Selasa, 30 Disember 2003

Dekat-Dekat Tahun Baru

Selamat menyambut tahun baru 2004. Apa azam anda?

Alhamdullah. Dalam tahun 2003 ini, banyak kenangan manis yang aku kecapi. Banyak pengajaran yang aku dapati. Semoga menjadi teladan yang berguna buat aku. Segalanya menjadikan aku lebih bersemangat menghadapi hari-hari yang mendatang.

Maafkan segala kesalahan yang pernah aku lakukan. Sempena tahun baru ni, aku juga mahu jadi orang yang baru. Bukan macam dulu. Segala kenangan pahit kau bersama aku, harap lupakan. Jangan sandarkan pada kenangan. Kita start with fresh and sincere relationship. Boleh? ;-)

Esok cuti!!!

Isnin, 29 Disember 2003

3 Cerita

Sarat dengan tekanan.
Persekitaran ini benar-benar buat aku tertekan. Tertekan sangat. Kerja sebeban terpikul. Itu memang dah menjadi tanggungjawab. Tidak perlu dipertikaikan lagi. Sikap sesetengah orang juga menjadikan aku tertekan. Aku rasa sangat tertekan dan... Useless!!

Tahun baru.
Ambil cuti. Rabu dan jumaat. New year di melaka. Jumpa lagi di tahun 2004 nanti. Mahu memastikan segalanya serba baru. Cuti ini mahu restkan badan, defragkan minda, bersihkan hati dan jiwa, agar dapat aku mulakan tahun baru dengan semangat yang baru.

Gathering geng jurnal ke3 - 17 januari 2004
Semoga segala yang kami rancangkan menjadi kenyataan. Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga dapat memuaskan hati semua pihak. Semoga kali ini menjadi peristiwa berharga dalam lipatan sejarah anda. Hadirlah untuk menjadikan diri anda sebahagian dari geng jurnal. :-)

Selasa, 23 Disember 2003

Kerja Gila

Ahad - 21/12. X-classmate sekolah menengah kahwin. Kira kawan rapat juga. Masa dia tunang pun aku ada datang. Dekat cheras juga. Aku pergi rumah dia hantar hadiah. Dia bersanding kat dewan. Ingat lepas hantar hadiah nak pergi sunway, cousin aku kahwin. Sampai rumah pengantin, aku terus disuruh jadi pengapit. Ah... Sudah. Tak pernah-pernah jadi pengapit nak jadi pengapit? Kerja gila lah! Mula aku menolak, tapi melihat air muka kawan aku mengharap, aku takut nak hampakan. Lagipun sekali seumur hidup. Tergesa-gesalah aku tukar baju sedondon warna dengan pengapit pengantin lelaki. Tepat pukul 1:30, pengantin di arak. Apit dia, payungkan dia. Lap peluh. Betulkan baju. Kipas lagi. Dah le berdiri. Kena senyum dan bagi bunga telur kat tetamu tepung tawar pengantin. Dah la pakai kasut tinggi. Kena senyum masa cameraman ambil gambar lagi. Temankan makan beradat lagi. Adeh, letih! Tapi seronok juga dapat jumpa kawan-kawan sekolah yang dah lama tak jumpa. Pukul 3:30 baru aku balik rumah, sebab adik aku nak pakai kereta.

Masa minum petang, aku kata kat ayah, nak pergi pwtc, ada pc fair. Nak tengok digital camera. Ayah setuju nak bawa sebab ayah ada kerja kat pwtc - majlis tilawah al-qur an. Mak pun nak ikut, nak tengok pameran ekonomi islam sebab ada pameran jejak rasul. Sampai kat pc fair, ramai sungguh manusia. Tak dapat nak pergi semua tempat. Lagipun budget nak beli digital camera je. Murah jugalah. So, share dengan ayah, dapat lah seketul digital camera. Yang aku berkenan dah habis stock. Lepas tu pergi tengok pameran ekonomi islam, walaupun bersebelahan dengan pc fair, tapi disini lengang je. Pusing-pusing tengok pameran. Ada booth jual makanan, buku, insurans islam. Semua base on ekonomi islam. Bagus sebenarnya.

Pulang bersama mak dan adik bongsu aku selepas makan. Naik lrt je sebab ayah kena kerja, tak dapat hantar balik.

Sampai rumah, kak ngah dah ada dengan abang ipar aku. Ajak pergi tengok lotr. Ha. Ha. Ha. Inilah peluang ditunggu-tunggu. Tiket dah siap book. Tayangan pukul 10:45 malam. Tanpa mengira esok kena kerja, aku follow juga kak ngah gi tengok wayang. Rugi la. Orang belanja pulak tu. Tapi dekat gsc leisure mall la. Pukul 10:15 bertolak dari rumah. Masuk pawagam 10:45, tayangan start pukul 11:10. Puas hati? Lebih dari itu. Dah le beli set popcorn medium dapat air punyalah besar. Akibatnya? Sendiri mau ingatlah. Tahan je la sampai habis show baru cari toilet. Keluar pawagam pukul 2 lebih. Balik rumah. Terus tidur. Hari isnin, bangun pukul 6:45pagi. Ha, rasakan! Merah lagi punch card! Kerja gila!!

Lord Of The Ring. Return Of The King.
Nak cerita tentang lotr ni, mesti dah ramai orang dah tengok. Wat pe nak cerita ye tak? Kalau cerita pun, buat tension member-member yang tak tengok lagi. Lotr ni, aku bagi empat belas bintang, empat belas planet! Sedap hingga menjilat jari! Rasa nak pergi tengok lagi lah! Ehehe.. :-D

Jumaat, 19 Disember 2003

Bila Kena Marah

Menghadapi kemarahan seseorang merupakan perkara yang paling menakutkanku. Sungguh! Amat-amat aku takut menghadapi kemarahan orang. Tambah-tambah kemarahan ayah, mak dan orang yang aku sayangi serta kawan-kawan.

Pernah satu kali aku dimarahi. Memang aku tahu salah aku. Tapi aku tak dapat menerima kemarahan itu. Aku menangis sepanjang malam. Dan aku jadi sangat sensitif. Bukan orang tak boleh marah aku. Cuma aku tak dapat menerima kemarahan orang. Bagi aku marah = benci. Cikgu marah mean cikgu bencikan aku. Kawan marah mean kawan bencikan aku. Aku cukup sukar menerima kemarahan orang.

Aku tahu aku ni jenis orang yang garang. Bukan jenis menyinga tak pasal-pasal. Semua bersebab. Macam marah jugalah. Kalau betul benda tu salah, kalau boleh tegur lah sebaiknya. Itu saja. Boleh kan? Jangan buat aku menangis lagi. :-(

Isnin, 15 Disember 2003

Terima Kasih

Jutaan terima kasih kepada fariz, mat jan, zhouls, insyirah, rudi, pikor, tok rimau, abg mie, nett, pipet, ery, spyz & kak shila, kak ungku & family yang sudi hadir ke open house rumah amyz pada hari sabtu bersamaan dengan 13 dec 2003. Ampun maaf atas segala kekurangan. Terima kasih sekali lagi. Kehadiran anda semua amat bermakna buat saya. :-). Pergi rumah amyz tak sesat - tak macam pergi rumah spyz kan? Kan? Kan? Hahahaa.. Err.. Ada nama tertinggal ke?

Banyak benda kena buat. Banyak perkara kena settle. Tapi biar buat perlahan-lahan. Jangan sampai menyusahkan orang.

Tadi pagi pergi court kat pj. Settlekan saman accident kereta oktober lepas. Settle luar court, dapat la kurang seratus. Alhamdulillah. Ada la sket duit nak save sampai hujung bulan. Ntah mana pegi duit aku pun tak tahu. Banyak belanja benda bukan-bukan. Tu pun habis untuk belanja raya. Duit raya, kuih raya, kasut raya, beg tangan raya, semua raya, tak ada yang tak raya. Takpelah, setahun sekali.

Nak cerita banyak, tapi ada banyak kerja. I wish i could be like mat jan, rudi, tok rimau yang kalau menulis mesti power-power. Aku ni apa ada?

Isnin, 8 Disember 2003

Entahlah..

Salam hari isnin. Hari ini hari jadi ayah aku. Semalam dah belikan kek buah. Sedap sangat. Makan ramai-ramai satu family. Semalam pun ramai juga sedara-mara datang beraya. Bila dah berkumpul ramai-ramai mesti rasa seronok kan? Gitu lah. Ehehe.. :-)

Tadi ambil fail-fail kerja untuk aku kaji sistem-sistem yang ada kat sini. Banyak betul. Sebab each jabatan dan bahagian punya sistem tersendiri. Itupun dah bahagian dan jabatan tu dah dibahagikan kepada 2. Aku jaga 6, yang lain ada sorang lagi ppsm yang sekali masuk kerja dengan aku tu jaga. Dan aku dah ditempatkan di unit penyelenggaraan sistem. Maka bermulalah satu lagi episod 'penjaga sistem' dalam hidup aku.

Sistem bermasalah atau user bermasalah. Ini yang akan aku hadapi. Minta-minta dipermudahkan dan 'temper' aku tak cepat naik bila menghadapi masalah-masalah begini. Di iuctt satu-dua sistem je, tapi kat sini ada banyak. Mahu atau tidak, tugas tu dah terpikul sewaktu pertama kali kaki aku jejakan disini.

Kat iuctt, sampai ada student label aku kakak garang. Hopefully kat sini, aku tak ikut sangat perasaan dan temper aku ni. Insya allah. Aku cuba kawal. Semoga aku dapat menjalankan tugas aku dengan sempurna dan komitmen sekali.

Entah kenapa.. Dua-tiga menjak ni rasa macam gelisah sangat-sangat. Nak tidur malam bukan main susah lagi. Selalu masuk tidur pukul 10:00 mlm, tapi dapat melelapkan mata hanya bila jam menunjuk ke angka 12. Besoknya tu, alamatnya mengantuk kat opis la. Tak tau la. Bukan ada masalah besar pun. Entah apa benda yang berserabut dalam fikiran pun aku tak tahu. Rasa macam nak makan pil tidur je. Tapi tak elok sangat ambil ubat ni. Bukan semua ubat menyembuhkan. Takpe la. Biar dulu. Harap-harap tak ganggu kerja.

Ada sesuatu yang tak menyeronokkan sangat sebenarnya. Tapi tak pelah. Moga-moga urusan aku dipermudahkan. :-(

Khamis, 4 Disember 2003

Tentang Jodoh

Kadangkala perkataan hanya merunsingkan sahaja kelu tak berbahasa. Hanya lilin hidupku menyala dan mengapa berkali ku biarkannya datang dan pergi semula semakin lama...

Kahwin.. Kahwin.. Kahwin.. Merata-rata aku dapat jemputan kahwin. Oohoo.. Alhamdulillah. Selamat pun korang naik pelamin. Moga-moga berkekalan sehingga ke anak cucu cicit ke akhir hayat. Mula 6hb ni rumah jigo, 13hb member itc aku, 14hb member mdc, 20hb member kolej, 21hb pun member kolej, member sekolah sekali dengan seorang sepupu aku. Ha, 3 tempat sekali. Mana satu nak pergi pun aku tak tau. Bukan badan aku buleh bahagi 3. Adeh.. Kopak gak la nak beli hadiah. Ehehe.. Kalau tak beli tak bleh ker? Ehehe.. Segan pulak kalau datang tak bagi apa-apa kan? Kan?

Insya allah, kalau tak ada aral melintang beserta umur yang panjang, aku akan cuba menghadirkan diri di kenduri-kenduri kahwin member-member aku nih. Aku cuba la. Kalau aku tak dapat nak datang tu, aku minta maaf banyak-banyak ye?

Peh ni mesti kena tanya satu soklan maut punya.. "giliran kau bila lagik?" ahaha.. Dah naik masak dengar soklan nih! Adeh!! Tak tau nak jawab apa dah. Insya allah, kalau umur panjang. Jodoh ada, dan diizinkan allah, aku kahwin gak la nanti. Tunggu saja kad jemputannya. Ahahaha.. Plan kahwin dah ada, tapi calon dia tak ada la pulak. Nak buat macam mana? Ahaha.. Hai.. Sapa la ndak kat aku yang sewel nih? Takpelah. Jodoh pertemuan semua di tangan allah.

Bak kata anita sarawak dalam rancangan anita kat astro ria - kalau jodoh tu nak datang, bamm!! Sekelip mata depan kita dia muncul. Err... Betul ke??

Jumaat, 28 November 2003

AidilFitri

Sudah 3 kali raya, since kak ngah dan kak long kahwin, kami sekeluarga beraya di cheras. Tidak seperti masa kecil dulu, raya bergilir-gilir antara melaka dan selayang. Kali ini giliran kak ngah beraya dengan kami sekeluarga. Kak long pula gilirannya beraya di kampung suaminya. Sehari sebelum lebaran, kami sibuk memasak rendang ayam, kuah lodeh, sambal kacang dan merebus ketupat. Malam raya, surau di sini buat takbir dari rumah ke rumah, termasuk di rumahku. Rumah kami rumah terakhir mereka kunjungi. Selesai takbir raya, mereka dijamu dengan kuih muih, ketupat dan rendang serta buah-buahan.

Pagi raya, mak kejutkan aku dan adik-adik bangun. Aku mandi sunat aidilfitri. Selesai mandi, aku kenakan sepasang baju kurung berwarna merah hati. Adik-beradik yang lain sudahpun selesai bersiap. Dan sedang bersarapan. Sebelum solat aidilfitri, kami berkumpul di hadapan. Ayah dan mak duduk di sofa, menanti anak-anak. Kak ngah bersalam dengan ayah. Dia mula menangis teresak-esak. Air mata mak juga mengalir. Aku tak sanggup nak pandang lama. Sebak juga dalam dada ni. Selesai bersalam dengan ayah, kak ngah bersalam dengan mak. Lagi kuat tangisannya. Abang ipar aku pula bersalam dengan ayah. Berpelukan dengan ayah. Giliran aku, aku salam dan cium tangan ayah, meminta ampun atas segala dosa aku. Terbayang dilayar minda, satu persatu kesalahan yang pernah aku lakukan. "kak lang tak de niat nak lukakan hati ayah dan mak. Kak lang tak sengaja. Kak lang sayangkan ayah dan mak!" "ayah sayangkan semua!". Air mata aku makin laju keluar. Aku salam dan cium tangan mak pula. Mak memeluk aku. Mak dan aku teresak-esak. Aku tahu aku banyak berdosa dengan mak. Selalu susahkan hati mak. Selalu buat mak sedih. Kemudian aku bersalam dengan kak ngah. Kak ngah peluk aku erat sambil menangis "jangan susahkan hati mak lagi" bersalam dengan abang ipar aku pula. Kemudian adik-adikku bersalam dengan aku.

