Jumaat, 31 Januari 2003

Hujung Januari

Januari sampai kepenghujungnya. Kisah luka dan duka adakala merantai jiwa. Gelisah. Resah. Marah. Tapi dengan mudah pergi begitu saja biarpun hati berdarah-darah dibuatnya.

Kedatangan Februari bersama dengan kehadiran seseorang. Inikah yang aku nantikan? Inikah yang aku impikan? Inikah kebahagiaan? Aku tak pasti. Namun siapakah yang mampu menolak sejalur sinar didalam kegelapan?

Hati ini resah. Jiwa ini parah. Luka ini barah. Tapi mengapa kalimah dari bibirnya saja dapat memulih merawat semua ini? Payahnya menjadi seorang pecinta. Pedamba cinta. Perindu setia. Sukarnya..

Tidak ada niat di dalam hati untuk membalas segala derita yang pernah dialami. Tidak terlintas untuk memulangkan kembali luka pada insan yang pernah menyayangi dan disayangi.

Cuma salahkah menerima huluran kasih insan yang lebih menghargai, menyayangi dan mengasihi diri ini?

Keliru dibuatnya. Takut bila memikirkannya. Apakah harus terluka hari ini dari menangis diwaktu kemudian? Atau terlalu lamakah aku menjadi buta?

Pohon hidayah pinta petunjuk dari Yang Esa. Benarkanlah sekali ini pilihan aku tidak akan melukakan diri lagi. Benarkanlah aku melihat rahmat yang tersembunyi selama ini. Benarkanlah.. Aku memohon dari Mu Ya Allah..

Semoga tidak lagi ada yang terluka. Tiada air mata kan mengalir. Tiada hati yang disakiti. Insya Allah.

We Rip Ourselves Goodbye
In search of love.... Meaning :

Having to sacrifice. Either to let certain things go, or to let the person you love go.

Most of the time, love is all about sacrifices. And to tell you the truth, I am not fond of love. My heart has become bitter eversince he left me for another girl, and eventhough I dont expect anything from him, but what happened to me just made me a different person... Taken from aisha blackcoremagic

Selasa, 28 Januari 2003

INSPIRATIONAL QUOTE

"It takes less time to do things right that to explain why you did it wrong."
~ Henry Wadsworth Longfellow~

"Each day holds a surprise. But only if we expect it can we see, hear, or feel
it when it comes to us. Let's not be afraid to receive each day's surprise,
whether it comes to us as sorrow or as joy. It will open a new place in our
hearts, a place where we can welcome new friends and celebrate more fully our
shared humanity."
~ Henri J. M. Nouwen

"The minute you settle for less than you deserve, you get even less than you settled for."
~ Maureen Dowd

"No fortune or fame the world offers or desires satisfies the soul. So, set
your sites higher."
~ Joyce C. Lock

"Take the most difficult challenge you are now facing and turn it into the
greatest opportunity to grow simply by changing how you see it. Dead ends then
become turning points."
~ Bob Perks

"The best way to cheer yourself up is to try to cheer somebody else up."
~ Mark Twain

"Flatter me, and I may not believe you. Criticize me, and I may not like you.
Ignore me, and I may not forgive you. Encourage me, and I will not forget you."
~ William Arthur Ward

"Don't be afraid to give your best to what seemingly are small jobs. Every time
you conquer one it makes you that much stronger. If you do the little jobs well,
the big ones will tend to take care of themselves."
~ Dale Carnegie

"When one door of happiness closes, another opens; but often we look so long at
the closed door that we do not see the one which has opened for us."
~ Helen Keller

"Do not wait for ideal circumstances, nor the best opportunities; they will
never come."
~ Janet E. Stuart

"One of the sanest, surest, and most generous joys of life comes from being
happy over the good fortune of others."
~ Archibald Rutledge

kerja orang malas- copy-paste aje.. :)

