Rabu, 26 Mac 2003

Amyz Tengah Marah

Maafkan aku andai kata-kata ini amat akan menyakiti hatimu. Aku perlu luahkan segalanya yang aku rasa..

Adakalanya aku rasa aku tak harus meminta maaf dari sesiapa pun.
Kecuali aku tahu aku ada buat salah pada seseorang.
Kau tentu tak kenal siapa aku.
Aku adalah seorang yang tidak suka mencampuri urusan hidup orang lain
Terutamanya orang yang aku tak kenali.
Aku tak pernah mengganggu urusan orang lain. Kebahagiaan orang lain.
Atau mengganggu-gugat hubungan orang lain. Tak pernah aku cuba untuk
Memporak perandakan silaturrahim orang lain.
Selama ini aku mengawal segala tingkah laku atau perkataan aku
Agar tidak mengganggu kebahagiaan orang lain.
Selama ini aku kawal segalanya kerana tak mahu menyakiti hati orang lain.
Terutamanya orang yang tidak aku kenali.
Kalau orang yang aku kenali, lain cerita lah..

Aku pernah kawan dengan ramai orang. Aku punya kawan yang terdiri dari setiap lapisan umur.
Setau aku, aku cuba menjaga hati kawan-kawan aku dengan baik.
Kalau aku ada buat salah, aku cuba membaikinya. Agar tiada hati yang terluka.
Kalau kawan aku lelaki. Aku hormati dia dan setiap pandangan dia.
Kalau dia ada awek, aku layan dia biasa. Takkan nak lebih-lebih kan?
Tak kan nak lukakan hati perempuan lain?
Macam mana aku layan kawan-kawan lelaki aku yang ada awek.
Bukan tak ramai. Tersangatlah ramainya.
Layan biasalah! Karang ada yang cemburu lah. Tak paham ke?
Aku jaga diri aku. Jaga diri aku agar tidak menyakiti hati orang lain.

Dan selama ini, selama aku tidak mengenali kau,
Walaupun kita duduk bawah bangunan yang sama.
Adakah aku pernah menyakiti hati kau?
Adakah aku pernah mengganggu kebahagiaan kau?
Adakah aku pernah mencampuri urusan hidup kau?

Tak pernah bukan?

Serious!
Aku tak kenal pun kau.
Aku tak pernah mengenali kau.
Aku tak kisah pun tentang hal kau.
Lantak kau lah.
As long as kau tak kacau hidup aku~

Tapi kau~
Kau telah mengganggu hidup aku yang selama ini aman. Bahagia. Damai.

Apa aku buat?
Aku diam.
Aku sabar.
Aku senyap.
Aku tahan segalanya sendiri.

Aku tak tahu bagaimana harus aku lakukan?
Adakah aku harus marah atau memaki kau?
Adakah aku boleh tersenyum dan menyapa kau?
Atau haruskah aku memaafkan engkau?

Kalau lah orang lain mengganggu hidup kau
Sepertimana kau merampas kebahagiaan aku.
Apa yang kau akan lakukan?

Aku tak fikir kau boleh tersenyum padanya
Sepertimana aku boleh mengukir senyum pada kau.. :-)

Kau sedar kau telah mengganggu hidup aku.
Tahu pula kau ye?
Kau sedar tak yang kau mencipta satu derita dalam hati aku ni?
Tahu tak?
Sedar tak?
Faham tak?

Antara kau, aku dan dia.
Ada dua orang tak sedar diri disini. Kau dan dia.
Kalau aku buat salah, dia tak patut buat aku macam ni.
Dan kau tak patut campur dalam urusan aku dan dia.

Huh! Suka hati engkau la..

Isnin, 24 Mac 2003

Cerita Hari Sabtu

Bangun tidur terasa tak sedap badan. Barangkali semalam tak menjamah sebarang makanan. Balik lambat pula tu. Kepala berat satu macam. Niat nak sambung tidur. Tapi tak mahu mak marah. Paksa diri bangun. Mandi. Tolong mak mengemas rumah. Tak larat betul badan ni. Tapi aku habiskan juga kerja satu demi satu. Cuma perlahan sikit lah. Selalunya kerja rumah ni pukul sebelas dah boleh habis. Tapi hari ni pukul satu, baru habis masak semua.

