Anda sebagai wanita, selalukah anda meminta itu ini dari kekasih anda? Pernahkah anda merajuk berhari-hari kerana dia tak dapat menunaikan permintaan anda? Dan anda mahukan coklat dan bunga, atau pun, makan malam dihotel terkemuka, ataupun hadiah mahal-mahal untuk memujuk anda. Pernahkah anda meminta dia melakukan sesuatu perkara yang agak mustahil untuk dilakukan, tapi dilakukan jua kerana sayang terhadap anda?
Kiranya anda pernah melakukan sedemikian, berhati-hatilah. Anda sebenarnya telah membuat si dia menjeruk rasa. Tapi demi untuk menjaga hati anda, dia sanggup. Tetapi selama mana? Ubah sikap anda, atau dia akan meninggalkan anda. Jangan buat teman lelaki anda bosan dengan sikap anda. Dan jika si dia berubah hati, selidik salah anda sebelum anda menyalahkannya.
Saya punya seorang rakan lelaki yang hari-harinya merungut mengenai sikap tunangnya yang bukan sahaja cemburu, tetapi sering mengarah. Saya hanya mampu menggeleng kepala apabila mendengar pertengkaran mereka, diakhiri dengan si perempuan menghempas telefon. Tetapi saya kagum dengan kesabaran si lelaki. Walau si perempuan membentak-bentak, menengking-nengking, dicekalkan hati untuk menelefon dan memujuk. Adakala saya pelik dengan sikap si perempuan. Nama saya dalam telefon bimbit si lelaki ini di'delete'nya kerana cemburu. Nak tergelak saya dengan sikap yang terlalu cemburu.
Setakat ini, saya tak nampak si lelaki mahu berubah hati. Mungkin kerana mereka sudahpun bertunang dan akan melangsungkan tidak lama lagi. Tetapi ciri-ciri untuk mencari yang lain tampaklah sedikit. Lelaki lah katakan. Yes, he's flirting! Lebih serius lagi, takut nanti dia tinggalkan tunangnya bila 'terjatuh hati' dengan perempuan lain yang lebih lembut, yang lebih memahami dan melayannya dengan baik. Saya tak kata dia akan meninggalkan tunangnya. Tapi jika tunangnya tidak berubah sikapnya, kemungkinan besar perkara sebegini berlaku. Syukur, saya tak seperti perempuan itu. Tapi saya juga pernah lakukan kesilapan hampir serupa.
Ya. Perkara itu pernah saya alami. Saya akui saya agak cemburu dan mengawalnya. Dan ya, dia tinggalkan saya. Saya akui silap saya. Dia tak pernah menyuarakan ketidakpuasan hatinya pada saya. Semua disimpan dalam hati. Bila saya fikirkan sikap saya yang melukakan hatinya, saya rasa seperti itulah kelukaan yang saya terima sewaktu dia meminta saya melepaskannya. Ya tuhan, berat betul hati saya. Saya menangis berhari-hari. Saya kesal dengan sikap saya. Pada mulanya saya salahkan dia, tapi bila saya fikirkan kembali- memang salah saya. Dan sehingga saat ini, saya kesal. Dan sangat menyesal.
Sebenarnya, saya mahu satu sahaja peluang untuk membetulkan segala kesilapan saya. And i could not ask for more, melainkan berdoa agar dia bahagia bersama saya. Tetapi, sekiranya dia lebih berbahagia tanpa saya, saya tak boleh memintanya untuk bersama dengan saya kembali.
So, anda wanita diluar sana, fikirkan perasaan teman anda sebelum meminta dia melakukan sesuatu yang luar kemampuannya. Ingat, si lelaki punya banyak pilihan selain dari anda. Saya bukan mahu memenangkan si lelaki. Cuma bertolak ansurlah antara anda dan si dia. Ada perkara mungkin dia mampu lakukan, ada perkara dia sukar untuk lakukan. Bawalah berbincang dari hati ke hati seeloknya. Insya allah, hubungan anda bertambah erat dan mesra. Jika anda memahaminya, tak mustahil dia akan cuba untuk tunaikan setiap permintaan anda. Percayalah- :-)