Isnin, 24 Februari 2003

Ingin Bersamanya

Dalam hati ini sebenarnya terlalu ingin bersama mu. Terlalu ingin disayangi oleh mu bagai waktu dulu. Ya tuhan, berikan aku kekuatan. Kau tahu aku tak punya kekuatan untuk hidup tanpa mu. Tetapi aku tak mampu melihat kau menjadi seorang lelaki yang kejam. Biarkan kau melukai aku. Tetapi tidak orang lain. Cukuplah. Aku telah merasai perit luka itu.

Kau tahu apa perasaan ku bila kau katakan kau mahu bersamaku? Sungguh, demi tuhan, aku gembira. Aku terlalu gembira. Dan aku rasa amat bahagia. Tapi rasa itu tidak lama. Bila aku memikirkan ada orang lain lebih memerlukan dirimu, haruskah aku mementingkan diri ku sendiri? Haruskah aku hidup bahagia diatas air mata orang lain?

Mengapa aku harus memikirkan tentang orang lain? Mengapa harus aku berkorban? Mengapa? Kenapa harus aku memikirkan tentang orang yang pernah melukakan? Mengapa? Pengorbanan jenis apakah ini? Hukuman jenis apakah ini?

Kerana belas kasihan ini. Kerana peri kemanusiaan ini. Ya tuhan, sungguh, aku tak sanggup membina kegembiraan di atas sebuah kehancuran. Di atas air mata seorang hawa yang lain.

Tapi ya tuhan, aku benar-benar menyayanginya. Ingin bersamanya. Mahu hidup bersamanya. Selamanya. Berilah petunjuk dan hidayahmu. Ya tuhanku, apa yang harus aku lakukan? Aku benar-benar keliru dengan kebahagiaan yang bakal aku genggam. Adakah ia milikku selamanya atau hanya sementara?

Berikanlah aku petunjuk dan petanda mu ya allah. Ampunilah segala dosa aku selama ini. Ya allah, kiranya dia ditakdirkan menjadi milik ku. Kau tetapkan dia menjadi milikku selamanya, aku akan tinggalkan segala kelakuanku yang boleh melukakan hatinya. Aku kan setia padanya. Aku kan jujur padanya. Dan aku kan menjadi kekasih yang tebaik untuknya. Amin..

Kasih, benarkah kau mahu bersamaku?
Begitu, datanglah padaku. Hilangkan resahku. Tenangkan jiwa ini. Kembalikan cinta kita. Pulihkan luka derita ini dan jadilah kekasihku selamanya...

Jumaat, 21 Februari 2003

Ingin Lari

Aku ingin lari dari segala-gala yang menyakitkan hati ini sebenarnya. Aku mahu tinggalkan segalanya yang melukakan. Tapi adakah aku melarikan diri dari masalah yang membelenggu diri ini?

Adakah segalanya akan selesai dengan melarikan diri? Adakah aku kan damai dengan melarikan diri? Adakah aku kan tenang dengan melarikan diri?

"kau tak kan boleh melarikan diri dari masalah. Sebab ia akan sentiasa mengekori kau selamanya.. Baik kau settlekan.." kata seorang kawan.

Tapi bagaimana harus aku selesaikan? Bagaimana harus aku tenang? Bagaimana?

Kau senyap. Kau membisu. Bagaimana harus terjawab segala persoalan? Keliru aku dibuatnya. Aku ingin membuat pertimbangan sewajarnya. Mengikut akal aku yang waras. Bukan mengikut hati yang amarah.

Jadi. Aku membuat keputusan untuk meninggalkan daerah ini. Meninggalkan segalanya. Untuk membina satu hidup disana.

Rabu, 19 Februari 2003

Bosan

Bosan gila aku kat sini. Bosan sangat. Gila pun tak bosan macam ni. Aku je yang bosan gila. Tension. Benci. Boring. Stress. Gila. Gila. Gila....

Mahu keluar dari sini. Mahu lari dari segalanya yang menyempitkan. Menyesakkan. Merimaskan. Memaksa aku membenci keadaan. Membenci diri sendiri.

Aku tak suka berada dalam dilema. Aku tak suka bila tiba dipersimpangan. Aku sukar membuat pilihan. Aku benci bila ditanya sesuatu yang aku tak pasti. Aku marah bila ditanya tentang suatu yang sukar aku selesaikan. Aku benci. Benci kerana aku tak dapat menyelesaikannya.

Aku boleh selesaikan aturcara. Aku boleh selesaikan rumus math. Tapi apabila mendapat masalah yang tidak memerlukan rumus atau kod aturcara tak dapat aku selesaikan, aku jadi orang yang sensitif. Jadi orang yang baran. Cepat marah. Dan emosi.

Pergi atau aku pergi. Lepaskan atau aku sendiri melepaskan.
Mudah benar terusik hati ini. Murah benar air mata ini. Mudah benar terluka sendiri.

