Khamis, 23 Mei 2002

PC Baru Sampai

Hari ni pasang 30 pc baru kat lab multimedia. Semua untuk student multimedia. Seronokla diorang dapat pc baru. Pentium 4 lagi. Buat kerja sambil pasang mp3 kuat-kuat. Boss tengok geleng kepala je.

Dia pernah sound sekali bila aku pasang mp3 kuat-kuat. Dia cakap, satu kampung boleh dengar. Aku gelak dan slowkan volume pc aku. Dia pernah sound gak member aku sebab sharing folder mp3. dia cakap, ITC ni pembekal mp3 ke? Ahaha. Then kami tak pernah share folder mp3 lagi. Nak mp3, download sendiri la kan? ;-)

0 comments:

Cerita Lama Amyz