Selesai solat raya, ayah dan mak jalan beraya ke rumah-rumah jiran berdekatan. Kemudian ada juga jiran-jiran yang datang beraya. Sesudah sembahyang zuhur, kami bertolak balik ke melaka. Kampung ayah. Nenek dan atuk setia menunggu dengan lemang dan rendang. Pedas sungguh. Adik beradik ayah semua sudah ada. Seronok betul aku tengok atuk dan nenek. Semua anak-anaknya ada. Senyum saja, melayan kerenah anak cucunya. Aku cuba membayangkan hari-hari tua mak dan ayah. Dan bagaimana agaknya hari-hari tua aku nanti?

Raya kedua berjalan raya ke rumah-rumah saudara mara disini. Kebanyakannya rumah pakcik ayah. Dari pagi ke petang. Seorang sepupuku yang baru berusia 4 tahun amat mencuit hati kami sekeluarga. Lelaki. Keletahnya saja buat semua orang ketawa, tambahan dia gemar menonton iklan petronas "alkisah janda beranak 7" baru start je iklan itu, dia sudah ketawa. Ketawa setiap kali ada lagu selingan "apa nak jadi?" dalam iklan tersebut. Tawanya makin kuat bila melihat ibu pengsan setelah melihat anak-anaknya membawa balik seekor lembu. Aku seronok melihat keletahnya. Selepas maghrib, kami bertolak balik ke kl. Aduh, susur keluar di tol pd, jalan jammed! Hai.. Penatnya drive!

Raya ketiga ke rumah nenek belah mak di selayang. Nenek tinggal bersama dengan busu, satu-satunya adik mak. Mak berpelukan dengan nenek. Menangis lagi. Anak-anak busu ada 4. Umur lebih kurang sama buat kami rapat, seolah adik beradik. Kemudian jalan beraya ke rumah saudara mak di shah alam dan sunway. Sampai rumah sebelum maghrib. Penat jalan beraya. Perut ni penuh dengan pelbagai jenis makanan. Dan raya kempat, aku dah kembali ke pejabat. :-)

Jumaat, 21 November 2003

Nak Raya Dah..

Staff baru tak dapat cuti lama. Diorang beri cuti 5 hari je. Jadi aku ambil 2 hari untuk cuti raya. Esok masih bekerja. Aku bercuti hari isnin hingga khamis minggu depan. Jumaat aku kerja kembali. Aku ingat sabtu kerja. That's why aku malas nak amik cuti sampai 4 hari. Tetiba laks pm cakap cuti sabtu depan, ganti kerja balik 6hb dec. Ek ek len.. Nak kasi cuti, kasi je la. Ini suruh ganti-ganti pulak. Huh! Dah ler 6hb dec tu ada kawan kawen. Kalo orang gomen yang kawen 6hb dec tu mesti kesian. Terpaksa amik cuti kawen utk sehari lagi. Malas nak komplen banyak-banyak. Bulan puasa nih!

Balik kampung.. Ooo.. Balik kampung.. Seronok betul tengok kawan-kawan yang excited nak balik kampung. Sorang balik utara, sorang balik selatan, sorang balik ke timur. Ada naik bas, ada naik kereta, ada naik kapal terbang, ada yang tumpang orang. Jangan sampai tumpang lori ye cill. Gi cepat beli tiket balik kampung! Aku gak yang takde kampung nak balik. Takpe. Aku still ada mak dan ayah serta adik beradik yang havoc kat sini. Seronok. Macam main mercun! Ehehe. Ha.. Iye.. Aku takde kampung. Jangan la tanya aku kenapa tak beli tiket bas. Nanti aku nak nangis. Jangan sampai aku nak tumpang beraya kat kampung orang cukupla..

Tinggal satu hari je lagi kerja. Esok. Kalo yang last kerja hari ni mesti gembira gila sebab last day kerja. Aku gak yang kena kerja esok. Boring betul. Mood raya nak naik kat kepala dah ni. Mood kerja dah takde langsung. Bebudak opis aku ni main game dari pagi sampai balik. Aku je yang baik buat kerja. *ye la tu amyz* eh, update jurnal pun kerja gak kan? Bukan ke? Sudah tukar la..

Selalunya kemeriahan aidilfitri memang sangat-sangat menyeronokkan kalau semua adik beradik aku berkumpul, walaupun takde kampung. Berborak. Mengusik. Bergelak tawa. Seronok. Selalunya adik bongsu aku akan sampai menangis bila disakat oleh abang-abang ipar aku dengan abang dia sekali. Jahat betul lelaki ni! Kalau menyakat orang nombor satu! Mak dan ayah memang la seronok. Tengok perangai anak-anak yang tak pernah diam kalau berjumpa. Ada saja nak bercakap dan menyakat. Menantu mak yang sulong tu suka menyakat mak. Sampai mak nak nangis pulak. Ha ha ha.. Hai.. Tak sabarnya menantikan aidilfitri.

Lagi 3 hari kita akan menyambut aidilfitri. (insya allah) semoga lebaran kali ini membawa rahmat dan disambut dengan penuh kesyukuran. Aku nak ucapkan salam aidilfitri pada semua. Maafkan segala keterlanjuran kata dan perbuatan. Aku cuma manusia biasa. Semoga berbahagia disamping keluarga dan orang tersayang. Berhati-hati di jalan raya. Semoga anda selamat tiba. Ucapan selamat hari raya. Dari eon untuk semua. Eh, sekali ternyanyi lagu la pulak. Ehehe. Sorry.. Sorry.. Emm.. Jemputlah berkonvoi raya ke teratak buruk aku. Aku ada buat kuih raya. Kalau korang semua datang raya, aku buleh jamu korang bihun goreng (favourite kak nett tu..) Dan kuih muih beraneka macam. Tapi kena bagitau dulu la ye? Ok? Lepas ni tak update sampai lepas raya. Eh, bukan sebulan syawal ni aku tak update. Lepas habis cuti raya nanti, ada masa aku update la.. ;-)

Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

Seronok betul berbuka puasa di klcc semalam. :-) siapa yang paling comel? Adalah orang yang paling kaya dan mempunyai sebuah digital camera yang canggih dan mampu membuat orang lain mengkaguminya.

Rabu, 19 November 2003

Something to ponder...

Letting go
Sooner or later, someone you know will disappoint you in some way. They'll say something or fail to say something that will hurt you. And they'll do something or fail to do something that will anger you. It's inevitable.

Unfortunately, you make things worse when you stew over someone's words and deeds. When you dwell on a rude remark or an insensitive action made by another person, you're headed for deeper problems. In fact, the more you dwell on these things, the more bitter you'll get. You'll find your joy, peace and happiness slipping away. And you'll find your productivity slowing down as you spend more and more time thinking about the slight or telling others about it. Eventually, if you don't stop doing it, you'll even get sick.

So what should you do the next time someone betrays you? Take responsibility for your feelings. Even though the other person may be at fault, even though the other person wronged you, you are still responsible for your own feelings. In other words, other people do not "cause" your feelings. You choose them.

For example, two different people could be told that their suggestions made at the staff meeting were "stupid and idiotic." one person may "choose" to feel so hurt that he never speaks up at any other meeting again. The other person may "choose" to feel sorry for the critic, sorry that the critic couldn't see the wisdom and necessity of her suggestions. As long as you blame other people for your feelings, as long as you believe other people caused your feelings, you're stuck. You're a helpless victim.

But if you recognize the fact that you choose your feelings and you are responsible for your feelings, there's hope. You can take some time to think about your feelings. And you can decide what is the best thing to say or do.then, you've got to learn to walk away from disappointment. It's difficult to do, but it's possible. We need to shake it off and step up.

Finally, you need to forgive. It's difficult, especially when the other person doesn't deserve your forgiveness or doesn't even seek it. It's difficult when the other person is clearly in the wrong. Part of the difficulty comes from a common misunderstanding of forgiveness. Forgiveness doesn't mean that the other person's behaviour is okay. And forgiveness doesn't mean that the other person is off the hook. He's still responsible for his misbehaviour. Forgiveness is about letting yourself off the emotional hook. It's about releasing your negative emotions, attitudes, and behaviours it's about letting go of the past so you can go forward to the future.

Everyone in your life, everyone on and off the job is going to disappoint you. If you know how to respond to those situations, you'll be way ahead of most people. You'll be able to live above and beyond your circumstances. Then ask yourself, "how does my bitterness serve me? Am i happier holding on to it? Do i sleep better? Is my life richer, fuller, and better because of my bitterness?" if you find that your bitterness is hurting you, make a decision. Actually decide to let it go. Walk away from the disappointment which means you no longer dwell on it or talk about it.

Jumaat, 14 November 2003

Dua Tahun Berblog

Dah dua tahun aku menulis. Aku kira aku masih kecil lagi dalam dunia jurnal. Dan aku masih mengkagumi senior-senior geng jurnal. Aku amat-amat menghormati mereka. Bak kata rudi, kasih sayang menjadi tunjang agar beliau terus menulis. Bagi aku kasih sayang juga mendorong aku menulis, menumpang kasih dari sahabat-sahabat gengjurnal ini untuk mencari sedikit kekuatan untuk aku menghadapi hari. Mencari semangat untuk terus berdiri. Menyedarkan aku dari lalai dan lupa tanggungjawab aku sebagai hamba allah. Terima kasih membenarkan aku bernaung disini.. :)

Ya tuhan,
Aku malu mengadapmu setiap kali azan memanggilku menyembahmu.
Aku malu meminta darimu rahmatmu, perlindunganmu dan rezeki darimu.
Kerna ada waktu aku alpa dan lupa padamu tapi kau tetap melindungiku.
Kerna ada waktu aku begitu angkuh untuk menunaikan perintahmu tapi kau tetap memberi rezeki padaku.
Hari ini aku begitu malu mengadapmu, menyembahmu dan meminta darimu kerana dosa-dosaku semalam.
Adakah terampun?

Selasa, 11 November 2003

Sesuaikan Diri

Since masuk kerja baru ni. Kerja aku tak habis-habis dengan meeting, tengok presentation, buat presentation, buat kertas kerja. Pasang komputer baru sekali. Kalau tengok² sistem tu dah banyak kali la..

Yang paling tak suka ialah pergi meeting. Tapi boss dah ajak kena la pergi. Sebab aku kena dengar je dalam meeting tu. Kalau ada point nak cakap tu takpe la. Tapi tak. Dok kat bilik meeting tu macam orang bodo jek. Orang pandang aku senyum. Orang tak pandang, aku menguap. Adeii..

Semalam pagi, pergi mara tengok system. Petang pulak ada meeting nak buat request for proposal. Pagi tadi, ada meeting juga, pasal sistem juga. Baru je habis ni. Penatnya duduk. Sebab aku orang baru, maybe boss aku nak dedahkan aku dengan enviroment kerja kat sini, dan oleh sebab aku bakal duduk di unit pembangunan dan penyelenggaraan sistem, aku kena kenal pengguna-pengguna sistem yang ada disini.

Sistem? Bukannya satu macam aku jaga kat iuctt, tapi kat sini ada banyak. Ada yang siap, ada belum siap, ada dalam proses upgrade, ada dalam proses impliment, macam-macam la. Sebab kat sini banyak bahagian dan jabatan. Dan semernya aku kena tahu, kena kenal sebelum aku buleh bantu pengguna menggunakan sistem. Adeii.. Berganda-ganda pening aku dari pening kat iuctt.

Maybe aku rasa tertekan sikit sebab nak sesuaikan diri dengan enviroment kat sini. Sama seperti itc juga, bahagian ini banyak menerima kritikan dari pengguna komputer, pengguna sistem dan sebagainya. Boss aku lagi tension agaknya. Tempat dia hot chair. Sama panas macam kerusi it manager kat iuctt. Asyik kena hentam dalam meeting je.

Takpela. Lama-lama nanti aku biasa la kot. Insya allah. :-)

Sabtu, 8 November 2003

Bibir tak bersuara bila hati mula berkata...

Apa perasaan korang kalau aku tanya satu soalan ini. Kalau ko suka sangat kat dia, dia pun suka sangat kat ko. Tapi korang tak dapat bersama. Macam ada tembok batu menghalang. Ala.. Macam cerita hindustan gak lah. Kalau dorang tak dapat bersama tu mesti sebab mak bapak tak kasi la, tak sama darjat la. Dah ditunangkan dengan orang lain la. Macam-macam la. At last true love alwiz win. Tapi dalam kehidupan yang sebenarnya, macam mana korang nak hadapi? Apa korang nak buat?

Korang sanggup ke buat apa saja, termasuk kena tumbuk, pukul, bergaduh semata-mata nak tegakkan kebenaran dan cinta korang? Sanggup ke? Selalunya orang melayu ni tak sanggup sangat. Apalah diorang nak buat? Pasrah sajalah. Dan penyelesaian yang orang tua-tua beri pun senang. Bunga bukan sekuntum. Kumbang bukan seekor. Senangkan? Ramai lagi orang lain ko buleh jadikan ganti. Tapi benarkah semudah itu? Semudah abc 123? Benarkah?

Semudah manakah ko melepaskan sesuatu yang telahpun sebati dalam diri, hati dan jiwa? Adeh.. Tak yah cerita, aku sendiri tau betapa peritnya. Tapi selagi boleh berusaha untuk dia menjadi milik kita, maka berusahalah apa saja. Lorr.. Jangan sampai bergaduh pulak.. Bala yang dapat nanti.

Tak perlu tengok kawan atau orang lain. Lihat dalam diri sendiri. Imbaulah balik cabaran-cabaran yang ko terima waktu jatuh cinta dulu. Yang dapat kahwin dengan pilihan hati tu, alhamdulillah. Tapi zaman sekarang bukan lagi zaman kahwin atas pilihan mak bapak. Pilihan sendiri. Kalau ada pun mak bapak yang tak suka, bilangannya boleh dibilang dengan jari je. Berapa kerat sangat. Pilihan sendiri pun still ada dugaan? Mesti la ada.. Boleh jadi orang ketiga. Boleh jadi sikap cemburu masing-masing. Macam-macam pun boleh jadi.

Dah namanya manusia. Memang tak terlepas dari dugaan. Bila aku fikir-fikir balik tentang masalah orang dan masalah sendiri. Aku cakap kat diri sendiri. Sabarlah. Orang lain kena teruk pun maintain je. Sebab tuhan tak kan turunkan ujian, jika dia tahu kita tak mampu menghadapinya. Itu je aku motivasi kat diri aku dan kawan-kawan aku. Dengan harapan, ada sinar mentari setelah mendung pergi. Itu je. Insya allah. :-)

Dan aku walau pakar macam mana pun dalam menghadapi masalah-masalah cinta dari kawan-kawan aku. Tapi still, aku tak dapat handle masalah sendiri. Betul la kata orang, doktor mana buleh ubat diri dia sendiri. Dia jatuh sakit, dia mesti jumpa doktor lain untuk ubatkan dia. Dan mungkin betul cakap mak, hidup aku ni banyak dugaan.