Aku tahu segalanya pasti akan selesai satu masa nanti. Cuma masa yang akan menentukan. Dan aku harus bersabar serta berdoa agar allah sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah kepadaku dan kepadanya.

Selasa, 18 Februari 2003

Luahkan Segalanya

Adakalanya keadaan memaksa seseorang melakukan tindakan diluar jangkaan. Ini semua kerana dia tidak mahu dibelengu pelbagai masalah. Kerana dia tidak tahu bagaimana harus dilakukan bagi menyelesaikan segalanya. Maka terjadi lah perkara-perkara yang tak sepatutnya berlaku ataupun kelakuan yang boleh menyinggung dan mengecewakan orang lain.

Kan allah berikan kita akal untuk berfikir. Kenapa kita tidak mahu menggunakannya? Kenapa kita harus membiarkan diri kita dibelenggu masalah? Aku tahu berkata atau cakap memang mudah tapi untuk melaksanakan dan melakukan adalah perkara yang susah dan payah dibuat.

Waras dan siumankan fikiran. Fikir sebelum bertindak. Jangan diturutkan hati dan nafsu yang pastinya akan memusnahkan segalanya. Menyesal dikemudian hari tiada gunanya lagi..

Apa pun masalah dapat diselesaikan kiranya kita mahu menyelesaikan. Jika menemuni jalan buntu, serahkanlah segalanya pada yang esa. Mintalah petunjuk dan hidayah darinya. Semoga kita tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajarannya. Semoga kita dapat menghadapi segalanya dengan redha dan tenang.

Kiranya ada sesuatu yang tersembunyi itu
Katakan lah agar tidak lagi menjadi ragu

Kiranya ada sesuatu yang menyentuh hati
Katakan lah agar tidak menjadi dendam memakan diri

Katakan lah..
Agar ku tahu rahsia disebalik tiap renunganmu
Tiap manis senyumanmu
Rahsia disetiap bait kata yang tidak
Pernah aku fahami
Tidak pernah aku selami

Dendam atau kasih engkau miliki saat ini?
Benci atau cinta yang engkau beri pada diri ini?

Katakan..
Luahkan..
Bisikan..
Agar jiwa ini jua damai
Dari segala sesalan..

Jumaat, 14 Februari 2003

Hari Kekasih

Valentine. Satu hari yang kebanyakan muda-mudi menganggap sebagai hari yang istimewa. Satu hari yang kebanyakan orang anggap hari yang tidak harus @ haram untuk diraikan oleh muslim. Satu hari yang ada orang anggap ianya menyanjung salah seorang paderi kristian. Satu hari dimana kebanyakan orang kita ini mengikut sangat budaya barat.

Valentine. Si gadis bangga mendapat sekuntum bunga. Si lelaki bangga dapat membuat temannya gembira. Hari ini dianggap istimewa.

Adakah kita menyambutnya? Bergantung pada niat. Kalau niat kita sekadar menunjukkan kasih sayang kita pada orang yang kita sayang, itu tak salah. Tunjukkan kasih sayang bukan sekadar pada kekasih. Tunjukkan lah sayang kita pada sahabat dan keluarga. Aku rasa ianya lebih bermakna.

Tapi takkan la kita nak tunggu 14 Februari baru nak cakap kita sayang kat orang tu. Hari-hari lain buat donno jek.. Hari-hari lain asyik nak memarah jek. Alamatnya, tahun depan, bye-bye la..

Apa-apa pun, kita berharaplah, kita jagalah, kita berdoa agar kita tidak menyimpang jauh dari landasan Islam. Okey?

Difficult problem.
Tension!! Itu yang dapat aku describe sekarang. Otak aku dah beku. Dan aku tak tahu apa yang nak dibuat lagi. Apabila bertemu dengan orang yang memendam segalanya didalam hati tanpa mahu meluahkannya. Dan membuat hidup ini semakin keliru, tersepit serta serba-salah.

Adakala pilihan ditangan pun sukar untuk ditentukan. Kau dah ada pilihan ditangan kau. Ambil atau buang. Jangan biarkan dia tergantung-gantung macam tu. Entah apa yang difikirkan. Aku tak mengerti. Aku tak fahami.

Dosa apakah harus aku dihukum sebegini?

Selasa, 11 Februari 2003

Berangan

Berbicara tentang imaginasi dan realiti. Semua orang berimaginasi. Aku selalu berimaginasi. Tentang apa yang berlaku dalam hidup aku akan datang. Biarkan pun aku tahu realiti nya mungkin mustahil. Tapi aku tetap berimaginasi. Agar aku dapat berfikir positif tentang hidup.

