Isnin, 26 Mei 2003

Charmed & Keputusan

Charmed.
Aku mengikuti kisah 3 beradik witch yang cun-cun giler kat ntv7 since season lepas lagi. Lama aku tunggu sambungan cerita ni.

In new season yang baru ditayangkan ni, prue kakak sulung 3 beradik ni mati akibat diserang oleh demon yang digelar Shafts. Leo tidak dapat menyelamatkan Prue sebab dia hanya boleh menyelamatkan Piper. Piper tidak dapat menerima kenyataan Prue telah meninggalkan mereka.

Yang paling buat aku terharu apabila tengok the way Piper menangis-nangis sebab dia tak dapat menerima kenyataan Prue telah mati. Entah macam mana aku pun menangis sekali. Huhuhu.. Emo plak aku tengok citer tu.

Yang mengejutkan, Piper dan Phoebe diberitahu oleh ibunya bahawa mereka mempunyai seorang lagi adik yang bernama Paige. Paige lakonan Rose Mcgowen ni comel sungguh. Padan dengan nama dia, Rose. Mempunyi muka yang sweet dan kemerah-merahan gitu. Hehehe.. Kira Paige ni pengganti Prue la.

Kat Astro dah sampai episod dimana Cole dah jadi demon balik. Kat ntv7 baru je masuk episod 3. Sabar je la.. Takpe, janji dapat tengok. Besh cite Charmed ni. Kelakar pun ada. Sedih pun ada. Yang paling best sekali, yang diorang nak sampaikan, magic bukan segalanya.

***

Kalau simpan seorang diri memang menyeksakan. Kalau diluahkan segala pekung kan terbuka. Payahnya.. Cuba untuk menghadapi hari seterusnya biar tanpa kasih sayang yang pernah mewarnai dunia ini. Cuba untuk melawan segala keperitan. Biarkan segalanya berlaku. Jangan dikesali lagi.

Tapi bila terfikir dan bila fikiran ini terganggu, macam ni la yang terjadi. Payah gak nak melawan bila perasaan berperang sakan. Fikiran serabut. Hati dan iman dah tak menentu. Ada hari dapat menghadapi. Ada hari menangis sendiri.

Sampai bila tak pernah tahu. Cuma harapkan segala ini akan berakhir satu hari nanti dimana kebahagian itu membuat satu senyuman yang kekal selamanya. Insya allah.

***

Harap Maaf. Permohonan Anda Tidak Berjaya.

Sebaris ayat itu sebenarnya mengecewakan aku. Tapi bila kufikirkan kembali, kalau aku sambung study, macam mana aku nak langsaikan hutang kereta ni? Kawan baik aku dapat melanjutkan pelajarannya. Dapat tawaran dari utm. Aku tahu dia amat gembira. Aku pun happy for her. Tapi.. Hmm.. Tak pe la. Tak de rezeki.

Maybe it's better this way. Ada rahmat disebalik yang terjadi. Aku try gak nak sambung study ni. Amik pjj pun pjj la. Janji belajar balik. :)

Please, pray for me..

Jumaat, 16 Mei 2003

Selepas Cuti

Seronok betul kalau dapat bercuti hari ni. Menyambung cuti sehingga hujung minggu. Ramai yang ambil cuti sebenarnya. Oleh kerana aku rajin, aku pun bekerja lah hari ini.

Dua hari bercuti tak buat apa pun. Rest sepanjang hari. Keluar menonton matrix bersama kak nett, abang mie dan kawan-kawan lain. Sekali-sekala tukar angin pergi summit usj pula. Asyik klcc dan midvalley je. Boring.

Duduk office ni ngantuknya. Rasa nak tidur je sepanjang hari. Ada discussion tentang e-college system. Aku pun tak faham lah apa yang diorang dah buat. Boss aku asyik tak puas hati tentang programmer e-college system. Diorang ni pun nampak sangat tak faham tentang proses yang berlaku di kolej ni.

Okay, macam ni. Diorang dah ada satu sistem. Sistem yang mempunyai modul-modul yang asas. Kami mahu ianya di customize mengikut kehendak kami. Sampai kini, hampir sebulan, kami tak nampak adanya customization dalam sistem tu. Yang berulang-ulang ditunjukkan modul yang sama. Modul yang asas. Mana lah boss aku tak berang?

Aku? Diorang tunjukkan kat aku. Aku kisah apa? Bukan aku yang nak pakai sistem tu. Diorang kena demo kat user la. Bukan aku. Apa yang user mahukan diorang kena buat. Bukan mengikut apa yang itc mahukan. Aku cuma admin sistem tu nanti, setelah segalanya selesai. Itu saja.

