Jumaat, 7 Mac 2003

Kawan Yang Hilang

Mana dia menghilang agaknya? Aku rindu pada dia. Tawanya. Jenakanya. Usikannya. Dan kegilaannya. Rindu pada sebuah ikatan persahabatan yang terjalin. Mana dia? Aku tertanya sendiri. Mungkin dia telah menjadi invisible man..

Mana mungkin aku boleh melupakannya? Kau tahu aku buat apa tadi? Aku gunakan namanya dan keyword-keyword yang berkaitan dengannya, aku mencarinya di google. Hasilnya? Dapat juga cari cebisan-cebisan jurnalnya. Cuma cebisan. Kebanyakannya, tak dapat. Dia delete agaknya. Aku save semua dalam satu folder. Sayang sekali dia menguburkan hasil tulisan yang baik dalam perut tripod begitu saja.

Selama ini aku senang bersahabat dengan dia. Dia yang aku kenal, dia seorang yang baik. Seorang yang independent. Seorang pemikir dan penulis yang baik.

Ada satu masa yang dia pernah datang ke rumah aku. Menangis dibahuku. Satu waktu yang lain, dia datang ke rumahku semula, dan aku menangis dibahunya.

Kehilangan dia buat aku gelisah sebenarnya. Ada kepincangan terlihat disini. Ada renggang disini. Mana harus aku cari? Mana harus aku ikat kembali? Entah. Aku tak pasti. Apa dia buat saat ini? Apa yang ditempuh selama ini? Juga aku tidak tahu. Kejam aku membiarkan dia sendiri. Sahabat apa aku ini?

Aku sedih. Kerana kehilangan dia. Mengapa mahu menghilangkan diri? Apa yang terjadi, seharusnya kita tetap bersahabat. Jangan kata kau lakukan satu kesalahan. Tidak. Kau lakukan sesuatu untuk dirimu sendiri. Jadi mengapa persahabatan ini harus terhenti? What you have to do is.. Explain. That's all. Aku tahu semua orang boleh menerimanya.

0 comments:

Cerita Lama Amyz