Tentang halangan cinta tu, ada baiknya ko pilih untuk mengalah. Bukan untuk terus kalah. Tapi mungkin ada hikmahnya.. Kerna hanya dia yang maha mengetahui. Ingatkan diri korang, kalau ada jodoh tak kan kemana.. Ehehe..

Khamis, 6 November 2003

Seperti Lirik Lagu

Hidup ini hanya kepingan.. Yang terasing dilautan.. Memaksa kita.. Memendam kepedihan..

Bila ku lelah, tetaplah disini.. Jangan tinggalkan aku sendiri.. Bila ku marah, biarkan ku bersandar.. Jangan kau pergi untuk menghindar..

Malam-malam aku sendiri.. Tanpa cinta mu lagi.. Hanya satu keyakinanku.. Bintang kan bersinar.. Menerpa hidupku.. Bahagia kan datang..

Bila aku harus mencintai.. Dan berbagi hati.. Itu hanya denganmu.. Namun bila ku harus tanpamu.. Akan tetap ku harungi hidup tanpa bercinta..

Apabila ku disituasi.. Mengapa aku merasakan sepi.. Apa cintaku masih lagi.. Masih lagi berada disini.. Cuba kau fahami..

Selasa, 4 November 2003

Mencari Kepastian

Masih mencari mendaki mencuba menjejaki.. Kesan yang pernah bersemadi pernah hilang pernah terjadi satu tragedi paling ngeri.. Yang diri sendiri tak mahu mengerti.. Adakala membiarkan.. Adakala memikirkan.. Pilihan atau mencari alasan.. Malang.. Terlalu malang.. Kerana engkau tak akan faham.. :-)

You just too good to be true..
Can't take my eyes off you..
You'd be like heaven to touch..
I wanna hold you so much..
At long last love has arrived..
And i thank god i'm alive..
You just too good to be true..
Can't take my eyes off you..

Mana diorang ni? Kenapa aku sengsorang kat sini? Kenapa tak mahu temankan aku? Kenapa biarkan aku? Kenapa tak hulurkan sedikit pun salam kat aku? Kenapa ignore aku? Kenapa? Kenapa?

Jumaat, 31 Oktober 2003

Hari ini Dr. Mahathir bersara.

Hari tu aku dapat email, menerangkan tentang email yang selalu kita dapat dan disuruh dihantar kepada 20 orang kawan la, 5 orang kawan la, jika kita mahukan kebaikan terjadi pada kita, ataupun our wish will come true. Kira macam surat berantai la gitu.

Email tu menerangkan yang kita boleh jadi syirik sekiranya kita mempercayai kebaikan akan kita dapat sekiranya kita forward email tersebut kepada kawan-kawan kita, dan mendapat kecelakaan jika kita tidak menghantarnya.

Sebenarnya aku dapat terlalu banyak email sebegitu. Termasuk la surat dan sms. Ha.. Ini lagi satu sms. Yang selalu aku dapat,
Ucapkanlah lailahailallah, subhanallah, alhamdulillah, allah hu akbar. Hantarkan kepada 5 orang rakan anda. Dan kemahuan anda akan tercapai. Dan sebagainya
Anyway terima kasih hantar aku sms macam tu dan mengajak aku bertasbih. Tapi aku tak berani nak forward kat kawan-kawan aku, kerana aku takut aku percaya sesuatu yang baik itu berlaku pada aku kerana aku hantar sms itu pada kawan aku. Ini kerana bukan sms tu yang membawa kebaikan pada kita, sebaliknya allah. Jadi jangan sampai kita keliru tentang itu.

Mengajak kawan-kawan bertasbih, memuji allah, tidak salahnya. Tapi yang salahnya, mempercayai sesuatu baik berlaku kerana sms/email/surat itu. Bukan kerana allah.

Kita mesti pernah dapat surat berantai dari seorang yang mengaku sebagai syeikh ahmad iaitu penjaga kubur nabi s.a.w. bercerita tentang pesanan-pesanan rasul kita. Dan kita disuruh pula menghantar surat tersebut kepada 20 orang kawan. Sekiranya kita tak hantar, sesuatu yang buruk akan berlaku. Syirik tu.. Sebab kita percaya sesuatu yang lain dari allah.

Jadi berhati-hatila kawan. Jangan sampai kita terkeliru. :)

Ahad, 26 Oktober 2003

Yang Sebenarnya

Selamat berpuasa kepada semua umat islam diseluruh dunia. Semoga kedatangan ramadhan kali ini membawa seribu rahmat kepada kita. :)

Hari ini aku update kat rumah. Rumah aku sekarang tengah renovate sebab dalam bulan lepas, ribut melanda dan bumbung belakang rumah aku tercabut. Alang-alang repair, ayah aku renovate la rumah ni. Buat bilik dan ruang dapur yang besar sikit. Sebab next year (insya allah) adik aku kahwin, so dapur kenala luas sebab nak memasak kan?

Bilik tidur aku pun di-renovate kat belakang. Jadi, aku tidur bilik kak ngah. Adik-adik aku tidur atas katil, dengan tilam empuk. Aku tidur kat bawah, kat lantai. Sakitnya belakang waktu bangun tidur, sebab tidur cuma beralaskan hanya sekeping toto. :( bila la bilik aku nak siap ni? Terseksa tulang belakang aku.. Uhuhuhu..

Oh ye, kerja baru aku sat lagi la ye? Oleh sebab kereta aku still di bengkel, terpaksalah ayah menghantar aku pergi kerja. Balik naik bas. Isk.. Tak suka naik bas. Panas. Jalan jammed. Sesak. Isk.. Aku terpaksa lalui balik zaman aku naik bas satu masa dulu, sebelum aku ada kereta. Hai.. Nak buat macam mana? Takpe la. Sekejab aje kan? Bila kereta dah siap, tak yah naik bas lagi. :-d.

Erm.. Cerita kerja baru ni sebenarnya begini. Kalau ada sesapa yang ingat aku pernah hadiri temuduga spa bulan 4 dulu untuk jawatan pen. Pegawai sistem maklumat oleh jpa, sebenarnya result temuduga aku hanyalah sebagai calon simpanan selama 6 bulan. Jadi aku ingat memang tak dapat la kot.

Pada 29 september lalu, sedang aku rileks kat itc. Mata aku berat je. Time tu lunch hour. Aku ingat nak tidur. Baru je mata terpejam, henpon aku berbunyi. Kak long telefon. Aku bengang. Aku angkat telefon.
Kak long : woii.. Kak lang! Ko dapat surat!!
Aku ingat surat saman. Sebab hari tu dia call pun sebab aku dapat surat saman. Aku dah ingat nak marah dah sebab kacau aku nak tido
Aku : surat ape?
Kak long : entah. Dari jpa. Surat besar.
Aku : surat temuduga kot
Kak long : bukanlaa.. Ntah-ntah surat dapat kerja. Aku bukak boleh tak?
Aku : haa??
Kak long : ha la.. Biar aku bukak.
Apsal kakak aku excited giler dengan surat aku ni? Last-last aku biarkan dia bukak.
Kak long: woii.. Ko dapat kerja laaaa... (menjerit. Sakit telinga aku) penolong pegawai sistem maklumat. Hahaha.. Congratulations!! Hahaha..
Aku : ha?? Iye ke??
Kak long : iye laa.. Aku nak bagitau mak. Lepas ni ko kena belanja aku. Hahaha..
Aku : ceh!!

Lepas kak long letak phone, aku call ayah, bagitau dia. Ayah lagila happy sebab dia nak sangat aku kerja gomen. Aku excited. Aku happy. Tapi aku risau sebenarnya time tu. Lepas call ayah, aku nak cerita pada seseorang. Tapi kat itc tu, aku sorang je. Then, aku bagitau kak nett. Sebenarnya.. Entahla. Aku gembira, tapi sedih.. :-(

1 oktober 2003, aku pun hantar notis satu bulan pada pa ceo. Aku minta en. Nasir rahsiakan. Terima kasih en. Nasir, dia sangat baik hati.

Cuti aku berbaki 24 hari including cuti last year (rajin tak aku bekerja?). Kalau aku habiskan cuti tu, aku cuma kerja 5 hari je kat lgtt. Jadi aku ambil cuti start 16 oktober - hari aku dikehendaki lapor diri.

Time 15 hari-hari terakhir di lgtt, macam-macam perkara terjadi, antaranya kereta aku berlanggar dengan motor. Itu buat aku macam tak tentu arah. Nasib baik aku punya kawan-kawan yang membantu meyakinkan aku.

Dan pada 16 oktober, aku lapor diri di jpa putrajaya, aku ditempatkan di salah satu kementerian yang ada di pusat bandar damansara. Mak aku kata, damansara lagi.. Ehehe.. Nak buat macam mana kan?

Kini dah seminggu aku berada di tempat baru. Alhamdulillah, segala-galanya sudahpun selesai. Dan setelah meninggalkan lgtt, aku harus hadapi jalan yang baru. Suasana baru. Kawan-kawan baru. Segalanya baru. Semoga aku tabah menghadapi jalan yang sudah pun aku pilih. Insya allah. Doakan aku. Terima kasih semua.

Rabu, 22 Oktober 2003

Simpe Quote

Yet regardless if you love them, hate them, wish they would die or know that you would die without them... It matters not. Because once in your life, whatever they were to the world they become everything to you. When you look them in the eyes, traveling to the depths of their souls and you say a million things without trace of a sound, you know that your own life is inevitable consumed within the rhythmic beatings of her/him very heart. We love them for a million reasons, no paper would do it justice. It is a thing not of the mind but of the heart..

Isnin, 20 Oktober 2003

Hanya jika kau terima..

Mungkin aku jarang atau tak dapat meng-update jurnal ini kerana aku tidak lagi mempunyai sebuah komputer. Untuk sementara waktu sahajalah. Eleh.. Yang ada komputer dengan mouse katak depan mata pun malas nak update, macam kak nett tu.. Hakhakhak!!! Jangan marah yek?

Aku mahu berterima kasih pada mereka yang banyak membantu dan menyokong aku selama ini. Semoga kalian dilimpahi rahmat darinya, pada kak nett terutamanya yang banyak membantu aku. Terima kasih kak nett, i lap u!! Uhuhu.. Terharu rasanya..

Dan berita yang aku mahu beritahu kalian, aku tidak lagi berada di iuctt @ lgtt, sebagai pomen komputer disitu. ;-)

Walaubagaimana pun, lgtt telah menghadiahkan pengalaman berharga pada aku selama 5 tahun disitu. Terima kasih lgtt!! Gonna miss all of you.. All of you..

Thanks for everything.
Xspecially to itc team, en, mus a.k.a it manager, din, abg fairus, jas, abad and kak ros. Including x-itc, muhalli & zaimi.

Rabu, 15 Oktober 2003

Gembira atau sedih?

Entah. Aku pun tak tahu. Untuk bergembira atau bersedih hari ini. Ko tengok aku gembira atau sedih?

13 oktober 2003 - pagi-pagi lagi, dah kereta aku berlanggar dengan motor. Ya tuhan, dugaan apakah ini? Alhamdulillah. Ayah tak marah. Alhamdulillah, pihak insuran sedia untuk selesaikan. Kereta dah diambil. Masuk bengkel, semalam. Hari ni bawa proton saga biru ke tempat kerja. Takpe la. Janji ada transport ke tempat kerja. Alhamdulillah ada kereta spare. Ehehe.. ;)

Sebenarnya, aku nak cerita tentang sesuatu yang gembira, tapi memandangkan beberapa hari ni, dalam 2 minggu ni, aku asyik ditimpa masalah, aku rasa gusar. Aku rasa takut dan aku rasa tak yakin pada diri sendiri.

Aku tak tahu. Harus aku gembira atau bersedih hari ini...

Isnin, 6 Oktober 2003

Matahari di hari isnin.

Semalam keluar ber-shopping bersama mak dan kak teh. Beli baju baru, kasut baru, tudung baru, br.. Eh, eh, silap plak. Ehehe.. Lama betul tak ber-shopping sakan nih. Selalunya beli baju sehelai, tak pun seluar sehelai, tak pun tudung sehelai, gitu-gitu je aku ber-shopping. *sebenarnya tak reti langsung ber-shopping. Kesian tak kat aku?* selalu kalau keluar pun, pergi jalan-jalan, makan-makan, tengok wayang, window shopping ke. Ha.. Itu je la.

Keluar pagi. Pergi jalan tar. Masuk kedai jubah. Lawa-lawa semuanya. Harga pun lawa juga. Banyak baju mak berkenan. Aku pun berkenan juga. Tapi duit aku pulak tak berkenan. Uhuhu.. Takpe la. Ada rezeki lebih nanti, aku beli lah. Aku ni cam tak sesuai je fesyen alim-alim, ayu-ayu gitu. Sebab kerja aku bukan jenis dok mengadap pc 24hours. Pakai kebaya pun rasa macam dah terlebih ayu. Ahaha.

Nak cari kain tak siap - tapi kena tempah dulu. Takut lambat siap. Beli je baju kurung yang dah siap. Habis cerita. Si kak teh ni pula, aku yang nak beli baju, dia pun nak tumpang dua kaki. Hmm.. Belikan saja lah. Kang merajuk!!

Masuk kedai kasut. Cari kasut bertutup - warning ayah. Tahu sangat dengan gila aku bersandal 24hours nih. Tak pernah ada kasut bertutup. Semua kasut aku bertali halus membelit-belit kat kaki. Iye la. Mengenangkan ayah la, kasut bertutup aku beli. Itu pun tak tutup habis. Dan still ada tali-tali halus. Hakhakhak!!

Kedai tudung berderet-deret tu, percayalah. Tak satu tudung pun yang berbunga-bunga, ber-berlian berkenan di hati aku. Entah la. Yang berkenan terlalu mahal. Beli je la tudung plain. Cotton. Senang gosok. Senang pakai. Dapat la beli 3 helai. Senang hati. Mak menggeleng bila aku cakap ntah-hapa-hapa-ntah bila tengok design sesatu tudung. Hakhakhak!! Teruk betul aku!!

Singgah sogo. Cuci mata dengan baju-baju cantik-cantik tapi pendek-pendek. Hehehe. Kak teh tunjuk satu skirt depan mak. Mak geleng-geleng kepala. Aku tunjuk baju tak berlengan dan kalau angkat tangan buleh tayang pusat. Lagi laju gelengan kepala mak. Hakhakhak!! Setan betul anak-anak dia. Ala.. Bukan nak pakai waktu keluar rumah. Pakai kat dalam rumah je. Yang muhrim je yang nampak. Hakhakhak!! *iyelah tu amyz*

Sampai rumah bila dah masuk waktu zuhur. Isk.. Tak sempat lagi nak singgah low yat - nak beli cd. Nak burn semua koleksi aku kat sini - sebelum aku melangkah pergi. :)

Jumaat, 3 Oktober 2003

To where you are

Who can say for certain - maybe you're still here - i feel you all around me - your memories so clear - deep in the stillness - i can hear you speak - you're still an inspiration - can it be (?) - that you are mine - forever love - and you are watching over me from up above

Fly me up to where you are - beyond the distant star - i wish upon tonight - to see you smile - if only for awhile to know you're there - a breath away is not far - to where you are

Are you gently sleeping - here inside my dream - and isn't faith believing - all power can't be seen - as my heart holds you - just one beat away - i cherish all you gave me everyday - 'cause you are mine - forever love - watching me from up above - and i believe - that angels breathe - and that love will live on and never leave

Fly me up - to where you are - beyond the distant star - i wish upon tonight - to see you smile - if only for awhile - to know you're there - a breath away is not far - to where you are - i know you're there - a breath away is not far - to where you are..

