sendiri tanpa bantuan sesiapa terutamanya bantuan dari lelaki.

Aku bangga dengan wanita seperti ini. Tapi kasihan sebenarnya. Wanita yang ambitious ini selalunya mementingkan kerjaya berbanding pekara lain. Dia mungkin termasuk dalam golongan andalusia. Ataupun have been fooled by men - menyebabkan dia bertekad untuk mementingkan kerjaya dari cinta. Ataupun jika sudah berkahwin - mengabaikan rumahtangga kerana terlalu sibuk dengan kerja -akhirnya si suami kahwin lain.

Ala.. Dah banyak sangat perkara seperti ini dipersembahkan dalam drama-drama tempatan. Kesudahannya, wanita akan kembali pada nature - memerlukan lelaki sebagai salah satu ketetapan yang tak boleh disangkal. Ye lah. Wanita untuk lelaki dan lelaki untuk wanita kan? Tapi 4 wanita untuk 1 lelaki kan? Kan?

Aku suka berdikari - aku suka pada wanita yang berdikari. Tanpa harapkan sesiapa. Tanpa bantuan sesiapa. Maaf. Daripada kecil, aku diajar melakukan kerja-kerja tanpa bantuan. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah waktu melanjutkan pelajaran, waktu mencari kerja, pergi dan balik kerja tanpa perlu ada 'hubby' datang menghantar dan menjemput. Kebanyakannya aku lakukan sendiri tanpa dorongan atau bantuan sesiapa.

Aku senang begini. Buat keputusan - setelah memikirkan baik-buruk. Tanpa perlu tahu tentang pendapat orang lain - kecuali ayah dan mak. Aku bebas dari pengaruh sebenarnya. Aku ikut pertimbangan sendiri. Mak cakap - suka hati asalkan tak buat dosa dan tak susahkan orang lain. :-) best tak mak aku?

Pengalaman waktu meniti alam remaja dan dewasa buat aku banyak berfikir. Apa kesudahan sesuatu perkara? Apa risiko yang aku tanggung sekiranya aku mengambil keputusan tersebut?

Gagal? Sudah tentu ada. Tapi belajarlah dari kesilapan. Ada anugerah pada setiap kegagalan sebenarnya. Mengajar kita erti dewasa. Sendiri mau ingat - bak kata orang.

Adakala mahu juga dimanja, ada orang jemput waktu date. Tapi sebenarnya, takut dikata mengada-ngada. Sedih pula rasa. Lagi satu takut dikata menyusahkan orang. Dan aku tak suka langsung dikatakan menyusahkan orang. Cukuplah susah mak dan ayah aku menjaga aku selama ini. Aku takkan susahkan orang lain untuk kepentingan aku.

Bagaimana kalau terlalu independent? Tak bagus juga sebenarnya. Akan jadi manusia takbur. Sombong. Isk.. Minta-minta la aku tak jadi manusia yang takbur dan sombong. Aku juga perlukan sesuatu dari seorang lelaki - memimpin aku ke jalan yang diredhai allah - membimbing aku menjadi wanita solehah. :) insya allah.

Rabu, 24 September 2003

Ingin DakuTerbang dan Menyanyi

Nak kata banyak kerja pun tidak. Nak kata tak de kerja pun tak juga. Tapi agak sibuk dengan dua-tiga perkara yang harus diselesaikan secepat mungkin. Harus diselesaikan sebelum hujung bulan.

Inilah rupa meja aku di partition yang ada kat itc ni. Partition aku betul-betul berhadapan dengan bilik boss dan pintu masuk. Komputer aku yang mengadap ke belakang buat boss tak tau aku buat kerja ke tak melainkan dia tiba-tiba muncul di belakang aku kiranya, dia masuk ikut pintu yang lagi satu. Hakhakhak..

Masa aku ambil gambar ni. Boss aku dah balik. That's why nampak gelap je kat depan tu. Dia tutup lampu dan kunci bilik.