Isnin, 27 Januari 2003

Kena Leter

Lately ni, Kak Long & Kak Ngah selalu ingatkan (leterkan) aku~ ingatkan aku agar sedar aku ni makin tua. Tak kan nak enjoy aje. Diorang suruh aku beli aset. Untuk kesenangan aku. Kereta atau rumah. Atau apa-apa aset untuk masa depan aku. Diorang kata, aku ni asyik enjoy. Duit tak simpan. Macam tak de masa depan. Dah le tak de boifren. Gaji tak de ribu-ribu. Bonus pun tak de. Suruh aku cari keje lain. Kata aku malas nak gi walk-in, malas nak hantar resume, bla.. Bla.. Bla.. Bla.. Lagik-lagik.. (aku dah tak dengar dah sebab aku blah gi tempat lain)

Yes ma'am.. Aku faham. Aku tahu. Cuma tak boleh la nak buat semer benda serentak. Matilah aku. Dah le gaji aku ni setakat cukup-cukup makan je. Beri aku ruang untuk bernafas seketika. Boleh kan?

Memang aku nak beli kereta sendiri. Rumah sendiri. Siapa yang tak mahu ada aset? Semua orang nak. Tapi semua itu kena plan. Kalo tak plan, nanti memacam masalah yang timbul. Terutama kalau soal kewangan. Aku tak mampu nak pinjam-pinjam sana-sini semata-mata nak dapatkan sebuah kereta. Aku rela susah daripada berhutang sana-sini.

Semua itu memang kena hutang pun. Baik kereta atau rumah. Aku cuba untuk dapatkan semua tu. Tapi aku kena tunggu kewangan aku kukuh dulu. Baru aku berani nak beli tu beli ni. Tunggu la aku dapat kerja yang baik sikit. Kerja yang sesuai dengan bidang aku. Kerja yang aku minat. Kat sini, aku minat. Aku suka kerja kat sini. Tapi terlalu banyak internal problem. Terlalu banyak ........ Entahlah. Malas nak cerita problem kat sini. Sakitkan kepala je.

Nantilah, gaji aku dah naik ribu-riban nanti, aku pakai le kereta. Aku beli lah rumah. Bukan tak mahu. Tapi belum masanya lagi. Aku cuba usahakan untuk semua itu. Insya allah.. :)

-------------&&&&&&-------------

Dengar lagu terbaru Ferhad berjudul Pernah, buat hati aku tersentuh. Liriknya begitu mengusik hati. Lagunya pun ringkas saja. Vokal Ferhad pun bagus. Nanti aku nak beli CD terbaru Ferhad ni. Tak rugi kalau beli kalau ada lagu-lagu yang bagus. Hopefully, aku tak menyesal beli CD Ferhad ni. Sebab aku nak beli yang original~ ;)

Aku pernah jatuh cinta,
Kerana cinta, diriku merana.
Aku pernah bahagia..
Kata manisnya buat ku terpedaya..

Khamis, 16 Januari 2003

Pening. Pening.

Server, pc, staff lab, student lab, software, ems etc.. Etc.. Bertimpa-timpa masalah kat itc ni. Semakin hari semakin banyak masalah. Semalam, aku dapat memo dari student. Minta betulkan pc kat working lab student sebab banyak sangat pc breakdown. Aduh dik.. Aku memang kesian kat diorang. Tapi.. Aduhai.. Entahlah.. Aku pun tak tau nak settlekan yang mana satu. Sebab terlalu banyak.

Sama seperti team member aku. Ke hulu-hilir settlekan problem pc orang. Bukan setakat student, lecture, staff dll lagik lah. Printer, network, software, hardware. Hmm.. Entahlah. Entah bila problem pc ni boleh diselesaikan. Aku pun tak tau.. Dari pagi sampai petang, aku tak duduk kat office. Check pc sana. Check pc sini.

