Rabu, 3 Julai 2002

Always On Time

Honestly, aku ni jenis yang tepati waktu. Kalau janji satu tempat pada waktu sekian-sekian, aku akan datang sekurang-kurangkan tepat pada waktu atau 5 minute earlier. Lambat pun dalam 2-3 minit yang masih boleh dimaafkan. Kalau datang lambat pun, aku masih boleh terima alasan-alasan logik.

Cuma aku benci, sangat benci waktu menunggu tersebut. Melongo seorang diri. Tengok kanan-kiri, mencari orang yang ditunggu tak kunjung tiba. Aku tak marah orang lambat. Aku benci time aku kena menunggu tu. Macam penat sangat kena tunggu orang.

Actually, masa tunggu tu agak marah jugak la. Lambat. Tapi bila orang yang ditunggu tu datang dengan guilty face, aku dah tak jadi marah. At least, dia datang juga walaupun lambat. Kan?

Cerita Lama Amyz