Isnin, 30 Jun 2003

Sure heboh & Charlie's Angels.

"Kak lang, temankan aku ambil spek ye? Aku nak beli barang sikit. Kita gi tengok Charlie's Angles ndak?"

Permintaan kak teh sangat jarang. Dan aku tak pernah hampakan dia. Lalu hujung minggu sudah, aku habiskan masa bersamanya. Bukan susah sangat. Drive dan temankan ke mana dia mahu. Itu saja.

Sabtu, ke Kotaraya ambil spectacles yang dia tempah. Dah siap. Katanya malam-malam tak berapa nampak. Oh ye, first gaji la katakan. Macam-macam mahu dibelinya. Aku cuma teman dan pandang saja. Opss.. Gaji aku belum masuk lagi. :-( Selepas membeli beberapa barang, kami ke Karnival Sure Heboh TV3. Nampak macam best. Aduh, selautan manusia disitu. Tak larat aku nak menempuhnya. Kami jalan-jalan. Makan-makan. Gelakkan orang. Oh ye, aku apply streamyx tm net. Katanya lebih laju. Nak bagi modem percuma. Installation percuma. Cuma bayar monthly fee je la. Kita boleh online internet 24-hours. Tak ganggu talian telefon. Macam best. So, aku pun apply la. Happy je mamat tu bila aku agree to apply. Sib baik indian. Kalau malay... Ahaks!!

Balik bila kaki aku dah tak larat nak jalan. Takut nanti tak boleh nak drive. Bila sampai tempat aku parking kereta. Kereta aku kena block. Sebab aku parking kat tepi jalan je. Ada lah 3 kereta yang nak balik trapped, including kereta aku. At last, ada mamat terror, dia tolak kancil yang block kereta dia ke depan sikit untuk beri ruang kereta dia keluar. He did it! Satria dia lepas. Ah, kalau satria dia lepas, kancil aku mesti lepas punya. So, aku reverse, yeah! Aku dapat keluar. Kak teh menjerit-jerit suka. Cayalah!! Aku angkat tangan tanda terima kasih kat mamat satria tu. Sampai rumah pukul 10:30pm. Tak de la lambat sangat kan? Mak tak cakap apa sangat. Sebab aku keluar dengan Kak Teh. Ehehe..

Ahad, keluar lagi selepas Asar. Nak tengok Charlie's Angels. Dalam kereta, baru nak buat decision hendak ke mana. Mulanya hendak ke Midvalley. Tapi takut sesak. Another choice is Mines. Tapi cam tak happening gitu. Ahaha.. At last kami ke Midvalley saja. Tak de la sesak sangat. Cuma bersesak sewaktu beratur membeli tiket. Masa tu baru la nak menyesal tak booking tiket. Dah terlambat. Tapi alhamdulillah, dapat tengok tayangan pukul 7:10pm

Sedangkan kami sampai disitu pukul 6. Barisan l. Taklah depan sangat. Ahaha!! Besh betul. Kak teh seronok betul dia nampaknya. Puas hati dapat tengok Charlie's Angels. Sebab dia minat sangat kat Cameron Diaz. Bagi aku cerita tu memang best. Aku enjoy tengok Charlie's Angels ni.

Habis Charlie's Angels, balik rumah. Tengok konsert sure heboh plak kat tv. Ha, satu family aku berkumpul. Hmm.. Heboh la kat rumah tu.. Seheboh-heboh karnival tv3, sure heboh kat rumah aku bersama adik-beradik, ,mak dan ayah lagi best! ;)

Next week, jalan-jalan ke melaka bersama family. Tak sabarnya nak tunggu sehingga Jumaat ini. :)

Isnin, 23 Jun 2003

Tak Baik Marah-Marah

Adik aku, kak teh, cakap kalau nak awet muda, bangun pagi perkara pertama dia buat ialah senyum. Itu bagus. Motivasi kepada diri supaya positif menghadapi hari. Kalau tengok cerita spice & sugar, ketua cheerleader tu bangun pagi, berkata pada diri sendiri di cermin, "good morning sunshine, today is wonderful day in your life". Memotivasikan diri penting untuk kita bersedia menghadapi apa saja dugaan hidup.

Tapi, pagi tadi aku dah 'ter'marah (morning sickness? Hoi! Aku belom kahwin!!). Dan aku dah 'ter'hilang mood. Sampai sekarang aku rasa tak best. Sebab aku hilang keyakinan nak hadapi hari. Dah lah marah, kemudian aku tak baca doa sebelum memandu ke tempat kerja. Dan aku memandu laju serta bahaya. Aku patut bersyukur kerana aku selamat sampai ke tempat kerja. Kalau aku kemalangan, memang padan dengan muka aku. Tapi aku dapat balasan juga. Kepala aku terhantuk waktu aku nak keluar kereta. Berdengung kepala otak aku. Ha, tula.. Marah-marah lagi.

