Selasa, 29 April 2003

Kerja. Kerja. Kerja

Programmer dari Perspective Globe dah sampai. Mengambil partition aku untuk tempat mereka develop our new system. Maknanya, sekarang aku tak mempunyai tempat duduk tetap. Menumpang sekejab di bilik technician. Luas sikit kat sini. Tapi very open. Pc aku semer orang bleh nampak. No privacy. But for temporary only. Ok la sikit dari tak de tempat langsung.

Mereka duduk ditempat aku yang telah diubah suai itu lebih kurang sebulan. Modul asasnya dah siap. Cuma nak customize sistem tu agar menepati kehendak pengguna. Semalam baru install oracle developer. So far, so good. Tugas aku menjadi perantara pengguna dan programmer. Apa yang dikehendaki oleh pengguna, aku sampaikan pada programmer tu. Aku rasa time ni aku kena belajar sesuatu yang baru. Oracle. Very interesting.

Aku dan member aku ada discuss tentang me'minimize'kan kesalahan typing dalam kes entering record. Mengenalpasti beberapa field untuk dijadikan sebagai selected item. Experience mengajar aku. Tak mahu ambil contoh jauh-jauh. Kesalahan typing dalam EMS cukup membuatkan aku menepuk dahi, menggelengkan kepala. Manusia kan? So, we decide to make this things easier for user. Yang peningnya, administrator lah nanti! Nasib.. Nasib..

Bz la jugak minggu lepas. Tambah-tambah pc aku buat hal. Eh, bukan pc aku buat hal. Aku yang buat hal ngan pc aku nih. Kesian pc aku. Sayang pc aku.. Muah! Muah! Eish!! Jangan ler tengok aku cium pc aku nih. Malu la aku!!

Last week, kononnya nak install software yang bleh canggihkan pc aku ni. Selalunya software-software macam ni kena beli. Argh! Tak kira. Nak pakai gak! Nak canggihkan pc aku gak!! Download dari internet. Install dulu, then aku cari crack dia. Crack ni selalunya ada serial number untuk software-software tanpa perlu membeli software tersebut. So, aku download la crack software yang aku dah install dalam pc aku nih.

Huh! Memang malang. Mungkin itu balasan orang yang tak mahu membayar perkhidmatan orang lain. Dalam kata lain, asyik nak barang free jek. Orang lain penat-penat buat software, aku senang-senang gi hacker software dia. Hah! Yang aku download adalah satu application yang merosakkan system pengoperasian aku. Pergh!! Tensen!! Tak de cakap banyak. Drive C aku kena format balik. Luckily, aku ada 3 partition dalam 20G hard disk aku nih. Format C je cukup ler.. Lagipon mende tu tak kacau sistem dalam drive lain. Kalau dia kacau sistem dalam drive lain, mau menangis aku!! Uhuhuhu.. Sedih.. Sedih.. Tension.. Tension.. Dah la kelam kabut ngan system developer dari PG tu lagi. Pc aku tak habis configure lagi. At last, semuanya settle. Alhamdulillah..

Selasa, 15 April 2003

Kerja Yang Melambak

Kebelakangan ni, kerja di ITC semakin banyak. Tambahan pula, satu sistem akan dibangunkan di LGTT ni untuk menggantikan sistem EMS aku tu. Jadi, proses-proses analisis dan kajian-kajian sedang dijalankan yang amat-amat memerlukan perahan otak dan tenaga yang bukan sedikit.

Sistem baru ini dirancangkan akan lebih memenuhi keperluan pengguna. Compatible dengan hardware. Sistem ini sepatutnya memudahkan pengguna. Menyenangkan kerja. Untuk membangunkan sistem ini, LGTT telah bekerjasama dengan satu company software developer dari luar. Menjadikan aku sebagai perantara antara LGTT dengan company ini. Currently, kami di LGTT sedang membuat carta alir dan proses-proses yang dilakukan oleh setiap jabatan sebelum segalanya dimasukkan kedalam sistem baru yang bernama E-College. Mesyuarat ada tiap-tiap hari untuk memastikan proses yang akan dimasukkan benar-benar menepati kehendak pengguna.

Kerja-kerja teknikal mana pernah habis. Settle satu, rosak dua, settle dua, huh! Hang satu lab. Pergh! Kesian aku tengok diorang yang bertungkus-lumus menyelesaikan satu demi satu masalah pc-pc kat LGTT ni. Aku tak terkecuali membantu. Kalau ada orang call, minta servis pc, kenalah aku pergi. Kasihan dengan team member ITC dan kasihan juga pada student yang nak menggunakan pc. Apa-apa pun kami di ITC sedang sedaya-upaya berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik. Hehehe..

Last week, aku tolong member aku troubleshooting komputer dari working lab. Yang setengahnya teruk dikerjakan oleh student-student yang advance. Rename directory windows ke nama lain. Sabar je la aku. Terpaksa format balik dan install kembali semua application yang digunakan oleh student. Bukan satu pc. Tapi 4. Sampai member aku pelik. Apesal la aku jadi rajin sangat. Aik? Rajin pun salah ke?