Kat meja aku tak banyak barang, kertas, fail atau disket-disket. Semer aku letak dalam satu folder. Aku letak folder tu kat almari. Abis cerita. Tak semak meja aku. Ni pun aku rimas jugak ni. Tak tau nak kemaskan lagi macam mana. Tak tau nak kasi cantik lagi macam mana. Aku nak letak la pasu bunga ke, toys ke, frame gambar ke, tapi kan.. Mana laaa ada orang nak kasi kat aku. Lain la macam "orang tuu".. Yang ada cuma bear kecik dengan virus comel warna pink yang aku dapat masa aku attend some launch of new product by trend micro. Tu je la yang aku letak atas monitor aku.

Mug tu pun free. Aku dapat masa aku pergi seminar oracle kat usj. Erm.. Ha.. Bekas pen yang warna biru tu, ha.. Ep yang kasi, masa jumpa ramai-ramai kat kenduri kahwin keazrin.

Best digital camera ni. Bleh rakam video. Aku test kejab tadi. Tapi tak tau camne nak masukkan bunyi. Takpe la. Esok aku explore lagi - sebelum boss aku ambil balik.

Jumaat, 19 September 2003

Old memories remains..

Pagi tadi hujan turun dengan lebatnya. Aku tahu aku sudah terlewat untuk ke pejabat. Tapi aku pandu perlahan dan santai, lagipun jalan raya tengah licin, takut aku nak pandu laju-laju.

Entah kenapa, walaupun semalam aku rasa sedih, tapi alhamdulillah pagi tadi aku dapat mengawal emosi aku sepenuhnya.

Sepanjang perjalanan aku senyum. Aku nampak kereta wolksagen, aku ketawa. Aku teringat kenangan ke johor - mie bercerita tentang konvoi wolksegan.

Aku nampak motor - penunggangnya seorang wanita - aku teringat waktu aku membonceng motor kak nett ke tempat kerja. Aku tersenyum lagi. Terbayang bagaimana gila-gilanya kami diatas motor. Sama ada ke tempat kerja atau pun tempat beronggeng.

Lalu ampang, melawati, wangsa maju, gombak, batu caves, kepong dan akhirnya sri damansara.

Aku teringatkan itu. Aku teringatkan ini. Aku senyum sendiri. Biarpun kenangan itu pahit, aku cuba juga senyum. Dah la aku kesian kat diri aku ni.

Semua jalan-jalan aku lalui mengingatkan aku pada kenangan lalu - yang indah, yang pedih, yang pahit, yang manis. Semuanya mengajar aku. Menyedarkan aku.

Justeru itu, apa lagi yang harus aku lakukan selain dari bersyukur diberi peluang untuk terus bernafas di bumi tuhan ini?

Selasa, 16 September 2003

Jadi Pomen Komputer

Ayah suruh upgrade komputer kat rumah. Komputer tu - since memula aku masuk kolej - tahun 1998 - aku merengek nak komputer. Lama dah tu. Pentium ii, 32m ram, 4gb hd, modem 56kb. Ayah nak bagi rm500 untuk upgrade.

Jadi aku check price list dari salah satu kedai di low yat plaza. Aku tak mahu upgrade processor. Pentium ii untuk kegunaan dirumah sudah memadai. Cuma aku nak upgrade sdram - 256mb berharga rm129, 4gb hd - 30gb berharga rm199, cdrom 48x - cdrw 48x berharga rm150 dan tukar floppy 1.44mb aku yang dah rosak - sony floppy 1.44mb white berharga rm30. Total semua adalah rm507. Terlebih rm7. Takpelah. Aku tambah sikit je. Ehehe.

Jadi nak upgrade apa lagi ye? Hmm.. Itu je dah memadai. Aku ingat kalau ayah kasi lebih sikit, aku nak sambar altec lansing speaker. Tapi buat apa pun pasang kat rumah aku tu? Komputer bukan guna sangat. Lain la time study dulu, memang hari-hari ngadap computer. Kalau aku beli, aku nak la pasang mp3 kuat-kuat kan, dah ada speaker hebat la katakan. Tapi masa aku banyak di opis. Tak kan aku nak pasang kat opis plak? Karang kena sound plak, nak buat kerja ke, nak dengar lagu? Isk.. Isk.. Isk.. Nanti la kalau dah ada bilik sendiri nanti, aku angkut komputer masuk dlm bilik aku - peh tu pasang mp3, dengar thru altec lansing tu. Baru berdentam-dentum bunyinya. Baru best. Baru rasa hebat sikit.

