Isnin, 17 Mac 2003

Bebaskan Aku

*Thanks hayazi for the lovely gift :-) thanks a lot!! Muah! Muah!*

Lapar rasa macam nak makan. Tapi terlalu malas untuk berjalan. Mak cakap, kalau malas, sendiri yang rugi. Betul tu. Kalau malas makan, kebulur la nanti. Lepas tu mesti sakit perut. Lama-lama boleh kena gastrik. Ok. Kejab lagi pergi makan ok?

Pagi tadi masa membonceng motor kak nett, nampak burung terbang melayang-layang. Fikir aku seronok burung itu terbang melayang-layang. Bebas. Ya, bebas..

Aku mahu bebas sebenarnya. Terlalu lama aku terkongkong dan terkurung. Ada sangkar yang tak terlihat dimata kasar. Aku cuma mahu bebas dari segalanya. Beban. Seksa. Derita dan luka.

Aku duduk dalam kotak yang menyeksa dan menyempitkan minda aku. Mahu saja aku pecahkan kotak ini, agar aku boleh temui sesuatu yang baru. Sesuatu yang lain dari biasanya. Sesuatu yang menambah pengetahuan dan pengalaman aku.

Merdekakan minda. Jiwa. Kosongkan segalanya. Bebaskan segala ikatan. Lebih senang aku pergi. Lebih mudah aku sembunyi. Lebih pantas aku berlari.

Tak kisah sepi atau sendiri asalkan aku bebas mencari sesuatu yang pasti. Mudah ku kejari segala impian yang tinggi.

Satu hari nanti, aku akan bebas dan kau tidak akan menemui aku didaerah ini lagi. :) doakan aku

0 comments:

Cerita Lama Amyz