Khamis, 28 Ogos 2003

Apa Khabar Agaknya?

Apa khabar kawan-kawan aku agaknya? Harap-harap sihat semua. Jangan sedih-sedih. Jangan tension-tension. Terasa benar bagai aku tak mengambil tahu tentang perkembangan kawan-kawan.
Setahun sudah berlalu. Kenangan mungkin tinggal kenangan. Tapi kenangan bersama kawan-kawan itu adalah menjadi kenangan paling berharga dalam hidup aku.

Aku teringat makan-makan bersama mereka di cm sesudah waktu pejabat.
Ataupun berjumpa di klcc untuk menonton wayang tiap kali rabu.
Atau lepak di depan kolam klcc memerhati tarian air sambil bercerita bagai tiada sudahnya.
Atau keluar beramai-ramai konvoi bersama-sama 2-3 kereta, ke kenduri kahwin atau sebagainya.
Atau saja berjumpa kerana lama tak pekena giant juice atau nasi lemak serdang.
Kalau jumpa, mesti ada makan-makan. Kalau selalu- memang aku bleh gemuk sikit. :)

Aku tak boleh memaksa masa yang lalu itu kembali, biarpun untuk menggembirakan aku. Kerana komitmen perlukan pengorbanan.

Aku tak boleh paksa diri aku untuk berjumpa mereka. Atau memaksa mereka berjumpa aku. Kerana aku dan mereka punya tanggungjawab.

Cuma aku mahu mereka tahu, aku suka sangat, gembira sangat, seronok sangat, berada dalam kalangan mereka. Biarpun aku kena buli atau kena sakat. :-p

Ha.. Kawan-kawan. Jaga diri baik-baik. Kerja baik-baik. Semoga kamu semua mendapat perlindungan serta kesejahteraan darinya. Amin..

As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come whatever
We will still be
Friends forever..
-vitamin c-graduation-

Khamis, 21 Ogos 2003

Ada Sesuatu Dalam Hatinya

Satu masa dulu, aku punya seorang rafik yang baik. Seorang lelaki yang baik. Aku selalu bersamanya, selain dari rakan perempuan aku yang lain. Kami pernah dikatakan sepasang kekasih. Tapi aku menafikan sekeras-kerasnya. Kerana aku tahu, dia mengganggap aku sekadar seorang sahabat. Tak pernah lebih dari itu. Dan aku tak pernah mengharapkan lebih dari ikatan persahabatan yang indah ini darinya.

Dia baik, amat baik kepadaku. Namun aku tak pernah mengambil kesempatan atas kebaikannya. Aku hargai tiap kehadirannya dan kata-katanya padaku. Dia selalu menasihatiku, menegur silapku. Adakala memarahi aku bila aku terlalu keanak-anakan. Ya, memang aku ni agak childish. Aku suka begitu. Bagi aku, kanak-kanak adalah zaman terindah tanpa sebarang masalah. Dia memarahi aku kerana aku gemar mengambil remeh banyak perkara serius. Dan apabila dia memarahi aku, aku cuma tertawa dan tak pernah berkecil hati dengan tegurannya. Seterusnya, dia tak pernah dapat memarahi aku lama-lama. Dan kami tertawa bersama, terus melupakan sengketa sebentar tadi.

Dia jarang memujiku. Dia tak pernah mengutuk kelemahanku. Kami selalu bertukar pendapat dalam banyak hal. Dia rajin bertanya sesuatu yang tidak difahami, tapi selalunya, aku yang rajin bertanya kepadanya tentang pelajaran. Aku ni lembab sikit. Kami rajin ke perpustakaan berdua. Disana kami mengulangkaji, ops, dia yang mengulangkaji. Sedang aku menghabiskan masa dengan membaca novel-novel yang terdapat di perpustakaan itu. Dia rajin meminjam buku-buku rujukan, sedang aku rajin meminjam novel-novel dan buku-buku fiksyen. Tapi kerja aku selalunya siap ye..

Ada satu waktu, seorang lelaki menghampiriku. Berbual denganku. Berkenalan denganku. Dia memandang dari jauh. Tapi aku tak dapat tafsirkan erti pandangannya itu. Dia tak pernah bertanya apa-apa pun tentang perkara itu kecuali nama lelaki yang berbual denganku. Jadi aku anggap dia mengambil berat tentang aku. Kami masih menjalankan rutin seperti biasa.

