Selasa, 30 April 2002

Diserang Virus

Masuk kerja saja, dikejutkan dengan berita server diserang virus NIMDA. Siapalah punya kerja buka attachment bukan-bukan ni? Susah nak solve. As long as NIMDA berada dalam rangkaian, selagi tu la sukar nak hapuskan virus tu. Isk. Isk. Isk.

Sabar. Sabar. Kami di ITC sedang berusaha untuk menghapuskan virus jahat itu.

Isnin, 29 April 2002

Perjalanan Ke Selatan

25-28 April 2002

Aku kira pemergian ku ke daerah selatan ini adalah suatu yang diluar jangkaan ku. Ia berlalu dengan cepat dan ku kira terlalu pantas. Rancangan yang di akhir minit. Dan ada kalanya aku rasa terpinga-pinga. Benarkah? Tak bermimpikah aku?

Apa harus aku ceritakan? Adakah aku perlu menceritakannya? Aku kurang pasti. Aku takut spekulasi yang timbul akibat ceritaku ini. Tapi pemergianku ke JOHOR ini sebenarnya cuba lari dari kekusutan fikiran dan hati ku. Mungkin mereka yang lain juga begitu.

Aku perlukan kedamaian. Kau tentu rasa damai bila angin laut menyapa wajahmu. Ombak berlari-lari dan menghempas pantai. Aku cuba menahan ombak, tapi apalah kudrat ku?

Kau juga akan tenang seperti tenangnya aku duduk dirumah kayu yang sunyi dari bingitnya kota. Damainya bila air kolah membasahi tubuhku waktu pagi. Kau tentu tahu suhu sejuk diwaktu pagi di desa.

Walaupun kadangkala pening pabila keretamu melalui jalan yang berliku. Tapi damai apabila dikiri kananmu pokok-pokok sawit atau pokok-pokok getah mengiringi perjalananmu seperti damainya aku. Cuma aku tak puas hati, satu je, DIGI tak ada signal!! hmm.. hampeh DIGI nih! tapi, tak ape lah..

Bagaimana lagi harus aku katakan betapa damainya? Senyum dan tawa mereka jua meredakan resahku. Senyum dibibir ini tak pernah lekang bila melihat rianya wajah mereka semua. Kau tahu itu juga mendamaikan kan?

4 hari bukan satu tempoh yang lama. Kau tahu ianya pantas berlalu kan? Aku rasakan ianya cepat berlalu dan meninggalkan sisa-sisa kenangan buat ku. Dan apabila ianya menjengah ruang ingatanku, pastinya aku tersenyum sendiri. Kau tahu kenangan itu indah kan?

Mereka mengajar aku erti persahabatan dan ukhwah yang indah itu. Biarpun kadangkala tak sefahaman tapi mereka tetap utuh. Mungkin ini rahmat dari ALLAH. Sepanjang masa bersama mereka membuat bibirku tak lekang dari senyum. Mungkin ada masanya aku terdiam. Maafkan aku kerana aku manusia yang perlukan rehat dari lelah yang menggayuti tubuh ku ini.

Aku selalu melihat damai diwajah rudy,
Aku selalu melihat senyum diwajah mie, ejad dan pikor,
Aku damai melihat sinar mata nureffa,
Aku senyum melihat tawa kak nett dan fajar,
Aku damai. terlalu damai... airmataku sebenarnya mahu menitis. tapi kulindungkan dengan senyumku. Tapi mengapa aku menangis? Kerana aku rasakan mereka terlalu sempurna, tetapi tidak aku..

TERIMA KASIH ABG RUDY, ABG MIE, ABG FAJAR, PIKOR, EJAD, KAK NETT & EFFA. thanks a lot!!

