Isnin, 6 Mei 2002

Maaf

Maaf. Pemergian aku ke Johor untuk menyelesaikan konflik diri. Bukan niat untuk
melukakan. Maafkan aku.

Sabtu. Keluar jalan-jalan ke Pasar Malam Jln TAR bersama Kak Nett (Kak Nett lagik..?) dan lain yang sudi mengikut ialah Ijat, Pikor, Spyz dan Cik Easy, termasuk lah Mie.

Kalau dah keluar ramai-ramai tu, tak kecoh, tak sah. Tapi yang seronoknya, naik motor dengan Kak Nett. Aku ni phobia nak tunggang motor. Jadi pembonceng je.

Masa jalan-jalan di Jalan Tar tu, aku beli lolipop. Baru je buka pembalut, lolipop aku jatuh. Rasa nak nangis je. Tapi tak pe la. Tak ada rezeki. Kesian aku.

Beli kereta race yang kecil tu. Cik Easy pun terpengaruh dan terbeli sekali.

Balik rumah, di hantar oleh Kak Nett tepat pukul 10:30 malam.

0 comments:

Cerita Lama Amyz