Dia jarang menghubungi aku ditelefon. Dia tak seperti lelaki lain yang ingin menghampiri aku, yang mengajak ku berbual-bual ditelefon berjam-jam lamanya. Dia tak seperti lelaki lain yang mengajak keluar dan membelanjaku menonton. Kami tak pernah keluar berdua-duaan diluar kawasan belajar kami. Aku pun sebenarnya jarang menerima ajakan dari lelaki. ;-)

Hinggalah satu hari, aku jatuh cinta pada seorang pemuda yang berjaya mengambil hatiku. Pemuda itu berjaya memikat hatiku. Segalanya aku beritahu kepada rafikku ini. Dia agak terkejut. Tapi dia tenang. Amat tenang, sehingga aku gagal mengetahui rahsia hatinya.

Pada suatu hari itu selepas hari itu, dia menemuiku dengan wajah yang sugul. Aku yang ceria seperti biasa, mengusiknya. Aku katakan dia seolah kematian kekasih. Dia mengangkat muka dan merenungku tajam. Tergamam aku apabila dia katakan dia terpaksa pergi jauh. Dia terpaksa meninggalkan aku. Aku cuba mencungkil sebabnya. Tapi dia pendamkan segalanya. Dan aku terpaksa membiar dan melihat dia pergi. Tanpa aku sedari, air mataku mengalir. Kerana aku tahu, aku akan merinduinya.

Kekasihku tahu segalanya tentang rafikku ini. Setelah beberapa lama dia pergi dan tidak mengirim satu pun berita padaku, kekasihku memberitahu, sebenarnya ada sesuatu dalam hatinya, tersimpan rasa kasih mendalam padaku. Aku terkejut. Bagaimana ianya terjadi? Kenapa dia merahsiakan? Jawapan kekasihku, kerana rafikku menyayangi ikhlas persahabatan antara aku dan dia sehingga dia takut dia akan kehilangan aku apabila dia curahkan isi hatinya. Aku tertunduk dan berkata, sekarangpun aku telah kehilangan seorang rafik yang baik, yang memahami dan yang mengenali aku. Aku hampa, tapi aku sedar kasihnya yang dalam padaku menyebabkannya membawa diri dariku, demi kebahagiaan aku bersama dengan kekasihku ini. Terima kasih atas sebuah persahabatan yang indah ini.

Khamis, 14 Ogos 2003

Maaf, Awak Tak Kenal Saya

Pernahkah anda terdengar seseorang yang not really close to you memperkatakan tentang diri anda. Mesti pernah kan? Saya sudah banyak kali melihat, mendengar dan mengalami sendiri perkara sebegini.

Saya punya seorang rafik yang manja, peramah dan sangat suka berkawan. Pada awalnya kami satu kelas di sekolah menengah. Waktu itu, kami tak berapa rapat. Rata-rata kawan kelas saya, pernah memperkatakan tentang perangainya (baca: mengumpat). Dia sebenarnya manja. Tapi nampak mengada-ngada dipandangan mata orang lain. Masa tu saya tak kenal siapa dia walaupun kami sekelas (saya kenalnya sebagai kawan sahaja). Jadi saya buat hal saya, dia buat hal dia. Apa yang orang perkata tentang dia, saya ignore.

Entah bagaimana, kami dipertemu dikolej yang sama, dibidang yang sama. Since that, kami rapat. Then barulah saya kenal siapa dia sebenar. Dia banyak mengadu ada orang yang laser dan tak ignore perasaan orang lain, sound direct padanya. Saya simpati sebenarnya. Mereka (baca: masyarakat) selalunya judge the book by it's cover. Saya tahu sedikit sebanyak perasaan dia tercalar. Dia pernah menangis tersedu-sedu dibahu saya, menyatakan orang tak suka pada dia. Saya berasa sangat sedih. Saya katakan pada dia, orang lain buat tanggapan pada apa yang mereka nampak. Mereka nampak si a jalan dengan si b, ha.. A dengan b tu mesti pasangan kekasih. Tak pernah nak bertanya atau selidik dahulu. Mana pernah? Tak akan bertanya. Suka sangat buat andaian sendiri. Itulah orang kita. Saya katakan padanya.