Huuwwaa.. Tak pasal-pasal dah sakit. Puncanya sikit je. Entah kenapa emo aku yang lebih.. Huuwaa.. Tak suka la bad mood macam ni. Padahal pagi tadi dah set dalam minda ni nak hadapi hari dengan tenang dan murahkan senyum sepanjang hari. Hai.. Dugaan betul lah.

Tapi sekarang dah ok sikit kot~ tapi rasa tak best sikit. Agaknya aku dah buat mak kecik hati. Isk.. Isk.. Isk.. Jahat betul aku nih!! :(

Jumaat, 20 Jun 2003

Fikir-Fikir

Semalam. 19 Jun. Pukul 9:00pm. Aku belum balik lagi. Aku masih mengadap pc kesayanganku lagi. Aku masih di ITC. Tapi aku tak keseorangan. Ada ni kawan-kawan aku yang belum balik lagi. Entah apa yang diorang buat aku tak pasti. Aku malas untuk menjenguk mereka. Yang aku tahu ada sebuah pc sedang di pomen oleh kawanku. Mp3 di pcnya dipasang kuat. Subwoofer dia memang power. Sampai rasa bergegar-gegar jantung aku.

Aku rasa bosan untuk melayari web. Aku rasa lenguh untuk berbual dengan kawan-kawan online. Aku tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa. Aku rasa aku macam kurang sihat. Badan dan perasaan. Mungkin aku patut pergi klinik yang kak nett pergi tu. Periksa apa-apa yang tak betul pada aku sepanjang minggu ini.

Aku berteleku atas meja. Aku mengadap pc. Desktop kosong. Macam tu lah fikiran aku. Aku tak fikir apa-apa. Aku tak boleh berfikir apa-apa. Aku cuba berfikir dan aku cuba mengimbas balik apa-apa yang berlaku pada aku. Tetiba aku rasa aku ada short term memory lost. Huh? Bahaya tu..

At last, aku kemaskan semua barang-barang aku. Aku balik.

Hari ni, entah kenapa tertinggal punch card pula.datang sikit punya awal. Tapi tak dapat punch card. Teringat masa dah nak sampai opis. Aduh. Careless! Kawan aku pagi-pagi jumpa boss. Hantar borang claim overtime. Entah apa angin boss aku, budak-budak tu kena brainwash. Lepas keluar dari bilik boss, muka monyok je. Kesian pulak aku tengok. Tiba-tiba ada meeting tergempar pukul sepuluh pagi tadi. Mengantuknya la. Aku menguap je sepanjang meeting. Oh ye, lupa nak cakap, tugas kami sewaktu meeting adalah mendengar. Senangkan? Kami dikehendaki mendengar semua pendapat boss. Lupa la. Dia boss rupanya.

Hari ni hari jumaat. Esok hari sabtu. Aku membilang waktu. Bila la pukul 5 ni? Fikiran jahat aku cuba meracun. Hari ni tak bawak punch card. Kalau balik awal pun, sapa pun tahu? Tak boleh. Pak security kat bawah tu catat no plat kereta keluar masuk. Nanti orang boleh trace aku keluar awal. Itu pun kalau diorang nak cari salah aku lah.

Oleh kerana aku baik. Aku balik pukul 5:30. :-)

Hopefully, tomorrow make me feel better.

Rabu, 18 Jun 2003

Bukan Robot

Kalau mawar mekar memutih tak kan tak ada yang sudi memetik
Tetapi kerana ada calar disudut mekarnya dan kumbang memandang jelik
Serta tak sudi untuk meneman jauh sekali untuk berkawan~


Bukan robot.
Badan walau macam mana kuat pun kena direhatkan juga. Komputer yang bijak mana pun ada masanya dia hang. Kereta macam mana laju pun berasap juga enjin.

Semalam otak aku hang. Enjin aku perlukan rehat rupanya. Lantas seharian aku dirumah, qada' semua masa rehat yang aku gunakan untuk aktiviti aku sepanjang 3 minggu lepas.

Sebelum mata terpejam, sempat aku mendengar bebelan emak.
Hah! Tau pun penat. Badan tu bukannye robot.. Bla.. Bla.. Bla..
Zzzz..