Komputer makcik aku ada dirumah tu. Dia suruh aku repair. Pergh! 20gb hd rosak. Pasang kat komputer aku pun tak dapat detect hard disk nya. Lagi satu bunyi dia semacam je. Isk.. Kena beli hd baru ni. Makcik dah bagi duit. Alahai.. Malasnya nak pergi beli. Kalau aku kerja area kl ni, aku cabut sat gi low yat beli hard disk. Ini kerja kat hulu-hulu selangor nun. Ampeh je rasa.

Pagi tadi, secara tak sengajanya, 'terrosakkan' hd kak nett. Oppss!! Sorry. Plat hd terbakar. Tu la tak pakai cover, bila on je computer, keluar asap. Huwaa.. Takuttnya.!! Kak nett.. Sorry.. Sorry.. Sorry..

Ingat nak jadi pomen komputer pulak la. Seronok dapat repair komputer. Tukar tu - tukar ni - pasang tu - pasang ni. Takdela penat otak pikir pasal sql, program, oracle, etc.. Etc.. Pening kepala je.

System e-college sudah pun digunakan - maknanya - aku kena maintain system tu nanti - bila developer dia balik india - ni jadi macam ems je nanti. Hmm sabar je la hadapi dugaan user je nanti. Last week pun aku dah diarah menyediakan report utk module library. Satu report pun dah buat aku pening kepala. Susah aa pakai oracle developer latest version nih. Lepas tu, tengah aku buat kerja - programmer dari india sibuk suruh tukar tu, tukar ni. Rilex aa.. Aku bukan robot. Pelan-pelan aa. Aku sebenarnya macam ni, kalau nak suruh aku buat report, sediakan field dia, layout dia, design macam mana. Aku akan buat - dah abis tu baru masuk bab program, trigger - etc.. Etc.. Malas nak cakap - buat je la. Janji buat kerja.

Khamis, 11 September 2003

Kerana Aku Perempuan

{ kerana }
Kerana kita perempuan
Kerana kita begini
Kerana hati terlalu lembut
Kerana dendam tak pernah wujud
Kerana harapan terlalu tinggi
Kerana sarat simpati
Kerana naluri menyebut-nyebut
Kerana firasat berbisik

Lalu dipersalah
Di herdik di pujuk di suruh pergi
Perempuan seperti ini
Jadi terlalu diam
Menangis senyum menerima
Lihat perkiraan sinis lelaki
Berkata dengan berani

Kau perempuan seperti juga aku
Hidup ini bahagia derita belum tahu
Perlu beri restu seperti seorang ibu
Perkiraan dan permainan takdir
Terima semua jangan tinggal hatta secangkir
Tadah dan jamah
Biar tenang menjalar
Melilit nadi

Kerana bintang bukan satu
Kerana kerlipan akan berbalam sinar
Kerana takdir datang dan pergi
Kerana indah perit hidup
Perlu redha tabah terima

Kerana menjadi perempuan perlu begitu
Kerana hidup sememangnya
Begini

Nureffatulfairuz 070802

Aku tahu dia menulis untuk perempuan - waktu aku sedang sakit. Dan betapa tulisan itu, sakit itu beri semangat untuk aku jadi seperti ini sebenarnya.

Seperti mana effa memberi aku secebis semangatnya, waktu derita menghentam-hentam dalam jiwa, ingin aku berkongsi tulisan ini untuk seorang temanku, yang jauh disudut sana. Sedang luka sebenarnya. Aku tahu dia tabah. Seperti aku, seperti effa, dan seperti perempuan lain - seperti perempuan yang dimaksud dalam puisinya.

Semoga hatinya tenang dia gagahkan diri harungi hari.
Jangan risau. Aku kan sentiasa disini - jika kau cari. :)

Kau lelaki - terlalu banyak meminta sebenarnya!