Kepala aku macam dah tak betul dah. Mata aku asyik berair. Hidung tersumbat. Sepanjang hari aku senyap. Mak suruh aku buat. Nenek suruh aku buat. Lemah satu badan. Tak suka!! :-( malam lepas maghrib, terasa denyut kat kepala makin kuat. Sakit sangat. Air mata mengalir-alir keluar. Aku tahan denyut kepala seolah nak letupkan kepala ni. Bergolek-golek atas katil. Sampai aku terlelap.

Dah lama tak kena macam ni. Aku pun tak tahu kenapa. Agaknya dah lama tak sakit. Lagipun cuaca tak menentu. Tengahari panas membakar, petang pula hujan selebat alam. Atau tekanan kerja yang melampau sepanjang minggu. Tak pun antibodi badan dah berkurangan.

Hari ahad. Dirumah.

Bangun tidur. Sakit sudah kurang. Tapi mata bengkak akibat menangis malam tadi. Badan rasa lemah lagi. Yang tak sedapnya bertambah satu lagi. Sakit tekak. Aduh.. Tak selesanya.. Selesai menyidai kain, timbul satu lagi penyakit. Sakit dibahagian perut buat aku tahu aku kan menjadi orang yang paling sensitif didunia ini dalam seminggu ini. Perit. Pedih.

Hari ni,

Batuk menyerang tanpa belas. Menyakiti kerongkong. Menyeksa tekak. Menyesakkan dada. Dugaan betul la.

Isnin, 17 Mac 2003

Bebaskan Aku

*Thanks hayazi for the lovely gift :-) thanks a lot!! Muah! Muah!*

Lapar rasa macam nak makan. Tapi terlalu malas untuk berjalan. Mak cakap, kalau malas, sendiri yang rugi. Betul tu. Kalau malas makan, kebulur la nanti. Lepas tu mesti sakit perut. Lama-lama boleh kena gastrik. Ok. Kejab lagi pergi makan ok?

Pagi tadi masa membonceng motor kak nett, nampak burung terbang melayang-layang. Fikir aku seronok burung itu terbang melayang-layang. Bebas. Ya, bebas..

Aku mahu bebas sebenarnya. Terlalu lama aku terkongkong dan terkurung. Ada sangkar yang tak terlihat dimata kasar. Aku cuma mahu bebas dari segalanya. Beban. Seksa. Derita dan luka.

Aku duduk dalam kotak yang menyeksa dan menyempitkan minda aku. Mahu saja aku pecahkan kotak ini, agar aku boleh temui sesuatu yang baru. Sesuatu yang lain dari biasanya. Sesuatu yang menambah pengetahuan dan pengalaman aku.

Merdekakan minda. Jiwa. Kosongkan segalanya. Bebaskan segala ikatan. Lebih senang aku pergi. Lebih mudah aku sembunyi. Lebih pantas aku berlari.

Tak kisah sepi atau sendiri asalkan aku bebas mencari sesuatu yang pasti. Mudah ku kejari segala impian yang tinggi.

Satu hari nanti, aku akan bebas dan kau tidak akan menemui aku didaerah ini lagi. :) doakan aku

Khamis, 13 Mac 2003

Abang Nak Bertunang

(Abang = adik lelaki yang setahun muda dari aku. Panggil dia abang sebab dia anak sulung lelaki dalam family aku.)

Itu yang aku dengar sewaktu aku sibuk menukar-nukar channel astro lepas balik dari kerja. Kak ngah, kak long, mak dan ayah sibuk berbincang. Abang seperti selalu. Tersengih-sengih dan tak banyak cakap. Abang harun dan abang mie menyampuk bila perlu. Dan seperti selalu menyakat si abang. Tak pun menyakat mak. Paling diorang suka sakat, kak teh~ kesian..