This is not goodbye. It's a time to fly. Thank you for giving me wings. I'm going to fly to reach the sky. :)

Dan matahari itu terus tersenyum. Tanpa tahu duka yang tersembunyi dihati.

Rabu, 1 Oktober 2003

Menghitung hari-hari terakhir

L&G Twintech Institute of Technology - dah 2 tahun aku bekerja di sini. Masuk 3 tahun belajar - 5 tahun aku dewasa di LGTT ni. Terlalu banyak perkara aku pelajari disini.

Bayangkan - sejak tahun 1998 aku disini. Masa aku jadi student, aku marah-marah tak puas hati dengan staff. Masa aku jadi staff, aku marah-marah, tak puas hati dengan student. Tapi satu je yang sama masa aku jadi student dan jadi staff. Aku cukup tak suka pada pentadbiran kolej ni. Tak berapa betul sangat. Ehehe. Selamba je cakap tak betul. Dah la cari rezeki kat sini. Ahaha..

Segalanya begitu pantas berlaku. Begitu pantas berlalu. Tinggalkan aku. Tinggalkan aku sendiri untuk mengutip sisa-sisa kenangan - bersama kawan-kawan. Bersama buku-buku. Bersama komputer. Bersama assignment-assignment. Bersama lectures yang kini bila jumpa saja mesti menegur dengan ramah. Menyusuri kelas-kelas. Membayangkan kenakalan rakan. Segalanya. Tak pernah luput dari ingatan.

Tatkala, antara kawan-kawan sudahpun bertunang, berkahwin, sambung study, dapat degree etc.. Etc.. - aku masih disini. Masih di lgtt. Mengukir langkah demi langkah. Atau aku masih berdiri. Macam masih ditakuk lama je.

Dari lgtt berada di jln kelang lama, hinggalah berpindah ke sri damansara. Hinggalah mendapat status msc. Dan paling terkini telahpun dinaik-taraf ke kolej universiti - iaitu international university college of technology twintech (iuctt). - aku masih disini. Masih disini. Tak naik-naik pun taraf aku. Tak naik-naik pun pangkat aku. Hakhakhak!!

Terlalu banyak aku belajar. Menceduk pengalaman berharga. Menjadi kekuatan aku menempuh hari dengan tabah. Walau tercalit luka disebalik riang ceria seorang aku, aku tetap aku. Tetap bersemangat menghadapi segalanya.

Aku mahu ke hadapan. Mahu melangkah kehadapan. Tapi tahukah mereka, separuh hati ini masih disini? Tatkala aku mahu melangkah, tahu kah mereka yang aku masih menoleh ke belakang?

Tempat jatuh lagi dikenang.. Inikan pula tempat accident? ;-)

Jumaat, 26 September 2003

Miss independent?

The shoes on my feet - i bought it
The clothes i'm wearing - i bought it
The rock i'm rockin' - i bought it
'Cause i depend on me - cause i wanted
The watch i'm wearin' - i bought it
The house i live in - i bought it
The car i'm driving - i bought it
I depend on me - (i depend on me)

Wanita yang bekerjaya, punya kenderaan sendiri. Berkelulusan tinggi. Yang ambitious. Sering berusaha untuk memajukan dirinya. Mempunyai impian yang tinggi. Dan tidak terlalu mengharapkan lelaki untuk berbuat apa-apa untuknya. Wanita yang berdikari. Semuanya dilakukan sendiri tanpa bantuan sesiapa terutamanya bantuan dari lelaki.

Aku bangga dengan wanita seperti ini. Tapi kasihan sebenarnya. Wanita yang ambitious ini selalunya mementingkan kerjaya berbanding pekara lain. Dia mungkin termasuk dalam golongan andalusia. Ataupun have been fooled by men - menyebabkan dia bertekad untuk mementingkan kerjaya dari cinta. Ataupun jika sudah berkahwin - mengabaikan rumahtangga kerana terlalu sibuk dengan kerja -akhirnya si suami kahwin lain.

Ala.. Dah banyak sangat perkara seperti ini dipersembahkan dalam drama-drama tempatan. Kesudahannya, wanita akan kembali pada nature - memerlukan lelaki sebagai salah satu ketetapan yang tak boleh disangkal. Ye lah. Wanita untuk lelaki dan lelaki untuk wanita kan? Tapi 4 wanita untuk 1 lelaki kan? Kan?

Aku suka berdikari - aku suka pada wanita yang berdikari. Tanpa harapkan sesiapa. Tanpa bantuan sesiapa. Maaf. Daripada kecil, aku diajar melakukan kerja-kerja tanpa bantuan. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah waktu melanjutkan pelajaran, waktu mencari kerja, pergi dan balik kerja tanpa perlu ada 'hubby' datang menghantar dan menjemput. Kebanyakannya aku lakukan sendiri tanpa dorongan atau bantuan sesiapa.

Aku senang begini. Buat keputusan - setelah memikirkan baik-buruk. Tanpa perlu tahu tentang pendapat orang lain - kecuali ayah dan mak. Aku bebas dari pengaruh sebenarnya. Aku ikut pertimbangan sendiri. Mak cakap - suka hati asalkan tak buat dosa dan tak susahkan orang lain. :-) best tak mak aku?

Pengalaman waktu meniti alam remaja dan dewasa buat aku banyak berfikir. Apa kesudahan sesuatu perkara? Apa risiko yang aku tanggung sekiranya aku mengambil keputusan tersebut?

Gagal? Sudah tentu ada. Tapi belajarlah dari kesilapan. Ada anugerah pada setiap kegagalan sebenarnya. Mengajar kita erti dewasa. Sendiri mau ingat - bak kata orang.

Adakala mahu juga dimanja, ada orang jemput waktu date. Tapi sebenarnya, takut dikata mengada-ngada. Sedih pula rasa. Lagi satu takut dikata menyusahkan orang. Dan aku tak suka langsung dikatakan menyusahkan orang. Cukuplah susah mak dan ayah aku menjaga aku selama ini. Aku takkan susahkan orang lain untuk kepentingan aku.

Bagaimana kalau terlalu independent? Tak bagus juga sebenarnya. Akan jadi manusia takbur. Sombong. Isk.. Minta-minta la aku tak jadi manusia yang takbur dan sombong. Aku juga perlukan sesuatu dari seorang lelaki - memimpin aku ke jalan yang diredhai allah - membimbing aku menjadi wanita solehah. :) insya allah.

Rabu, 24 September 2003

Ingin DakuTerbang dan Menyanyi

Nak kata banyak kerja pun tidak. Nak kata tak de kerja pun tak juga. Tapi agak sibuk dengan dua-tiga perkara yang harus diselesaikan secepat mungkin. Harus diselesaikan sebelum hujung bulan.

Inilah rupa meja aku di partition yang ada kat itc ni. Partition aku betul-betul berhadapan dengan bilik boss dan pintu masuk. Komputer aku yang mengadap ke belakang buat boss tak tau aku buat kerja ke tak melainkan dia tiba-tiba muncul di belakang aku kiranya, dia masuk ikut pintu yang lagi satu. Hakhakhak..

Masa aku ambil gambar ni. Boss aku dah balik. That's why nampak gelap je kat depan tu. Dia tutup lampu dan kunci bilik.

Kat meja aku tak banyak barang, kertas, fail atau disket-disket. Semer aku letak dalam satu folder. Aku letak folder tu kat almari. Abis cerita. Tak semak meja aku. Ni pun aku rimas jugak ni. Tak tau nak kemaskan lagi macam mana. Tak tau nak kasi cantik lagi macam mana. Aku nak letak la pasu bunga ke, toys ke, frame gambar ke, tapi kan.. Mana laaa ada orang nak kasi kat aku. Lain la macam "orang tuu".. Yang ada cuma bear kecik dengan virus comel warna pink yang aku dapat masa aku attend some launch of new product by trend micro. Tu je la yang aku letak atas monitor aku.

Mug tu pun free. Aku dapat masa aku pergi seminar oracle kat usj. Erm.. Ha.. Bekas pen yang warna biru tu, ha.. Ep yang kasi, masa jumpa ramai-ramai kat kenduri kahwin keazrin.

Best digital camera ni. Bleh rakam video. Aku test kejab tadi. Tapi tak tau camne nak masukkan bunyi. Takpe la. Esok aku explore lagi - sebelum boss aku ambil balik.

Jumaat, 19 September 2003

Old memories remains..

Pagi tadi hujan turun dengan lebatnya. Aku tahu aku sudah terlewat untuk ke pejabat. Tapi aku pandu perlahan dan santai, lagipun jalan raya tengah licin, takut aku nak pandu laju-laju.

Entah kenapa, walaupun semalam aku rasa sedih, tapi alhamdulillah pagi tadi aku dapat mengawal emosi aku sepenuhnya.

Sepanjang perjalanan aku senyum. Aku nampak kereta wolksagen, aku ketawa. Aku teringat kenangan ke johor - mie bercerita tentang konvoi wolksegan.

Aku nampak motor - penunggangnya seorang wanita - aku teringat waktu aku membonceng motor kak nett ke tempat kerja. Aku tersenyum lagi. Terbayang bagaimana gila-gilanya kami diatas motor. Sama ada ke tempat kerja atau pun tempat beronggeng.

Lalu ampang, melawati, wangsa maju, gombak, batu caves, kepong dan akhirnya sri damansara.

Aku teringatkan itu. Aku teringatkan ini. Aku senyum sendiri. Biarpun kenangan itu pahit, aku cuba juga senyum. Dah la aku kesian kat diri aku ni.

Semua jalan-jalan aku lalui mengingatkan aku pada kenangan lalu - yang indah, yang pedih, yang pahit, yang manis. Semuanya mengajar aku. Menyedarkan aku.

Justeru itu, apa lagi yang harus aku lakukan selain dari bersyukur diberi peluang untuk terus bernafas di bumi tuhan ini?

Selasa, 16 September 2003

Jadi Pomen Komputer

Ayah suruh upgrade komputer kat rumah. Komputer tu - since memula aku masuk kolej - tahun 1998 - aku merengek nak komputer. Lama dah tu. Pentium ii, 32m ram, 4gb hd, modem 56kb. Ayah nak bagi rm500 untuk upgrade.

Jadi aku check price list dari salah satu kedai di low yat plaza. Aku tak mahu upgrade processor. Pentium ii untuk kegunaan dirumah sudah memadai. Cuma aku nak upgrade sdram - 256mb berharga rm129, 4gb hd - 30gb berharga rm199, cdrom 48x - cdrw 48x berharga rm150 dan tukar floppy 1.44mb aku yang dah rosak - sony floppy 1.44mb white berharga rm30. Total semua adalah rm507. Terlebih rm7. Takpelah. Aku tambah sikit je. Ehehe.

Jadi nak upgrade apa lagi ye? Hmm.. Itu je dah memadai. Aku ingat kalau ayah kasi lebih sikit, aku nak sambar altec lansing speaker. Tapi buat apa pun pasang kat rumah aku tu? Komputer bukan guna sangat. Lain la time study dulu, memang hari-hari ngadap computer. Kalau aku beli, aku nak la pasang mp3 kuat-kuat kan, dah ada speaker hebat la katakan. Tapi masa aku banyak di opis. Tak kan aku nak pasang kat opis plak? Karang kena sound plak, nak buat kerja ke, nak dengar lagu? Isk.. Isk.. Isk.. Nanti la kalau dah ada bilik sendiri nanti, aku angkut komputer masuk dlm bilik aku - peh tu pasang mp3, dengar thru altec lansing tu. Baru berdentam-dentum bunyinya. Baru best. Baru rasa hebat sikit.

Komputer makcik aku ada dirumah tu. Dia suruh aku repair. Pergh! 20gb hd rosak. Pasang kat komputer aku pun tak dapat detect hard disk nya. Lagi satu bunyi dia semacam je. Isk.. Kena beli hd baru ni. Makcik dah bagi duit. Alahai.. Malasnya nak pergi beli. Kalau aku kerja area kl ni, aku cabut sat gi low yat beli hard disk. Ini kerja kat hulu-hulu selangor nun. Ampeh je rasa.

Pagi tadi, secara tak sengajanya, 'terrosakkan' hd kak nett. Oppss!! Sorry. Plat hd terbakar. Tu la tak pakai cover, bila on je computer, keluar asap. Huwaa.. Takuttnya.!! Kak nett.. Sorry.. Sorry.. Sorry..

Ingat nak jadi pomen komputer pulak la. Seronok dapat repair komputer. Tukar tu - tukar ni - pasang tu - pasang ni. Takdela penat otak pikir pasal sql, program, oracle, etc.. Etc.. Pening kepala je.

System e-college sudah pun digunakan - maknanya - aku kena maintain system tu nanti - bila developer dia balik india - ni jadi macam ems je nanti. Hmm sabar je la hadapi dugaan user je nanti. Last week pun aku dah diarah menyediakan report utk module library. Satu report pun dah buat aku pening kepala. Susah aa pakai oracle developer latest version nih. Lepas tu, tengah aku buat kerja - programmer dari india sibuk suruh tukar tu, tukar ni. Rilex aa.. Aku bukan robot. Pelan-pelan aa. Aku sebenarnya macam ni, kalau nak suruh aku buat report, sediakan field dia, layout dia, design macam mana. Aku akan buat - dah abis tu baru masuk bab program, trigger - etc.. Etc.. Malas nak cakap - buat je la. Janji buat kerja.

Khamis, 11 September 2003

Kerana Aku Perempuan

{ kerana }
Kerana kita perempuan
Kerana kita begini
Kerana hati terlalu lembut
Kerana dendam tak pernah wujud
Kerana harapan terlalu tinggi
Kerana sarat simpati
Kerana naluri menyebut-nyebut
Kerana firasat berbisik

Lalu dipersalah
Di herdik di pujuk di suruh pergi
Perempuan seperti ini
Jadi terlalu diam
Menangis senyum menerima
Lihat perkiraan sinis lelaki
Berkata dengan berani

Kau perempuan seperti juga aku
Hidup ini bahagia derita belum tahu
Perlu beri restu seperti seorang ibu
Perkiraan dan permainan takdir
Terima semua jangan tinggal hatta secangkir
Tadah dan jamah
Biar tenang menjalar
Melilit nadi

Kerana bintang bukan satu
Kerana kerlipan akan berbalam sinar
Kerana takdir datang dan pergi
Kerana indah perit hidup
Perlu redha tabah terima

Kerana menjadi perempuan perlu begitu
Kerana hidup sememangnya
Begini

Nureffatulfairuz 070802

Aku tahu dia menulis untuk perempuan - waktu aku sedang sakit. Dan betapa tulisan itu, sakit itu beri semangat untuk aku jadi seperti ini sebenarnya.