Tak pe.. We'll wait and see. :-)

Ahad, 11 Mei 2003

Bowling & Sambung Study

Join aktiviti GJ bermain bowling di Taman Bukit Jalil. Tak sangka pula ada tempat beriadah yang besh kat tempat terpencil macam tu. Pertukaran tempat saat akhir, aku rasa susahkan ahli yang hadir lambat. Lebih-lebih lagi yang datang dengan kenderaan awam. Tapi, mie dahpun tinggalkan nombor telefonnya di forum, that's mean kalau betul-betul hendak join aktiviti semalam, mereka walaupun dah sampai di endah parade akan jumpa juga kami yang menunggu di LRT Bukit Jalil dalam masa lebih dari setengah jam. Aku pun dah sampai kat endah parade semalam. Aku datang lambat semalam. Pukul 12 lebih aku bertolak dari rumah. Aku jumpa juga diorang yang berkumpul di LRT Star. Jadi jangan cakap korang sampai lambat. Korang tak jumpa GJ. All that is lies. Kalau hendak seribu daya, kalau tak mahu seribu alasan~ ;)

Anyway aku really enjoy walaupun score aku rendah semalam (aku lapar.. Tak larat nak angkat bola. Hehehe..). Next time boleh try lagi. Ramai juga yang datang buatkan tempat itu meriah dengan suara dan tepukan kitorang je. Aha, ada orang yang rasa terpinggir tak? Ehehe..

Aku rasa kalau boleh, kita tetapkan tempat itu sebagai aktiviti main bowling kita. Tempat tu tak sesak. Senang kita nak book lebih dari lima lane. Aku bleh kalahkan abg mie dan spyz kalau aku berlatih bersungguh-sungguh lepas nih. Hehehe.. Tapi aku tak mahu kalahkan napang dengan insyirah. Hakhakhak!! Gurau jek.. Akak, lepas ni kita practice selalu k?

Laporan penuh oleh encik Spyz yang eksyen disini.

MUET (Malaysia University English Test.)

Wajib diduduki oleh calon-calon STP dan pemegang DIPLOMA sebagai salah satu syarat kelayakan untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah. Baru-baru ni di akhbar menyatakan bahawa ujian ini tidak mewajibkan calonnya lulus, tetapi kalau tak ambil, tak buleh dapat ijazah. Lulus atau tak belakang kira, janji ambil.

MUET bertujuan untuk menguji pemahaman, penulisan, pendengaran serta percakapan calon-calonnya. That's mean ada 4 paper. Listening, Speaking, Reading and Writing.

8 May 2003, aku menduduki peperiksaan pertengahan tahun 2003 MUET. Paper 800/2 iaitu Speaking. Aku bersama dengan Fitri. Dia nak sangat sambung degree, sama seperti aku. Paper 800/2 ni kena Speaking. Heheh.. Lain dari SPM, seorang demi seorang yang kena bercakap. Tapi MUET, in group of 4. Kami diberi 2 task. Task pertama, individual presentation. Task kedua, group discussion. Individual presentation, diberi masa sebanyak 1 minit membaca soalan. 2 minit prepare. 2 minit untuk nyatakan pendapat kita tentang topik yang diberi. Group presentation, 2 minit prepare. 10 minit untuk berbincang tentang topik yang diberikan. Maybe ada orang yang argue tentang pendapat kita, tapi keputusan diakhir perbincangan adalah semuanya bersetuju. Kalau tak bersetuju, alamatnya ambil lebih dari sepuluh minit la. Lepas sepuluh minit, pendapat kita tak kan diterima. Alhamdulillah, aku dapat bercakap.

10 Mei 2003 pula, aku ke Sekolah Menengah Seri Ampang sekali lagi untuk menduduki kertas berikutnya, 800/3 Reading, 800/4 Writing dan 800/1 Listening. Alhamdulillah, aku dapat menjawab semua soalan dengan mudah.

Esok 13 May 2003, selain daripada hari jadi kak Nett, keputusan permohonan kemasukan ke IPTA lepasan STP/Setaraf akan diketahui. Doa-doakan lah aku berjaya. Untuk menggenggam segulung ijazah.

Selasa, 6 Mei 2003

Selesai Fasa Pertama

Alhamdulillah. Selamat fasa pertama. Pertunangan adik lelaki aku. :-) bertunang juga akhirnya pada 4 mei hari tu. Alhamdulillah. Apa lagi yang patut aku buat selain mendoakan kebahagiaannya? Giliran aku? Usah ditanya. Aku tak ada jawapannya. Kak long, kak ngah dan adik-adik aku tampak gembira. Abang-abang ipar aku, usah ditanya. Sentiasa gembira je. Mak dan ayah, aku tak pasti apa perasaan mereka. Nampak gembira. Tapi entahlah. Sedih sikit kot.

Khabarnya, mereka bakal disatukan selepas setahun tarikh pertunangan. Tapi semua itu akan dibincangkan kemudian hari. Aku harap mereka berbahagia. Itu saja..

Selesai satu perkara. Ada banyak perkara belum selesai lagi. Malah belum bermula pun. Dari mana harus aku mula sebenarnya. Take a deep breath. Try to start. But, there's 'something' stop me. And i never ever know what it is. *sigh*

Cerita Lama Amyz