Jumaat, 25 Januari 2002

Jumpa Artis GJ

Semalam. Aku dibawa untuk pertama kalinya berjumpa dengan otai geng jurnal
yang selama ini aku cuma pembaca jurnal mereka. Excited gila. Aku dibawa oleh
Mukeh berjumpa dengan Kak Nett, Rudy, Mie, Fajar, Ijat, Pikor dan Nora. Aku agak
malu-malu sebenarnya. Tapi mereka peramah. Bercakap dengan aku seolah kenal
aku bertahun lamanya. Aku seronok sangat. Diorang tak henti buat lawak dan buat
aku berasa sangat terhibur. Kesemua mereka tu nak pergi UUM nak tengok konsert
Firdaus. Tak ada rezeki aku nak join mereka kali ini. Tak apa mungkin ada di lain kali.

Kak Nett tunjukkan artikel tentang Geng Jurnal yang terpapar di majalah Jelita. Aku
pun rasa bangga kerana aku part of them sekarang. Cuma that writer komen
tentang penggunaan bahasa yang tidak formal. Kita cakap pun bukan formal
sangat kan? Nak formal pi baca surat khabar!

Rabu, 23 Januari 2002

Kerja

Semalam tengok presentation kat Renaissance Hotel oleh Campus IT nak intro satu
sistem baru, Quercus Plus utk College Management System. Ok la sistem tu. Tapi
kalau aku dapat buat satu sistem macam tu lagi best. Ehehe. Apalah guna
programmer tapi tak tau buat sistem. Isk. Macam menjatuhkan martabat diri je.
Huhu. Presentation tu habis 12:30tgh. Aku fikir boleh la balik rumah. Tapi boss aku call suruh
datang office sebab ramai orang cari. Isk, masa aku ada kat office, takde pula
orang cari. Bila aku takde, ramai pula cari.

Sampai office pukul 1:30pm. Makan dulu sampai pukul 2:00pm, pukul 3 ada
mesyuarat pula sampai pukul 4:45pm. Padat pula jadual semalam.

Hari ni baru update kisah semalam, sebab hari ini tidak punya kisah untuk
diceritakan. Kalau ada, akan disiarkan esok. Harap maklum!

Khamis, 17 Januari 2002

Malulah!

Happy Birthday Mukeh.

Lambat hari ni. Ayah hantar sampai LRT Cempaka aje. Naik LRT sampai Sogo, jalan
kaki ke Bank Negara, ambil komuter, sampai Sg Buluh, ambil bas gi office. Pergh,
jauhnya perjalanan hari ni. Lambat satu minit. Merah lagi.

Sampai kat ITC, masak air. Kalau aku tak masak air, jangan harap la orang lelaki kat
sini nak masak air. Takpe, aku juga nak minum. Lepas air masak, buat satu mug
nescafe. Baru buat kerja. Iye. Sarapan nescafe je. Tak ada selera nak makan hari ni.

---

Alkisahnya, aku sedang berjalan-jalan dengan bf di KLCC. Sedang berjalan dengan
suka hati, tiba-tiba ada seorang arab yang berdiri di belakang kami memanggil.
Terperanjat juga la. Ingat nak minta tunjuk direction. Biasala tourist kan? Kami
menoleh.

“eh, how can you get her?” aku pelik. Bf aku lagi pelik.
“she beautiful, you know..” Hah!? Merah padam muka aku menahan malu. Bf aku
tergelak-gelak dan ucap terima kasih pada arab tu.

Kemudian, pak arab tu pergi, and he laugh at me. Ejek ke suka? Perli la tu. Aku
masih merah padam menahan malu. Pelik juga. Muka banyak jerawat ni cantik ke?

“Wah.. awek saya memang cantik. Sampai pak Arab pun terpegun.” Dia gelak tak
habis-habis.

“Dah la tu! Jangan la gelak! Orang malu laa..” and he's still laughing. Geramnya..!!

Selasa, 15 Januari 2002

Boring

mengapa dengan mu?
membuat ku berasa salah?
mengapa tenang wajahmu,
mendung sinar matamu?
mengapa?
ada luka kah dihatimu?
ada sesuatu kah menganggu fikiranmu?
jika luka katakanlah..
jika keliru luahkanlah.. agar sinar matamu
kembali indah seperti kejora..
dan tertawalah, yang indah ku dengar..
dan tersenyumlah, yang indah ku lihat..
kerana sinar mata mu
mampu menawan dunia ku..

Tension! Dia yang tak paham sistem tu berjalan macam mana, nak marah-marah
aku pula. Tak baik je buat aku yang baik ni macam tu. Nak marah, pergi la marah
boss aku. Grr..

Isnin, 14 Januari 2002

Minat

Aku minat lagu M Nasir. Sentuhan Listrik Mu paling aku minat. Sebab ada perkataan
de-javu. Ehehe. Lagu-lagu M. Nasir tak jiwang sangat, tak tangkap leleh, tak tangkap
lentok dan tak tangkap nangis, macam lagu-lagu Spin, Scoin, Spoon, which is lagu-
lagu diorang boleh buat aku muntah darah. Macam mana ada orang boleh suka
eh? Pelik aku

Rindu pula pada course-mate aku yang havoc semuanya tu. Mana la pergi dah
lama tak hantar-hantar khabar berita. Nama je ambil course IT, tapi email aku pun
tak mau balas. Aduh la.

Rabu, 9 Januari 2002

Belajar

Semalam belajar macam mana nak migrate data dari Access ke Oracle database.
Banyak perkara aku belajar dan aku rasa seronok bila aku berjaya melakukannya. Ini
adalah satu pelajaran baru pada aku yang masih naif tentang hal ehwal pangkalan
data dan segala.

Semalam juga aku baca jurnal Meer Taro tentang kasih sayang. Tentang manusia
yang suka membeza-beza. Tentang manusia yang hipokrit. Aku juga pernah rasa
perkara yang sama. Pernah rasa dibezakan. Pernah rasa ditipu dan dikhianati. Aku
kecewa dan sedih. Tapi bila aku fikir-fikir balik, ada hikmahnya aku alami. Menjadikan
diri aku seorang yang tabah.

Aku memang emosional. So?

Selasa, 1 Januari 2002

2002.

Selamat Tahun Baru.
Pergi bersuka ria dengan Rin & Fitri. Mandi sungai. Penat pulak rasanya. Esok dah kena kerja.

Cerita Lama Amyz