Seperti mana effa memberi aku secebis semangatnya, waktu derita menghentam-hentam dalam jiwa, ingin aku berkongsi tulisan ini untuk seorang temanku, yang jauh disudut sana. Sedang luka sebenarnya. Aku tahu dia tabah. Seperti aku, seperti effa, dan seperti perempuan lain - seperti perempuan yang dimaksud dalam puisinya.

Semoga hatinya tenang dia gagahkan diri harungi hari.
Jangan risau. Aku kan sentiasa disini - jika kau cari. :)

Kau lelaki - terlalu banyak meminta sebenarnya!

Queen,
Seronoknya pertemuan semalam. Tersemat diingatan. Tak sangka- kawan baik amyz - kawan baik queen juga. Lepas ni, tiap pertemuan kita pastinya havoc!! :)
Thanks for everything!!

Isnin, 8 September 2003

Anorexia Nervosa.

Ape la ko ni, kurus! Macam papan. Sekali aku tolak. Mesti ko melayang-layang jatuh.
Eh eh. Makin kurus la awak. Awak diet ye?
Eh, sikitnya makan. Patut la kurus.
Itu antara dialog yang pernah saya terima dari orang-orang disekeliling saya. Family, kawan-kawan dan masyarakat. Ya, saya kurus. Saya tak diet. Saya tak pernah diet. Saya tak takut pada gemuk. Saya mahu gemuk. Tapi saya.. Nanti dulu cerita tentang saya ni ye?

Biar saya ceritakan sedikit tentang anorexia ni. Penyakit yang dikatakan terkena pada saya. Sejenis penyakit takut kepada gemuk, selalunya dihidapi oleh remaja perempuan, wanita dewasa, adakala pada remaja lelaki. Pesakit anorexia mempercayai mereka gemuk sedangkan realitinya, mereka kurus. Jadi mereka seboleh-bolehnya mengurangkan lagi pemakanan mereka. Dan ada antara mereka cuma memakan sayur sahaja untuk survive.

Beza antara anorexia dan bulimia, pesakit anorexia mendera diri mereka dengan mengurangkan makan (adakala tak makan langsung), menghindari makanan yang tinggi kalori serta melakukan senaman. Sedangkan pesakit bulimia makan dengan banyak, kemudian memuntahkan kembali makanan, atau mengambil julap atau water pills bagi menghindari kenaikan berat badan. Pesakit bulimia menimbang berat badan setelah makan, sekiranya berat badannya bertambah dari sepatutnya, dia memuntahkan makanannya kembali. Pesakit bulimia tidak sekurus pesakit anorexia.

Bagaimana mereka boleh mendapat anorexia? Seorang pakar pun tidak tahu bagaimana ianya terjadi. Tetapi pesakit anorexia percaya mereka akan lebih gembira dan berjaya sekiranya mereka kurus. Mereka mahukan semua dalam hidup mereka sempurna. Mereka ini selalunya terdiri dari pelajar yang bagus, terlibat dengan aktiviti sekolah atau komuniti. Mereka akan menyalahkan diri sendiri sekiranya mereka tidak mendapat gred yang baik ataupun apa perkara yang tidak sempurna dalam hidup mereka.

Rawatan pesakit anorexia adalah sukar kerana pesakit anorexia percaya mereka tidak sakit apa-apa. Pesakit peringkat awal anorexia mungkin dapat dirawat tanpa perlu ke hospital. Untuk rawatan yang berkesan, pesakit perlu ada semangat untuk berubah dan mendapat sokongan moral serta bantuan dari keluarga dan orang-orang yang rapat dengan pesakit.

Manakala rawatan pesakit anorexia yang serius perlu dijalankan dihospital. Rawatan termasuklah untuk mengubah cara makan dan perlu diberi kaunseling untuk mengubah habit dan kepercayaan pesakit. Termasuk juga ubat-ubatan yang diberi oleh doktor untuk menaikkan selera makan pesakit.

The most important thing that family and friends can do to help a person with anorexia is to love them.

Adakah saya pesakit anorexia? Saya tidak tahu sebenarnya. Saya tak takut pada gemuk. Saya tak diet. Saya tak buat senaman untuk mengurangkan berat badan saya. Tapi saya kurus. Berat badan saya tidak sepadan dengan tinggi saya. Buat saya melayang-layang bila berjalan ataupun tidak dikenali jika saya berdiri disebelah tiang bola jaring.

Anda kenal karen capenter? Penyanyi kumpulan capenter, yang popular dengan lagu yesterday once more, dia adalah pesakit anorexia. Dan mati kerana penyakit tersebut. Dia menerima rawatan di hospital tapi dia tidak mendapat sokongan dari keluarganya menyebabkab kematiannya. Isk.. Kurus pun boleh membunuh tau. Bukan gemuk saja berpenyakit. Menjadi kurus lebih teruk akibatnya.

Sebenarnya, lacking of attention or love from people around patient boleh menyebabkan anorexia. Saya tak kata saya kekurangan kasih sayang dari keluarga, ibu bapa terutamanya, tapi waktu saya kecil dan mempunyai adik-beradik yang ramai buat saya ada rasa tersisih. Saya sering mogok lapar untuk menarik perhatian ibu bapa saya. Memujuk saya untuk makan. Tapi, mak saya malas nak layan, sebab adik-adik masih kecil dan perlukan perhatian yang lebih dari saya. Jadinya saya tak makanlah. Sebab saya tengah mogok. Paling teruk, saya tak makan 3 hari lamanya. Merajuk la konon.

Waktu sekolah menengah, saya menerima duit belanja yang sedikit. Tapi tak apa saya terima, adakala terpaksa berlapar kerana saya tak sanggup meminta duit belanja dari mak, sebab waktu itu kami dalam kesusahan. Memang tak sampai hati dan saya mengikat perut waktu disekolah. Ala, lagipun tengahari dah balik dan boleh makan dirumah, apa disusahkan sangat?

Akhirnya ia menjadi penyakit. Saya takut untuk meminta duit sekiranya saya kekurangan duit, biarpun untuk makan. Dan sekiranya saya susah hati kerana memikirkan tiada orang menyayangi saya ataupun tidak memberi perhatian pada saya, selera makan saya akan tertutup. Biar berhari-hari lamanya. Teruk kan? Lebih-lebih jika kena marah dengan ayah atau adik beradik - mak tak pernah marah sebab mak tahu tentang keadaan saya ni. Saya tak boleh makan jika susah hati unless ada orang yang baik hati memujuk saya untuk makan.

Makan pun nak kena suruh ke? :(

Note : amik mc la. Demam nih.
Rujukan : anorexia nervosa

Khamis, 4 September 2003

Diam

Biarpun gegak-gempita bunyi lagu-lagu mp3 dari corong speaker aku ini, tapi aku rasa sunyi giler. Biarpun berdentum-dentum bunyi lagu-lagu rancak dari speaker kawan aku, tapi aku still rasa cam sengsorang je. Kenapa? Aku menung. Aku fikir. Aku cuba senyum. Aku cuba ketawa. Tapi segalanya hambar. Tawar. Takde rasa apa-apa pun. Aku mahu menangis. Tapi aku tak mahu dianggap begitu lemah. Aku ambil keputusan untuk diam.

Aku akan tersenyum bila dapat mesej dari kawan. Kak nett dan queen terutamanya. Aku ketawa sorang-sorang depan pc atau henpon, berlawan mesej dengan kawan-kawan. Mematikan segala rasa bosan.

Aku mahu protes. Tapi aku tak kuat. Yang paling kuat aku dapat lakukan, aku diam.

Aku girang mendapat panggilan telefon dari adik-adik aku - ditingkat 5 dan 6, ina, ira dan wani. Mengadu tentang komputer ataupun tentang orang lain. Aku layan segala kerenah yang buat aku tersenyum dan ketawa. Dan aku segera ke sana, tempat mereka, memberi bantuan, melayan mereka yang bercakap tanpa henti. Aku tak pernah kisah untuk membantu mereka, sebab aku dapat rasa sikit kasih dari mereka. Hormat dari mereka kepada aku yang sering tersisih disini. Entah mengapa..

Paling tidak pun aku ke department kak nett. Walau boleh berborak di ym atau di telefon, aku senang ke tempatnya. Dengar kawan-kawan disana merungut itu ini. Atau mengutuk itu ini. Dan adakala aku mahu bercerita, aku bercerita pada kak nett. Tak pun mengusik sehingga pipinya merah. Ahaha. Seronok!!

Maaf. Rupanya hari-hari aku tak mampu menyinar seperti mentari di banner aku. Segalanya hambar. Adakala idea-idea aku padam setelah setengah muka aku menaip.

Mengapa? Aku tak ada jawapannya.

Khamis, 28 Ogos 2003

Apa Khabar Agaknya?

Apa khabar kawan-kawan aku agaknya? Harap-harap sihat semua. Jangan sedih-sedih. Jangan tension-tension. Terasa benar bagai aku tak mengambil tahu tentang perkembangan kawan-kawan.
Setahun sudah berlalu. Kenangan mungkin tinggal kenangan. Tapi kenangan bersama kawan-kawan itu adalah menjadi kenangan paling berharga dalam hidup aku.

Aku teringat makan-makan bersama mereka di cm sesudah waktu pejabat.
Ataupun berjumpa di klcc untuk menonton wayang tiap kali rabu.
Atau lepak di depan kolam klcc memerhati tarian air sambil bercerita bagai tiada sudahnya.
Atau keluar beramai-ramai konvoi bersama-sama 2-3 kereta, ke kenduri kahwin atau sebagainya.
Atau saja berjumpa kerana lama tak pekena giant juice atau nasi lemak serdang.
Kalau jumpa, mesti ada makan-makan. Kalau selalu- memang aku bleh gemuk sikit. :)

Aku tak boleh memaksa masa yang lalu itu kembali, biarpun untuk menggembirakan aku. Kerana komitmen perlukan pengorbanan.

Aku tak boleh paksa diri aku untuk berjumpa mereka. Atau memaksa mereka berjumpa aku. Kerana aku dan mereka punya tanggungjawab.

Cuma aku mahu mereka tahu, aku suka sangat, gembira sangat, seronok sangat, berada dalam kalangan mereka. Biarpun aku kena buli atau kena sakat. :-p

Ha.. Kawan-kawan. Jaga diri baik-baik. Kerja baik-baik. Semoga kamu semua mendapat perlindungan serta kesejahteraan darinya. Amin..

As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come whatever
We will still be
Friends forever..
-vitamin c-graduation-

Khamis, 21 Ogos 2003

Ada Sesuatu Dalam Hatinya

Satu masa dulu, aku punya seorang rafik yang baik. Seorang lelaki yang baik. Aku selalu bersamanya, selain dari rakan perempuan aku yang lain. Kami pernah dikatakan sepasang kekasih. Tapi aku menafikan sekeras-kerasnya. Kerana aku tahu, dia mengganggap aku sekadar seorang sahabat. Tak pernah lebih dari itu. Dan aku tak pernah mengharapkan lebih dari ikatan persahabatan yang indah ini darinya.

Dia baik, amat baik kepadaku. Namun aku tak pernah mengambil kesempatan atas kebaikannya. Aku hargai tiap kehadirannya dan kata-katanya padaku. Dia selalu menasihatiku, menegur silapku. Adakala memarahi aku bila aku terlalu keanak-anakan. Ya, memang aku ni agak childish. Aku suka begitu. Bagi aku, kanak-kanak adalah zaman terindah tanpa sebarang masalah. Dia memarahi aku kerana aku gemar mengambil remeh banyak perkara serius. Dan apabila dia memarahi aku, aku cuma tertawa dan tak pernah berkecil hati dengan tegurannya. Seterusnya, dia tak pernah dapat memarahi aku lama-lama. Dan kami tertawa bersama, terus melupakan sengketa sebentar tadi.

Dia jarang memujiku. Dia tak pernah mengutuk kelemahanku. Kami selalu bertukar pendapat dalam banyak hal. Dia rajin bertanya sesuatu yang tidak difahami, tapi selalunya, aku yang rajin bertanya kepadanya tentang pelajaran. Aku ni lembab sikit. Kami rajin ke perpustakaan berdua. Disana kami mengulangkaji, ops, dia yang mengulangkaji. Sedang aku menghabiskan masa dengan membaca novel-novel yang terdapat di perpustakaan itu. Dia rajin meminjam buku-buku rujukan, sedang aku rajin meminjam novel-novel dan buku-buku fiksyen. Tapi kerja aku selalunya siap ye..

Ada satu waktu, seorang lelaki menghampiriku. Berbual denganku. Berkenalan denganku. Dia memandang dari jauh. Tapi aku tak dapat tafsirkan erti pandangannya itu. Dia tak pernah bertanya apa-apa pun tentang perkara itu kecuali nama lelaki yang berbual denganku. Jadi aku anggap dia mengambil berat tentang aku. Kami masih menjalankan rutin seperti biasa.

Dia jarang menghubungi aku ditelefon. Dia tak seperti lelaki lain yang ingin menghampiri aku, yang mengajak ku berbual-bual ditelefon berjam-jam lamanya. Dia tak seperti lelaki lain yang mengajak keluar dan membelanjaku menonton. Kami tak pernah keluar berdua-duaan diluar kawasan belajar kami. Aku pun sebenarnya jarang menerima ajakan dari lelaki. ;-)

Hinggalah satu hari, aku jatuh cinta pada seorang pemuda yang berjaya mengambil hatiku. Pemuda itu berjaya memikat hatiku. Segalanya aku beritahu kepada rafikku ini. Dia agak terkejut. Tapi dia tenang. Amat tenang, sehingga aku gagal mengetahui rahsia hatinya.

Pada suatu hari itu selepas hari itu, dia menemuiku dengan wajah yang sugul. Aku yang ceria seperti biasa, mengusiknya. Aku katakan dia seolah kematian kekasih. Dia mengangkat muka dan merenungku tajam. Tergamam aku apabila dia katakan dia terpaksa pergi jauh. Dia terpaksa meninggalkan aku. Aku cuba mencungkil sebabnya. Tapi dia pendamkan segalanya. Dan aku terpaksa membiar dan melihat dia pergi. Tanpa aku sedari, air mataku mengalir. Kerana aku tahu, aku akan merinduinya.