Abang nak bertunang!
Air muka mak nampak begitu ceria. Kak ngah yang becok makin banyak bercakap. Itu ini. Dulang berapa. Kain la.. Telekung la.. Cincin la.. Kak teh sekali-sekala menyampuk. Abang tunjukkan cincin untuk tunangnya pada kak teh. Aku ambil dan tengok. Okela kot. Entah. Aku tak minat emas. (lain la platinum, ia boleh membuat mataku terbuka luas) kak long cuma mengiakan kata-kata kak ngah. Gelak, gelak.

Tiba-tiba..
"kak lang, majlis abang nanti, mak nak buat sekali ngan ko. Ada orang berkenan ngan ko, mak terima aje. Buat sekali ngan abang" usik mak.
Gila! Fikirku. Aku kerut kening. Cuba buat selamba. Riak muka aku buat mak tertawa. Ayah pun gelak. Huh! Gelakkan aku!!
"kalau mak buat gak. Kak lang lari dari rumah!" demi allah. Jawapan itu spontan~
Dan mungkin menggeletek hati mereka. Lantas seisi rumah itu gelakkan aku. Huh! Tak kelakar pun~
"bendul betul la kak lang ni~" abang. Kalau tak mengutuk aku, tak sah. Abang gelarkan aku bendul. Sampai betul hati dia. Ye la. Dia adik aku. Dia dah nak bertunang. Dia dikira melangkah bendul. Anyway, aku tumpang gembira sebab adik aku kan bertunang dengan gadis pilihannya. Bukan calang-calang orang. Ustazah. Hmm.. Sejuk perut mak. Ayah pun senang hati.

"bendul betul la kak lang ni~"
"sapa-sapa yang masuk meminang, mak terima aje.."
"carilah lelaki yang kaya. Ko kan materialistik. Nanti ko boleh pakai benz." sepanjang malam aku dihantui kata-kata itu. Aku sedih sebenarnya~

Kisah cinta dalam family aku cukup simple. Kak long jumpa abang harun lepas spm. Kahwin pada tahun 2000. Tak tau la apa dugaan dia, tapi hubungan mereka kira berjalan lancar la gitu. Kak ngah. Dia cantik. Ramai orang nak kat dia. Memula dulu dia ada kawan kat n9. She left that boy and married abang mie yang kerja satu tempat dengannya. Mak. Mak juga cantik. Berlambak-lambak orang minat kat dia. Sampaikan posmen pun minat kat dia. Tambahan nenek punya ramai anak angkat. Kebanyakkan lelaki yang meminati mak termasuk ayah aku. Suka sama suka. Kahwin la. Ayah. Setau aku, mak the first and last he loved. Abang pulak. Hmm.. Orang handsome. Ramai perempuan minat. Tapi persekitaran dia since dia form 4 sampai sekarang adalah lelaki. Aku tak yakin dia punya kisah luka dalam hidup dia. Jumpa kekasihnya di alam siber. Dan kini, merancang untuk bertunang. Kak teh? She left a guy sebab that guy macam tak de cita-cita. And sampai sekarang lelaki tu tunggu dia. Tapi kak teh kata dia belum sedia untuk bercinta. Simple bukan?

Aku?

Aku mungkin bernasib baik dalam pelajaran. Aku dapat keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan. Aku dapat sambung belajar di kolej. Aku grad. Aku pergi konvo. Aku dapat kerja yang sama dengan bidang yang aku belajar. Kerja ok. Tension tu biasa. So far, alhamdulillah. Dan aku bersyukur.
Aku ada ramai kawan yang baik. Macam fitri, rin, zirah, kak ana, sofea, razen, faizal, rizal, fendi waktu dikolej dan aku punya geng jurnal sekarang. Kawan sekolah still keep in touch cuma tak selalu.

Dan seharusnya, apa lagi yang aku harapkan? Hidup aku ternyata bagus dan gembira.

*

*

*

*

*

*

Love..
I let the love i had go..
And
He's gone..
Leave me all alone..

