Sabtu, 30 Mac 2002

Al-Kisah Meronggeng Sakan

Janji dengan Kak Nett dan Syida untuk keluar jalan-jalan hari ini. Sementara menunggu mereka, aku jalan-jalan area Kota Raya tu. Tengah jalan-jalan, aku tersepak entah apa yang menyebabkan tali sandal aku putus. Terseret-seret aku bawa sandal aku ke kedai kasut terdekat. Tak payah fikir lama-lama terus capai mana-mana sandal terdekat, terus bayar dan terus pakai. Lepas pakai sandal baru tu, baru aku terasa tenang sedikit. Kalau tak, gelabah habis.

Singgah Avon untuk beli mascara dan perfume. Asyik kena tahan dengan salesman. Kadang bosan. Tapi dah mereka cari makan begitu. Kasihan. Tapi kena kuat iman la, kalau tak, mesti terpengaruh. ;-)

Kak Nett dan Syida sampai. Kami bertiga terus menuju ke Jln Tar untuk makan. Terima
kasih Syida belanja nasi ayam. Ihiks! Segan pula rasanya. Selepas makan terus terjumpa dengan Kak Lala yang comel. Berborak-borak di kedai kawan Arab dia. Syida hampir digoda oleh seorang pak Arab yang suka memanggil nama dia. Sampai dia naik takut dan mengajak kami cepat-cepat beredar dari situ.

Lepas jumpa Kak Lala, kami bertiga menuju ke Semua House. Syida nak keluarkan duit kat ATM. Sementara tu, aku dan Kak Nett pun bersiaran di sekitar dan leka. Sehinggalah Syida menghantar satu mesej “Korang kat mana?”. Kami tergelak dan segera berjumpa Syida yang dah nak menangis tu. Sementara itu, kami menunggu kedatangan Effa. This is 1st time aku jumpa Effa yang comel dan peramah tu.

Kemudian, kami berempat pergi ke Sogo untuk berjumpa kawan Syida, Erni. Tetiba muncul Spyz dan isteri serta anak-anaknya. Sambil borak-borak dan buat lawak, kami makan di TAZA.

Selesai makan, kami menuju ke Kompleks Pertama untuk solat maghrib. Part inilah yang akan dikenang sepanjang zaman. Melihat lampu pejalan kaki masih hijau, kami berempat nak melintas. Tak sampai separuh jalan, lampu trafik dah hijau. Kak Nett menjerit suruh berpatah balik. Aku yang dibelakang sekali, terus berpatah. Bila aku toleh, aku lihat Kak Nett, Effa dan Syida telah pun menyeberang jalan dengan huru-hara seperti ayam melintas jalan kerana mengelak dari dilanggar kenderaan. Aku pun tergelak tak berhenti melihat mereka. Bila lampu merah balik, baru aku dapat melintas.

Sampai di sebelah sana, kami gelak tak henti-henti. Lucu dengan kehuru-haraan masing-masing.

Lepas solat, kami berjalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR tu. Tak beli apa-apa pun memandangkan perut masih lagi kekenyangan. Memel anak Spyz mula berbaik dengan semua orang setelah Kak Nett membelikannya belon. Dia memegang tangan Syida sehingga ke hujung pasar malam dan menangis apabila kami nak balik. Kami ketawa kerana Syida mungkin terpaksa mengikut Spyz balik rumah.

Akhirnya Memel lepaskan tangan Syida.

Kami berempat menuju ke LRT Masjid Jamek. Aku seorang naik LRT Star, Kak Nett, Syida dan Effa pula naik LRT Putra. Lepas salam-salam dan cium-cium, kami pun berpisah balik. Balik seorang je. Tak apa. Dah biasa. Tapi kaki dah sakit-sakit sebab banyak berjalan. Apa pun, satu hari ini merupakan antara satu hari yang paling seronok dan manis untuk dikenang. Terima kasih kepada Kak Nett, Syida & Effa.

Khamis, 28 Mac 2002

Tulis Tangan

Kecenderungan aku menaip menghilangkan kemahiran menulis tangan. Terasa macam lama sangat tak pegang pen atau pensil. Aku pun tak suka tulisan tangan aku yang huduh dan sering berubah-ubah. Kejap kecil kejap besar. Tapi selalunya, kecil sampai orang cakap sakit mata nak tengok tulisan aku.

