Rabu, 5 Mac 2003

Konflik Diri Sendiri

Nak update.. Nak update..
Mata mengantuk. Tapi tak boleh tidur. Tadi dah makan. Tapi rasa lapar. Berkisar-kisar atas katil. Cadar remuk-remuk jadinya. Tapi mata masih terkebil-kebil.

Tak update.. Nak update..
Nak bercakap atau menulis. Otak dah buntu. Tangan terasa kaku. Bibir dah kelu. Lepas tu malas makin menguasai diri. Tak perlu buat apa-apa. Tak ada kepentingannya.

Nak update.. Tak update..
Termangu-mangu. Minda ligat memikirkan pada perkara yang terjadi lewat kebelakangan ini. Dan ianya makin menghimpit diri. Masih ada yang dengki. Masih ada yang tak berpuas hati. Dan masih ada yang membenci...

Kena update ni..
Bila tutup jurnal sementara, banyak pula idea nak tulis. Bila dah publish balik. Tetiba otak jadi buntu balik. Tension aku memikirkannya.

Nak gi update.
Buat apa memikirkan orang yang tak memikirkan tentang kita? Buat apa yang jaga hati orang yang tak menjaga hati kita? Mengapa fikirkan tentang mereka yang menyakitkan hati? Kenapa rusuhkan hati tentang orang yang tak pandai menghargai? Biarkan.. Biarkan pergi. Jangan biarkan ia mengganggu lagi..

***

Daun itu gugur dan kering
Tapi bukan seperti itu kasih ini
Dahan itu rapuh dan patah
Juga bukan seperti itu sayang ini

Tidak jua ianya kekal abadi
Kerana pasti ada yang berubah nanti
Tapi selagi ianya subur dalam diri
Harapan agar ianya dihargai..

0 comments:

Cerita Lama Amyz