Kau tahu apa yang sering aku imagine? Aku imagine kalau aku dah ada satu kerja tetap after aku dapat degree. Tak pon aku ada imagine aku punya syarikat sendiri. Tak pon aku ada bisnes sendiri. Kerja bz sepanjang hari. Gi meeting la. Outstation la. Seronok.. Seronok.. Kerja dalam bidang yang aku minat. Lebih-lebih lagi dalam bidang komputer ataupun sistem. Tak pun aku imagine, aku buat satu software. Jual merata-rata tempat. Nak ganti bill gates rasanya. Hehehe.. Seronok.. Seronok..

Then, aku imagine aku kahwin. (he.. He.. He..) Ada anak comel. Tapi percaya tak kalau aku cakap, aku tak pernah imagine rupa husband aku. Ekekeke.. Ye la.. Mana ada pakwe? Camne nak imagine husband. Kah.. Kah.. Kah.. Nak suruh anak aku panggil aku ibu. Panggil husband aku abah. Ajar anak-anak aku tentang dunia dan akhirat. Kalau boleh tak mahu aku angkat tangan pada anak ku. Mahu jadi ibu yang mithali. Mengajar anak sebaiknya. Menjadi sahabat pada anak-anak ku. Menegur kesalahan mereka sebaiknya.

Then, aku imagine aku mahu jadi isteri yang solehah. Nak solat berjemaah dengan husband. Minta maaf setiap kali habis solat. Masakkan makanan kegemaran dia. Layan dia sebaiknya. Kucup tangannya setiap pergi dan balik kerja. Dan lain-lain lagi. Baik dengan keluarganya. Menyayanginya sepenuh hati. Segalanya demi suami tercinta. Cewwahh!!

Aku juga imagine aku duduk kat rumah mana. Pakai kereta apa. Ada i-mac. Ada library kecil kat rumah. Ruang tamu cantik. Bilik-bilik aku hias cantik-cantik. Perabot yang besh. Tak mahal tak pe. Janji nampak kemas dan cantik. Dapur yang bersih. Ada bilik tamu dan bilik solat untuk jemaah sefamily. Dan memacam lagi aku imagine nak cantik dan indahkan syurga dunia aku.

Tapi realitinya aku tahu bukan mudah aku melaksanakan segalanya tanpa usaha yang gigih. Tanpa tawakal padanya. Tanpa berserah padanya.

Namun aku cuba jadi insan yang terbaik dalam hidup aku, hidup suami dan hidup anak-anak aku. Insya allah. Aku mahu jadi wanita solehah.
Jadi aku perlukan lelaki yang memimpin aku yang pernah memilih jalan yang salah dalam hidup ini. Itupun kalau ada.. :-(

Lelaki, kau pemimpin. Pimpin lah wanita ke jalan allah. Jangan kau letakkan nya di jalan yang tak diredhai nya.

Jumaat, 7 Februari 2003

~Terima kasih~

Terima kasih atas ucapan-ucapan hari lahir dalam guestbook, email ataupun sms yang rakan-rakan gj kirimkan. Terima kasih sekali lagi.. Thanks a lot~ :-)

Tak de kerja nih.. :-)

Selasa, 4 Februari 2003

Semalam Tukar Usia

I'm turning 23!!
Happy Birthday To Me~~ :-)
I bought myself -
LOTR Fellowship Of The Ring Original VCD.

Advance gift (02/02/03)
From heri - slacks u2.
Then
Gift at 03/02/03
From syafiqah (adik bongsu) - dia bagi aku jeruk kegemaran aku. Thanks sweetie!!
From mom - sponsor blouse & skirt.
From gj - little pooh bed lamp.
Tq.. Tq.. Tq.. :-) :-) :-)
Thanks to my mom, dad, kak teh and family
And all friends wished me happy birthday~
Thanks a lot!!

Seawal pukul 12 tengah malam~ handphone berbunyi~ kalau last year dia menjadi orang keempat mengucapkan selamat hari jadi pada ku, tapi tahun ini dia menjadi orang yang pertama. Terima kasih heri. Kemudian berturut-turut mesej sampaikan inbox aku full. Aku ingat nak simpan, tapi tak boleh dan terpaksa delete mesej-mesej tu semua. Sorry. :-(

Temankan mak gi jaya jusco taman maluri bersama kak long, kak teh & fiqah. Hmm.. Bila dah keluar gi shopping complex memang tak sah kalau tak shopping. Hmm.. Oleh kerana hari special, aku beli baju kemeja, skirt labuh dan some privacy things.. Hehehe.. :-) mom sponsor half. Lepas tu aku naik lrt ke kl.

Celebration? Keluar bersama kak net di temani tuk gawo & pipet. Makan-makan. Borak-borak. Ambil gambar. Tengok orang tenet kat taman klcc tu. Tengok wayang. Minum-minum. Dan balik..

Thanks for spending time for me.. Thanks for sending sms for me and calling me.. Thanks for wonderful presents.. Thanks for remembering my birthday.. Thanks for make me laugh, smile and happy.. Thanks for being wonderful friends i ever had in this world!!.. Thanks for everything.. :-) ~

Cerita Lama Amyz