Isnin, 16 Jun 2003

Netball & Cerita Student LGTT

Geng Jurnal Ke PD 14 June 2003.
Kau tahu, betapa nervousnya aku bila mengajak ahli geng jurnal ke PD setelah disuruh oleh Rudi. Betapa takutnya aku untuk menerima respon dari GJ. Betapa kelam-kabutnya aku untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Ada masalah yang aku hadapi sepanjang masa ini, tapi alhamdulillah, program ke PD berjaya. Dan aku sangat-sangat berterima kasih kepada mereka yang hadir kerana menyokong aktiviti GJ. Aku amat-amat berterima kasih pada mereka yang sanggup bersusah payah walaupun ada masalah tersendiri, untuk melibatkan diri dalam program ini. Aku amat-amat berterima kasih pada mereka.

Aku tak mahu melaporkan aktiviti GJ di jurnal aku kerana aku sudah pun menulis laporan tersebut di sini :
LAPORAN GENG JURNAL KE PORT DICKSON 14 JUNE 2003

Bola Jaring 15 June 2003.
Semalam seawal 6:30am aku keluar rumah untuk menyertai pertandingan bola jaring zon selayang. First time bagi aku dalam melibatkan diri dengan group mdc netball ke gelanggang perlawanan. Setiap kali kakiku mejejak court, saat itu aku nervous. Takut aku tidak dapat menjadi player yang baik.

Kami semua baru 2 bulan training 2 kali seminggu. Kemudian menyertai pertandingan ini. Walaupun tak menang, aku rasa kami dah berikan persembahan terbaik. Dan aku sangat seronok menyertai dapat mdc netball.

Aku rasa kami boleh menjadi lebih baik sekiranya selalu mengadakan friendly-match dengan mana-mana netball team. Insya allah.

Tahniah kepada MDC NETBALL CLUB. Kita dah try yang terbaik. Cuma tak de rezeki je. Kita dah persembahkan yang terbaik dari kita. Soal kalah atau menang, tak jadi hal. Yang penting kita dah bekerjasama dan bersungguh-sungguh. :-)

Student di LGTT.
Aku dah bekerja disini hampir 2 tahun. Dan aku pernah study disini juga selama 3 tahun. Apa yang aku perhatikan student masa kini semakin lama makin advance. Terus-terang aku cakap, aku meluat tengok kelakuan melampau student disini. Satu perkataan yang aku boleh describe pada mereka. Kurang ajar. Tapi bukan semua. Sebahagiannya saja.

Kenapa aku bercakap macam ni? Aku perhati saja apa mereka buat. Apa mereka cakap. Apa saja kerenah mereka. Maybe diorang anggap aku ntah-hapa-hapa-ntah, garang, sombong or whatsoever. I don't give a damn. Yang buleh aku tolong aku tolong. But please. Respect us! That's all.

Aku pun tak tahu bagaimana untuk menegur anak orang ini. Masing-masing dah besar. Tak kan nak marah-marah? Aku bukan kasi diorang makan nasi. Gaji aku pun dari diorang. Tapi tak semestinya diorang bayar dan boleh buat suka hati diorang. Ikut rules la. Mana-mana tempat pun ada rules kan?

Aku tersangatlah marah dengan student yang tak pandai menjaga komputer dan kebersihan open-lab. Ya tuhan, darah aku menggelegak bila masuk open-lab. Sampah bertaburan. Kerusi bersepah. Komputer tak shut down. Komputer hang dibiar begitu je. Itu masa waktu lab nak tutup. Masa lab tengah penuh dengan student, masing-masing macam tunjuk hebat dengan membuka mp3 sekuat-kuatnya macam komputer tu dia yang punya dan lab tu jadi disko tak rasmi mereka. Download program and all virus. Tukar-tukar wallpaper. Seboleh-bolehnya mereka try to hack computer yang technician dah program supaya tak ada student cuba ubah setting komputer.

Chatting. Id kena block. Datang kat itc. Mati-mati menafikan tak pernah chatting. Ingat aku buta-buta ke block id diorang. Aku nampak, aku block la.

Ikutkan hati, aku nak tutup lab tu. Nak format balik computer. Minimizekan program untuk assignment sahaja. Nak macam tu ke?

Nak buat sesuka hati kat komputer. Beli komputer sendiri laa.. Nak chatting, pegi cc laa.. Nak dengar lagu, beli cd laa.. Korang datang sini nak belajar ke, nak menjahanamkan harta kolej?

Go the hell...

Rabu, 11 Jun 2003

Itu Semalam

Sengaja. Semalam seharian keluar. Tak duduk di office langsung. Jejak sekejab untuk punch card, check email dan burn cd. Keluar. Dari one utama ke selayang mall semata-mata mencari nemo. Sengaja. Memang sengaja untuk melepaskan diri dari kurungan lgtt ni. Balik sekejab. Ambil cd yang dah habis burn. Keluar lagi.