Internet connection. Mungkin bosan dengan leased line yang lembab, boss aku mengambil keputusan untuk menaiktarafkan sambungan internet dari leased line kepada wireless. Laju sikit. Kerja-kerja menaiktaraf pula memakan masa yang lama. Orang yang membuat kerja tu pula, kejab datang, kejab hilang. Datang sehari. Empat hari hilang. Entah bila nak siap. Dan kerana itu, tak ada internet di sini since last 2 week. Terpaksa meminjam sambungan internet dari lagi satu bangunan LGTT iaitu di Wisma Ilmu yang sambungan internet nya telah pun dinaiktaraf. A little bit slow la. Bagus ada dari tak de langsung. Boleh lah nak surfing sikit-sikit.

Tentang kerja, sesiapa pun merasa apa yang aku rasa. Penat. Tension. Stress. Sakit hati. Dan macam-macam lagi. Aku rasa tak elok aku nak luahkan kemarahan dalam jiwa ini di jurnal. Adat la. Cuma macam mana cara kita menghadapi dan menanganinya. Berbeza. Ada orang buat muka masam. Ada orang hempas-hempas barang. Ada orang main game. Ada orang tulis kat jurnal. Hehehe.. Terpulang pada diri sendiri. Asalkan orang lain dapat terima cara kita. Jangan sampai orang lain terkena tempias kemarahan kita cukupla.

Dan entah mengapa akhir-akhir ini semangat aku melakukan kerja makin kurang. Bukan setakat kerja dipejabat, kerja dirumah pun aku buat ala kadar saja. Mood hilang entah dimana. Aku sendiri tak tau. Tekanan betullah!! Sampai nak update jurnal pun susah. Eish.. Tekanan.. Tekanan..!!

Agaknya dah lama tak pergi bercuti. Otak pun dah naik tepu. Bosan tu kira dah sampai tahap dewata raya. KL ni apa ada? Shopping complex. Cinema. Pub. Kedai kopi mahal. Bangunan tinggi-tinggi. Semuanya ada. Semuanya lengkap. Dari barang yang paling mahal hinggalah barang yang paling murah. Sesuai untuk mereka yang inginkan hiburan. Gila membeli-belah. Bangga dengan kemewahan. Tapi dimana tempat untuk orang seperti aku yang inginkan kedamaian? Ketenangan? Ada dirumah sebenarnya. Dan sebab itu aku jarang keluar. Pergi kerja-balik kerja. Sabtu ahad duduk rumah. Lepaskan segala lelah. Kalau ada kawan-kawan ajak keluar, barulah aku keluar. Itupun tengok mood dan keadaan. Kalau dah tiap-tiap minggu dirumah pun boring gak. Ingatkan nak pergi bercuti. Sebulan sekali pergi ke. Paling dekat kawasan perkelahan Ulu Yam. Tapi aku ni dah dekat 3 bulan tak pergi luar daripada KL yang sesak ni, buat otak bertambah tepu. Entah bila agaknya peluang tu datang pun aku tak pasti. Takpe lah. Someday ada la tu.

Jumaat lepas, pergi interview untuk satu jawatan di jabatan kerajaan. Bersama kak net. Satu tempat temuduga. Alhamdulillah. Temuduga berjalan lancar. Aku dapat menjawab setiap soalan dengan yakin. Berkat doa mak dan ayah yang bersungguh-sungguh mahukan aku kerja di jabatan kerajaan agaknya. Dan bila ditanya tentang kesanggupan aku dihantar ke tempat seperti Johor ke, Melaka ke, aku jawab Insya Allah boleh. Sebab dia lihat profil aku menunjukkan aku masih tinggal di bawah pengawasan ayah. Manalah tau. Tak boleh jauh dari mak. Katanya. Aku senyum.

Ayah yang bekerja di luar KL menelefon aku pada malamnya. Bertanya tentang temuduga yang aku hadiri. Suaranya ku dengar ceria dan gembira bila aku katanya segalanya berjalan lancar. Kalau dapat dihantar ke Melaka lagi bagus katanya. Boleh aku duduk di rumah ayah disana. Ayah ada sebuah rumah teres di Taman Tun Rahah, Melaka. Disewakan. Tapi ada masalah pula. Si penyewa tidak membayar sewa selama dekat setahun. Ayah telahpun memberi notis keluar pada si penyewa. Rumah teres 3 bilik. Paling kurang di KL, sewanya dalam 600 lebih. Tahu berapa ringgit ayah aku letak sewa? RM280!! Tu pun tak mampu nak bayar? Aku tak tahu apa masalahnya sampai setahun tidak berbayar. Entahlah. Tak paham aku.

Hmm.. Kalau ada transport dan rumah. Aku rasa tak jadi masalah aku nak duduk di Melaka. Lagipun KL-Melaka bukannya jauh. Hujung minggu boleh balik KL. Tengoklah macam mana. Kalau ada rezeki, aku akan pergi. Doa aje lah.

Tapi macam mana study aku pula? Hmm.. :-( ni yang buat aku confuse dan binggung nih. Nak belajar ke nak kerja? Isk. Aku nak sambung degree sebenar-benarnya ni. Tapi dapat tawaran kerja kerajaan bukannya senang. Macam mana ye? Adeh!! Confuse.. Confuse.. :-(

Cerita Lama Amyz