Kalau boss masuk pula, membebel ntah-hapa-hapa-ntah, nak buat tu. Nak buat ni. Nak settlekan tu. Nak settlekan ni. Current problem tak settle lagi. Kerja makin bertambah. Team itc makin tension. Then, team itc dah bertambah sorang. Perempuan. Ok lah. Cuma dia aku tengok tak berapa minat dengan it thing. Dah kerja, jadi macam terpaksa buat. Hehe.. Ntah la. Tengok je lah berapa lama dia dapat bertahan.

Server admin ada problem. Tak boleh nak masuk langsung nt tu. Isk.. Isk.. Susahnya hati. Registrar department bising la. Sebab ems tak boleh run. Lagipun sekarang pendaftaran student baru and semester baru dah start. Mak oii.. Banyaknya masalah. Nasib baik, kitorang dah asingkan sistem account at the different server. Kalau tak, bertambah ler problem kitorang. Aku tak tahu bila server ni boleh running balik. Abg fairuz tengah bertungkus lumus sampai overtime hari-hari sebab nak betulkan server tu. Kesian aku tengok. Aku nak tolong, tapi aku tak reti. Kang jadi tikus membaiki labu pulak.

Boss aku masuk hari-hari untuk menambahkan beban kerja. Baru-baru ni, tugasan baru kitorang, cari maklumat tentang pc-pc yang dipakai oleh kerani-kerani & head of school. Mana-mana pc yang bagus akan ditukar ke lab staff. Nak kasi kerani-kerani kat lgtt ni pakai pc yang performance paling minima. Kalau boleh, word aje yang diinstall dlm pc tu. Kesian kat kerani-kerani tu. Pc yang ok akan dimasukkan ke dalam lab staff dan digunakan oleh lecture-lecture yang hari-hari complaint pc kat staff lab tu dah teruk. Walhal, aku rasa baru 3 bulan lepas itc dah service lab tuh. Ntah macam mana diorang guna pun aku tak tau. Ni lah orang kita, kalau benda free memang cepat jahanam. Tak mahu jaga langsung bila gunakan pc. Tak mahu shut down. Buka email ada virus. Tekan reset button bila hang. Tangan tu memang sentiasa memandai-mandailah. Bila rosak, marahkan itc. Eii.. Tensionnya aku!!!

Sama macam student. Satu open lab. Ada 30 pc. Yang boleh pakai, lebih kurang sepuluh je. Ya allah.. Sabar je lah dengan student ni. Bila rosak marah kat aku. Diorang yang pakai. Pakai la elok-elok. Jagalah pc tu macam pc orang. Bukan pc sendiri. Ni tak. Diinstall entah hapa-hapa. Di download entah hapa-hapa. Di buka entah hapa-hapa. Di delete system file. Di buka itu. Di buka ini. Tangan tu gatal benar!! Kalau aku dapat sapa orang nya, rasa macam nak kerat-kerat je tangan dia. Huh! Sabar amyz.. Sabar..

Dah lah. Nak balik. Malas nak membebel!! Tension!!

Isnin, 13 Januari 2003

Bercuti Di Fraser Hill

Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi


Kak Long, Kak Ngah dan Kak Teh ajak turun. Menikmati udara fraser hill. Aku memilih untuk duduk di beranda. Menikmati udara fraser hil disitu. Gelak tawa mereka terdengar sayup-sayup ditelingaku. Bunyi kereta kawalan jauh milik abang azmie menderu-deru laju. Sekali-sekala berlanggar dengan penghadang jalan. Suara abang harun mengutuk-ngutuk abang azmie jua terdengar. Diiringi gelak tawa zaim.


Janganlah dinanti pada yang telah pergi
Hanya luka lamakan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi


Ayah, emak dan adik bongsu aku ke pekan Fraser Hill. Berjalan-jalan. Mungkin juga hendak membeli barang satu-dua cenderamata. Biarlah mereka menikmati percutian ini dengan gembira. Aku masih berdiri diberanda rumah. Nyamannya angin dingin milik Fraser Hill ini. Aku seakan lupa segalanya. Tiba-tiba bagaikan tersedar dari mimpi, aku bingkas bangun untuk menunaikan suruhannya. Ya Allah, ampunilah kelalaian aku ini..

