Jumaat, 31 Mei 2002

Problem Lagi

PC aku ada problem. Internet connection pun ada problem. Geocities pun problem juga. Aku pun ada problem juga.

Selasa - PC aku problem. Bila aku on, bunyi hard disk macam orang berlumba haram kat dalam casing. Aku buat surface scan. Ada 20 bad cluster. Aku pun pinjam hard disk komputer lain masuk dalam pc aku, pindah semua fail-fail dalam hard drive aku masuk dalam back up hard drive. Punya la lama nak pindahkan fail dari C ke D. Jenuh aku tunggu.

Lepas tu alih hard drive tu ke pc member aku. Format kat situ. Member aku tolong buat partition. Bad cluster tu tempatkan dalam partition yang tak aktif. Dah settle baru alih balik kat pc aku. Install win98se dan driver hardware semua. Pukul 6:15pm baru settle semua.

Rabu – Install semua software yang diperlukan. Office, Oracle Developer and banyak lagi. Baru settle semuanya. Baru boleh pakai. Baru boleh update jurnal.

Lega!

Jumaat, 24 Mei 2002

Jammed!

Hari ni aku bawa kereta pergi kerja. Selalunya, hari Jumaat jalan agak clear and smooth. Tak banyak kereta. Aku guna MRR2 pergi kerja. Senang dan straight to LGTT.

Aku pun drive kereta dengan rasa yang best. Turun je dari flyover pandan indah, aku nampak deretan kereta tersusun cantik. Aduh apesal ni? Ni kira unexpected trafic jammed. Aku ingat mesti ada accident.

Maka tersenguk-senguk la kereta aku sampaila flyover Ampang. Ada pula driver kereta depan tengok aku sambil senyum-senyum. :-p Ehehe. Rupanya ada satu lane belah kanan sekali tutup sebab ada shooting kat situ. For God sake! Nak buat pagi-pagi buta la, sebelum subuh. Jangan time peak hour orang nak pergi kerja. Geram betul aku. Rasa macam nak marah, tapi ada police trafic pula. Tak jadi nak marah.

Lepas tu, jalan clear sampai la Kepong. Aku kena lalu jalan Kepong Ulu. Sebab
depan Manjalara tu mesti jammed teruk. Dekat situ, aku dengar Hitz.fm Morning Crew bagitau shooting tu menyebabkan jalan jammed teruk sehingga Pandan Safari Lagoon dan suruh krew tu blah cepat-cepat.

Ntah apa-apa ntah buat shooting & menyusahkan orang lain. Macam tak ada otak je diorang ni. Geram betul aku, sebab menyusahkan aku. Kan dah aku lambat sampai office? Siapa nak bertanggungjawab?

Settlekan network kat lab multimedia yang kami dah pasang 30 pc semalam. Kena configure ip address dan segala macam lagi. Bz. Bz.

Tadi, naik account department. Sebab nak setup pc seorang staff yang hari tu tak dapat aku setup kan sebab dia cuti. Time setup tu borak-borak la dengan staff kat situ. Sekali ternampak la pulak seorang staff situ sedang melayari web aku ni. Adui la malunya bila dia cakap, dia dah baca web aku ni dari A – Z. Rasa macam nak
menyuruk bawah meja je.

Khamis, 23 Mei 2002

PC Baru Sampai

Hari ni pasang 30 pc baru kat lab multimedia. Semua untuk student multimedia. Seronokla diorang dapat pc baru. Pentium 4 lagi. Buat kerja sambil pasang mp3 kuat-kuat. Boss tengok geleng kepala je.

Dia pernah sound sekali bila aku pasang mp3 kuat-kuat. Dia cakap, satu kampung boleh dengar. Aku gelak dan slowkan volume pc aku. Dia pernah sound gak member aku sebab sharing folder mp3. dia cakap, ITC ni pembekal mp3 ke? Ahaha. Then kami tak pernah share folder mp3 lagi. Nak mp3, download sendiri la kan? ;-)

Rabu, 22 Mei 2002

Lari dari Office

Lunch hour, Din dan Jas nak pergi Wisma Ilmu, the other LGTT building yang menempatkan student architecture yang ramai menggila tu. Dari aku duduk sorang-sorang, baik aku join diorang. Tinggalkan ITC masa boss tengah keluar. Kat Wisma Ilmu pun buat kerja juga. Configure network dan pasang kabel, eh tu Din dan Jas yang buat. Aku configure komputer dalam lab tu. Install software. Ehehe.

Balik kat LGTT, pukul 4:45. nampak bilik Boss gelap. Ingatkan dah balik. Pukul 5 lebih dia muncul. Diam tak cakap apa. Kami pun buat-buat sibukkan diri kat pc sendiri. Tapi dia sporting. Dia tegur baik-baik anything we did wrong. Tu yang best about him. Balik rumah pukul 6:45pm.

Isnin, 20 Mei 2002

Server Yang Teruk

Hari ni server makin tak betul. Connection down every 5 minute. Hard drive aku pun macam ada masalah. Berbunyi-bunyi macam ada lumba haram kat dalam casing tu. Tak sampai 15 minit on, dah restart sendiri. Last-last aku buat scan disk. Lama pula nak kena tunggu. Aku guna pc kawan aku buat kerja sambil surfing. Ehehe.

7 pc dari KW Computer sampai hari ni untuk Account Department. Seronok la staff Account Department dapa pc baru. Ehehe. Aku install sistem yang berkaitan dan pasang semua pc tu kat Account Department kat tingkat 6. Lepas ni jangan dok komplen pc slow ye?