Sehingga ke klia aku menjelajah. Seronoknya bawa kereta laju sepanjang jalan menuju klia. Hantar seseorang sebenarnya. Alam gelap. Tanda hujan bakal turun. Duduk di klia memerhati alam. Angin agak kencang. Tapi hujan tak sampai di klia.

Pukul 6, bertolak ke KL semula. Sepanjang nkve clear sehinggalah susur keluar subang. Deretan kenderaan bersusun. Nak elak kesesakan, aku ikut susur keluar subang. Hehe.. Clever nye aku. Fikir dalam hati. Ldp mesti tak sesak. Aku berfikiran amat positif. Malang sungguh. Aku terperangkap dalam kesesakan ldp dari pukul 7 sehingga 8:45 baru aku sampai di area sri damansara. Tak larat aku nak teruskan perjalanan ke cheras. Itc masih ada orang. Jadi aku singgah di office. Oh, boss pun belum balik lagi. Lelah sungguh menekan clutch dan break. Rehat sebentar di itc. Surfing. Check email lagi. Pukul sepuluh, aku balik rumah. Jalan dah clear. Baru la seronok nak bawa kereta laju-laju. Vrooommm...!!

Isnin, 9 Jun 2003

Semalam Birthday Rudi Bluehikari

Berkumpul. Meraikan ulangtahun kelahiran seorang sahabat yang baik tapi sekarang ni suka membuli aku. Iesh.. Tak puas hati betul. Mentang-mentang birthday dia.. Tambah-tambah dia dah ada penyokong setia plak. Eii.. Geram betul..!! Takpe.. Kasik chance. Birthday dia.. Hakhak..

Anyway, semoga tahun ni memberi keberkatan padanya dan semoga tercapai apa yang diimpikan. Amin..

Bring me to life..
Sesaat terleka. Hanyut bertahun lamanya. Sesat haluan. Salah pilihan. Jadi bagaimana harus menghadapi segalanya sendiri? Tanpa ada yang mengerti seribu rahsia dihati?

Orait. Minggu malas sudah berlalu. Tapi mood malas sudah tentunya ada lagi. Tambahan hari ini hari isnin yang mandom. Bangun lambat. Pergi kerja pukul 9 baru sampai. Tertinggal punch card. Hadoii..!! Nak cuci kereta pun, tak cuci-cuci lagik. Tensionnye..!! Entahlah.. Malas.. Malas.. Malas.. Penat.. Penat.. Penat..!!

Oh ye.. Happy birthday Queen..!!

Jumaat, 6 Jun 2003

Minggu Malas

Entah kenapa encik malas menguasai aku sepanjang minggu ini. Malas sangat.. Orang mengadu pc rosak, pc ada virus, pc tak bley masuk network semer aku buat tak tau jek. Aku cakap, kejab-kejab. Nanti saya datang. Tapi aku tak datang. Teruk betul penyakit malas yang menyerang aku sepanjang minggu ni.

Mesti orang yang call aku tu tension gile kan? Kesian kat diorang. Tapi aku gi gak tempat diorang tengok-tengok kan pc diorang semua. Macam hari ni, tengok kan pc En. Mul kat marketing department. Boot failure. Semalam, dari pukul seblas sampai habis lunch hour, aku kat account department buat backup system diorang dan burn dalam cd. Kelmarin, install software yang running kan system ems kat registrar department. Hari isnin, distribute new staff email list kat semua department. Ha.. Jangan ingat tak buat kerja langsung k? Buat.. Cuma tahap kemalasan berada di level maksima.

Entah.. Mungkin sebab boss yang bercuti selama seminggu menyebabkan 'tikus-tikus' di itc ni bermaharajalela. Datang sesuka hati. Keluar sesuka hati. Tak siapa nak tegur dan melarang. Mana tidaknya?

Apa yang merunsingkan aku sebenarnya ialah e-college ni. Diorang macam tak mahu bekerjasama dengan aku. Sejauh ini aku tengok, bantuan aku hanyalah setakat penyediaan tempat, hardware, software dan internet connection.

Atau mungkin kemalasan aku disebabkan oleh ketiadaan sumber inspirasiku disini. Ehehe..

Rabu, 4 Jun 2003

Netball

Kita selalu tertipu dengan sebuah keindahan. Kita mengejarnya. Dan kita dapati kepalsuan disitu. Hampa kan?

Kita yang terpesona dengan keindahan. Kita alpa dengan permata berharga yang ada dalam genggaman kita.