Queen,
Seronoknya pertemuan semalam. Tersemat diingatan. Tak sangka- kawan baik amyz - kawan baik queen juga. Lepas ni, tiap pertemuan kita pastinya havoc!! :)
Thanks for everything!!

Isnin, 8 September 2003

Anorexia Nervosa.

Ape la ko ni, kurus! Macam papan. Sekali aku tolak. Mesti ko melayang-layang jatuh.
Eh eh. Makin kurus la awak. Awak diet ye?
Eh, sikitnya makan. Patut la kurus.
Itu antara dialog yang pernah saya terima dari orang-orang disekeliling saya. Family, kawan-kawan dan masyarakat. Ya, saya kurus. Saya tak diet. Saya tak pernah diet. Saya tak takut pada gemuk. Saya mahu gemuk. Tapi saya.. Nanti dulu cerita tentang saya ni ye?

Biar saya ceritakan sedikit tentang anorexia ni. Penyakit yang dikatakan terkena pada saya. Sejenis penyakit takut kepada gemuk, selalunya dihidapi oleh remaja perempuan, wanita dewasa, adakala pada remaja lelaki. Pesakit anorexia mempercayai mereka gemuk sedangkan realitinya, mereka kurus. Jadi mereka seboleh-bolehnya mengurangkan lagi pemakanan mereka. Dan ada antara mereka cuma memakan sayur sahaja untuk survive.

Beza antara anorexia dan bulimia, pesakit anorexia mendera diri mereka dengan mengurangkan makan (adakala tak makan langsung), menghindari makanan yang tinggi kalori serta melakukan senaman. Sedangkan pesakit bulimia makan dengan banyak, kemudian memuntahkan kembali makanan, atau mengambil julap atau water pills bagi menghindari kenaikan berat badan. Pesakit bulimia menimbang berat badan setelah makan, sekiranya berat badannya bertambah dari sepatutnya, dia memuntahkan makanannya kembali. Pesakit bulimia tidak sekurus pesakit anorexia.

Bagaimana mereka boleh mendapat anorexia? Seorang pakar pun tidak tahu bagaimana ianya terjadi. Tetapi pesakit anorexia percaya mereka akan lebih gembira dan berjaya sekiranya mereka kurus. Mereka mahukan semua dalam hidup mereka sempurna. Mereka ini selalunya terdiri dari pelajar yang bagus, terlibat dengan aktiviti sekolah atau komuniti. Mereka akan menyalahkan diri sendiri sekiranya mereka tidak mendapat gred yang baik ataupun apa perkara yang tidak sempurna dalam hidup mereka.

Rawatan pesakit anorexia adalah sukar kerana pesakit anorexia percaya mereka tidak sakit apa-apa. Pesakit peringkat awal anorexia mungkin dapat dirawat tanpa perlu ke hospital. Untuk rawatan yang berkesan, pesakit perlu ada semangat untuk berubah dan mendapat sokongan moral serta bantuan dari keluarga dan orang-orang yang rapat dengan pesakit.

Manakala rawatan pesakit anorexia yang serius perlu dijalankan dihospital. Rawatan termasuklah untuk mengubah cara makan dan perlu diberi kaunseling untuk mengubah habit dan kepercayaan pesakit. Termasuk juga ubat-ubatan yang diberi oleh doktor untuk menaikkan selera makan pesakit.

The most important thing that family and friends can do to help a person with anorexia is to love them.

Adakah saya pesakit anorexia? Saya tidak tahu sebenarnya. Saya tak takut pada gemuk. Saya tak diet. Saya tak buat senaman untuk mengurangkan berat badan saya. Tapi saya kurus. Berat badan saya tidak sepadan dengan tinggi saya. Buat saya melayang-layang bila berjalan ataupun tidak dikenali jika saya berdiri disebelah tiang bola jaring.

Anda kenal karen capenter? Penyanyi kumpulan capenter, yang popular dengan lagu yesterday once more, dia adalah pesakit anorexia. Dan mati kerana penyakit tersebut. Dia menerima rawatan di hospital tapi dia tidak mendapat sokongan dari keluarganya menyebabkab kematiannya. Isk.. Kurus pun boleh membunuh tau. Bukan gemuk saja berpenyakit. Menjadi kurus lebih teruk akibatnya.