Nobody said it was easy
It's such a shame for us to part
Nobody said it was easy
No one ever said it would be this hard
Oh take me back to the start
(the scientist by coldplay)

Jumaat, 7 Mac 2003

Kawan Yang Hilang

Mana dia menghilang agaknya? Aku rindu pada dia. Tawanya. Jenakanya. Usikannya. Dan kegilaannya. Rindu pada sebuah ikatan persahabatan yang terjalin. Mana dia? Aku tertanya sendiri. Mungkin dia telah menjadi invisible man..

Mana mungkin aku boleh melupakannya? Kau tahu aku buat apa tadi? Aku gunakan namanya dan keyword-keyword yang berkaitan dengannya, aku mencarinya di google. Hasilnya? Dapat juga cari cebisan-cebisan jurnalnya. Cuma cebisan. Kebanyakannya, tak dapat. Dia delete agaknya. Aku save semua dalam satu folder. Sayang sekali dia menguburkan hasil tulisan yang baik dalam perut tripod begitu saja.

Selama ini aku senang bersahabat dengan dia. Dia yang aku kenal, dia seorang yang baik. Seorang yang independent. Seorang pemikir dan penulis yang baik.

Ada satu masa yang dia pernah datang ke rumah aku. Menangis dibahuku. Satu waktu yang lain, dia datang ke rumahku semula, dan aku menangis dibahunya.

Kehilangan dia buat aku gelisah sebenarnya. Ada kepincangan terlihat disini. Ada renggang disini. Mana harus aku cari? Mana harus aku ikat kembali? Entah. Aku tak pasti. Apa dia buat saat ini? Apa yang ditempuh selama ini? Juga aku tidak tahu. Kejam aku membiarkan dia sendiri. Sahabat apa aku ini?

Aku sedih. Kerana kehilangan dia. Mengapa mahu menghilangkan diri? Apa yang terjadi, seharusnya kita tetap bersahabat. Jangan kata kau lakukan satu kesalahan. Tidak. Kau lakukan sesuatu untuk dirimu sendiri. Jadi mengapa persahabatan ini harus terhenti? What you have to do is.. Explain. That's all. Aku tahu semua orang boleh menerimanya.

Rabu, 5 Mac 2003

Konflik Diri Sendiri

Nak update.. Nak update..
Mata mengantuk. Tapi tak boleh tidur. Tadi dah makan. Tapi rasa lapar. Berkisar-kisar atas katil. Cadar remuk-remuk jadinya. Tapi mata masih terkebil-kebil.

Tak update.. Nak update..
Nak bercakap atau menulis. Otak dah buntu. Tangan terasa kaku. Bibir dah kelu. Lepas tu malas makin menguasai diri. Tak perlu buat apa-apa. Tak ada kepentingannya.

Nak update.. Tak update..
Termangu-mangu. Minda ligat memikirkan pada perkara yang terjadi lewat kebelakangan ini. Dan ianya makin menghimpit diri. Masih ada yang dengki. Masih ada yang tak berpuas hati. Dan masih ada yang membenci...

Kena update ni..
Bila tutup jurnal sementara, banyak pula idea nak tulis. Bila dah publish balik. Tetiba otak jadi buntu balik. Tension aku memikirkannya.

Nak gi update.
Buat apa memikirkan orang yang tak memikirkan tentang kita? Buat apa yang jaga hati orang yang tak menjaga hati kita? Mengapa fikirkan tentang mereka yang menyakitkan hati? Kenapa rusuhkan hati tentang orang yang tak pandai menghargai? Biarkan.. Biarkan pergi. Jangan biarkan ia mengganggu lagi..

***

Daun itu gugur dan kering
Tapi bukan seperti itu kasih ini
Dahan itu rapuh dan patah
Juga bukan seperti itu sayang ini

Tidak jua ianya kekal abadi
Kerana pasti ada yang berubah nanti
Tapi selagi ianya subur dalam diri
Harapan agar ianya dihargai..

Cerita Lama Amyz