Samalah mencari kaki pelangi hakikatnya hanya titisan air. Keindahan pelangi cuma biasan dari sinar mentari.

Mencari keindahan pada kekurangan lebih berharga dari memuji keindahan yang palsu.

Penat.. Penat.. Penat..
Since join netball team, aku asyik balik lambat je. 2-3 minggu lepas, training hari rabu dan sabtu je. Rabu pukul 8pm. Sabtu pukul 6pm. Sabtu tu tak terasa sangat penat. Hari ahad bleh rilex. But lately ni, sabtu plak ramai yang tak bleh datang. Terpaksa la buat training weekdays. Sebab ada pertandingan 15june ni. Kena la training selalu. Masuk hari ni, 3 hari berturut-turut la aku turun training. Memang stok sampai rumah kol doblas nyer lah. Adeh.. Penat giler. Bangun pagi tak larat rasanya.

Tapi aku seronok. Dah la dah lama giler tak main netball. Last sekali aku join netball time school dulu. Rasanya dekat 6 tahun gak la tak main netball. Memula tu pancit gak la. Tapi lelama, maintain.. Hehehe..

So far, aku enjoy main netball ni. As salah satu aktiviti yang menyihatkan badan. Selain dari memperbanyakkan kengkawan. Serta memperhebatkan skill. Aku harap geng jurnal pun bley tubuhkan team netball atau football atau lain-lain sukan. So that all the member of geng jurnal blh ambil bahagian. Seronok seh...

Then anggaplah sukan sebagai salah satu aktiviti merapatkan silaturrahim antara ahli geng jurnal. Selain dari kita jumpa time gathering atau berronggeng.

Ha.. Sebut pasal berronggeng ni kan, ni orang ajak gi pd ni.. Kang kata tak ajak plak. Tak kan aku nak jemput sorang-sorang thru pm kot? Penat sehhh... Dah ajak semer-semer kat forum. Sila kompemkan kehadiran disinih. Lagik satu, sesapa yang nak ikut, tapi luar kl, kita boleh jumpa kat pd terus la k? Pegi pd ni bukan jemput ahli yang berada di kl jek. Tapi yang luar kawasan barat ni pun bley join gak. Okey? ;)

See you there.. Thank you.. :)

Isnin, 2 Jun 2003

Terima Kasih Sahabat

Aku berada disini kerana semangat yang aku pinjam dari sahabat yang memahami. Aku tegak disini kerana cabaran sahabat yang membenci. Aku berdiri semula kerana cinta yang telah meninggalkan ku. Aku bangkit kerana tertanamnya kasih dari sahabat yang mengasihi. Aku ketawa kerana disekelilingku sahabat yang menghiburkan. Aku berhenti menangis kerana mereka menghadiahkan ku jenaka.

Aku tahu siapa kawan tika duka dan tika aku gembira. Aku tahu bezakan semua itu. Apa pun, aku tetap menghargai kehadiran mereka yang bernama sahabat dalam hidup aku ini. Kerana ada antara mereka memberi erti dalam hidup aku. Menjadi sebahagian dalam hidup ku. Terima kasih sahabat.

Dia pernah datang dan bertanya "kenapa?" pabila melihat air muka yang muram. Terus tersentuh hati. Betapa ada orang yang menyayangi. Malangnya tidak terluah segalanya dengan kata-kata. Cuma air mata. Ah, lemahnya seorang wanita dengan air mata!

Entah. Aku terasa satu lagi kehilangan sahabat yang amat-amat memahami. Yang amat-amat aku sayangi.

Have i told you lately, that i love you?..

Aku rindukan dia...

***

Selalunya kan, kak. Apa yang kita ndak mesti tak dapat kan?

Hmm.. Normal la tu..

Tapi bila yang tak mo tu.. Berdoyonn tibaa...

Ketawa. Cuma tersenyum tawar.

Normal la tu. Kata-kata tu berlegar-legar diruang kepala aku dari hari itu lagi. Fikir-fikir balik. Normal la tu.. Berulang ayat itu menerjah ruang mindaku.

Menghadapi segala macam kekalahan dan kehilangan memang menyakitkan. Tapi apakan daya?

Sesungguhnya allah tidak menurunkan dugaan kepada kamu melainkan kamu dapat menghadapinya.
Bila mana aku rasa aku tak tertahan menghadapi segala macam tekanan. Aku teringat ayat ni dan aku tahu aku sebenarnya boleh menghadapi ujian yang allah turunkan.

Ya Tuhan.. Sesungguhnya aku yang lupa..!

Cerita Lama Amyz