Kata kawan aku, tulisan yang berubah-ubah menggambarkan seseorang yang hatinya mudah berubah-ubah. Entah. Aku tak pasti. So far, kalau berubah pun pasti ada sebab yang kukuh. Lagipun apalah salah berubah untuk kebaikan?

Actually, yang paling aku risau ialah tandatangan aku pun susah nak sama tiap kali aku tandatangan. Mesti berubah sikit. Susah kalau nak tandatangan kertas banyak-banyak dengan satu tandatangan yang sama. Kena practice tandatangan selalu ni.

Rabu, 27 Mac 2002

Ayah Outstation

Ayah pergi Sabah. Ada meeting. Seronoknya. Aku rasa seronok juga. Dapat drive ke office. Ehehe. Suka sangat nak melenjan kereta ayah. Hehe.

Kereta ayah aku ni buat aku nampak macam pemandu gengster sikit. Sebab kereta ni dah kena modified oleh abg ipar aku. Lagipun aku memang suka drive laju-laju. Selalu kena marah dengan kawan sebab drive laju, plus tak pakai save-belt. Nasib baik tak kena saman.

Ala. Bukan selalu pun dapat bawa kereta gi office. Sekali-sekala bila dah bawa kereta tu, lepas geram la.

Sabtu, 23 Mac 2002

Update dari Rumah

Update kat rumah ni. Kat office tak sempat. Banyak kerja import export. Sejak bila pula tukar profesion ni? Takde la. Import export data dari access ke database oracle.

Nak import data dari excel ke oracle database bukan satu kerja yang mudah. Kena lakukan berhati-hati supaya tiada data yang hilang atau tidak dapat di pindahkan. Nama data dan field kena samakan, menggunakan sql statement.

Tapi kenapa aku perlu melakukan semua ini? Kenapa? Mengapa? Sebab registrar malas nak buat data entry. Benci betul!

Baru balik dari Jusco Maluri. Jumpa Kak Nett, Rudy dan Pikor. Bagi pass raptai HMI Siti Nurhaliza kat Pikor yang minat sangat kat Siti Nurhaliza tu. Pass untuk siaran langsung tu dah habis. Tinggal pass raptai je. Raptai pun raptai la. Ok la kan. Free lagi tu. Ehehe.

Lepas borak-borak sikit. Dorang hantar aku balik. Terima kasih. :-)

Selasa, 19 Mac 2002

Hujan

Alhamdulillah. Malam tadi hujan turun mencurah-curah membasahi bumi Kuala Lumpur.

Isnin, 18 Mac 2002

Air & Jerebu

Air kena catu. Paras air kat empangan dah turun. Sebab panas dan hujan tak mahu turun-turun. Dari hari Jumaat, air mengalir sangat perlahan. Kalau nak basuh kain tu, menunggu setengah jam ke sejam barula mesin basuh tu penuh. Baru boleh membasuh.

Dulu ada juga air dicatu. Sekitar tahun 1998. aku ingat lagi masa Hari Raya Korban. Tengah sibuk melayan saudara mara bertandang, sekali lori air pun datang. Apa lagi semua orang dikerah untuk menadah air kat lori air tu. Saudara mara yang datang pun tolong sekali. Kesian.

Cuaca panas. Tambah jerebu lagi. Nak duduk kat rumah pun panas. Nak keluar pun tak selesa. Seingat aku masa aku form 5 dulu la jerebu paling teruk. Dari rumah aku ni boleh nampak KLCC, KL Tower. Masa jerebu dulu, satu apa pun tak nampak. Teruk gak la jerebu masa tu.

Rabu, 6 Mac 2002

Buat Report

Kena siapkan 15 report dari sistem EMS untuk modul exam, memandangkan student nak exam bulan ni. Macam-macam jenis report kena siapkan.

Registrar minta aku migrate data student utm tahun 2000 dalam database EMS. And all the request ask me to complish my task as soon as possible. Macam nak nangis aku buat kerja. Huhu..

Ahad, 3 Mac 2002

Tengok Wayang

Tengok 13 Ghost kat TGV. Entah apa-apa entah. Boring cerita dia. Datang KLCC punya awal nak tengok movie lain. Takde pula movie yang menarik. Ada pun banyak cerita cina dan hindustan. Tapi 13 Ghost ok la sikit dari tengok cerita Collateral Damage. Ehehe.

Cerita Lama Amyz