Apalah yang hendak di kata
Sudah suratan takdir yang menentukan
Ooh..oh..inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah

Indah sungguh pagi di Fraser Hill. Setelah mandi dan sarapan pagi, 2 kereta bergerak menjelajahi Fraser Hill. Singgah di tempat menunggang kuda. Hmm.. Sayang sekali, kuda sakit. Kalau tidak boleh menunggang kuda. Tertarik dengan permainan panah disitu atau mungkin pengaruh Legolas LOTR terlalu kuat terhadapku, membuatkan aku cuba memanah. Semacam satu kepuasan pula bagi aku. Ayah, abang azmie, zaim dan syafiqah tertarik. Bergilir-gilir mencuba. Seronok rasanya.

Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan


Satu tempat diatas bukit. Keluar dari kereta. Pasang telinga. Ajaib sekali bunyinya. Terpukau aku seketika. Bunyi alam semulajadi. Bunyi yang tidak pernah aku dengari. Itulah bunyi ungka bersahut-sahutan. Aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan seperti apa bunyi ini. Bagai satu komunikasi antara mereka yang sukar untuk difahami. Tapi yang aku tahu, ianya memang indah.

Apalah yang hendak di kata
Sudah suratan takdir yang menentukan
Ooh..oh..inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah


Sepanjang jalan yang seperti ular dipalu, buat kepala aku berpusing. Aku melelapkan mata, cuba meredakan pening kepalaku. Nasib baik aku beli asam sebelum bertolak pulang tadi. Kalau tak, mungkin isi perut aku terkeluar. Aduh.. Kenapalah jalan ke tempat peranginan seperti ini?

Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan


Sebelum melelapkan mata, aku terfikir. Mengapakah masa itu terlalu cepat berlalu. Mengapa masa yang indah itu sangat pantas meninggalkan aku terpinga-pinga, seolah tidak menerima kenyataan hari ini? Entahlah.. Dunia ini hampir kiamat barangkali. Mungkin esok, mimpi indah aku menjadi kenyataan, bukan lagi mimpi ngeri..

Sabtu, 11 Januari 2003

Cuba Menceriakan Hati

Malam tadi keluar bersama seorang kawan yang baru aku kenal thru YM. Suka tersenyum dan buat aku tertawa. Cute and sweet.

Makan di keramat AU. Sambil berbual-bual. Suka benar dia mengusik aku. Tertawa melihat wajah aku berubah-ubah marah-malu. Namun aku tersenyum kembali. Terhibur hati melihat senyum dan tawanya. :-)

Awak, terima kasih ye.. ;-)

Keluar rumah. Mendongak ke langit. Mendung menyelimuti bumi. Sedikit tergesa ayah menghantar sehingga ke sogo. Kak nett menunggu sabar. Sepanjang perjalanan aku memeluk tubuh. Rintik hujan makin lebat sepanjang jalan menuju ke kepong. Sejuk dibasahi hujan.

Hari pertama dibasahi hujan di tahun baru ini. Hehe.. Apa nak buat, naik motor.. Tak apa lah. Janji sampai opis.

Semalam kak ngah dan suami bertolak ke fraser hill. Dah book satu appartment disana. Untuk percutian keluarga. Kak long dan suami beserta kak teh dan zaim bertolak pagi ini ke sana. Dan kejab lagi ayah menjemput aku disini.

Percutian ini bersempena menyahut kempen kerajaan. Cuti-cuti malaysia. Pergilah bercuti. Semuanya ada disini. Betul.. Di malaysia ini punya banyak tempat percutian dan tempat peranginan. Seronok. Apalagi dapat pergi bersama keluarga.

Hmm.. Seronoknya bercuti.. Tiap-tiap minggu nak gi bercuti la. Keluar dari kuala lumpur yang sesak nih. Release all tension away!! Best ape.. Nak ikut tak??

