Isnin, 21 Julai 2003

Bila kereta ku pancit tayarnya..

Malam minggu, keluar bersama teman. Saja nak makan-makan dari lepak dirumah kebosanan. Bangsar lah tempat tujuan. Dapat pekena giant juice tempat terdekat. Nak ke serdang jauh sangat. Sekadar nak lepaskan gian kat giant juice je. Lepas makan nak balik la. Kalo buleh nak sampai rumah sebelum jam sebelas.

Teman yang baik jadi driver. Tapi baru jalan 2-3 meter rasa cam tak best. Keluar la tengok apa yang tak kena. Rupanya tayar depan belah driver pancit. Huk aloh! Kena tukar tayar la pulak. Dah la pes time tayar pancit. Dah la malam. Sib baik la kawasan tu happening gak. Ade indian tukang jaga parking tu volunteer nak tolong. Nervous gak rasa. Bercampur risau semer pun ada. Cek bonet belakang. Pes thing teman tanya, jek mana jek? Err.. Tergagap aku nak menjawab. Mana nak tau. Tak penah nak check. Tayar spare ade tak? Ade.. Lorr.. Jek terletak bawah tayar spare rupenye. Camne nak kuarkan jek ni plak? Berpeluh-peluh ler aku ngan teman nak kuarkan jek tu. Last-last, aku gi buka buku manual. Sib baik bawak selalu buku nih. Hah! Dapat pun tarik jek tu dari tempat dia.

Okeh. Dah kuarkan jek, tayar spare ngan peralatan lain tu, kami pon start la buat keje-keje menukar tayar keter buat kali pertamanya aku ngan teman aku tu.

Menurut indian yang tolong aku tu, nak tukar tayar ni caranya dia macam ni. Pes, longgarkan nat tayar tu. Peh tu pasang jek kat bawah keter. Putar sampai keter terangkat. Peh tu, bukak nat tayar tu. Bukak la tayar pancit. Ganti tayar baru. Pasang nat. Turunkan jek. Ketatkan nat seketat-ketatnya. Pasang balik rim produa tu balik.

Kemaskan perkakasan tadi. Dah clear. Aku pon dah lega. Indian tadik pon mintak upah lepas duit minum katanya. Huh! Memula kata ikhlas. Huhuhu.. Bagi je la seploh hinggit. Tu pon pinjam duit member. Peh tu, gi stesen minyak, basuh tangan, isi minyak semer. Balik. Dalam keter tak abeh-abeh cerita pasal keter. Aduh. Sib baik ada teman. Kot sengsorang, camne la aku nak buat? Takpe. Semer tu pengalaman. Sok terkena, bley wat sengsorang. Insya allah. Kalo tak bley, tahan je la mana-mana keter yang lalu.
Abang.. Tayar keter i pancit. Bley tulun tukar kan tak? (mata kelip-kelip cam icon yahoo tu) mesti dia cepat-cepat cakap..
Bleyyyy..
Muahahaha...

*punca-punca pancit masih dalam siasatan*

Jumaat, 18 Julai 2003

Nggeee... Takutnyeeee..

Seperti malam-malam sebelumnya, dia selalu pun balik lambat. Bersama member-member departmentnya. Dia selalu pun stayback. Sampai pukul sepuluh malam paling lewat pun. Sebab tiap pukul sepuluh, pak guard akan datang. Selalunya mereka akan sama-sama turun dan balik. Dia tak pernah risau pun untuk stay back sampai malam-malam kerana bersama kawan-kawan, mereka akan menghisap rokok beramai-ramai, memasang mp3 kuat-kuat dan boleh untuk menelefon kekasih hati sesuka hati.

Tapi lain pula terjadi disuatu malam. Di satu malam jumaat. Entah mengapa pada malam itu, kawan-kawan dia bagai berpakat-pakat balik cepat. Seorang demi seorang balik. Meninggalkan dia keseorangan. Tapi dia maintain cool. Apa nak di takutkan? Lagi best dok sengsorang kat sini. Sebab boleh pakai telefon lama-lama. Boleh hisap rokok banyak-banyak. Boleh surfing sepuas-puas hati. Takpe balik malam, nanti hujung bulan boleh claim overtime.

Dia leka menaip satu dokumen. Esok kena hantar tak silapnya. Dan bertandanglah rasa bosan keseorangan. Dengan kepakaran yang ada, dia masuk dalam bilik bos untuk menggunakan telefon. Jam ditangan baru menunjukkan angka sembilan. Malam masih muda, fikirnya. Lantas nombor tunang kesayangannya segera didail. Membara-bara rasa rindu di dada.