Kekasihku tahu segalanya tentang rafikku ini. Setelah beberapa lama dia pergi dan tidak mengirim satu pun berita padaku, kekasihku memberitahu, sebenarnya ada sesuatu dalam hatinya, tersimpan rasa kasih mendalam padaku. Aku terkejut. Bagaimana ianya terjadi? Kenapa dia merahsiakan? Jawapan kekasihku, kerana rafikku menyayangi ikhlas persahabatan antara aku dan dia sehingga dia takut dia akan kehilangan aku apabila dia curahkan isi hatinya. Aku tertunduk dan berkata, sekarangpun aku telah kehilangan seorang rafik yang baik, yang memahami dan yang mengenali aku. Aku hampa, tapi aku sedar kasihnya yang dalam padaku menyebabkannya membawa diri dariku, demi kebahagiaan aku bersama dengan kekasihku ini. Terima kasih atas sebuah persahabatan yang indah ini.

Khamis, 14 Ogos 2003

Maaf, Awak Tak Kenal Saya

Pernahkah anda terdengar seseorang yang not really close to you memperkatakan tentang diri anda. Mesti pernah kan? Saya sudah banyak kali melihat, mendengar dan mengalami sendiri perkara sebegini.

Saya punya seorang rafik yang manja, peramah dan sangat suka berkawan. Pada awalnya kami satu kelas di sekolah menengah. Waktu itu, kami tak berapa rapat. Rata-rata kawan kelas saya, pernah memperkatakan tentang perangainya (baca: mengumpat). Dia sebenarnya manja. Tapi nampak mengada-ngada dipandangan mata orang lain. Masa tu saya tak kenal siapa dia walaupun kami sekelas (saya kenalnya sebagai kawan sahaja). Jadi saya buat hal saya, dia buat hal dia. Apa yang orang perkata tentang dia, saya ignore.

Entah bagaimana, kami dipertemu dikolej yang sama, dibidang yang sama. Since that, kami rapat. Then barulah saya kenal siapa dia sebenar. Dia banyak mengadu ada orang yang laser dan tak ignore perasaan orang lain, sound direct padanya. Saya simpati sebenarnya. Mereka (baca: masyarakat) selalunya judge the book by it's cover. Saya tahu sedikit sebanyak perasaan dia tercalar. Dia pernah menangis tersedu-sedu dibahu saya, menyatakan orang tak suka pada dia. Saya berasa sangat sedih. Saya katakan pada dia, orang lain buat tanggapan pada apa yang mereka nampak. Mereka nampak si a jalan dengan si b, ha.. A dengan b tu mesti pasangan kekasih. Tak pernah nak bertanya atau selidik dahulu. Mana pernah? Tak akan bertanya. Suka sangat buat andaian sendiri. Itulah orang kita. Saya katakan padanya.

Saya amat faham perasaannya. Saya faham sifatnya. Tapi kalau mereka beri peluang pada dia, mereka akan tahu, betapa dia ikhlas dalam persahabatan dan sifat-sifat baik serta keistimewaannya yang lain. Saya juga pernah nasihatinya agar tidak terlalu 'menarik perhatian ramai'. Sebab sifatnya yang peramah itu sebenarnya menarik perhatian orang ramai tertumpu pada dia dan mereka membuat tanggapan tersendiri tentang dia. Perubahan itu memang baik, tapi ianya tak mudah. Jadi, ubahlah dengan perlahan-lahan. Kerana sifat itu dah sebati dalam hidupnya. Dan orang lain seharusnya memberi dia peluang. Betul tak?

Sedangkan saya ini, yang tak pernah menonjolkan diri atau tidak pernah pun 'menarik perhatian ramai' pun ada juga yang memperkatakan tentang diri saya. Untungnya saya ni bekerja dikelilingi oleh lelaki. Kerana lelaki selalunya tak fikir tentang perkara seremeh itu. Senyum si lelaki ya? Tapi lelaki kalau mengutuk, adakala lebih teruk dari perempuan. :-p

Saya sebenarnya pelik dan hairan dengan sikap mereka yang suka memperkatakan tentang 'koyak kain' orang lain tanpa 'menjahit koyak kain sendiri'. Saya tahu siapa saya. That's why saya tak suka memandang rendah dan memperkata tentang kelemahan orang lain, kerana saya sedar saya punya banyak kelemahan. Walau nampak jelik dimata saya, saya tak ada kuasa untuk mengutuk mereka. Mana tahu, disebalik seksi-seksinya, tetapi dia banyak berbakti pada kedua ibubapanya atau sebalik rokok dibibir mongelnya, rupanya dia tak pernah tinggal solat. Tidak seperti saya yang adakala menyakiti hati kedua ibubapa saya dan terkadang lalai menunaikan solat? Saya tak berani nak jatuhkan hukuman kepada mereka itu. Mungkin mereka jahil. Mungkin mereka ada masalah tersendiri. Kita tiada hak untuk memperkatakan tentang keburukan orang. Dan paling utama, kita tak kenal siapa mereka sebenarnya.

Maaf. Anda tak kenal siapa saya. Anda tiada hak untuk berkata apa-apa tentang saya. Lebih-lebih lagi apa yang saya lakukan. Kerana hanya saya yang tahu tentang diri saya. Ibu bapa saya. Keluarga saya dan kawan baik saya. Mereka yang kenal saya. Mereka akan menegur kekurangan saya. Mereka punya hak membetulkan saya. Dan selagi saya tak pernah mencampuri urusan hidup anda, anda juga tak punya hak istimewa untuk mencampuri urusan hidup saya. Apa-apa pun terima kasih atas segala teguran. Terima kasih sangat-sangat.

Selasa, 12 Ogos 2003

And I Could Not Ask For More.

Anda sebagai wanita, selalukah anda meminta itu ini dari kekasih anda? Pernahkah anda merajuk berhari-hari kerana dia tak dapat menunaikan permintaan anda? Dan anda mahukan coklat dan bunga, atau pun, makan malam dihotel terkemuka, ataupun hadiah mahal-mahal untuk memujuk anda. Pernahkah anda meminta dia melakukan sesuatu perkara yang agak mustahil untuk dilakukan, tapi dilakukan jua kerana sayang terhadap anda?

Kiranya anda pernah melakukan sedemikian, berhati-hatilah. Anda sebenarnya telah membuat si dia menjeruk rasa. Tapi demi untuk menjaga hati anda, dia sanggup. Tetapi selama mana? Ubah sikap anda, atau dia akan meninggalkan anda. Jangan buat teman lelaki anda bosan dengan sikap anda. Dan jika si dia berubah hati, selidik salah anda sebelum anda menyalahkannya.

Saya punya seorang rakan lelaki yang hari-harinya merungut mengenai sikap tunangnya yang bukan sahaja cemburu, tetapi sering mengarah. Saya hanya mampu menggeleng kepala apabila mendengar pertengkaran mereka, diakhiri dengan si perempuan menghempas telefon. Tetapi saya kagum dengan kesabaran si lelaki. Walau si perempuan membentak-bentak, menengking-nengking, dicekalkan hati untuk menelefon dan memujuk. Adakala saya pelik dengan sikap si perempuan. Nama saya dalam telefon bimbit si lelaki ini di'delete'nya kerana cemburu. Nak tergelak saya dengan sikap yang terlalu cemburu.

Setakat ini, saya tak nampak si lelaki mahu berubah hati. Mungkin kerana mereka sudahpun bertunang dan akan melangsungkan tidak lama lagi. Tetapi ciri-ciri untuk mencari yang lain tampaklah sedikit. Lelaki lah katakan. Yes, he's flirting! Lebih serius lagi, takut nanti dia tinggalkan tunangnya bila 'terjatuh hati' dengan perempuan lain yang lebih lembut, yang lebih memahami dan melayannya dengan baik. Saya tak kata dia akan meninggalkan tunangnya. Tapi jika tunangnya tidak berubah sikapnya, kemungkinan besar perkara sebegini berlaku. Syukur, saya tak seperti perempuan itu. Tapi saya juga pernah lakukan kesilapan hampir serupa.

Ya. Perkara itu pernah saya alami. Saya akui saya agak cemburu dan mengawalnya. Dan ya, dia tinggalkan saya. Saya akui silap saya. Dia tak pernah menyuarakan ketidakpuasan hatinya pada saya. Semua disimpan dalam hati. Bila saya fikirkan sikap saya yang melukakan hatinya, saya rasa seperti itulah kelukaan yang saya terima sewaktu dia meminta saya melepaskannya. Ya tuhan, berat betul hati saya. Saya menangis berhari-hari. Saya kesal dengan sikap saya. Pada mulanya saya salahkan dia, tapi bila saya fikirkan kembali- memang salah saya. Dan sehingga saat ini, saya kesal. Dan sangat menyesal.

Sebenarnya, saya mahu satu sahaja peluang untuk membetulkan segala kesilapan saya. And i could not ask for more, melainkan berdoa agar dia bahagia bersama saya. Tetapi, sekiranya dia lebih berbahagia tanpa saya, saya tak boleh memintanya untuk bersama dengan saya kembali.

So, anda wanita diluar sana, fikirkan perasaan teman anda sebelum meminta dia melakukan sesuatu yang luar kemampuannya. Ingat, si lelaki punya banyak pilihan selain dari anda. Saya bukan mahu memenangkan si lelaki. Cuma bertolak ansurlah antara anda dan si dia. Ada perkara mungkin dia mampu lakukan, ada perkara dia sukar untuk lakukan. Bawalah berbincang dari hati ke hati seeloknya. Insya allah, hubungan anda bertambah erat dan mesra. Jika anda memahaminya, tak mustahil dia akan cuba untuk tunaikan setiap permintaan anda. Percayalah- :-)

Khamis, 7 Ogos 2003

Apa-Apa

Apa-apa.
Katakan apa-apa untuk diri sendiri. Untuk kepentingan sendiri. Buat apa-apa untuk diri sendiri. Apa saja. Sebelum terlambat, katakan apa yang perlu dikatakan, lakukan apa yang perlu dilakukan, untuk diri sendiri dan demi masa depan.

Rahsia.
Ada perkara perlu dirahsiakan. Ada perkara perlu diberitahu. Ada perkara perlu semua orang tahu. Ada perkara untuk sesetengah orang je yang tahu. Ada perkara kita saja yang tahu. Sebab apa? Sebab rahsia.

Silap.
Kesilapan yang pernah dilakukan. Dan menerima pembalasannya. Tiap kali mengenangkan kesilapan itu, tiap kali hati meronta dengan seribu satu kesalan. Tapi nasi sudahpun menjadi bubur. Lewat. Terlalu lewat untuk merubah segalanya.

Syukran.
Memerhatikan selautan manusia yang selalunya jarang bersyukur dengan rezeki yang diterimanya. Akibat terlalu iri dengan kelebihan orang lain. Cuba renung dalam diri. Ada lebih keistimewaan yang perlu kau syukuri, jangan kau runguti. Aku jua begitu. Terlalu iri pada mereka yang bahagia. Tanpa sedar, melukai mereka yang menyayangi.
Sebenarnya terlalu sedih memikirkan menghadapi hari dengan keperitan, dan terlupa ada lain yang lebih menderita.
Terlalu sedih memikirkan terpaksa melaluinya sendirian, dan terlupa derita mereka dan melaluinya sendirian.
Bersyukurlah kerana aku masih ada keluarga, ibu bapa, sahabat dan taulan, kerjaya dan selainnya yang harus aku syukuri. Terima kasih kerana menyayangi.

Isnin, 21 Julai 2003

Bila kereta ku pancit tayarnya..

Malam minggu, keluar bersama teman. Saja nak makan-makan dari lepak dirumah kebosanan. Bangsar lah tempat tujuan. Dapat pekena giant juice tempat terdekat. Nak ke serdang jauh sangat. Sekadar nak lepaskan gian kat giant juice je. Lepas makan nak balik la. Kalo buleh nak sampai rumah sebelum jam sebelas.

Teman yang baik jadi driver. Tapi baru jalan 2-3 meter rasa cam tak best. Keluar la tengok apa yang tak kena. Rupanya tayar depan belah driver pancit. Huk aloh! Kena tukar tayar la pulak. Dah la pes time tayar pancit. Dah la malam. Sib baik la kawasan tu happening gak. Ade indian tukang jaga parking tu volunteer nak tolong. Nervous gak rasa. Bercampur risau semer pun ada. Cek bonet belakang. Pes thing teman tanya, jek mana jek? Err.. Tergagap aku nak menjawab. Mana nak tau. Tak penah nak check. Tayar spare ade tak? Ade.. Lorr.. Jek terletak bawah tayar spare rupenye. Camne nak kuarkan jek ni plak? Berpeluh-peluh ler aku ngan teman nak kuarkan jek tu. Last-last, aku gi buka buku manual. Sib baik bawak selalu buku nih. Hah! Dapat pun tarik jek tu dari tempat dia.

Okeh. Dah kuarkan jek, tayar spare ngan peralatan lain tu, kami pon start la buat keje-keje menukar tayar keter buat kali pertamanya aku ngan teman aku tu.

Menurut indian yang tolong aku tu, nak tukar tayar ni caranya dia macam ni. Pes, longgarkan nat tayar tu. Peh tu pasang jek kat bawah keter. Putar sampai keter terangkat. Peh tu, bukak nat tayar tu. Bukak la tayar pancit. Ganti tayar baru. Pasang nat. Turunkan jek. Ketatkan nat seketat-ketatnya. Pasang balik rim produa tu balik.

Kemaskan perkakasan tadi. Dah clear. Aku pon dah lega. Indian tadik pon mintak upah lepas duit minum katanya. Huh! Memula kata ikhlas. Huhuhu.. Bagi je la seploh hinggit. Tu pon pinjam duit member. Peh tu, gi stesen minyak, basuh tangan, isi minyak semer. Balik. Dalam keter tak abeh-abeh cerita pasal keter. Aduh. Sib baik ada teman. Kot sengsorang, camne la aku nak buat? Takpe. Semer tu pengalaman. Sok terkena, bley wat sengsorang. Insya allah. Kalo tak bley, tahan je la mana-mana keter yang lalu.
Abang.. Tayar keter i pancit. Bley tulun tukar kan tak? (mata kelip-kelip cam icon yahoo tu) mesti dia cepat-cepat cakap..
Bleyyyy..
Muahahaha...

*punca-punca pancit masih dalam siasatan*

Jumaat, 18 Julai 2003

Nggeee... Takutnyeeee..

Seperti malam-malam sebelumnya, dia selalu pun balik lambat. Bersama member-member departmentnya. Dia selalu pun stayback. Sampai pukul sepuluh malam paling lewat pun. Sebab tiap pukul sepuluh, pak guard akan datang. Selalunya mereka akan sama-sama turun dan balik. Dia tak pernah risau pun untuk stay back sampai malam-malam kerana bersama kawan-kawan, mereka akan menghisap rokok beramai-ramai, memasang mp3 kuat-kuat dan boleh untuk menelefon kekasih hati sesuka hati.

