Ingin Bersamanya
Dalam hati ini sebenarnya terlalu ingin bersama mu. Terlalu ingin disayangi oleh mu bagai waktu dulu. Ya tuhan, berikan aku kekuatan. Kau tahu aku tak punya kekuatan untuk hidup tanpa mu. Tetapi aku tak mampu melihat kau menjadi seorang lelaki yang kejam. Biarkan kau melukai aku. Tetapi tidak orang lain. Cukuplah. Aku telah merasai perit luka itu.
Kau tahu apa perasaan ku bila kau katakan kau mahu bersamaku? Sungguh, demi tuhan, aku gembira. Aku terlalu gembira. Dan aku rasa amat bahagia. Tapi rasa itu tidak lama. Bila aku memikirkan ada orang lain lebih memerlukan dirimu, haruskah aku mementingkan diri ku sendiri? Haruskah aku hidup bahagia diatas air mata orang lain?
Mengapa aku harus memikirkan tentang orang lain? Mengapa harus aku berkorban? Mengapa? Kenapa harus aku memikirkan tentang orang yang pernah melukakan? Mengapa? Pengorbanan jenis apakah ini? Hukuman jenis apakah ini?
Kerana belas kasihan ini. Kerana peri kemanusiaan ini. Ya tuhan, sungguh, aku tak sanggup membina kegembiraan di atas sebuah kehancuran. Di atas air mata seorang hawa yang lain.
Tapi ya tuhan, aku benar-benar menyayanginya. Ingin bersamanya. Mahu hidup bersamanya. Selamanya. Berilah petunjuk dan hidayahmu. Ya tuhanku, apa yang harus aku lakukan? Aku benar-benar keliru dengan kebahagiaan yang bakal aku genggam. Adakah ia milikku selamanya atau hanya sementara?
Berikanlah aku petunjuk dan petanda mu ya allah. Ampunilah segala dosa aku selama ini. Ya allah, kiranya dia ditakdirkan menjadi milik ku. Kau tetapkan dia menjadi milikku selamanya, aku akan tinggalkan segala kelakuanku yang boleh melukakan hatinya. Aku kan setia padanya. Aku kan jujur padanya. Dan aku kan menjadi kekasih yang tebaik untuknya. Amin..
Kasih, benarkah kau mahu bersamaku?
Begitu, datanglah padaku. Hilangkan resahku. Tenangkan jiwa ini. Kembalikan cinta kita. Pulihkan luka derita ini dan jadilah kekasihku selamanya...