Saya amat faham perasaannya. Saya faham sifatnya. Tapi kalau mereka beri peluang pada dia, mereka akan tahu, betapa dia ikhlas dalam persahabatan dan sifat-sifat baik serta keistimewaannya yang lain. Saya juga pernah nasihatinya agar tidak terlalu 'menarik perhatian ramai'. Sebab sifatnya yang peramah itu sebenarnya menarik perhatian orang ramai tertumpu pada dia dan mereka membuat tanggapan tersendiri tentang dia. Perubahan itu memang baik, tapi ianya tak mudah. Jadi, ubahlah dengan perlahan-lahan. Kerana sifat itu dah sebati dalam hidupnya. Dan orang lain seharusnya memberi dia peluang. Betul tak?

Sedangkan saya ini, yang tak pernah menonjolkan diri atau tidak pernah pun 'menarik perhatian ramai' pun ada juga yang memperkatakan tentang diri saya. Untungnya saya ni bekerja dikelilingi oleh lelaki. Kerana lelaki selalunya tak fikir tentang perkara seremeh itu. Senyum si lelaki ya? Tapi lelaki kalau mengutuk, adakala lebih teruk dari perempuan. :-p

Saya sebenarnya pelik dan hairan dengan sikap mereka yang suka memperkatakan tentang 'koyak kain' orang lain tanpa 'menjahit koyak kain sendiri'. Saya tahu siapa saya. That's why saya tak suka memandang rendah dan memperkata tentang kelemahan orang lain, kerana saya sedar saya punya banyak kelemahan. Walau nampak jelik dimata saya, saya tak ada kuasa untuk mengutuk mereka. Mana tahu, disebalik seksi-seksinya, tetapi dia banyak berbakti pada kedua ibubapanya atau sebalik rokok dibibir mongelnya, rupanya dia tak pernah tinggal solat. Tidak seperti saya yang adakala menyakiti hati kedua ibubapa saya dan terkadang lalai menunaikan solat? Saya tak berani nak jatuhkan hukuman kepada mereka itu. Mungkin mereka jahil. Mungkin mereka ada masalah tersendiri. Kita tiada hak untuk memperkatakan tentang keburukan orang. Dan paling utama, kita tak kenal siapa mereka sebenarnya.

Maaf. Anda tak kenal siapa saya. Anda tiada hak untuk berkata apa-apa tentang saya. Lebih-lebih lagi apa yang saya lakukan. Kerana hanya saya yang tahu tentang diri saya. Ibu bapa saya. Keluarga saya dan kawan baik saya. Mereka yang kenal saya. Mereka akan menegur kekurangan saya. Mereka punya hak membetulkan saya. Dan selagi saya tak pernah mencampuri urusan hidup anda, anda juga tak punya hak istimewa untuk mencampuri urusan hidup saya. Apa-apa pun terima kasih atas segala teguran. Terima kasih sangat-sangat.

Selasa, 12 Ogos 2003

And I Could Not Ask For More.

Anda sebagai wanita, selalukah anda meminta itu ini dari kekasih anda? Pernahkah anda merajuk berhari-hari kerana dia tak dapat menunaikan permintaan anda? Dan anda mahukan coklat dan bunga, atau pun, makan malam dihotel terkemuka, ataupun hadiah mahal-mahal untuk memujuk anda. Pernahkah anda meminta dia melakukan sesuatu perkara yang agak mustahil untuk dilakukan, tapi dilakukan jua kerana sayang terhadap anda?

Kiranya anda pernah melakukan sedemikian, berhati-hatilah. Anda sebenarnya telah membuat si dia menjeruk rasa. Tapi demi untuk menjaga hati anda, dia sanggup. Tetapi selama mana? Ubah sikap anda, atau dia akan meninggalkan anda. Jangan buat teman lelaki anda bosan dengan sikap anda. Dan jika si dia berubah hati, selidik salah anda sebelum anda menyalahkannya.

Saya punya seorang rakan lelaki yang hari-harinya merungut mengenai sikap tunangnya yang bukan sahaja cemburu, tetapi sering mengarah. Saya hanya mampu menggeleng kepala apabila mendengar pertengkaran mereka, diakhiri dengan si perempuan menghempas telefon. Tetapi saya kagum dengan kesabaran si lelaki. Walau si perempuan membentak-bentak, menengking-nengking, dicekalkan hati untuk menelefon dan memujuk. Adakala saya pelik dengan sikap si perempuan. Nama saya dalam telefon bimbit si lelaki ini di'delete'nya kerana cemburu. Nak tergelak saya dengan sikap yang terlalu cemburu.