Jumaat, 10 Januari 2003

Kehilangan

Semalam kak nett telah kehilangan muhamad hadinya. Entah tercicir. Entah dicuri. Yang pasti kali terakhir aku melihat muhamad hadi ialah di dalam kereta aku. Sewaktu kak net mendapat mesej dari usunghero. Sewaktu kereta aku membelok simpang masuk ttdi. Kak nett menangis. Tapi dia ketawa. Aku confuse. Redhakah dia akan kehilangan muhammad hadinya itu? Aku tahu dia sedih. Ini kerana dia memasang mp3 seperti perpisahan terasing, bunga-bunga cinta dan dimanakan ku cari ganti, setelah kami sampai di opis.

Kehilangan. Dapat ditafsirkan dengan macam-macam. Ada orang kehilangan barang atau harta benda. Ada orang kehilangan deria atau anggota badan. Ada orang kehilangan orang. Iaitu kehilangan orang yang dikasihi, seperti mak, ayah, saudara mara ataupun kekasih..

Hidup kita sebati dengan keadaan sekeliling kita. Dan bila satu masa itu, kehilangan membuatkan kita rasa kekurangan. Tak lengkap. Tak sempurna hidup kita. Kita akan rasa sedih atas kehilangan itu. Tambah-tambah ianya bagai dah sebati dengan hidup kita. Pelengkap hidup kita.

Tak bermakna hidup kita berakhir dengan kehilangan itu. Mungkin kita bersedih. Mungkin jua kita kecewa dengan kehilangan yang tidak pernah kita pinta.

Namun apa-apa pun, kita tetap menghadapi seribu macam kehilangan sepanjang hidup kita.

Doakan saya tabah menghadapi kehilangannya.
Doakan kak nett cepat dapat pengganti muhamad hadinya..

Selasa, 7 Januari 2003

Luar KL

Aku telah berada di luar kesesakan kuala lumpur. Rasanya seperti tidak mahu kembali disini. Tapi kena balik juga. Banyak urusan perlu diselesaikan.

Sepatutnya aku gembira disana. Sepatutnya aku membuang jauh-jauh keresahan itu. Sepatutnya aku memikirkan apa menggembirakan aku disana. Seharusnya aku tinggalkan segala-gala rasa keperitan itu bersama bumi kuala lumpur sewaktu aku ke sana.

Tapi aku memikirkan keadaan akan berubah bila aku kembali disini. Di kuala lumpur. Memikirkan aku kembali untuk menjadi orang yang kecewa. Memikirkan keadaan disini tidak akan menjadi sama seperti disana. Keindahan itu tak kan dapat dikecapi disini lagi.

Sesungguhnya aku gembira disana. Seakan aku lupa segalanya disana. Aku telah mengukir memori indah disana. Sungguh indah.. Tapi memori itulah yang akan mengguris hati aku bila aku kembali disini.

Ingin sekali aku lari dari rasa keresahan-keperitan ini. Yang mengganggu-gugat kedamaian hati ini. Menjadikan aku seperti patung bernyawa yang tidak berperasaan. Dan menjadikan aku membenci semua adam. Astaghfirullah.. Bila jiwa resah, iblis datang menyucuk jarum kebencian. Ya allah, berikan aku kekuatan..

Namun sayang sekali.. Kebahagian itu belum lagi menjadi milikku..

Khamis, 2 Januari 2003

Hutang.

Ada hutang yang perlu diselesaikan. Jangan ambil ringan soal hutang ini. Kalau mati nanti, menjunjung hutang dikepala. Seksanya allah saja yang tahu.

Tahun ni, aku kena selesaikannya juga. Parah aku menanggungnya terlalu lama. Biar berdikit-dikit tiap bulan pun. Janji aku bayar. Tak sanggup aku nak menjunjung hutang mara rm30 ribu di kepala ku di akhirat kelak.

