Khamis, 27 Jun 2002

Brazil

Malam tadi Brazil menang 1 – 0 ke atas Turkey. Aku puas hati. Dan bakal bertempur
dengan Germen, finale nanti. Tengok kat rumah aje la. :-)

Ronaldo punya rambut macam Pekan dalam movie Batu Belah Batu Bertangkup. Ehehe.

Khamis, 20 Jun 2002

Kerja

Hari ni duduk kat bilik server. Control student guna pc kat open lab. Mana-mana student yang chat atau buat kerja selain dari assignment atau dua pc guna satu id satu masa, aku shut down pc diorang dan block id login diorang.

Kena disiplinkan sikit student ni. Kalau tak, diorang tak bersyukur dan menghargai peluang atau fasiliti yang kolej bagi.

Selasa, 11 Jun 2002

Drive kereta pandai, servis? Hampeh!

Hari ni aku drive ke tempat kerja. Sebab ayah out-station. Bila drive tu, ada hati gak nak merewang lepas balik kerja. Tapi tiba-tiba, sebelum sampai office, kereta buat hal pula. Enjin mati bila aku brek kereta. Aku ingat aku tak tekan clucth. Tapi kali kedua terjadi, kali ketiga tejadi. Sah, kereta ni buat hal. Kena start balik everytime dia mati. Nasib baik sempat sampai office.

Lunch hour tu, minta tolong member tengokkan. Semua pun pasal kereta, agak hampas gak. Kalau motor tu tau la. Tapi bila member drive kereta tu nak hantar pergi bengkel, tak pulak dia mati-mati enjin, walaupun member aku sengaja brek-brek.

Aku yang risaunya time balik karang. Ish. Ish. Ish. Harap-harap ok la sampai aku sampai rumah. Huhu.

Sabtu, 8 Jun 2002

Happy Birthday Rudy

Keluar ramai-ramai dengan Rudy, Nett, Mie, Insyirah, Fajar dan Fariz Salji kat KLCC.
Makan ramai-ramai. Tinggalkan Insyirah dan Rudy berdating. Sebab nak beli hadiah untuk Rudy. Kitorang pun berjalan kaki ke Ampang Park. Tengah jalan, hujan turun dengan lebat. Kitorang terpaksa berteduh kat pondok parking. Kelakar sangat.

Sampai Ampang Park, belikan Rudy sehelai kemeja kerja yang 5-6 kali kami belek. Sampai salesgirl tu ingat kitorang budak sekolah. Ala. Itu pun sebab aku yang nampak comel menghisap lolipop. Lepas tu jumpa balik Rudy dan Insyirah di Masjid Jamek. Berjalan ke Dataran, Pikor sedang tunggu sambil tengok World Cup. Aku temankan Rudy hantar Insyirah balik sebab dia tak boleh balik lambat.

Pikor dan Nett hantar Fajar ke Pudu sementara aku, Rudy dan Fariz ke Medan Mara untuk makan-makan. Lepak sambil borak-borak tak sedar dah pukul 10. Nervous gak sebab balik lambat. Sebelum balik, hulurkan hadiah pada Rudy dan dia sambut dengan gembira. Berpisah kerana aku balik naik LRT, sama gak dengan Fariz. Tapi dia turun kat Bandar Tasik Selatan. Aku turun kat Maluri dan ambil teksi sampai
rumah. Phew.. Penat!

Isnin, 3 Jun 2002

Star Wars

Tengok Star Wars : Attack of The Clone. Lama betul movie ni. Dari aku kecik lagi. Aku ingat dulu-dulu aku takut dengan Dark Vader sebab bunyi nafas dia. Iiiee.. menyeramkan je.

Plan asal nak tengok Spiderman. Tapi baris tinggal 2 dari depan. Tak mahu mendongak, tengok la Star Wars

Cerita Lama Amyz