Tapi lain pula terjadi disuatu malam. Di satu malam jumaat. Entah mengapa pada malam itu, kawan-kawan dia bagai berpakat-pakat balik cepat. Seorang demi seorang balik. Meninggalkan dia keseorangan. Tapi dia maintain cool. Apa nak di takutkan? Lagi best dok sengsorang kat sini. Sebab boleh pakai telefon lama-lama. Boleh hisap rokok banyak-banyak. Boleh surfing sepuas-puas hati. Takpe balik malam, nanti hujung bulan boleh claim overtime.

Dia leka menaip satu dokumen. Esok kena hantar tak silapnya. Dan bertandanglah rasa bosan keseorangan. Dengan kepakaran yang ada, dia masuk dalam bilik bos untuk menggunakan telefon. Jam ditangan baru menunjukkan angka sembilan. Malam masih muda, fikirnya. Lantas nombor tunang kesayangannya segera didail. Membara-bara rasa rindu di dada.

Sedang asyik bercakap dengan tunang tersayang, dia terasa sesuatu yang tak best pula. Pintu toilet kedengaran ada orang membuka dan menutupnya. Setelah beberapa kali, dia menjadi cuak. Pada tunangnya, dia pinta permisi seketika untuk memeriksa keadaan luar departmentnya. Tiada tanda-tanda ada orang. Tiada tanda-tanda pintu toilet di tiup angin. Tiada angin pun yang menghembus.

Lantas dia masuk kembali dan mengunci semua pintu masuk ke departmentnya. Kembali ke meja untuk menyambung perbualan yang terhenti tadi. Beberapa minit bercakap, kejadian lebih kurang sama berlaku lagi. Kali ini mambang tu main atas siling da.. Ada sesuatu seperti bergolek-golek di atas siling. Seperti tikus berkejaran di atasnya. Tapi bunyinya pelik. Serentak itu, segala roma dibadannya meremang. Dan kedengaran kembali pintu toilet di buka dan di tutup. Ah, perasaan takut segera menyebulunginya.

Apa lagi, tak tunggu waktu, dia terus meletak gagang tanpa mengucap salam pada tunangnya. Perang bakal meletus. Tapi dia tak peduli, paling penting dia harus tinggalkan tempat itu dengan kadar segera. Keluar dari departmentnya, dia terhidu bau cukup harum. Lemah segala sendi. Setelah mengunci pintu, dia cuba berlagak selamba dengan mengeluarkan rokok dan cuba menyalakannya. Dia menoleh kiri dan kanan untuk memastikan keadaan tingkat 4 itu. Dia berpaling dan berjalan menuju ke lif. Saat itu lah dia terasa ada satu bayangan melintas di belakangnya. Tak berlengah dia berlari ke lif. Ditekan-tekan punat lif. Terasa lif bergerak amat perlahan sekali. Terbayang diminda sekiranya benda itu mengekorinya. Segala macam ayat dibaca bertaburan. Tajwid semua hilang. Pintu lif terbuka dan dia segera masuk. Berlari ke tempat parking motor dan segera memecut meninggalkan office nya itu. Ketakutan akibat disakat oleh sesuatu itu masih belum hilang. Akhirnya dia tidur berselubung selimut hingga keesokan harinya.

*kisah diatas benar-benar terjadi disatu tempat kerja. Beberapa kejadian aneh pernah berlaku disitu. Tapi kisah diatas merupakan kejadian baru berlaku kira-kira 2 minggu lalu. Namun pekerja disitu sudahpun memberitahu krew misteri nusantara agar menyiasat supaya tidak membiarkan misteri menyelubungi hidup pkerja-pekerja disitu.*

Rabu, 16 Julai 2003

Bila Rindu

Bila rindu hadir dalam hati. Ingin tersenyum tapi pedihnya amat menghiris hati. Ingin ketawa tapi mengundang air mata. Bila kenangan manis terpapar dilayar ingatan. Terasa bahagia dalam diri. Tapi dilukai oleh kepahitan kenangan yang amat memedihkan. Rindu itu indah tapi..

Aku amat-amat menghargai sebuah persahabatan. Dan aku menghormati semua yang ku panggil sahabat atau kawan ini. Aku tak pernah peduli tentang lifestyle mereka, pendapat mereka, cara mereka. Selama mana mereka menghormati dan menerima siapa saja aku. Aku tak peduli dengan pandangan orang lain tentang sahabat aku, asalkan sahabat aku sentiasa berbuat baik pada aku. Aku pernah dimarah oleh a, kerana berkawan dengan b, sebab a kata b macam ni, macam tu. Tapi aku tak peduli sebab aku tahu b bagaimana orangnya.

Seperti mana aku punya hak tersendiri, begitu juga mereka. Insya allah, selama mana aku berkawan dengan sahabat-sahabat aku, aku tahu aku tak berhak dalam urusan hidup mereka. Lain lah kalau mereka inginkan pandangan aku tentang sesuatu keputusan yang ingin mereka buat. Tapi aku tak kan berani jika keputusan itu, keputusan yang melibatkan masa depan mereka sendiri. Terpulanglah pada mereka untuk melakukannya.

Masing-masing punya hal peribadi tersendiri. Pendirian tersendiri. Prinsip tersendiri. Termasuk aku. Jika mereka berkata 'tidak' pada sesuatu perkara, maka itu adalah pendirian mereka dan aku menghormatinya. Aku tahu aku tak punya hak untuk memaksa mereka berkata 'ya'. Adakalanya perkara yang remeh pada kita, janganlah kita mempersoalkan mengapa mereka tidak bersetuju, cuba hormati dan mungkin pada mereka perkara itu merupakan sesuatu yang besar dalam hidup mereka.

Ada antara sahabat aku tidak sependapat dengan aku dalam banyak perkara. Tapi aku hormati pendapat dia seperti mana dia hormati pendapat aku. Dengan itu, kami boleh get along walaupun bercanggah pendapat, dan kami sefahaman. Faham dan hormati pendapat masing-masing. Faham kenapa itu menjadi pendirian dia. Dan dia faham kenapa aku berpendirian sebegitu. Bukankah mudah?

Aku harapkan sebuah persahabatan yang ikhlas. Yang mereka tahu aku boleh berada disisi mereka waktu susah senang mereka. Dan aku tahu mereka ada disisi aku waktu susah senangku. Menyayangi aku, menegur salahku, memahamiku, atau membenciku. Seperti aku menyayangi, memahami dan menghormati mereka.

Sabtu, 12 Julai 2003

Cuma Seorang Wanita

Sukarnya menjadi seorang wanita. Tambahan wanita itu berpendidikan tinggi. Berjawatan tinggi. Semakin banyak dugaan, godaan, cabaran yang adakalanya dia terpaksa tempuhi seorang diri.

Semakin dia berada diperingkat yang tinggi, pendidikan ataupun jawatan, semakin kuat dia diuji. Tabahkah dia menghadapinya? Dan paling memedihkan mata-mata masyarakat memandang serong. Mengeji. Mencaci. Malang nasib, wanita sendiri menjadi musuh kepada wanita. Aduhai wanita.. Dan wanita yang tidak berpendidikan, tidak berjawatan tinggi. Diperbodohkan. Dipermainkan. Malangnya nasib wanita itu. Tapi kepada siapalah harus dia mengadu?

Pada seorang lelaki yang diharapkan menjadi kekuatan, tapi membawa dia di alam ketakutan.
Pada seorang lelaki sebagai tempat bergantung, tapi adakalanya lelaki itu dia yang tanggung.

Angkara lelaki sangat-sangat menyakiti. Sangat-sangat melukai. Sangat-sangat menakutkan. Berita di media massa memaparkan kejahilan lelaki yang amat menakutkan. Merosakkan segala masa depan. Meruntuhkan segala kepercayaan.

Cuma seorang wanita. Yang selalu menjadi mangsa. Segala keganasan. Ketakutan. Kelukaan serta penderitaan. Namun ketabahannya mengatasi segala dugaan. Menangis sendiri. Tidak dihargai. Tidak dipeduli. Dan tiada siapa sudi memahami..

Selasa, 8 Julai 2003

Melaka, kekal bersama sejarah

Melaka. Kali terakhir aku jejak kan kaki semasa aidilfitri lalu. Kelmarin aku ke sini semula. Bercuti bersama keluarga. Amannya disini. Udara masih segar. Ikan bakar di umbai masih enak. Malah bertambah enak. Laut masih cantik. Taman tun rahah masih sunyi. Terasa tak mahu pulang ke kuala lumpur semula. Ayah terlalu ingin duduk di melaka. Cuma mak saja yang membantah. Ah, mak orang bandar, kata kak long.

Melaka makin membangun. Sana-sini ku lihat traktor-traktor dan lori-lori serta kawasan pembangunan. Dalam pada itu aku sedih kerana ia bakal memusnahkan kedamaian yang pernah aku kecapi zaman kanak-kanak dulu.

Melaka makin banyak berubah. Sudah ada tesco. Tapi harga barang masih murah. Ayah beli sejumlah barang untuk kegunaan rumah. Termasuk almari, katil, tilam, langsir dan dapur gas. Seolah mahu pindah lagaknya.

Laut belakang mahkota parade makin jauh. Meninjau dari bukit st paul, baru dapat ku lihat laut yang sayup. Nampak jalan raya yang telah siap digunakan. Padang yang selalu ada kereta lembu membawa pelancong berpusing-pusing sudah di pasang pagar bagi memudahkan kerja-kerja pembangunan. Oh ya, ada kota lama dijumpai di bawah padang itu. Aku harap ianya dipelihara agar melaka kekal bersama sejarahnya.

Mengambil kesempatan meninjau istana kesultanan melaka. Tak sempat masuk muzium kapal besar tengah kota itu. Meninjau gerai-gerai cenderahati. Melihat dan membelek. Cuci mata saja. Cantik-cantik. Sayang, tak jumpa replika kereta lembu. Bukankah kereta lembu sinonim dengan melaka?

Aduh.. Majlis perbandaran melaka rupanya kerja hari ahad. Akibatnya kereta dikenakan kompaun sebab tak bayar parking. Kak long marah-marah. Dah nak kena.. Nak buat macam mana? Selalu di kl, sabtu separuh hari, ahad kan free parking? Ini melaka la.. Dah la pakai kereta ayah.

Taman Tun Rahah dulu sunyi. Malam-malam selalu dengar bunyi cengkerik saja. Sekarang masih sunyi. Tapi dah makin banyak rumah. Dulu depan rumah ayah ini semak, sekarang sudah ada teresan rumah lain. Tapi masih sunyi sebab jauh dari jalan raya.

Kalau ada peluang untuk tetap di melaka, aku tak kan melepaskan peluang itu! Kerana melaka masih kekal dengan sejarahnya. Dan bisa buat aku lupa sejarah di kuala lumpur

Khamis, 3 Julai 2003

Cinta, Rajuk dan Bunga

Dengar-dengar cerita cinta. Cerita cinta seorang kawan. Indah dimata. Indah dikhabarnya. Bahagia. Berkongsi segala suka duka. Ah, segalanya indah saja. Bakal menunggu hari bahagia.

Dengar-dengar cerita kawan. Tentang rajuk. Tentang gundah. Tentang selisih faham. Risau-risau juga. Muramnya wajah kawan. Walangnya hati kawan. Kekasih hati merajuk panjang. Bagaimana mahu memujuk?

Dengar-dengar cerita kawan. Tentang bunga. Tentang kekasih hati. Diam-diam saja. Senyum-senyum sendiri. Nampaklah indah. Nampaklah bahagia. Nampaklah senyum hingga telinga. Nampak yang seronok saja. Hahaha.. Tumpang bahagia orang saja.

Ahaha.. Disini. Didalam hati ini, cuma mampu mengirim doa. Tulus dihati. Kepada kawan-kawan dan kekasih hati serta cerita cinta mereka semoga kekal selamanya. :)

Asalkan mereka bahagia. Asalkan mereka bahagia...

-esok-
Dah ambil cuti. Nak balik melaka. Dah lama tak ke sana. Babai semua~
Jemput datang ke tempat saljibiru. Esok harijadinya yang ke 2? Ehehe.. Selamat hari jadi kawan.

Rabu, 2 Julai 2003

Mimpi

Ku ingin terbang ke awan menggapai bintang² dlm kegelapan malam
Ku idamkan satu taman yang dan juga mahligai yang indah tak ternilai

Tapi semua hanya khayalan yang bermain dlm fikiran.
Tak mungkin dpt ku tercapai yang tinggal hanyalah impian

Namun ku masih mencuba untuk punya segalanya
Walaupun bertahun lama moga kan terlaksana.

Ku ingin terbang ke awan menggapai bintang² dlm kegelapan malam
Ku idamkan satu taman yang dan juga mahligai yang indah tak ternilai

Namun ku masih mencuba untuk punya segalanya
Walaupun bertahun lama moga kan terlaksana.

Ku ingin terbang ke awan menggapai bintang² dlm kegelapan malam
Ku idamkan satu taman yang dan juga mahligai yang indah tak ternilai


Aku dengar lagu ni buat pertama kali, aku rasa tak de lah best sangat. Bila aku dengar beberapa kali. Terasa ada something special about it. Dan ada beberapa lagu yang mereka nyanyikan yang aku kira sangat cool. Rasa rilex je dengar lagu diorang ni.

Band ni bukannya top. Aku rasa bebudak underground kenal band nih. Mesti diorang punya style macam cool and macho. Muahaha..

Ni member aku punya pasal la.. Dia pegi pasang mp3 diorang ni hari-hari. Kan aku dah addicted. Grr..!!

By the way, ada sesapa kenal ke dengan gerhana ska cinta?

Selasa, 1 Julai 2003

Renungkan

Bila aku merenung mata kau. Bolehkah kau memahami hati aku? Boleh kah kau selami sedalamnya apa yang tersirat dalam fikiran? Pastinya tak boleh. Sebijak mana ahli nujum pun tak dapat menilik apa yang aku simpan. Mungkin pada sesetengah orang, pekara lalu tak perlu diungkit lagi. Tapi pada aku, ia menjadi dendam yang panjang. Mungkin sepanjang hidup aku. Aku sukar memaafkan. Aku sukar melupakan.

Aku pendendam. Aku pemendam.

Bila aku renung mata kau. Kau mungkin dapat mengagak aku ini seperti mana. Mungkin kau dapat meneka aku ni sebagai mana. Hmm.. Mungkin renungan aku sedikit menggoda. Mungkin renungan aku penuh simpati. Mungkin renungan aku diapi marah. Ahaha.. Kau dapat menduga emosi aku sebenarnya.

Kiranya kau mahu menilik apa yang tersirat dalam suratan hidupku. Selautan simpati tak dapat mengubah takdirnya. Jadi mengapa kau harus tahu? Dari aku dihina kemudian hari, ada baiknya ia disimpan kemas diingatan ini.

Kau pernah mempersoalkannya mengapa bukan? Jelas kau pandang rendah pada aku. Jelas kau memperlekehkan aku. Jadi bagaimana harus aku terangkan segalanya?

