Rabu, 27 Februari 2002

Tidak Datang Lambat Lagi

Sudah senang hati sekarang. Tidak perlu risau tentang kedatangan. Mulai hari ini dan seterusnya, aku akan dapat datang awal ke pejabat. Sebab mulai hari ini, aku akan menumpang kawan aku ke pejabat. Yeayy! Thanks my friend!

Lagipun ini salah satu usaha aku bagi mengelakkan nama aku terpampang di depan board touch card sebagai salah seorang kakitangan yang datang lambat. Itu pun nak tampal kat board. Kat kertas A3 pula tu. Huh!

Ingatkan, seminit dua lewat boleh lebih kurang. Tapi tak boleh rupanya. Lain kali datang lambat kena tulis kat late report chit yang disediakan. Payahnya la.

Jumaat, 22 Februari 2002

Berkorban

Aidil Adha

Pengorbanan. Sepanjang perjalanan hidup ini, banyak pengorbanan perlu kita lakukan. Sama ada untuk kebaikan kita atau untuk orang yang kita sayang. Pengorbanan yang tidak meminta kepada balasan.

Sanggupkah kau berkorban?

Selasa, 19 Februari 2002

Cari Kerja Lain Ke?

Baru dapat diploma aku. Konvonya dah sudah tahun lepas. Tahun ni baru dapat diploma. Wah, sangat bagus. Sekarang aku boleh pergi minta kerja lain. Hahaha.

Ada satu kali, aku update resume kat office. Sekali boss lalu, dia ternampak. Few minute after that, dia panggil dan cakap, “kalau you nak minta kerja lain pun, jangan kasi your boss nampak laa.” Aku tergelak, then aku defend myself, aku tak cari kerja, aku update resume je. Boss aku tergelak. Nasib baik boss aku sporting.

Ahad, 17 Februari 2002

Lelaki vs Perempuan

Lelaki pandai memujuk. Perempuan pandai menggoda. Betul kan? Macam aku
sendiri. Tak pandai nak memujuk orang yang sedang merajuk. Menggoda pandailah
sikit-sikit. Hahaha. Sebab lelaki tak pandai merajuk tapi kalau dia merajuk.
Maksudnya hati dia benar-benar terluka. Lelaki sebenarnya senang tergoda dengan
kecantikan wanita, jelingan wanita dan kemanjaan wanita.

Perempuan pula kuat merajuk sebab lelaki yang pandai memujuk itu boleh menjadi
lelaki paling romantis dengan menghadiahkan bunga, cokelat dan sebagainya. Aku
pernah tengok satu gambar comparison how to please woman & how to please
men.

How to please woman, gambar tu lelaki perlu bawa bunga, cokelat, kereta sport,
teddy-bear, pakai smart, wangi dan bawak perempuan ke candle light dinner. Tapi
di sebelah gambar tu, how to please men pula tunjukkan gambar perempuan
hanya perlu naked dan bawa sebotol wine. Aku tergelak tengok gambar tu.

Lawak. Tapi ada betulnya. ;-)

Selasa, 12 Februari 2002

Demam

Mak ajak pergi jalan-jalan. Bawa adik-adik pergi Muzium. Ada ka pergi Muzium? Demi mak, bawa kan aje la. Semua tempat pergi. Planetarium, Taman Rama-Rama, Taman Burung. Aku dah la tengah berat kepala. Tahankan aje sakit tu.

Balik rumah. Baring-baring. Nak makan pun tak dapat sebab kehilangan deria rasa. Tak suka makan ubat. Buat sup. Makan sup aje.

Jumaat, 8 Februari 2002

Mari belajar SQL.

Utk delete rekod
DELETE FROM CURRENT_LOGIN WHERE USER_NAME ='AMY';
/*current_login adalah table, user_name tu field*/
COMMIT;/*untuk save*/

utk update rekod.
UPDATE STUDENT_DATA/*table*/
SET STUDENT_NUMBER='AFT20DC155T'/*field student_number dlm table student_data*/
WHERE NRIC='123456789';/*field nric dlm table student_data*/
COMMIT;/*save data yang telah diupdate*/

utk insert rekod
INSERT INTO STUDENT_DATA (STUDENT_NAME)
VALUES (AMY) IF NULL;
COMMIT;

utk count berapa rekod yang kita ada
SELECT COUNT(NRIC) FROM STUDENT_DATA;

utk tengok semua rekod yang ada dlm table
SELECT * FROM CURRENT_LOGIN;

utk tengok rekod dlm satu field je.
SELECT NAME FROM STUDENT_DATA;

utk tengok satu rekod dlm table.
SELECT * FROM STUDENT_DATA
WHERE NRIC='123456789';

Sekian.

Selasa, 5 Februari 2002

Kerja yang Boring

Driving ke office hari ni. Ayah outstation. Bawa kereta pun sampai lambat juga. Ni
yang malas nak drive. Dah la jammed. Isk. Isk. Isk.

Malas nak masuk mesyuarat hari ni. Bukan diorang meeting pun, tapi berborak. Tak
mahu aku duduk di situ jadi pak pacak yang cuma menadah telinga dan
mendengar omong kosong mereka. Kalau nak meeting, buat cara meeting la.
Bukan bercerita tentang hal lain tak berkaitan. Sabar aje la. Membazir masa betul!

Dari pergi meeting yang membazir masa tu, baik aku chatting dengan kak nett.
Hahaha..

Ahad, 3 Februari 2002

Tambah Setahun

Happy Birthday To Me.

Hari ini aku umumkan cuti.

Cerita Lama Amyz