Sebenarnya, lacking of attention or love from people around patient boleh menyebabkan anorexia. Saya tak kata saya kekurangan kasih sayang dari keluarga, ibu bapa terutamanya, tapi waktu saya kecil dan mempunyai adik-beradik yang ramai buat saya ada rasa tersisih. Saya sering mogok lapar untuk menarik perhatian ibu bapa saya. Memujuk saya untuk makan. Tapi, mak saya malas nak layan, sebab adik-adik masih kecil dan perlukan perhatian yang lebih dari saya. Jadinya saya tak makanlah. Sebab saya tengah mogok. Paling teruk, saya tak makan 3 hari lamanya. Merajuk la konon.

Waktu sekolah menengah, saya menerima duit belanja yang sedikit. Tapi tak apa saya terima, adakala terpaksa berlapar kerana saya tak sanggup meminta duit belanja dari mak, sebab waktu itu kami dalam kesusahan. Memang tak sampai hati dan saya mengikat perut waktu disekolah. Ala, lagipun tengahari dah balik dan boleh makan dirumah, apa disusahkan sangat?

Akhirnya ia menjadi penyakit. Saya takut untuk meminta duit sekiranya saya kekurangan duit, biarpun untuk makan. Dan sekiranya saya susah hati kerana memikirkan tiada orang menyayangi saya ataupun tidak memberi perhatian pada saya, selera makan saya akan tertutup. Biar berhari-hari lamanya. Teruk kan? Lebih-lebih jika kena marah dengan ayah atau adik beradik - mak tak pernah marah sebab mak tahu tentang keadaan saya ni. Saya tak boleh makan jika susah hati unless ada orang yang baik hati memujuk saya untuk makan.

Makan pun nak kena suruh ke? :(

Note : amik mc la. Demam nih.
Rujukan : anorexia nervosa

Khamis, 4 September 2003

Diam

Biarpun gegak-gempita bunyi lagu-lagu mp3 dari corong speaker aku ini, tapi aku rasa sunyi giler. Biarpun berdentum-dentum bunyi lagu-lagu rancak dari speaker kawan aku, tapi aku still rasa cam sengsorang je. Kenapa? Aku menung. Aku fikir. Aku cuba senyum. Aku cuba ketawa. Tapi segalanya hambar. Tawar. Takde rasa apa-apa pun. Aku mahu menangis. Tapi aku tak mahu dianggap begitu lemah. Aku ambil keputusan untuk diam.

Aku akan tersenyum bila dapat mesej dari kawan. Kak nett dan queen terutamanya. Aku ketawa sorang-sorang depan pc atau henpon, berlawan mesej dengan kawan-kawan. Mematikan segala rasa bosan.

Aku mahu protes. Tapi aku tak kuat. Yang paling kuat aku dapat lakukan, aku diam.

Aku girang mendapat panggilan telefon dari adik-adik aku - ditingkat 5 dan 6, ina, ira dan wani. Mengadu tentang komputer ataupun tentang orang lain. Aku layan segala kerenah yang buat aku tersenyum dan ketawa. Dan aku segera ke sana, tempat mereka, memberi bantuan, melayan mereka yang bercakap tanpa henti. Aku tak pernah kisah untuk membantu mereka, sebab aku dapat rasa sikit kasih dari mereka. Hormat dari mereka kepada aku yang sering tersisih disini. Entah mengapa..

Paling tidak pun aku ke department kak nett. Walau boleh berborak di ym atau di telefon, aku senang ke tempatnya. Dengar kawan-kawan disana merungut itu ini. Atau mengutuk itu ini. Dan adakala aku mahu bercerita, aku bercerita pada kak nett. Tak pun mengusik sehingga pipinya merah. Ahaha. Seronok!!

Maaf. Rupanya hari-hari aku tak mampu menyinar seperti mentari di banner aku. Segalanya hambar. Adakala idea-idea aku padam setelah setengah muka aku menaip.

Mengapa? Aku tak ada jawapannya.

Cerita Lama Amyz