Kalian istimewa. Bukan dimataku, tapi dihatiku...
hmm... ada yg mempersoalkan mengapa aku memanggil mereka ini abang dan kakak. kerana aku hormati, amat menghormati mereka.. jangan marah ye?
dan Selatan juga mengajar ku erti terkesima, melahu dan teruja.
juga motto yang sesuai dengan kami semua >> "jangan suka-suka!" & "jangan cakap pasal politik"
juga theme song dalam kereta abg mie >> alleycats & m. nasir. mekaseyy!!
he he he ^_^

kalungan TERIMA KASIH yang tak terhingga juga pada IBU, AYAH & FAMILY FAJAR, TOK RIMAU, KAK TIN, SARAH & SABRINA, rumah yang mendamaikan di desa PIKOR & FAMILY, masakan dan keramahan IBU EJAD di KOTA TINGGI, menumpang tidur di KLUANG di rumah KAK NETT yang mendamaikan, nasi ayam yang menyelerakan DI BATU PAHAT di rumah IDZWAN. terima kasih buat semua. semoga ALLAH merahmati semua..

Isnin, 22 April 2002

Denggi

Zaim. Adik lelaki yang second last. Suspect denggi. Kena admit HKL. Wah, bestnya dia dapat duduk wad 1st class. Selesa betul. Tapi kalau masuk hospital dalam keadaan sakit, buat apa?

Nasib baik tak serius sangat. Esok lusa, doktor cakap dah boleh keluar. Alhamdulillah.

Khamis, 18 April 2002

Accident

Semalam satu kejadian yang pertama berlaku pada aku. Car accident. Aku drive sebab ayah outstation. Dalam pukul 10:00 pagi aku keluar dengan kawan aku. Mencari barang. Sekali aku tersalah masuk jalan sehala. So, aku drive agak laju sebab tak mahu timbul masalah pada driver lain. Tak aku duga, sebuah kereta keluar dari parking, dan bucu bonetnya menoreh pintu kereta aku. Aku terus lari dari situ dengan nervousnya. Kawan aku di sebelah terdiam dan terpaku. Tapi aku buat-buat cool.

Aku kembali ke pejabat. Minta tolong kawan-kawan tengokkan kereta aku. Diorang tolong bersihkan kesan-kesan getah bumber kereta yang langgar kereta aku. Ok calar-calar yang hitam-kehitaman hilang. Tinggallah calar yang obvious dan kesan seretan di tepi kereta aku.

Aku balik dalam keadaan yang sedih dan risau yang bercampur-campur. Aku tahu, ayah mesti marah. Mak mesti risau.

Sampai rumah terus masuk bilik. Mak masuk bilik tanya kenapa. Aku pun cerita. Mak peluk aku dan cakap, asalkan aku selamat, tak mengapa.

Huh! Tak mahu drive kereta selama sebulan!

Sabtu, 13 April 2002

Buat-Buat Happy

Semalam kerja aku tak banyak sangat. So, aku pun bacalah jurnal Mat Jan dan Mie. Aku selongkar habis arkib diorang, sambil ketawa sorang-sorang. Diorang ni ada sense of humor yang dapat buat aku tergelak. Bila aku gelak, automatik, aku rasa happy. Best kan rasa happy?

Balik kerja pukul 6 lebih. Mie ajak pergi Awan Besar. Makan-makan. Mie jemput aku kat KLCC dengan Effa. Ada tetamu dari Johor. Tok Rimau. Sekali dengan Jiga, Cik Easy, Daun, Rudy, Spyz, Pikor & Awek.

Makan sate sambil borak-borak dan gelak-gelak. Havoc betul diorang ni. Pukul 12 lebih baru sampai rumah. Hari ni bangun, lagi 5 minit nak pukul 7. Aduh! Lambat lagi pergi kerja.

Jumaat, 5 April 2002

Ambil IC Baru

Datang kerja lambat. Ambil IC baru kat JPN Kepong. Wah. Bestnya ada MYKad yang baru lagi hensem.

Tapi yang tak bestnya, gambar nampak senget. :-( benci betul!

Tiba-tiba ramai pula orang mencari. Apa lagi kalau bukan pasal sistem? Buat aje la. Dah kerja.

Rabu, 3 April 2002

Tukar

Change is good. But it’s not easy.

Tukar layout web lagi. Untuk ke sekian kalinya.

Cerita Lama Amyz