Okeh, amyz. Bayar pelan-pelan ok? Jangan tak bayar langsung. Tak pasal-pasal nama terpampang di akhbar. Bila dah keluar akhbar, baru terkocoh-kocoh nak membayar. Macam tu la manusia. Malu dengan manusia lain. Dengan tuhan tak tahu malu, kan?

Hutang mara satu hal. Satu hal lain, study. Nak ambil degree ni. Kalau boleh tahun ni. Kalau tangguh lama-lama nanti berkarat otak ni. Sementara ada minat, baik aku study. Nak sambung degree pun banyak cabarannya. Kena usaha lebih sikit. Sebab aku kena ambil muet untuk kelayakan sambung degree. Kalau daftar before 14 januari ni, exam muet bulan jun. Lepas exam muet, baru boleh apply degree. Tak boleh daftar muet lepas tu, terus apply degree. Aku sebenarnya nak settle kan satu-satu. Ok tak?

Satu hal yang lain lagi, kancil abg ipar bakal menjadi milikku. Eh.. Jangan ingat free.. Aha! Kena sambung bayar. Huh? Duit lagik!! Abg ipar kena ambil kereta wira 1.8 ayah. Sebab ayah dah dapat kereta wira yang baru. Wah, banyaknya kereta kat rumah aku...!! Ala.. Kancil tak laju la ayah.. Hehehe..

3 benda wajib diselesaikan tahun ni. Kena baik-baik. Kena jaga-jaga. Terlari sikit bajet, aku nak mintak sapa top-up kan? Hahaha.. Tak mau susahkan ayah dan mak lagi.

Wajib tu amyz.. Wajib!! Tetiap bulan mesti ada reminder! Bayar duit mara! Gi sambung studi! Bayar duit kereta! Ingat tau! Ingat!!

Rabu, 1 Januari 2003

Happy New Year 2003

Dah melangkah masuk ke tahun yang baru. Tahun 2003. Semoga kedatangan tahun baru ini lebih bermakna. Lebih bahagia. Lebih gembira.

Apa yang aku harap, tak banyak. Cuma mahu impianku tercapai. Insya Allah. Doakan aku.

Hari terakhir 2002, aku ambil cuti. ;-) Entahlah, malas betul nak pergi kerja dengan wallet yang kering kontang. Huh! Gaji lambat masuk.. Sedih betul sambut tahun baru dengan duit yang tinggal serdak-serdak saja.

Dah la pagi-pagi lagi, belum puas aku tidur sebab kelmarin tidur lambat, kak long kejutkan. Apa lagi, suruh jadi driver la. Katanya mahu buat facial treatment, bayar bil dan tukar sim card 64k maxis. Mentang-mentang aku cuti. Kenalah aku temankan kak long. Dan hari terakhir 2002 juga membuatkan ayah aku tersenyum lebar. Wira yang ditempahnya since 3 bulan lalu, dapat hari ini. Senang hati dia. Seronok aku tengok. :-)

Sepanjang tahun 2002 ini, banyak dugaan yang aku tempuh menjadikan aku matang dan banyak berfikir. Dan Allah juga berikan kesenangan pada aku, itu juga dugaan sebenarnya. Menguji adakah aku insan yang bersyukur? Wajib aku bersyukur sebenarnya. Nafas aku belum berakhir. Entah esok. Entah lusa. Manalah tahu..

Pada insan-insan yang selalu berada disisi aku selama ini. Walaupun kau hadir waktu senang ku. Terima kasih aku ucapkan kerana sudi membuat aku tersenyum. Terima kasih pada geng jurnal yang hadir dalam hidup aku, walaupun sekadar menulis di buku tamu. Terima kasih pada mukeh yang memperkenalkan aku pada kak nett, ludi, abg mie, pikor, ejad, norahulfa dan fajar. Ahli geng jurnal pertama aku temui. Terima kasih tak terhingga untuk geng jurnal.. :-)

Selamat tahun baru semua. Semoga dilimpahi rahmat dariNya.

Cerita Lama Amyz