Setakat ini, saya tak nampak si lelaki mahu berubah hati. Mungkin kerana mereka sudahpun bertunang dan akan melangsungkan tidak lama lagi. Tetapi ciri-ciri untuk mencari yang lain tampaklah sedikit. Lelaki lah katakan. Yes, he's flirting! Lebih serius lagi, takut nanti dia tinggalkan tunangnya bila 'terjatuh hati' dengan perempuan lain yang lebih lembut, yang lebih memahami dan melayannya dengan baik. Saya tak kata dia akan meninggalkan tunangnya. Tapi jika tunangnya tidak berubah sikapnya, kemungkinan besar perkara sebegini berlaku. Syukur, saya tak seperti perempuan itu. Tapi saya juga pernah lakukan kesilapan hampir serupa.

Ya. Perkara itu pernah saya alami. Saya akui saya agak cemburu dan mengawalnya. Dan ya, dia tinggalkan saya. Saya akui silap saya. Dia tak pernah menyuarakan ketidakpuasan hatinya pada saya. Semua disimpan dalam hati. Bila saya fikirkan sikap saya yang melukakan hatinya, saya rasa seperti itulah kelukaan yang saya terima sewaktu dia meminta saya melepaskannya. Ya tuhan, berat betul hati saya. Saya menangis berhari-hari. Saya kesal dengan sikap saya. Pada mulanya saya salahkan dia, tapi bila saya fikirkan kembali- memang salah saya. Dan sehingga saat ini, saya kesal. Dan sangat menyesal.

Sebenarnya, saya mahu satu sahaja peluang untuk membetulkan segala kesilapan saya. And i could not ask for more, melainkan berdoa agar dia bahagia bersama saya. Tetapi, sekiranya dia lebih berbahagia tanpa saya, saya tak boleh memintanya untuk bersama dengan saya kembali.

So, anda wanita diluar sana, fikirkan perasaan teman anda sebelum meminta dia melakukan sesuatu yang luar kemampuannya. Ingat, si lelaki punya banyak pilihan selain dari anda. Saya bukan mahu memenangkan si lelaki. Cuma bertolak ansurlah antara anda dan si dia. Ada perkara mungkin dia mampu lakukan, ada perkara dia sukar untuk lakukan. Bawalah berbincang dari hati ke hati seeloknya. Insya allah, hubungan anda bertambah erat dan mesra. Jika anda memahaminya, tak mustahil dia akan cuba untuk tunaikan setiap permintaan anda. Percayalah- :-)

Khamis, 7 Ogos 2003

Apa-Apa

Apa-apa.
Katakan apa-apa untuk diri sendiri. Untuk kepentingan sendiri. Buat apa-apa untuk diri sendiri. Apa saja. Sebelum terlambat, katakan apa yang perlu dikatakan, lakukan apa yang perlu dilakukan, untuk diri sendiri dan demi masa depan.

Rahsia.
Ada perkara perlu dirahsiakan. Ada perkara perlu diberitahu. Ada perkara perlu semua orang tahu. Ada perkara untuk sesetengah orang je yang tahu. Ada perkara kita saja yang tahu. Sebab apa? Sebab rahsia.

Silap.
Kesilapan yang pernah dilakukan. Dan menerima pembalasannya. Tiap kali mengenangkan kesilapan itu, tiap kali hati meronta dengan seribu satu kesalan. Tapi nasi sudahpun menjadi bubur. Lewat. Terlalu lewat untuk merubah segalanya.

Syukran.
Memerhatikan selautan manusia yang selalunya jarang bersyukur dengan rezeki yang diterimanya. Akibat terlalu iri dengan kelebihan orang lain. Cuba renung dalam diri. Ada lebih keistimewaan yang perlu kau syukuri, jangan kau runguti. Aku jua begitu. Terlalu iri pada mereka yang bahagia. Tanpa sedar, melukai mereka yang menyayangi.
Sebenarnya terlalu sedih memikirkan menghadapi hari dengan keperitan, dan terlupa ada lain yang lebih menderita.
Terlalu sedih memikirkan terpaksa melaluinya sendirian, dan terlupa derita mereka dan melaluinya sendirian.
Bersyukurlah kerana aku masih ada keluarga, ibu bapa, sahabat dan taulan, kerjaya dan selainnya yang harus aku syukuri. Terima kasih kerana menyayangi.

Cerita Lama Amyz