Sedang asyik bercakap dengan tunang tersayang, dia terasa sesuatu yang tak best pula. Pintu toilet kedengaran ada orang membuka dan menutupnya. Setelah beberapa kali, dia menjadi cuak. Pada tunangnya, dia pinta permisi seketika untuk memeriksa keadaan luar departmentnya. Tiada tanda-tanda ada orang. Tiada tanda-tanda pintu toilet di tiup angin. Tiada angin pun yang menghembus.

Lantas dia masuk kembali dan mengunci semua pintu masuk ke departmentnya. Kembali ke meja untuk menyambung perbualan yang terhenti tadi. Beberapa minit bercakap, kejadian lebih kurang sama berlaku lagi. Kali ini mambang tu main atas siling da.. Ada sesuatu seperti bergolek-golek di atas siling. Seperti tikus berkejaran di atasnya. Tapi bunyinya pelik. Serentak itu, segala roma dibadannya meremang. Dan kedengaran kembali pintu toilet di buka dan di tutup. Ah, perasaan takut segera menyebulunginya.

Apa lagi, tak tunggu waktu, dia terus meletak gagang tanpa mengucap salam pada tunangnya. Perang bakal meletus. Tapi dia tak peduli, paling penting dia harus tinggalkan tempat itu dengan kadar segera. Keluar dari departmentnya, dia terhidu bau cukup harum. Lemah segala sendi. Setelah mengunci pintu, dia cuba berlagak selamba dengan mengeluarkan rokok dan cuba menyalakannya. Dia menoleh kiri dan kanan untuk memastikan keadaan tingkat 4 itu. Dia berpaling dan berjalan menuju ke lif. Saat itu lah dia terasa ada satu bayangan melintas di belakangnya. Tak berlengah dia berlari ke lif. Ditekan-tekan punat lif. Terasa lif bergerak amat perlahan sekali. Terbayang diminda sekiranya benda itu mengekorinya. Segala macam ayat dibaca bertaburan. Tajwid semua hilang. Pintu lif terbuka dan dia segera masuk. Berlari ke tempat parking motor dan segera memecut meninggalkan office nya itu. Ketakutan akibat disakat oleh sesuatu itu masih belum hilang. Akhirnya dia tidur berselubung selimut hingga keesokan harinya.

*kisah diatas benar-benar terjadi disatu tempat kerja. Beberapa kejadian aneh pernah berlaku disitu. Tapi kisah diatas merupakan kejadian baru berlaku kira-kira 2 minggu lalu. Namun pekerja disitu sudahpun memberitahu krew misteri nusantara agar menyiasat supaya tidak membiarkan misteri menyelubungi hidup pkerja-pekerja disitu.*

Rabu, 16 Julai 2003

Bila Rindu

Bila rindu hadir dalam hati. Ingin tersenyum tapi pedihnya amat menghiris hati. Ingin ketawa tapi mengundang air mata. Bila kenangan manis terpapar dilayar ingatan. Terasa bahagia dalam diri. Tapi dilukai oleh kepahitan kenangan yang amat memedihkan. Rindu itu indah tapi..

Aku amat-amat menghargai sebuah persahabatan. Dan aku menghormati semua yang ku panggil sahabat atau kawan ini. Aku tak pernah peduli tentang lifestyle mereka, pendapat mereka, cara mereka. Selama mana mereka menghormati dan menerima siapa saja aku. Aku tak peduli dengan pandangan orang lain tentang sahabat aku, asalkan sahabat aku sentiasa berbuat baik pada aku. Aku pernah dimarah oleh a, kerana berkawan dengan b, sebab a kata b macam ni, macam tu. Tapi aku tak peduli sebab aku tahu b bagaimana orangnya.

Seperti mana aku punya hak tersendiri, begitu juga mereka. Insya allah, selama mana aku berkawan dengan sahabat-sahabat aku, aku tahu aku tak berhak dalam urusan hidup mereka. Lain lah kalau mereka inginkan pandangan aku tentang sesuatu keputusan yang ingin mereka buat. Tapi aku tak kan berani jika keputusan itu, keputusan yang melibatkan masa depan mereka sendiri. Terpulanglah pada mereka untuk melakukannya.

Masing-masing punya hal peribadi tersendiri. Pendirian tersendiri. Prinsip tersendiri. Termasuk aku. Jika mereka berkata 'tidak' pada sesuatu perkara, maka itu adalah pendirian mereka dan aku menghormatinya. Aku tahu aku tak punya hak untuk memaksa mereka berkata 'ya'. Adakalanya perkara yang remeh pada kita, janganlah kita mempersoalkan mengapa mereka tidak bersetuju, cuba hormati dan mungkin pada mereka perkara itu merupakan sesuatu yang besar dalam hidup mereka.

Ada antara sahabat aku tidak sependapat dengan aku dalam banyak perkara. Tapi aku hormati pendapat dia seperti mana dia hormati pendapat aku. Dengan itu, kami boleh get along walaupun bercanggah pendapat, dan kami sefahaman. Faham dan hormati pendapat masing-masing. Faham kenapa itu menjadi pendirian dia. Dan dia faham kenapa aku berpendirian sebegitu. Bukankah mudah?