Apalah masalah Registrar Department ni? Salah key in data, bila report tak keluar nak marah-marah aku. Dia yang salah key in. Geram betul! Aku print out data yang diorang salah key in, barulah termalu sendiri. Tersengih-sengih. Aku tunjuk cara nak betulkan, kemudian the rest buat sendiri la. Aku programmer ok~

Jumaat, 17 Mei 2002

Back Up

Tension! Getstring buat hal lagi. Nasib baik ada guestbook back up. Hehe.

Mention about back up, korang tahu tak betapa pentingnya back up? Katakanlah korang save satu fail assignment dalam disket. Kemudian, sampai kat kolej, ko nak print out la assignment kat cc di situ. Tiba-tiba kat pc kat cc tu tak bleh nak read disket ko. Kemudian ko pergi lab pula. Setiap pc yang ada kat lab tu ko try, tak dapat gak baca disket ko. Mana la nak tau disket ko rosak sebab panas bila beg ko terjemur masa makan-makan kat kiosk tadi?

Ko start gelabah. Mana nak tau boleh rosak? Dah la buat assignment tu kat pc member. Terus simpan dalam disket. Tak simpan satu salinan kat hard drive. Ko tepuk-tepuk dahi. Dah la 50 muka surat. Takde salinan pulak tu. Esok lak kena hantar.. Aduhl a..!! Tension tak?

Itu baru satu assignment. Walaupun satu, 50 muka surat tu kira banyak la juga. Macam tu lah juga LGTT ni, tak de back up server. Kalau jadi apa-apa kat NT tu, macam mana dengan database yang tersimpan kat server tu? Macam mana dengan email-email staff yang tersimpan?

Kadang aku tak faham macam mana diorang ni tak anggap back up tu penting. Sekarang ni sebab server email ada macam problem sikit, email tak boleh nak buka. Tapi since diorang ada email lagi macam yahoo, hotmail dll, so diorang tak kisah sangat. Aku pun rasa terkilan sebab diorang ni macam tak prihatin langsung. :-( Aku tak boleh nak imagine kalau server database corrupt dan tak boleh nak masuk langsung. Tapi, sebab boss aku suruh buat back up every week. Jadi kalau apa-apa jadi kat server database, aku boleh handle lagila. Insya Allah.

Tapi, apa salahnya ada back up server kan?

Rabu, 15 Mei 2002

Hilang

ITC dah hilang seorang lagi team member. Lie berhenti sebab nak sambung belajar kat UTM. Bagus betul. Aku menyokong penuh cita-cita dia. Aku suka cara dia. Dia akan belajar penuh minat jika dia tak tahu.

Semalam hari terakhir dia kat sini. Hari ni tinggallah kami berlima. Boss, aku, Din, Abg Fairuz dan Jas. Kami yang jaga komputer, network, server dan sistem semua-semua tu kat sini. Tapi ok la. Banyak kerja macam mana pun, kami tetap happy. :-)

Semangat yang hilang
Dalam meniti hari yang berlalu dimana kau begitu jauh dimataku, buat langkah kaki ku kadang kala terhenti dan terasa sendiri. Aku cuba membina tembok ketabahan. Ingat saja pada kenangan dan senyummu, pasti aku mampu berdiri. Cuma ada waktu semangatku bagai pergi bersamamu. Aduhai, payahnya seorang aku ini. Mungkin kau ada kalanya terbeban dengan seribu kerenahku. Andai aku mampu setabahmu. Tapi mampukah aku?

Isnin, 13 Mei 2002

Best Day

Happy birthday Kak Nett.

Err.. kalau aku pasang housing 8250 kat nokia aku ni, boleh tak henpon aku bertukar
menjadi nokia 8250?

Khamis, 9 Mei 2002

Marah

Marah. Bengang. Nasib baik orang yang aku nak marah tu pergi seminar hari ni. Bolehlah aku tenangkan diri. redakan kemarahan aku. Eh, tak elok marah-marah. Senyum sikit. Hari ni pakai baju cantik, kalau muka masam tak ayu la.

Tapi yang aku boringnya, tiap kali aku pakai baju cantik sikit, mesti aku kena buat kerja teknikal seperti angkat cpu, repair printer dll.

Macam pagi tadi, kena masuk bawah meja sebab nak betulkan kabel dari monitor ke cpu. Apalah rasa korang kalau tengok pempuan pakai kebaya ketat masuk bawah meja betulkan cpu? Huhu..

Isnin, 6 Mei 2002

Maaf

Maaf. Pemergian aku ke Johor untuk menyelesaikan konflik diri. Bukan niat untuk
melukakan. Maafkan aku.

Sabtu. Keluar jalan-jalan ke Pasar Malam Jln TAR bersama Kak Nett (Kak Nett lagik..?) dan lain yang sudi mengikut ialah Ijat, Pikor, Spyz dan Cik Easy, termasuk lah Mie.

Kalau dah keluar ramai-ramai tu, tak kecoh, tak sah. Tapi yang seronoknya, naik motor dengan Kak Nett. Aku ni phobia nak tunggang motor. Jadi pembonceng je.

Masa jalan-jalan di Jalan Tar tu, aku beli lolipop. Baru je buka pembalut, lolipop aku jatuh. Rasa nak nangis je. Tapi tak pe la. Tak ada rezeki. Kesian aku.

Beli kereta race yang kecil tu. Cik Easy pun terpengaruh dan terbeli sekali.

Balik rumah, di hantar oleh Kak Nett tepat pukul 10:30 malam.

Cerita Lama Amyz