Tak mengapa sayang. Aku dah biasa begini. Aku sudah lali. Aku ada ubat pelali itu. Dan biarkan aku begini.

Isnin, 30 Jun 2003

Sure heboh & Charlie's Angels.

"Kak lang, temankan aku ambil spek ye? Aku nak beli barang sikit. Kita gi tengok Charlie's Angles ndak?"

Permintaan kak teh sangat jarang. Dan aku tak pernah hampakan dia. Lalu hujung minggu sudah, aku habiskan masa bersamanya. Bukan susah sangat. Drive dan temankan ke mana dia mahu. Itu saja.

Sabtu, ke Kotaraya ambil spectacles yang dia tempah. Dah siap. Katanya malam-malam tak berapa nampak. Oh ye, first gaji la katakan. Macam-macam mahu dibelinya. Aku cuma teman dan pandang saja. Opss.. Gaji aku belum masuk lagi. :-( Selepas membeli beberapa barang, kami ke Karnival Sure Heboh TV3. Nampak macam best. Aduh, selautan manusia disitu. Tak larat aku nak menempuhnya. Kami jalan-jalan. Makan-makan. Gelakkan orang. Oh ye, aku apply streamyx tm net. Katanya lebih laju. Nak bagi modem percuma. Installation percuma. Cuma bayar monthly fee je la. Kita boleh online internet 24-hours. Tak ganggu talian telefon. Macam best. So, aku pun apply la. Happy je mamat tu bila aku agree to apply. Sib baik indian. Kalau malay... Ahaks!!

Balik bila kaki aku dah tak larat nak jalan. Takut nanti tak boleh nak drive. Bila sampai tempat aku parking kereta. Kereta aku kena block. Sebab aku parking kat tepi jalan je. Ada lah 3 kereta yang nak balik trapped, including kereta aku. At last, ada mamat terror, dia tolak kancil yang block kereta dia ke depan sikit untuk beri ruang kereta dia keluar. He did it! Satria dia lepas. Ah, kalau satria dia lepas, kancil aku mesti lepas punya. So, aku reverse, yeah! Aku dapat keluar. Kak teh menjerit-jerit suka. Cayalah!! Aku angkat tangan tanda terima kasih kat mamat satria tu. Sampai rumah pukul 10:30pm. Tak de la lambat sangat kan? Mak tak cakap apa sangat. Sebab aku keluar dengan Kak Teh. Ehehe..

Ahad, keluar lagi selepas Asar. Nak tengok Charlie's Angels. Dalam kereta, baru nak buat decision hendak ke mana. Mulanya hendak ke Midvalley. Tapi takut sesak. Another choice is Mines. Tapi cam tak happening gitu. Ahaha.. At last kami ke Midvalley saja. Tak de la sesak sangat. Cuma bersesak sewaktu beratur membeli tiket. Masa tu baru la nak menyesal tak booking tiket. Dah terlambat. Tapi alhamdulillah, dapat tengok tayangan pukul 7:10pm

Sedangkan kami sampai disitu pukul 6. Barisan l. Taklah depan sangat. Ahaha!! Besh betul. Kak teh seronok betul dia nampaknya. Puas hati dapat tengok Charlie's Angels. Sebab dia minat sangat kat Cameron Diaz. Bagi aku cerita tu memang best. Aku enjoy tengok Charlie's Angels ni.

Habis Charlie's Angels, balik rumah. Tengok konsert sure heboh plak kat tv. Ha, satu family aku berkumpul. Hmm.. Heboh la kat rumah tu.. Seheboh-heboh karnival tv3, sure heboh kat rumah aku bersama adik-beradik, ,mak dan ayah lagi best! ;)

Next week, jalan-jalan ke melaka bersama family. Tak sabarnya nak tunggu sehingga Jumaat ini. :)

Isnin, 23 Jun 2003

Tak Baik Marah-Marah

Adik aku, kak teh, cakap kalau nak awet muda, bangun pagi perkara pertama dia buat ialah senyum. Itu bagus. Motivasi kepada diri supaya positif menghadapi hari. Kalau tengok cerita spice & sugar, ketua cheerleader tu bangun pagi, berkata pada diri sendiri di cermin, "good morning sunshine, today is wonderful day in your life". Memotivasikan diri penting untuk kita bersedia menghadapi apa saja dugaan hidup.

Tapi, pagi tadi aku dah 'ter'marah (morning sickness? Hoi! Aku belom kahwin!!). Dan aku dah 'ter'hilang mood. Sampai sekarang aku rasa tak best. Sebab aku hilang keyakinan nak hadapi hari. Dah lah marah, kemudian aku tak baca doa sebelum memandu ke tempat kerja. Dan aku memandu laju serta bahaya. Aku patut bersyukur kerana aku selamat sampai ke tempat kerja. Kalau aku kemalangan, memang padan dengan muka aku. Tapi aku dapat balasan juga. Kepala aku terhantuk waktu aku nak keluar kereta. Berdengung kepala otak aku. Ha, tula.. Marah-marah lagi.

Huuwwaa.. Tak pasal-pasal dah sakit. Puncanya sikit je. Entah kenapa emo aku yang lebih.. Huuwaa.. Tak suka la bad mood macam ni. Padahal pagi tadi dah set dalam minda ni nak hadapi hari dengan tenang dan murahkan senyum sepanjang hari. Hai.. Dugaan betul lah.

Tapi sekarang dah ok sikit kot~ tapi rasa tak best sikit. Agaknya aku dah buat mak kecik hati. Isk.. Isk.. Isk.. Jahat betul aku nih!! :(

Jumaat, 20 Jun 2003

Fikir-Fikir

Semalam. 19 Jun. Pukul 9:00pm. Aku belum balik lagi. Aku masih mengadap pc kesayanganku lagi. Aku masih di ITC. Tapi aku tak keseorangan. Ada ni kawan-kawan aku yang belum balik lagi. Entah apa yang diorang buat aku tak pasti. Aku malas untuk menjenguk mereka. Yang aku tahu ada sebuah pc sedang di pomen oleh kawanku. Mp3 di pcnya dipasang kuat. Subwoofer dia memang power. Sampai rasa bergegar-gegar jantung aku.

Aku rasa bosan untuk melayari web. Aku rasa lenguh untuk berbual dengan kawan-kawan online. Aku tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa. Aku rasa aku macam kurang sihat. Badan dan perasaan. Mungkin aku patut pergi klinik yang kak nett pergi tu. Periksa apa-apa yang tak betul pada aku sepanjang minggu ini.

Aku berteleku atas meja. Aku mengadap pc. Desktop kosong. Macam tu lah fikiran aku. Aku tak fikir apa-apa. Aku tak boleh berfikir apa-apa. Aku cuba berfikir dan aku cuba mengimbas balik apa-apa yang berlaku pada aku. Tetiba aku rasa aku ada short term memory lost. Huh? Bahaya tu..

At last, aku kemaskan semua barang-barang aku. Aku balik.

Hari ni, entah kenapa tertinggal punch card pula.datang sikit punya awal. Tapi tak dapat punch card. Teringat masa dah nak sampai opis. Aduh. Careless! Kawan aku pagi-pagi jumpa boss. Hantar borang claim overtime. Entah apa angin boss aku, budak-budak tu kena brainwash. Lepas keluar dari bilik boss, muka monyok je. Kesian pulak aku tengok. Tiba-tiba ada meeting tergempar pukul sepuluh pagi tadi. Mengantuknya la. Aku menguap je sepanjang meeting. Oh ye, lupa nak cakap, tugas kami sewaktu meeting adalah mendengar. Senangkan? Kami dikehendaki mendengar semua pendapat boss. Lupa la. Dia boss rupanya.

Hari ni hari jumaat. Esok hari sabtu. Aku membilang waktu. Bila la pukul 5 ni? Fikiran jahat aku cuba meracun. Hari ni tak bawak punch card. Kalau balik awal pun, sapa pun tahu? Tak boleh. Pak security kat bawah tu catat no plat kereta keluar masuk. Nanti orang boleh trace aku keluar awal. Itu pun kalau diorang nak cari salah aku lah.

Oleh kerana aku baik. Aku balik pukul 5:30. :-)

Hopefully, tomorrow make me feel better.

Rabu, 18 Jun 2003

Bukan Robot

Kalau mawar mekar memutih tak kan tak ada yang sudi memetik
Tetapi kerana ada calar disudut mekarnya dan kumbang memandang jelik
Serta tak sudi untuk meneman jauh sekali untuk berkawan~


Bukan robot.
Badan walau macam mana kuat pun kena direhatkan juga. Komputer yang bijak mana pun ada masanya dia hang. Kereta macam mana laju pun berasap juga enjin.

Semalam otak aku hang. Enjin aku perlukan rehat rupanya. Lantas seharian aku dirumah, qada' semua masa rehat yang aku gunakan untuk aktiviti aku sepanjang 3 minggu lepas.

Sebelum mata terpejam, sempat aku mendengar bebelan emak.
Hah! Tau pun penat. Badan tu bukannye robot.. Bla.. Bla.. Bla..
Zzzz..

Isnin, 16 Jun 2003

Netball & Cerita Student LGTT

Geng Jurnal Ke PD 14 June 2003.
Kau tahu, betapa nervousnya aku bila mengajak ahli geng jurnal ke PD setelah disuruh oleh Rudi. Betapa takutnya aku untuk menerima respon dari GJ. Betapa kelam-kabutnya aku untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Ada masalah yang aku hadapi sepanjang masa ini, tapi alhamdulillah, program ke PD berjaya. Dan aku sangat-sangat berterima kasih kepada mereka yang hadir kerana menyokong aktiviti GJ. Aku amat-amat berterima kasih pada mereka yang sanggup bersusah payah walaupun ada masalah tersendiri, untuk melibatkan diri dalam program ini. Aku amat-amat berterima kasih pada mereka.

Aku tak mahu melaporkan aktiviti GJ di jurnal aku kerana aku sudah pun menulis laporan tersebut di sini :
LAPORAN GENG JURNAL KE PORT DICKSON 14 JUNE 2003

Bola Jaring 15 June 2003.
Semalam seawal 6:30am aku keluar rumah untuk menyertai pertandingan bola jaring zon selayang. First time bagi aku dalam melibatkan diri dengan group mdc netball ke gelanggang perlawanan. Setiap kali kakiku mejejak court, saat itu aku nervous. Takut aku tidak dapat menjadi player yang baik.

Kami semua baru 2 bulan training 2 kali seminggu. Kemudian menyertai pertandingan ini. Walaupun tak menang, aku rasa kami dah berikan persembahan terbaik. Dan aku sangat seronok menyertai dapat mdc netball.

Aku rasa kami boleh menjadi lebih baik sekiranya selalu mengadakan friendly-match dengan mana-mana netball team. Insya allah.

Tahniah kepada MDC NETBALL CLUB. Kita dah try yang terbaik. Cuma tak de rezeki je. Kita dah persembahkan yang terbaik dari kita. Soal kalah atau menang, tak jadi hal. Yang penting kita dah bekerjasama dan bersungguh-sungguh. :-)

Student di LGTT.
Aku dah bekerja disini hampir 2 tahun. Dan aku pernah study disini juga selama 3 tahun. Apa yang aku perhatikan student masa kini semakin lama makin advance. Terus-terang aku cakap, aku meluat tengok kelakuan melampau student disini. Satu perkataan yang aku boleh describe pada mereka. Kurang ajar. Tapi bukan semua. Sebahagiannya saja.

Kenapa aku bercakap macam ni? Aku perhati saja apa mereka buat. Apa mereka cakap. Apa saja kerenah mereka. Maybe diorang anggap aku ntah-hapa-hapa-ntah, garang, sombong or whatsoever. I don't give a damn. Yang buleh aku tolong aku tolong. But please. Respect us! That's all.

Aku pun tak tahu bagaimana untuk menegur anak orang ini. Masing-masing dah besar. Tak kan nak marah-marah? Aku bukan kasi diorang makan nasi. Gaji aku pun dari diorang. Tapi tak semestinya diorang bayar dan boleh buat suka hati diorang. Ikut rules la. Mana-mana tempat pun ada rules kan?

Aku tersangatlah marah dengan student yang tak pandai menjaga komputer dan kebersihan open-lab. Ya tuhan, darah aku menggelegak bila masuk open-lab. Sampah bertaburan. Kerusi bersepah. Komputer tak shut down. Komputer hang dibiar begitu je. Itu masa waktu lab nak tutup. Masa lab tengah penuh dengan student, masing-masing macam tunjuk hebat dengan membuka mp3 sekuat-kuatnya macam komputer tu dia yang punya dan lab tu jadi disko tak rasmi mereka. Download program and all virus. Tukar-tukar wallpaper. Seboleh-bolehnya mereka try to hack computer yang technician dah program supaya tak ada student cuba ubah setting komputer.

Chatting. Id kena block. Datang kat itc. Mati-mati menafikan tak pernah chatting. Ingat aku buta-buta ke block id diorang. Aku nampak, aku block la.

Ikutkan hati, aku nak tutup lab tu. Nak format balik computer. Minimizekan program untuk assignment sahaja. Nak macam tu ke?

Nak buat sesuka hati kat komputer. Beli komputer sendiri laa.. Nak chatting, pegi cc laa.. Nak dengar lagu, beli cd laa.. Korang datang sini nak belajar ke, nak menjahanamkan harta kolej?

Go the hell...

Rabu, 11 Jun 2003

Itu Semalam

Sengaja. Semalam seharian keluar. Tak duduk di office langsung. Jejak sekejab untuk punch card, check email dan burn cd. Keluar. Dari one utama ke selayang mall semata-mata mencari nemo. Sengaja. Memang sengaja untuk melepaskan diri dari kurungan lgtt ni. Balik sekejab. Ambil cd yang dah habis burn. Keluar lagi.

Sehingga ke klia aku menjelajah. Seronoknya bawa kereta laju sepanjang jalan menuju klia. Hantar seseorang sebenarnya. Alam gelap. Tanda hujan bakal turun. Duduk di klia memerhati alam. Angin agak kencang. Tapi hujan tak sampai di klia.

Pukul 6, bertolak ke KL semula. Sepanjang nkve clear sehinggalah susur keluar subang. Deretan kenderaan bersusun. Nak elak kesesakan, aku ikut susur keluar subang. Hehe.. Clever nye aku. Fikir dalam hati. Ldp mesti tak sesak. Aku berfikiran amat positif. Malang sungguh. Aku terperangkap dalam kesesakan ldp dari pukul 7 sehingga 8:45 baru aku sampai di area sri damansara. Tak larat aku nak teruskan perjalanan ke cheras. Itc masih ada orang. Jadi aku singgah di office. Oh, boss pun belum balik lagi. Lelah sungguh menekan clutch dan break. Rehat sebentar di itc. Surfing. Check email lagi. Pukul sepuluh, aku balik rumah. Jalan dah clear. Baru la seronok nak bawa kereta laju-laju. Vrooommm...!!

Cerita Lama Amyz