Aku harapkan sebuah persahabatan yang ikhlas. Yang mereka tahu aku boleh berada disisi mereka waktu susah senang mereka. Dan aku tahu mereka ada disisi aku waktu susah senangku. Menyayangi aku, menegur salahku, memahamiku, atau membenciku. Seperti aku menyayangi, memahami dan menghormati mereka.

Sabtu, 12 Julai 2003

Cuma Seorang Wanita

Sukarnya menjadi seorang wanita. Tambahan wanita itu berpendidikan tinggi. Berjawatan tinggi. Semakin banyak dugaan, godaan, cabaran yang adakalanya dia terpaksa tempuhi seorang diri.

Semakin dia berada diperingkat yang tinggi, pendidikan ataupun jawatan, semakin kuat dia diuji. Tabahkah dia menghadapinya? Dan paling memedihkan mata-mata masyarakat memandang serong. Mengeji. Mencaci. Malang nasib, wanita sendiri menjadi musuh kepada wanita. Aduhai wanita.. Dan wanita yang tidak berpendidikan, tidak berjawatan tinggi. Diperbodohkan. Dipermainkan. Malangnya nasib wanita itu. Tapi kepada siapalah harus dia mengadu?

Pada seorang lelaki yang diharapkan menjadi kekuatan, tapi membawa dia di alam ketakutan.
Pada seorang lelaki sebagai tempat bergantung, tapi adakalanya lelaki itu dia yang tanggung.

Angkara lelaki sangat-sangat menyakiti. Sangat-sangat melukai. Sangat-sangat menakutkan. Berita di media massa memaparkan kejahilan lelaki yang amat menakutkan. Merosakkan segala masa depan. Meruntuhkan segala kepercayaan.

Cuma seorang wanita. Yang selalu menjadi mangsa. Segala keganasan. Ketakutan. Kelukaan serta penderitaan. Namun ketabahannya mengatasi segala dugaan. Menangis sendiri. Tidak dihargai. Tidak dipeduli. Dan tiada siapa sudi memahami..

Selasa, 8 Julai 2003

Melaka, kekal bersama sejarah

Melaka. Kali terakhir aku jejak kan kaki semasa aidilfitri lalu. Kelmarin aku ke sini semula. Bercuti bersama keluarga. Amannya disini. Udara masih segar. Ikan bakar di umbai masih enak. Malah bertambah enak. Laut masih cantik. Taman tun rahah masih sunyi. Terasa tak mahu pulang ke kuala lumpur semula. Ayah terlalu ingin duduk di melaka. Cuma mak saja yang membantah. Ah, mak orang bandar, kata kak long.

Melaka makin membangun. Sana-sini ku lihat traktor-traktor dan lori-lori serta kawasan pembangunan. Dalam pada itu aku sedih kerana ia bakal memusnahkan kedamaian yang pernah aku kecapi zaman kanak-kanak dulu.

Melaka makin banyak berubah. Sudah ada tesco. Tapi harga barang masih murah. Ayah beli sejumlah barang untuk kegunaan rumah. Termasuk almari, katil, tilam, langsir dan dapur gas. Seolah mahu pindah lagaknya.

Laut belakang mahkota parade makin jauh. Meninjau dari bukit st paul, baru dapat ku lihat laut yang sayup. Nampak jalan raya yang telah siap digunakan. Padang yang selalu ada kereta lembu membawa pelancong berpusing-pusing sudah di pasang pagar bagi memudahkan kerja-kerja pembangunan. Oh ya, ada kota lama dijumpai di bawah padang itu. Aku harap ianya dipelihara agar melaka kekal bersama sejarahnya.

Mengambil kesempatan meninjau istana kesultanan melaka. Tak sempat masuk muzium kapal besar tengah kota itu. Meninjau gerai-gerai cenderahati. Melihat dan membelek. Cuci mata saja. Cantik-cantik. Sayang, tak jumpa replika kereta lembu. Bukankah kereta lembu sinonim dengan melaka?

Aduh.. Majlis perbandaran melaka rupanya kerja hari ahad. Akibatnya kereta dikenakan kompaun sebab tak bayar parking. Kak long marah-marah. Dah nak kena.. Nak buat macam mana? Selalu di kl, sabtu separuh hari, ahad kan free parking? Ini melaka la.. Dah la pakai kereta ayah.

Taman Tun Rahah dulu sunyi. Malam-malam selalu dengar bunyi cengkerik saja. Sekarang masih sunyi. Tapi dah makin banyak rumah. Dulu depan rumah ayah ini semak, sekarang sudah ada teresan rumah lain. Tapi masih sunyi sebab jauh dari jalan raya.

Kalau ada peluang untuk tetap di melaka, aku tak kan melepaskan peluang itu! Kerana melaka masih kekal dengan sejarahnya. Dan bisa buat aku lupa sejarah di kuala lumpur

Khamis, 3 Julai 2003

Cinta, Rajuk dan Bunga

Dengar-dengar cerita cinta. Cerita cinta seorang kawan. Indah dimata. Indah dikhabarnya. Bahagia. Berkongsi segala suka duka. Ah, segalanya indah saja. Bakal menunggu hari bahagia.

Dengar-dengar cerita kawan. Tentang rajuk. Tentang gundah. Tentang selisih faham. Risau-risau juga. Muramnya wajah kawan. Walangnya hati kawan. Kekasih hati merajuk panjang. Bagaimana mahu memujuk?

Dengar-dengar cerita kawan. Tentang bunga. Tentang kekasih hati. Diam-diam saja. Senyum-senyum sendiri. Nampaklah indah. Nampaklah bahagia. Nampaklah senyum hingga telinga. Nampak yang seronok saja. Hahaha.. Tumpang bahagia orang saja.

Ahaha.. Disini. Didalam hati ini, cuma mampu mengirim doa. Tulus dihati. Kepada kawan-kawan dan kekasih hati serta cerita cinta mereka semoga kekal selamanya. :)

Asalkan mereka bahagia. Asalkan mereka bahagia...

-esok-
Dah ambil cuti. Nak balik melaka. Dah lama tak ke sana. Babai semua~
Jemput datang ke tempat saljibiru. Esok harijadinya yang ke 2? Ehehe.. Selamat hari jadi kawan.

Rabu, 2 Julai 2003

Mimpi

Ku ingin terbang ke awan menggapai bintang² dlm kegelapan malam
Ku idamkan satu taman yang dan juga mahligai yang indah tak ternilai

Tapi semua hanya khayalan yang bermain dlm fikiran.
Tak mungkin dpt ku tercapai yang tinggal hanyalah impian

Namun ku masih mencuba untuk punya segalanya
Walaupun bertahun lama moga kan terlaksana.

Ku ingin terbang ke awan menggapai bintang² dlm kegelapan malam
Ku idamkan satu taman yang dan juga mahligai yang indah tak ternilai

Namun ku masih mencuba untuk punya segalanya
Walaupun bertahun lama moga kan terlaksana.

Ku ingin terbang ke awan menggapai bintang² dlm kegelapan malam
Ku idamkan satu taman yang dan juga mahligai yang indah tak ternilai


Aku dengar lagu ni buat pertama kali, aku rasa tak de lah best sangat. Bila aku dengar beberapa kali. Terasa ada something special about it. Dan ada beberapa lagu yang mereka nyanyikan yang aku kira sangat cool. Rasa rilex je dengar lagu diorang ni.

Band ni bukannya top. Aku rasa bebudak underground kenal band nih. Mesti diorang punya style macam cool and macho. Muahaha..

Ni member aku punya pasal la.. Dia pegi pasang mp3 diorang ni hari-hari. Kan aku dah addicted. Grr..!!

By the way, ada sesapa kenal ke dengan gerhana ska cinta?

Selasa, 1 Julai 2003

Renungkan

Bila aku merenung mata kau. Bolehkah kau memahami hati aku? Boleh kah kau selami sedalamnya apa yang tersirat dalam fikiran? Pastinya tak boleh. Sebijak mana ahli nujum pun tak dapat menilik apa yang aku simpan. Mungkin pada sesetengah orang, pekara lalu tak perlu diungkit lagi. Tapi pada aku, ia menjadi dendam yang panjang. Mungkin sepanjang hidup aku. Aku sukar memaafkan. Aku sukar melupakan.

Aku pendendam. Aku pemendam.

Bila aku renung mata kau. Kau mungkin dapat mengagak aku ini seperti mana. Mungkin kau dapat meneka aku ni sebagai mana. Hmm.. Mungkin renungan aku sedikit menggoda. Mungkin renungan aku penuh simpati. Mungkin renungan aku diapi marah. Ahaha.. Kau dapat menduga emosi aku sebenarnya.

Kiranya kau mahu menilik apa yang tersirat dalam suratan hidupku. Selautan simpati tak dapat mengubah takdirnya. Jadi mengapa kau harus tahu? Dari aku dihina kemudian hari, ada baiknya ia disimpan kemas diingatan ini.

Kau pernah mempersoalkannya mengapa bukan? Jelas kau pandang rendah pada aku. Jelas kau memperlekehkan aku. Jadi bagaimana harus aku terangkan segalanya?

Tak mengapa sayang. Aku dah biasa begini. Aku sudah lali. Aku ada ubat pelali itu. Dan biarkan aku begini.

Cerita Lama Amyz